Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 2-Penulisan Akademik(60%)-Individu

Bincangkan secara kritis peranan dan cabaran guru sebagai pembina modal insane seperti yang
dihasratkan dalam tema Hari Guru, iaitu “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”
bermatlamat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jelaskan pendapat anda
dengan hujah dan contoh yang sesuai.

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia. Peredaran zaman dan
kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan
ilmu kepada seluruh pelajar Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana
memerlukan pelbagai kaedah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
kepada pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Bukan mudah untuk membina
modal insane. Selain mengajar subjek kepada para pelajar, guru juga dianggap rakan dan teman
untuk berbincang dan meluahkan perasaan, khususnya berkaitan dengan perkembangan diri.
Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun,
Kementerian Pendidikan akan menganjurkan sambutan Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan
kepada mereka. Pada tahun 2015, tema hari guru yang telah ditetapkan adalah “Guru Membina Ilmu
Menyempurnakan Akhlak”.

Profesion guru bukanlah semudah yang disangka. Hal ini kerana ia berkaitan dengan pembinaan
modal insane di mana kepakaran dan ‘soft skill’ yang baik amat diperlukan. Bukan sekadar mendidik,
namun guru mempunyai banyak peranan yang perlu dimainkan. Antaranya adalah, pembentuk nilai
murni para pelajar. Kita selalu mendengar bahawa sekolah merupakan rumah kedua para pelajar.
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk nilai murni pelajar. Namun, para pelajar
perlukan orang lain juga untuk membentuk nilai murni mereka. Di sekolah, guru merupakan
pembina nilai murni utama pelajar. Banyak nilai-nilai murni yang ditunjukkan di sekolah seperti
bersabar, taat kepada Tuhan, setia dan taat kepada raja dan negara, mematuhi undang-undang dan
berdikari. Nilai kesabaran biasanya ditanamkan di dalam jiwa para pelajar pada masa mereka
beratur membeli makanan, taat kepada Tuhan ketika pelajar membaca doa sebelum memulakan
pembelajaran, setia dan taat kepada raja dan negara pada masa mereka menyanyikan lagu negaraku
dan semasa mereka membaca ikrar rukun negara.

Di samping itu, guru juga merupakan agen sosialisasi para pelajar. Terdapat pelajar yang aktif dan
tidak kekok bersosial walau hakikatnya mereka baru hari pertama memasuki alam persekolahan. Itu
adalah satu kelebihan kepada mereka. Namun, fokus utama guru adalah terhadap pelajar yang
lemah dalam aspek sosialisasi. Mereka yang pasif boleh dilatih dan dibentuk untuk menjadi orang
yang pandai bersosial. Banyak kaedah yang dapat kita laksanakan untuk menggalakkan dan
memahirkan mereka bersosial seperti mengadakan pertandingan pidato, aktiviti perbincangan d
dalam kumpulan dan aktiviti interaksi dua hala dengan para guru.

Selain itu, guru juga dapat menjadi mentor kepada para pelajar melalui program mentor mentee
yang boleh dijalankan di sekolah. Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan,
kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.  Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai
pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula
dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor
yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada
mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks
pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek
pembangunan diri.  

Terdapat pelbagai jenis program mentor-mentee.  Program mentor-mentee boleh diperkenalkan


dalam konteks yang lebih formal atau informal.  Sama ada program itu diperkenalkan secara formal
atau informal objektifnya adalah sama.  Program mentor-mentee yang berbentuk formal
mempunyai struktur yang lebih teratur dan ia sering diperkenalkan di organisasi-organisasi yang
lebih mantap dan teguh.  

Program mentor-mentee yang formal mempunyai objektif yang tertentu, sistem pencapaian dan
penilaian diatur untuk melihat keberkesanan program yang berkenaan. Setiap staf perlu mencapai
sesuatu dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan mentee (biasanya pekerja yang baru dan kurang
berpengalaman) mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif organisasi
demi untuk meningkatkan kualiti kerja dan imej organisasi yang berkenaan.  Dalam situasi ini
mentee yang menerima bimbingan dapat  berpegang kepada objektif organisasi demi untuk menjaga
kualiti yang berterusan. 

Program mentor-mentee yang informal biasanya tidak memerlukan struktur yangrigid. Ia lebih
kepada membantu rakan sekerja mendapatkan nasihat, bimbingan yang betul tanpa mempunyai
ekpektasi yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai