Anda di halaman 1dari 5

PERIBAHASA BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 4,5 DAN 6

SIMPULAN BAHASA

Air muka Rupa muka yang membayangkan


sesuatu perasaan

Air tangan Hasil kerja tangan seseorang

Anak buah Pengikut/rakyat/orang yang


termasuk dalam sesuatu keluarga

Anak bujang Anak lelaki yang belum berkahwin

Anak didik  Pengikut seseorang pemimpin


yang diasuh sendiri oleh
pemimpin itu
 Anak murid

Anak jati Penduduk asal sesuatu tempat

Anak tunggal Satu-satunya zuriat dalam


keluarga

Ayam tambatan Orang harapan dalam sesuatu


pertandingan atau perlawanan

Berhati walang Bersedih, hiba, dukacita, muram,


suram

Besar hati Bangga dan gembira

Buah fikiran Pendapat

Bulat hati Lurus hati/bersungguh-sungguh

Bulat kata Sudah mencapai kata sepakat

Hati terbuka Perasaan senang hati menerima


sesuatu

Kera sumbang Orang yang hidup dengan


mengasingkan diri

Langkah seribu Melarikan diri dengan sekuat hati


kerana ketakutan

Lapang dada Perasaan sabar/berasa senang

Lupa daratan Tidak tahu mengenang budi dan


kebaikan orang terhadap dirinya

Membawa diri Menjauhkan diri/mengembara

Memerah keringat Bekerja keras

Menabur bakti Membuat jasa

Menambat hati Menarik dan memikat perasaan

Menara gading Universiti

Menghulur tangan Memberi pertolongan

Murah hati Suka memberi pertolongan

Orang berada Orang kaya

Otak cair Pandai

Pasang telinga Mendengar dengan teliti

Permata hati Orang kesayangan

Rambang mata Rasa sukar untuk memilih sesuatu


yang berada dalam sesuatu
kumpulan yang banyak

Sekangkang kera Tanah yang sedikit dan tidak luas

Tanah air Negara tempat kelahiran

Tangan terbuka Sedia memerima kedatangan


seseorang dengan sukacita/
orang bermurah hati atau suka
menolong orang

Tergerak hati Ada niat untuk melakukan sesuatu

Titik peluh Hasil usaha atau kerja yang dibuat


tanpa perlukan bantuan orang
lain

Tulang empat kerat Melakukan sesuatu aktiviti dengan


menggunakan tenaga fizikal

PERUMPAMAAN

Bagai aur dengan tebing Hidup bekerjasama dan muafakat

Bagai bulan jatuh ke riba Mendapat keuntungan yang


besar

Bagai dihiris sembilu Sangat pedih rasa di hati/ terguris

Bagai kacang melupakan kulit Tidak mengenang jasa dan budi


orang lain

Bagai menatang minyak yang Memelihara seseorang dengan


penuh penuh kasih sayang

Bagai tikus jatuh ke beras Mendapat rezeki yang melimpah


ruah

BANDINGAN SEMACAM

Bijak seperti pendita

Cantik seperti bidadari

Nipis sepertyi kertas

PEPATAH

Alah membeli, menang memakai Biar membeli dengan harga yang


mahal asalkan barang itu tahan
lama

Alang-alang berdakwat biar hitam Buatlah sesuatu itu


bersungguh-sungguh hingga
berhasil

Bagaimana acuan, begitulah Sesuatu yang mengikut asalnya,


kuihnya anak mengikut baka ibu bapanya

Berat mata memandang, berat Betapa susah kita melihat


lagi bahu memikul pemerintahan orang lain, susah
lagi orang yang menanggungnya

Gunung sama didaki, lurah sama Susah dan senang dihadapi


dituruni bersama-sama

Berat sama dipikul, ringan sama Bekerjasama dalam membuat


dijinjing sesuatu perkara

Berpantang maut sebelum ajal

Biar putih tulang jangan putih


mata

Buang yang keruh, ambil yang


jernih

Bulat air kerana pembentung,


bulat manusia kerana muafakat

Dimana ada kemahuan di situ


ada jalan

Dimana bumi dipijak, disitu langit


dijunjung

Enggang sama enggang, pipit


sama pipit

Hanya jauhari mengenal manikam

Harimau mati meninggalkan


belang, manusia mati
meninggalkan nama

Hilang di mata di hati jangan

Hujan emas di negeri orang, hujan


batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri

Kais pagi makan pagi, kais petang


makan petang

Melentur buluh biarlah dari


rebungnya

Orang berbudi kita berbahasa,


orang memberi kita merasa

Selagi hayat dikandung badan


KATA-KATA HIKMAH

SLOGAN

Anda mungkin juga menyukai