Anda di halaman 1dari 9

5.

0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Pengkaji telah merancang untuk menjalankan aktiviti intervensi berpandukan Model

Penyelidikan yang sangat bersesuai dalam bidang pendidikan iaitu Model Kemmis dan Mc

Taggart.

Rajah 1. Model Kemmis dan Mc Taggart.

Pengkaji memilih model ini sebagai panduan kerana pengkaji telah melakukan proses kajian

tindakan yang bermula dengan refleksi, kemudian merancang tindakan ( plan) , bertindak

(action) dan memerhati ( observe ) iaitu di gelungan 1. Jika masalah yang tidak dapat di atasi,

maka pengkaji haruslah memulakan proses semula ke gelungan ke 2 sehinggala masalah itu

dapat diatasi.

Pengkaji telah memilih Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Kreativiti kerana

berdasarkan analisis tinjauan awal melalui pemerhatian,temubual dan analisis dokumen ,


menunjukkan responden mempunyai masalah dalam kemahiran motor halus iaitu kelemahan

dalam koordinasi mata dan tangan untuk mengecam warna asas .

Langkah Pertama

Oleh itu,langkah pertamanya adalah guru harus mengajar responden mengenali warna asas

seperti merah,biru dan kuning.

Langkah Kedua

Selepas itu,pemerhati harus mengaitkan objek dengan warna asas yang responden pelajari

pada langkah pertama.

Langkah Ketiga

Guru akan mengajar responden mengecam objek mengikut warna asas merah,biru dan

kuning. Guru akan memberi sesuatu bentuk objek dalam bentuk ais warna asas.

Langkah Kelima

Guru akan membuat pemerhatian terhadap responden dalam aktiviti Rainbow Ice.Guru akan

mencatat tahap penguasaan responden dalam aktiviti mengecam objek mengikut warna asas

seperti warna merah,biru dan kuning.

5.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data

Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid pendidikan khas daripada kategori Lembam

yang menghadapi masalah dalam kemahiran mengecam objek mengikut warna asas.

Pengumpulan data menggunakan instrumen pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.

Data kualitatif dianalisis secara deskriptif.


Pemerhatian

Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu cara untuk mengumpul

data. Kaedah pemerhatian dipilih oleh pengkaji kerana pemerhatian merupakan kaedah yang

sesuai bagi mengukur perubahan tingkah laku (gerak kerja dalam konteks kajian) yang

eksplisit. Dalam kajian ini, pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap responden di

mana pengkaji akan memerhatikan gerak kerja yang menjurus kepada kemahiran mengecam

objek mengikut warna asas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran responden di dalam

dan di luar kelas. Data ini akan diambil berdasarkan 3 fasa iaitu sebelum intervensi, semasa

intervensi dan selepas intervensi dilaksanakan.

Pengkaji akan membuat pemerhatian seminggu sekali mengikut jadual waktu pengajaran dan

pembelajaran subjek Pendidikan Matematik. Data pemerhatian diperoleh melalui pemerhatian

berstruktur di mana pengkaji akan menggunakan senarai semak bagi merekodkan data

penyelidikan.

Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan ke atas instrumen yang digunakan,

pengkaji telah menggunakan kamera bagi merakamkan sebarang perubahan yang berlaku

terhadap kemahiran mengecam objek mengikut warna asas responden dan menggunakan

borang senarai semak bagi membuat semakan terhadap pemerhatian yang dibuat oleh

pengkaji.

Temubual

Instrumen kedua yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temubual. Kaedah ini digunakan

bagi mendapatkan maklumat secara mendalam daripada individu yang terlibat. Kaedah ini

sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian ini kerana data diambil daripada individu yang terlibat

secara langsung menerusi interaksi bersemuka. Pengkaji akan menemubual guru Matematik

responden untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh responden

tersebut. Pengkaji juga akan menemu bual responden sendiri bagi mendapatkan maklum

balas mengenai intervensi yang dilakukan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
Analisis Dokumen

Instrumen ketiga yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini dijalankan

terhadap hasil kerja responden sebelum intervensi Rainbow Ice digunakan dan selepas

penggunaan Rainbow Ice. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek yang

ditetapkan iaitu dari segi sentuhan ais dan psikomotor halus.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Data akan dianalisis berdasarkan kaedah atau cara pengumpulan data dibuat. Antara kaedah

yang digunakan oleh penyelidik ialah ujian pra dan pos, pemerhatian dan juga temubual. Data-

data yang dikumpul akan dianalisis untuk memperoleh keputusan dan melihat sejauh mana

keberkesanan kaedah surihan ini kepada murid-murid bekerperluan khas menguasai

kemahiran menulis dengan lebih baik.

Analisis Temu Bual

Apabila data daripada temubual dipungut, analisisnya akan dibuat dengan menggunakan

teknik enkod. Secara lazimnya, analisis data merangkumi beberapa peringkat berikut:

i. Mendengar temu bual secara keseluruhan.

ii. Menimbang peruntukan unit-unit yang bermakna

iii. Mengeluarkan data berlebihan.

iv. Mengeklasifikasi, mengkategori dan menyusun urutan unit-unit dengan

bermakna.

v. Menstrukturkan deskripsi kandungan temu bual.

vi. Menginterpretasi data temu bual.


Analisis Pemerhatian

Instrumen yang digunakan untuk pemerhatian ini ialah borang senarai semak semasa proses

pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Pemerhatian yang dibuat ini terbahagi

kepada dua iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur dianalisis

menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan. Antara aspek

yang diperhatikan ialah masa dan tempat pemerhatian dijalankan, keadaan tempat

pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi daripada saya ataupun pemerhati lain. Bagi

memudahkan lagi proses pemerhatian ini dijalankan, bantuan daripada rakan guru amatlah

diperlukan. Selain itu, data yang berjaya dikumpul berkemungkinan akan berlaku perbezaan

dan sebagai manusia biasa, saya mungkin juga akan terlepas pandang sesuatu yang mungkin

menganggu responden ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Analisis Penelitian Dokumen Dan Fail

Aktiviti Rainbow Ice yang dibuat oleh responden akan dikumpulkan oleh guru dalam bentuk

Video dan dimasukkan dalam satu fail yang khas. Hal ini akan memudahkan saya untuk

membuat perbandingan dari semasa ke semasa. Penelitian dokumen adalah merangkumi

seperti jurnal, surat khabar, hasil kerja murid,surat-surat dan dokumen yang berkaitan

digunakan untuk menganalisis data kajian. Perkara-perkara seumpama ini boleh di dapati di

dalam internet,fail peribadi murid dan juga latihan-latihan secara berkala oleh guru.

5.4 Perancangan Cara Semak Data

Bahagian ini menerangkan cara untuk mengumpul data bagi menjawab soalan kajian. Data

yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu, dalam

bahagian ini ada juga menerangkan tentang wajaran markah bagi setiap soalan yang dijawab

oleh murid. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji
akan membuat tinjauan masalah yang telah dikenal pasti bagi tujuan menegaskan kemahiran

murid dalam aktiviti mengecam objek mengikut warna asas.Pengkaji juga akan membuat

rumusan faktor wujudnya ketidak aslian karya di kalangan murid Pendidikan Khas Tahun 1

dalam matapelaran Matematik.

Pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan data kajian iaitu

temubual, rekod pemerhatian serta rekod dokumen Fail.Hal ini bagi memudahkan instrumen

ini untuk mengukur objektif kajian yang berbeza.

Perancangan Semakan Data

Soalan Kajian Cara Pengumpulan Data Analisis

1) Bagaimanakah penggunaan Temu Bual Peratus & Min

kaedah Terapi Rainbow Ais dapat


Pemerhatian
meningkatkan kemahiran

mengecam objek mengikut warna

asas kepada murid-murid

Pendidikan Khas di dalam bilik

darjah?

2) Sejauhmanakah penggunaan Pemerhatian Peratus & Min

kaedah Terapi Rainbow Ais dapat


Rekod hasil kerja
mengubah kelemahan kemahiran

mengecam objek mengikut warna

asas murid pendidikan khas ke

arah yang lebih positif?

Pemerhatian
Pemerhatian merupakan suatu ringkasan perhubungan atau interaksi yang berlaku di antara
pengkaji dan peserta tentang tempat atau suatu peristiwa yang berkaitan dengan kajian
tindakan. Menurut Schmuck (1997) mengatakan ,

observation means of collecting qualitative data, involve carefully watching and


systematically recording what you see and hear going on in a particular setting.

Jesteru pemerhatian pula merupakan kaedah seterusnya dalam proses pengumpulan data.
Proses ini merupakan proses berterusan yang dijalankan oleh pengkaji pada setiap kali
proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya berlaku secara tidak langsung kebiasaanya
bagi memastikan data yang diperolehi bertepatan dengan kriteria yang dikehendaki. Dalam
kaedah ini, pemerhatian secara berstruktur telah digunakan untuk memerhati, mendengar dan
merekod maklumat murid berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dikenalpasti dengan menggunakan senarai semak. Setiap soalan permasalahan berkaitan
dengan operasi pendaraban akan dicatat dan disemak

Temubual

Pengumpulan data melalui hasil temu bual adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam temu bual separa struktur seperti yang telah pengkaji perkatakan
sebelum ini.

Kaedah kualitatif ini juga sudah tentunya akan dijalankan di kawasan sekolah memandangkan
respon ataupun peserta temu bual terdiri daripada murid-murid dan guru subjek yang berada
di kawasan sekolah.Tidak dapat dinafikan bahawa, membuat kajian dan mengumpul data di
kawasan sekolah mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah, sekolah merupakan
tempat peserta penyelidikan berada. Maka, keadaan ini sudah tentunya memudahkan
pengkaji itu sendiri dalam mengakses penyelidikan yang dikehendaki. Pengkaji juga dapat
menemu bual beberapa orang responden pada satu hari tanpa perlu bergerak jauh dan
melibatkan pengeluaran wang melalui kos pengangkutan dan penginapan.

Selain itu, bagi mengurangkan gangguan bunyi bising semasa menjalankan sesi temu bual
ini, pengkaji boleh memohon kebenaran untuk menggunakan Pusat Sumber Sekolah, bilik
mesyuarat,bilik darjah atau mana-mana bilik yang sesuai untuk menjalankan temu bual
tersebut. Sesungguhnya, bilik yang bebas daripada gangguan bunyi boleh meningkatkan
konsentrasi atau tumpuan penyelidik dan peserta penyelidikan.

Hasil temu bual yang dijalankan akan digunakan untuk menganalisis kajian yang dijalankan
dan keputusan untuk melihat keberkesanan penggunaan Terapi Rainbow Ice dalam aktiviti
matematik bagi meningkatkan kordiasi mata dan dan tangan.
Triangulasi
Data-data penyelidikan tindakan pengkaji adalah lebih tertumpu kepada gambar-gambar,
catatan nota lapangan, lembaran kerja dan transkrip temu bual yang bersifat hujahan,
pendapat dan pandangan individu. Justeru, data jenis ini diklasifikasikan sebagai data
kualitatif. Dalam hal ini, pengkaji perlu menyemak data untuk membina keyakinan terhadap
kebolehpercayaan dan kesahan data yang kumpulkan. Semakan data dilakukan melalui
kaedah triangulasi. Mathison (1988) menyatakan bahawa,

Triangulation has risen an important methodological issue in naturalistic and qualitative


approaches to evaluation in order to control bias and establishing valid propositions
because traditional scientific techniques are incompatible with this alternate
epistemology.

Denzin (1978) pula mengenal pasti empat jenis triangulasi iaitu triangulasi sumber, triangulasi
penyelidik, triangulasi teori dan triangulasi kaedah. Untuk penyelidikan tindakan, pengkaji
akan menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi sumber dalam menyemak data yang
dikumpul. Data yang dipungut mesti mempunyai kredibiliti, maka data perlu disemak untuk
menentukan sejauh manakah ianya boleh dipercayai.

Teknik menyemak data yang akan digunakan dalam penyelidikan tindakan ialah triangulasi
kaedah dan triangulasi sumber. Triangulasi kaedah yang melibatkan kaedah pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual membolehkan maklumat dan gambaran yang diperoleh
secara menyeluruh. Ketiga-tiga kaedah ini saling melengkapi. Penggunaan tiga kaedah yang
berbeza ini telah membantu menjelaskan satu idea daripada perspektif yang berbeza dengan
jelas dan menyakinkan melalui bukti-bukti dan hujah-hujah yang kukuh.
PEMERHATIAN

Rajah
TEMU BUAL ANALISIS
8. DOKUMEN

Triangulasi Kaedah

Bagi triangulasi sumber pula, hasil semakan lembaran kerja oleh guru pembimbing yang sama
dengan pengkaji akan menjelaskan bahawa semakan yang dilakukan tiada bias. Konsistensi
dalam semakan lembaran kerja peserta murid membuktikan data yang dikumpulkan adalah
tepat dan sah.

Anda mungkin juga menyukai