Anda di halaman 1dari 5

FALSAFAH ILMU

ULASAN BAB

: ILMU DARI SEGI ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : MAZIDAN BIN CHE HUSSIN


NO MATRIK

: D20141067615

NAMA PENSYARAH : DOKTOR ZANARIAH NOOR


TAJUK BUKU

: Sejarah Pemikiran I ( Sumber Ilmu,

Ideologi dan Orde Baru Dunia ) oleh Sulaiman Noordin

perbandingan

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kedudukan dari segi
Islam, sumber-sumbernya, hirarkinya, jenis dan hukumnya. ia turut membincangkan dan
menjelaskan konsep ilmu sepadu konsep sekularisme serta teori-teori sesat yang menyesatkan
pemikiran yang terdapat di dalam ilmu Barat sekular moden.

KEDUDUKAN ILMU
Islam memerintahkan umatnya untuk mencari ilmu supaya mereka menjadi terpelajar agar boleh
mengambil tempat yang sewajar baginya sebagai Khalifah Allah dan pemimpin di muka bumi
ini. Ilmu sangat dipentingkan oleh umat Islam sehingga terdapat lebih kurang 800 rujukan yang
berkaitan dengan ilmu dalam al-Quran. Ilmu yang terpenting adalah yang berkaitan dengan
pembangunan insan yang merujuk kepada agamanya, akidahnya, Tuhannya, serta memahami
hukum-hakamAllah s.w.t. Apabila seseorang itu beriman bahawa Allah itu Maha Esa, dia
diperintah mencari ilmu dan beramal soleh. Ilmu di sini merujuk kepada ilmu fardu ain.

SUMBER ILMU
Sumber-sumber ilmu Islam adalah berbeza dari segi penyusunan dan penekanan berbanding
dengan ilmu pengetahuan Barat Sekular Moden. Budaya Barat Sekular menolak sepenuhnya halhal yang berkaitan dengan kerohanian ataupun ketuhanan. Sumber-sumber ilmu menurut islam
dapat disenaraikan kepada lima bahagian iaitu yang paling utama adalah ilmu Wahyu. Wahyu
didefinisi sebagai Kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi dan Rasulnya melalui malaikat
Jibrail. Ianya perlu disertai dengan mukjizat yang hanya dikurniakan oleh rasul-rasul untuk
meyakinkan umat manusia. Wahyu-wahyu yang terkandung dalam buku suci adalah seperti kitab
Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran.

Seterusnya adalah sumber ilmu yang diperoleh melalui Intuisi ataupun ilham. Iaitu ilmu
yang berasal daripada penghayatan langsung. Ilham dari segi ilmu tidak terhad kepada rasulrasul sahaja malah boleh diterima juga oleh manusia biasa dan ianya tidak disertai dengan
mukjizat. Ilham yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari syaitan dan
jin. Dalam Tasawuf ilham yang dari daripada Allah digelar sebagai ilmu Laduni. Ilmu ini adalah
berkaitan dengan perkara-perkara di alam ghaib.
Bahagian ketiga adalah ilmu naluri. Ilmu naluri ini merupakan ilmu yang diwarisi melalui
genetik contohnya anak kucing kenal ikan sebagai makanannya dan singa sebagai musuhnya.
Begitu juga manusia yang dikurniakan dengan ilmu bahawa dahaga dan lapar memerlukan air
dan makanan untuk mengatasinya.
Sumber ilmu yang seterusnya adalah ilmu yang diperolehi daripada kepintaran. Setiap
individu mempunyai darjah[tahap] kepintaran. Ia dipengaruhi oleh motivasi, alam sekitar,
budaya kaum, pendedahan, pemakanan, displin, kesihatan diri dan wawasan atau niat. Faktorfaktor tersebut boleh meninggikan tahap kepintaran seorang individu dan tidak dinafikan bahawa
ada individu yang mempunyai bakat istimewa [genius] dalam bidang-bidang tertentu.
Terakhir ialah Ilmu Pengetahuan daripada pancaidera Ilmu. Ianya didapati daripada
pengalaman, pembacaaan, eksperimen dan penglihatan. Pengetahuan seperti ini dicari seperti
menghadiri kuliah dan ceramah.

HIRARKI ILMU
Secara amnya, ilmu mempunyai susunan dan hirarkinya, iaitu ilmu terbahagi kepada dua
bahagian. Ilmu yang Pertama ialah ilmu dari wahyu Ilahi yang mempunyai fungsi tertentu. Ilmu
ini wajib dituntut oleh segenap kaum Muslimin, yakni dijadikan penuntutan Ilmu itu sebagai
fardu ain. Ilmu yang kedua pula adalah ilmu pengetahuan yang dicari, iaitu ilmu kemahiran. Ia
diperoleh sebagai hasil pencapaian sendiri,daya usaha akliah melalui pengalaman hidup,
penyelidikan dan pengkajian. Kedua-dua ilmu mempunyai nilai kegunaan hidup duniawi. Segala
pengajian sains duniawi umpamanya matematik, kimia, biologi, fizik dan sebagainya termasuk di
dalam kategori ilmu yang dicari. Ilmu yang kedua ini perlu dituntut oleh sebahagian sahaja kaum
Muslimin dan tidak wajib bagi semuanya yakni: sebagai fardu kifayah.
ILMU DARI SEGI HUKUM
Dari segi hukum ilmu dijeniskan kepada ilmu yang wajib (fardhu ain), ilmu yang berhubung
dengan tuhan termasuk rukun iman dan rukun islam. Kedua adalah ilmu yang berhubung dengan
keperluan menyempurnakan ibadah (fardu kifayah) seperti mendirikan masjid, sekolah,
bangunan hospital dan sebagainya yang berhubung keperluan masyarakat. Dua ilmu yang lain
adalah ilmu yang harus antara contohnya adalah sastera, senibina serta seni jahit dan Ilmu yang
tidak bermanfaat seperti ilmu sihir, astrologi dan numerologi.
PENGISLAMAN ILMU
Pengislaman ilmu merujuk kepada Suatu proses pembebasan manusia pertama daripada tradisi
tahyul, mitos, anamis, kebangsaan dan lebudayaan dan selepas itu pembebasan akal dan bahasa
daripada pengaruh sekularisme. Ia merujuk kepada akal dan diri manusia. Kaedahnya adalah
untuk mengenal pasti yang mana ilmu tahyul, teori palsu atau anggapan yang salah.

Anda mungkin juga menyukai