Anda di halaman 1dari 12

Topik

1. 2. 3.

3 X Pameran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menerangkan de nisi pameran, pengurusan pameran dan perasmian pameran; Mengaplikasi cara pengurusan pameran; dan Mengaplikasi cara untuk melaksanakan pameran.

PENGENALAN

Pameran adalah merupakan salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang diperkenalkan di dalam mata pelajaran Projek Khas ini. Pada topik 3 ini anda akan didedahkan tentang de nisi pameran, persediaan untuk mengadakan sesuatu pameran dan langkah-langkah yang perlu untuk melaksanakan pameran tersebut. Di samping itu juga anda akan diterangkan cara-cara untuk memilih dan melantik ahli-ahli jawatankuasa kerja untuk merealisasikan sesuatu pameran itu.

3.1

PENGENALAN KEPADA PAMERAN

Aktiviti mengadakan pameran selalunya akan dikaitkan dengan hasil-hasil kerja seni yang dihasilkan oleh pelukis, pereka, pelajar-pelajar (sekolah, kolej dan universiti) dan individu. Biasanya terma umum yang digunakan untuk pameran adalah Pameran Seni (Art Exhibition).

3.1.1

Definisi Pameran

Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul How to Look at Art mentakrifkan pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti; lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap ( nished artwork).

TOPIK 3 PAMERAN

27

Hasil-hasil karya berkenaan secara umumnya akan dipamerkan untuk tontonan dan dihayati oleh orang ramai. Aktiviti pameran ini selalunya berlaku hanya sementara pada masa yang tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak penganjur serta mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Jika pada infomasi pameran tersebut ada mencatatkan Pameran Tetap (Permanent Exhibition), bermakna pameran itu akan berterusan tanpa had waktu pengakhirannya. Manakala Preble, S dan Duane (1996) menjelaskan bahawa di Amerika pameran dikenali sebagai exhibit (pamer), manakala di Perancis pula ianya dikenali sebagai exposition atau show (pameran). Berbeza pula di United Kingdom mereka menamakan exhibitions itu sebagai pameran manakala individu yang terlibat di dalam pameran itu digelar sebagai exhibit. Secara umumnya pameran itu adalah merujuk kepada satu tempat yang mempamerkan hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu yang tertentu ataupun kumpulan yang tertentu didalamnya. Manakala tempat yang digunakan pula mempunyai kemudahan dan ianya senang bagi masyarakat setempat untuk berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.

Rajah 3.1: Contoh pameran seni (art exhibition) Sumber : http://microsites.lincolnshire.gov.uk/

28

TOPIK 3 PAMERAN

AKTIVITI 3.1
Anda dikehendaki melayar laman web http://www.acminet.org/ bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang pameran diperingkat antarabangsa.

3.1.2

Objektif Pameran

Setiap pameran yang dirancang mempunyai tema dan objektifnya tersendiri. Biasanya sesuatu pameran itu diadakan adalah untuk menghargai hasil-hasil seni yang telah pun dihasilkan oleh para pelukis dan pereka. Di samping itu juga, ianya adalah satu bentuk aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan hasil karya-karya seni. Budaya ini, dalam erti kata lain adalah mengajak dan mengajar masyarakat tempatan untuk menghayati keindahan hasil seni itu. Selain daripada itu, ianya juga merupakan satu penghargaan dan motivasi kepada pengkarya. Aktiviti pameran ini juga sebagai satu bentuk pengiktirafan yang tertinggi kepada pengkarya di dalam proses penghasilan karya mereka.

3.1.3

Jenis-jenis Pameran

Pameran yang diadakan terbahagi kepada beberapa jenis dan peringkat. Antara jenis-jenis pameran tersebut adalah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (i) Pameran Solo; Pameran Berkumpulan; Pameran Berbentuk Retrospektif; Pameran Koleksi Tetap; Pameran Berbentuk Jelajah; dan Pameran Hasil daripada Pertandingan. Pameran Solo Pameran ini biasanya hanya melibatkan hasil karya seorang individu sahaja. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis).

TOPIK 3 PAMERAN

29

(ii)

Pameran Berkumpulan Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis). Pameran Berbentuk Retrospektif Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang dihasilkan dari awal penglibatan beliau sehinggalah ke hari ini. Selalunya pameran ini melibatkan seorang individu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempattempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis/ penyimpan koleksi karya berkenaan). Pameran Koleksi Tetap Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang telah dibeli ataupun dipunyai oleh sesuatu organisasi itu. Selalunya pameran ini melibatkan hasil karya seorang inidividu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi itu. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan penyimpan koleksi karya berkenaan). Pameran Berbentuk Jelajah Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis). Di samping itu juga pameran ini akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain setelah tamat tarikh yang telah ditetapkan. Pameran Hasil daripada Pertandingan Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Manakala karya-karya yang dipamerkan adalah karya-karya yang telah dipilih sebagai pemenang dan karya yang layak mengikut kategori yang telah ditentukan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awan ataupun di tempattempat yang telah dipilih oleh kedua-dua pihak (penganjur dan penaja). Manakala tempoh pameran ini telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

30

TOPIK 3 PAMERAN

Pameran secara umumnya boleh diadakan di dalam berbagai peringkat. Ianya juga boleh dirancang dan diadakan berdasarkan kepada peringkat seperti berikut: (a) Pameran Peringkat Antarabangsa Ianya melibatkan hasil-hasil karya dan pengkarya dari dalam dan luar negara. Pameran Peringkat Kebangsaan Ianya melibatkan hasil karya dan pengkarya dalam negara sahaja . Pameran Peringkat Negeri dan Daerah Ianya hanya melibatkan karya dan pengkarya tempatan sahaja.

(b)

(c)

3.2

PENGURUSAN PAMERAN

Bagi membantu dan memudahkan pengurusan sesuatu pameran itu beberapa perkara utama perlulah diberi perhatian. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti dijelaskan di bawah:

3.2.1

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pameran

Sesuatu aktiviti yang telah dirancang tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa tenaga kerja yang diamanahkan dan dilantik bagi menguruskan kepelbagaian tugas di dalam aktiviti pameran ini. Ekoran daripada itu, maka satu perlantikan ahli jawatankuasa kerja pameran perlulah dilakukan. Struktur perlantikan ahli jawatankuasa kerja pameran adalah terbahagi kepada dua: (i) Jawatankuasa Induk Pameran dan (ii) Jawatankuasa Kecil Pameran. (i) Jawatankuasa Induk Pameran Jawatankuasa ini terdiri daripada Penaung, Penasihat, Pengarah, Kurator, Pembantu Kurator, Setiausaha dan Bendahari. Jawatankuasa ini bertangggungjawab terhadap urusan jemputan, penyediaan katalog pameran, penyediaan teks ucapan, penyediaan kad jemputan dan lainlain hal berkenaan dengan pameran. Jawatankuasa Kecil Pameran Jawatankuasa ini terdiri daripada JKK Seranta I, JKK Seranta II, JKK Teknikal dan Percetakan, JKK Penempatan dan Kemudahan dan JKK Sambutan. Jawatankuasa ini adalah tenaga kerja yang akan melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk dari semasa ke semasa.

(ii)

TOPIK 3 PAMERAN

31

Rajah 3.2: Senarai Ahli Jawantankuasa Pameran Seni Diadaptasi daripada Samsudin Wahab (2006)

AKTIVITI 3.2
Anda dikehendaki merancang untuk mengadakan satu pameran yang bertemakan pencemaran alam sekitar dan kesannya terhadap kehidupan alam semesta.

32

TOPIK 3 PAMERAN

3.2.2

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kecil Pameran

Bagi membantu ahli jawatankuasa induk pameran melaksanakan pameran dengan lebih sempurna, mereka semua akan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa kecil pameran. Ahli jawatankuasa kecil akan memainkan peranannya sebagai pembantu bagi melaksanakan semua kerja yang telah pun dirancang. (a) Jawatankuasa Kerja Seranta I Ahli-ahli di dalam jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menguruskan publisiti, poster, brosur, banner, siaran akbar dan lain-lain bentuk promosi. Jawatankuasa Kerja Seranta II Ahli-ahli di dalam jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan penaja, cenderamata dan sijil penyertaan. Jawatankuasa Kerja Teknikal dan Percetakan Ahli-ahli di dalam jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan kelengkapan peralatan pandang dengar serta sistem bunyi, hiasan-hiasan pada hari perasmian pameran. Di samping itu juga jawatankuasa ini juga terlibat dengan kerja-kerja mereka bentuk poster, katalog, kad jemputan dan cenderamata. Jawatankuasa Sambutan Ahli-ahli di dalam jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan hal-hal tentang pemilihan pengacara, penyambut tetamu, hal-hal berkenaan dengan protokol majlis, jamuan dan hal-hal yang berkaitan dengan upacara perasmian pada hari pameran diadakan nanti.

(b)

(c)

(d)

3.2.3

Penyediaan Kertas Kerja Pameran (Tema dan Kos)

Sebelum sesuatu pameran itu diadakan, perancangan terhadap penyediaan dan perbelanjaan yang akan digunakan perlu dirancang dengan teliti. Keberkesanan pada pameran yang akan dijalankan adalah bergantung kepada ramainya pengunjung yang datang untuk melihat hasil karya yang dipamerkan. Manakala bagi proses menyediakan kertas kerja untuk memohon mendapatkan penajaan dan perbelanjaan adalah seperti di bawah.

TOPIK 3 PAMERAN

33

Kertas kerja ini mestilah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Bahagian A mestilah mengandungi : (i) Tajuk dan Tema Pameran; (ii) Latar Belakang Pameran; (iii) Rasional Pameran; (iv) Objektif Pameran; (v) Perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Induk (rujuk pada Rajah 3.2 ); dan (vi) Perlantikan Jawatankuasa Kecil. (b) Bahagian B mestilah mengandungi : Atucara Perasmian Pameran - Tarikh Perasmian: - 08.00 pagi - 09.00 pagi - 10.00 pagi - 10.30 pagi (c) : : : : Ketibaan Jemputan Majlis Perasmian Jamuan Melawat Pameran

Bahagian C mestilah mengandungi : Bahagian ini adalah berkenaan dengan implikasi kewangan keseluruhan pameran. (i) Anggaran Pendapatan - Yuran Penyertaan - Tajaan/Iklan - Lain-lain Sumber = = = = = = = = = RM......... RM......... RM......... RM......... RM......... RM......... RM......... RM......... RM........

(ii) Anggaran Perbelanjaan - Kos Jamuan Perasmian - Kos Katalog Pameran - Kos Poster/ Banner - Kos Kad Jemputan (iii) Iklan di dalam Katalog Pameran (iv) Cenderamata

= RM......... = RM.........

34

TOPIK 3 PAMERAN

SEMAK KENDIRI 3.1


1. 2. Dapatkah anda menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pameran? Jelaskan kepentingan pameran terhadap masyarakat hari ini.

3.3

PERLAKSANAAN PAMERAN

Semasa melaksanakan sesuatu pameran itu, beberapa perkara yang utama perlulah diberikan perhatian. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti dijelaskan di bawah.

3.3.1

Aktiviti Perasmian Pameran

Semasa majlis perasmian pameran hendak dijalankan beberapa prosiding perlu diikuti. Antara prosiding berkenaan adalah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Kata alu-aluan dan ucapan selamat datang kepada tetamu jemputan kehormat dan hadirin oleh pengerusi majlis; Ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat yang dijemput khas untuk merasmikan pameran; Menjemput penaung pameran untuk memberikan ucapan dan kata-kata aluan; Menjemput kurator pameran untuk memberikan ucapan dan kata-kata aluan; Menjemput tetamu khas untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pameran; Penyampaian cenderamata kepada tetamu khas; Pengerusi menjemput tetamu khas, jemputan khas dan hadirin untuk melihat hasil karya yang dipamerkan; Pengerusi menjemput tetamu khas dan semua hadirin untuk menikmati jamuan; dan Penutup dan bersurai.

TOPIK 3 PAMERAN

35

3.3.2

Perlaksanaan Aktiviti Pameran

Proses perlaksanaan pameran bermula selepas selesai perlantikan Jawatankuasa Induk dilakukan. Proses perlaksanaan pameran ini berlaku seperti berikut: (i) Peringkat I Pada peringkat ini ahli jawatankuasa yang telah dilantik akan mengiklan dan mengumunkan tentang pameran yang akan diadakan melalui media massa dan media elektronik. Peringkat II Pada peringkat ini, ahli jawatankuasa berkenaan akan mengira jumlah karya yang telah diterima daripada pengkarya dan seterusnya mengkelaskan mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa. Di samping itu juga, ahli jawatankuasa yang dilantik untuk menyediakan katalog pameran akan mengambil semua gambar karyakarya yang telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam katalog pameran yang telah dirancang sebelum itu. Peringkat III Pada peringkat ini, ahli jawatankuasa kecil yang telah dilantik akan menyusun dan menggantung hasil karya yang telah dipilih di tempat yang telah ditetapkan untuk mengadakan pameran itu. Peringkat IV Pada peringkat ini, ahli jawatankuasa yang ditugaskan menyediakan katalog dan publisiti yang mencukupi bagi memastikan tugas mereka telah sempurna dijalankan sebelum hari perasmian. Peringkat V Pada peringkat ini, satu minggu sebelum tarikh perasmian pameran diadakan, ahli jawatankuasa promosi akan menjemput para wartawan dan media massa serta media elektronik untuk mengadakan sidang akhbar. Tujuannya adalah untuk menghebahkan tentang pameran yang bakal diadakan untuk tontonan masyarakat.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

36

TOPIK 3 PAMERAN

SEMAK KENDIRI 3.2


1. 2. 3. Jelaskan kepentingan pameran kepada pengkarya. Apakah yang telah anda faham tentang proses perlantikan ahli jawatankuasa dalam pameran? Apakah perbezaan di antara aktiviti pameran dan aktiviti perasmian pameran?

3.3.3

Post Mortem dan Kajian Tindakan Selepas Pameran

Selepas tamat sahaja pameran yang telah diadakan, ahli-ahli Jawatankuasa Induk Pameran perlulah mengadakan Post- Mortem dan Kajian Tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi perlaksanaan pameran yang akan datang. Komen-komen dan maklum balas daripada pengunjung perlulah diambil kira untuk mengetahui sejauh mana pencapaian serta keberkesanan daripada pameran yang telah dijalankan. Semua maklum balas ini hendaklah ditulis dalam satu laporan yang lengkap dan seterusnya diberikan kepada penaung dan salinan pada setiap ahli-ahli jawatankuasa sebagai tindakan susulan, sebagai makluman dan sebagai rekod. Kajian Tindakan ini sangat penting kerana ianya akan menjadi tanda aras ke arah memurnikan dan menambah baik apabila mengadakan pameran di masa yang akan datang.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, di dalam topik ini anda diterangkan tentang aktiviti pameran, de nisi pameran, objektif pameran dan jenis-jenis pameran yang boleh diadakan. Di samping itu juga anda jelaskan tentang cara-cara untuk menguruskan pameran, proses perlantikan dan pembentukan ahli jawatankuasa bagi memudahkan sesuatu pameran itu dijalankan. Di akhir topik ini juga anda didedahkan kepada peringkat awal proses perlaksanaan pameran sehinggalah keperingkat kajian tindakan.

TOPIK 3 PAMERAN

37

Pameran Seni Pameran Tetap Exhibit Pameran Solo Pameran Berkumpulan Pameran Koleksi Tetap Pameran Berbentuk Jelajah

Pameran Hasil daripada Pertandingan Pameran Peringkat Antarabangsa Pameran Peringkat Kebangsaan Pameran Peringkat Negeri/Daerah Post Mortem Exposition

RUJUKAN
Al-Hurwitz & Day, M. (2007). Children and their art: Methods for the elementary school (8th.Ed.). Belmont C. A: Thomson Wadsworth. Duane, & Preble, S. (1996). Art forms (6th.Ed.). New York: Harper Collins Publising. Maimunah Haji Omar, (1993). Panduan pengendalian seminar & panduan penyediaan kertas kerja. BIROTEKS, ITM : Shah Alam Samsudin Wahab (2006). Mengurus majlis & acara rasmi Kuala Lumpur: PTS Profesional

Anda mungkin juga menyukai