Anda di halaman 1dari 3

Kertas kerja lawatan prs 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT KAJANG SELANGOR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN WARISAN PERTANIAN,


WETLAND, CRUISE TASIK PUTRAJAYA DAN SEKITAR PUTRAJAYA.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


TARIKH/HARI: 9 MEI 2017
SABTU MASA: 7.30 PAGI – 4.00 PETANG

DISEDIAKAN OLEH: PN.RAJA ZANARIAH BT RAJA HUSAIN PN


SUHAILA BT SIDIK

2. PENGENALAN

Nama Projek : Lawatan Sambil Belajar Tarikh : 22 Oktober 2011 Hari : Sabtu Tempat
:Taman Warisan Pertanian Putrajaya, Wetland, Tasik Putrajaya, dan sekitar Putrajaya
(Kompleks Kerajaan, Masjid Putra, Jambatan Putra). Pendahuluan Lawatan
merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Ahli Jawatankuasa Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) sekolah merancang mengadakan lawatan sambil belajar ke
Putrajaya. Ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli-ahli PRS
dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Hasil daripada lawatan, murid
memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh bertukar-tukar idea di kalangan mereka.
Rasional Rasionalnya lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
adalah untuk melengkapkan aktiviti tahunan yang telah dirancang ini. Selain itu,
lawatan ini juga secara tidak langsung dapat memantapkan pengetahuan para pelajar
tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik di Putrajaya. Program lawatan yang
dirancang ini juga diharap dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menambah
ilmu pengetahuan di luar daripada ruang lingkup persekitaran sekolah. Adalah diharap
murid dapat menjana minda dengan lebih efektif setelah mengikuti lawatan ini.
Matlamat Rombongan ini dijangka dapat melatih diri para pelajar menjadi murid-
murid yang mampu berdikari. Disamping itu juga, nilai-nilai kepimpinan dan percaya
kepada diri dan kebolehan masing-masing serta sifat berani juga dapat diterapkan dan
disemaikan dalam diri mereka secara amnya. Penglibatan murid-murid dalam lawatan
sedikit sebanyak akan menjadi bekalan ilmu kepada mereka untuk terus maju dan
berjaya.

1. 3. Objektif • Melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang


menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan
masyarakat luas. • Membentuk personaliti murid-murid yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. • Merealisasikan pengetahuan dalam P&P dengan
pengalaman yang sebenar. • Melahirkan sikap menghargai khazanah dan warisan
negara serta bangga akan negara sendiri. • Memupuk sikap bertanggungjawab,
berdikari dan mematuhi peraturan. • Murid-murid dapat mempelajari sesuatu selepas
berinteraksi dengan persekitaran tempat lawatan. • Murid-murid dapat meneroka,
menyiasat, menyelesaikan masalah, membuat andaian, memberi perhatian,
mengembangkan sifat gigih, ingin tahu, tekun, yakin pada diri sendiri dan banyak lagi
penerapan unsur-unsur nilai murni. • Murid-murid berminat melibatkan diri dalam
interaksi sosial dan berhubung dengan orang lain.. Tarikh : 22 Oktober 2011
Penyertaan: Seramai 40 orang ahli PRS sekolah dan 4 orang guru SK Seri Tasik akan
menyertai rombongan ini.
2. 4. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN

Lawatan ini dikelolakan sepenuhnya oleh jawatankuasa yang terdiri daripada:


Penasihat : Tuan Haji Misman bin Mostam Pengerusi : En Suhaimi B Abdul Halim
Setiausaha : Pn.Raja Zanariah Bt Raja Husain N.Setiausaha : Pn. Suhaila Bt Sidik
Bendahari : Pn. Salasiah Bt Zakaria Ahli Jawatankuasa Pengangkutan : En. M.Husni
B. Muhammad Pendaftaran : Pn.Norjan Bt Abd Muin Makanan/Hadiah : Pn. Nurul
Husna Dokumentasi : Pn. Suhaila Bt Sidik Pn. Raja Zanariah bt Raja Husain
Keselamatan : Semua guru terlibat Aktiviti : Pn. Raja Zanariah Bt Raja Husain Pn
Suhaila Bt Sidik Pn.Nurul Husna Bt Azmi

ATURCARA LAWATAN (22 OKTOBER 2011)

07.30 am : Berkumpul di sekolah

08.00 am : Bertolak dari sekolah

09.00 am : Taman Warisan Pertanian Putrajaya

11.30 am : Cruise Tasik Putrajaya

12.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zohor

01.45 pm : Wetland dan Botanical

03.00 pm : Melawat Sekitar Putrajaya

04.00 pm : Dijangka tiba ke sekolah

• Peserta rombongan juga akan menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang
semasa lawatan.

• Pihak sekolah dan guru yang mengiringi lawatan sambil belajar akan berusaha
untuk memberi keselesaan kepada peserta rombongan namun sekiranya terdapat
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab.

3. 6. ANGGARAN PERBELANJAAN PUNCA PENDAPATAN WANG :

Bayaran dari murid : 40 murid x RM 30 = RM 1200

Sumbangan pihak sekolah : 1 bas x RM 400 = RM 400

Jumlah = RM 1600
Bil Perkara Bayaran seorang Peruntukan Jumlah 1 Tambang pengangkutan
Sumbangan pihak sekolah RM400 x 1bas RM 400 2 • Aktiviti Agro Telematch &
Guarder Tour di Taman Warisan Pertanian • Pelayaran Tasik (Cruise & Learn) RM
5.00 RM18.00 RM 5.00 x 40 murid RM18.00 x 40 murid RM 200 RM 720 3
Makanan dan minuman -Pagi &Tengahari RM7.00 RM7.00 x 40 murid RM 280
JUMLAH KESELURUHAN RM 1600 Penutup

4. 7. Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sihat untuk dipraktikkan. Oleh itu
kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini sama ada yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung amat dihargai.Semoga program ini mencapai objektif
yang dirancang demi meningkatkan lagi potensi jati diri pelajar yang terlibat.
Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………………….……………
…………………………………. (PN RAJA ZANARIAH BT R.HUSAIN) ( EN
SUHAIMI B ABD HALIM) Setiausaha Lawatan PRS, GPK Kokurikulum SK Seri
Tasik. SK Seri Tasik Disahkan oleh, …………………………………… (HJ
MISMAN BIN MOSTAM) Guru Besar, SK Seri Tasik. LAMPIRAN A

Anda mungkin juga menyukai