Anda di halaman 1dari 7

1

NILAI INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN ORGANISASI

Norhiza Mohd Salleh


Institut Aminuddin Baki ,
Kampus Induk Bandar Enstek
norhizamohdsalleh@gmail.com

1.0 Pendahuluan
Perubahan paradigma dalam bidang pengurusan telah berlaku pada alaf ke 21.
Perubahan ini melibatkan perubahan pemikiran daripada satu bentuk pengurusan
kepada satu bentuk pengurusan yang lain. Dalam perubahan ini, kualiti menjadi
agenda utama dalam amalan pengurusan menuju visi dan misi semua organisasi.
Dalam anjakan paradigma pengurusan yang berkualiti, tempat kerja telah menjadi
begitu penting sehingga dianggap sebagai tempat yang dapat melahirkan individu yang
sanggup bersaing secara global.
Era perubahan yang semakin pesat dan tidak menentu mendesak pentadbiran
sesebuah organisasi dipimpin oleh pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang
luarbiasa. Hal ini kerana pemimpin yang melakukan perubahan akan berhadapan
dengan pelbagai cabaran, terdedah kepada persaingan dan konflik serta mewujudkan
ketidakselesaan . Oleh itu dalam melakukan perubahan dalam organisasi, pemimpin
perlu mempunyai kekuatan intelektual dan ketajaman daya analisis bagi membina
wawasan dan mampu menggariskan misi, visi dan matlamat dengan jelas.
Pemimpin perlu melihat kepimpinan sebagai satu tanggungjawab dan amanah dan
bukan sebagai satu keistimewaan yang melayakkannya berada dalam kedudukan tinggi
dalam hieraki organisasi. Peranan pemimpin sesebuah organisasi lebih kepada usaha
untuk membentuk sifat manusia. Pemimpin sesebuah organisasi berhadapan dengan
kumpulan manusia yang besar jumlahnya . Dalam suasana ini , pemimpin perlu
berkebolehan memimpin orang bawahannya menuju kepada matlamat yang sama dan
menghasilkan kerja yang positif dan produktif serta berkebiwabaan. (Mumtaz Begam
et.al 2010)
Kepimpinan memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan
sesebuah organisasi. Kepimpinan yang berintegriti perlu mempunyai iltizam,
berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip cekap, amanah,
menunjukkan teladan yang baik dan berhemah (PIN 2004).
2

Berdasarkan huraian di atas , dapatlah disimpulkan bahawa kredibiliti dan reputasi


sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti organisasi tersebut dalam semua aspek
pentadbiran. Kualiti adalah sasaran yang sentiasa berganjak . Oleh itu sebagai sebuah
organisasi pendidikan tinggi yang mengamalkan pengurusan kualiti, teras organisasi ini
ialah menanamkan nilai integriti kepimpinan kepada pemimpinnya, maka nilai utama
yang seharusnya dipegang oleh organisasi ini adalah integriti. Pemimpin yang
berintegriti adalah pemimpin yang mempunyai keselarasan dengan apa yang dikatakan
dengan apa yang dilakukan; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral,
etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dan kepentingan
umum. Pemimpin berintegriti memiliki nilai dan etika yang menjadi piawai bagi tingkah
laku mereka. Apabila pemimpin ini bertindak atau bertingkahlaku mengikut nilai dan
etika, pemimpin ini dikatakan mempunyai intergriti.

2.0 Pengertiaan Integriti, Organisasi dan Kepimpinan


2.1 Intergriti
Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan
dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah
perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP (1985) ialah
kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Oleh itu daripada maksud yang
didapati daripada Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak
mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai.
Manakala menurut Pelan Integriti Nasional (2004) Integriti ialah himpunan kualiti
unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip
berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi

2.2 Organisasi
Organisasi merupakan satu sistem yang wujud di mana terdapat beberapa bahagian di
dalamnya dan persekitarannya yang saling berkait di antara satu sama lain. Rollinson
(2005) mendefinisikan organisasi sebagai satu aktiviti kolektif yang dirancang oleh dua
orang atau lebih yang mengandungi pembahagian buruh dan autoriti berhieraki untuk
mencapai matlamat secara bersama.

2.3 Kepimpinan
Definisi kepimpinan ditafsirkan di dalam pelbagai maksud. Mengikut Kamus Dewan,
kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Antaranya ialah
melalui teladan. Pemimpin adalah model kepada orang yang dipimpinnya.
3

Mengikut Amitai Etzioni (dalam Robiah Sidin, 1988),mentakrifkan kepimpinan sebagai


kuasa berasaskan terutamanya kepada ciri-ciri peribadi, biasanya bercorak normatif.
Sementara Fred E. Fiedler (dalam MohdSalleh Lebar, 2000), menyatakan pemimpin
ialah ketua di dalam kumpulanyang ditugaskan untuk memandu dan menyelaraskan
kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan tugas-tugas kumpulan. Stodgill (1958)
(Robiah Sidin, 1988) menyatakan bahawa kepimpinan ialah proses mempengaruhi
kegiatan sesuatu kumpulan yang tersusun ke arah menentukan dan memenuhi
matlamatnya.

3.0 Integriti Dalam Diri Individu


Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama
bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada
umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan
individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran
dan amalanbermoraltinggi.

Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral,
etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan
kepentingan umum. 
Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan, kerana takrif integriti
memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai-nilai etika,
tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun tidak. Justeru, untuk menjadi manusia
yang berintegriti memerlukan seseorang individu itu menjadi manusia yang bermoral
dan beretika dalam semua aspek kehidupan pada setiap masa.

4.0 Integriti Dalam Organisasi


Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan
kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada
amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota
organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya
organisasi (corporate-culture).

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud
'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut
lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah
masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini
sukar dicapai?
Dalam aspek tadbir urus dan pentadbiran organisasi misalnya, keruntuhan integriti
menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan seperti peningkatan amalan rasuah
4

dan pecah amanah. Tidak kira sama ada dalam organisasi awam mahupun swasta,
pemegang jawatan ataupun pekerja yang tidak memiliki integriti diri yang tinggi akan
sentiasa mencari peluang untuk melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi,
tanpa memikirkan implikasi perbuatan mereka terhadap imej organisasi dan negara.
Ketirisan maklumat organisasi dan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan indeks persepsi
antarabangsa terhadap kemampuan negara membendung amalan korupsi merupakan
contoh implikasi negatif yang didorong oleh perbuatan warga kerja yang tidak
berintegriti.
Dalam aspek organisasi pendidikan pula, tindakan oleh individu-individu tidak
berintegriti boleh mencemar kesucian bidang yang sangat penting untuk
membangunkan modal insan negara ini. Perbuatan-perbuatan seperti melakukan
plagiat, memanipulasi kelayakan akademik, dan sebagainya bukan sahaja akan
menjejaskan reputasi si pelakunya, tetapi juga boleh mengakibatkan kualiti sistem
pendidikan negara di semua peringkat dipertikaikan secara keseluruhan.
Natijahnya, persekitaran pendidikan yang seharusnya merupakan lapangan untuk
menerapkan nilai moral dan etika yang tinggi dalam diri generasi muda negara, hari ini
turut dinodai oleh perbuatan golongan individu tertentu yang tidak berintegriti.

5.0 Intergriti Dalam Kepimpinan


Dalam konteks kepimpinan pula, integriti menjadi teras yang sangat penting untuk
dijadikan asas penilaian kepada keberkesanan barisan kepimpinan semasa dalam apa
jua situasi. Seseorang pemimpin yang berintegriti bukan sahaja perlu ‘bersih’, tetapi
juga perlu kelihatan ‘bersih’ pada sebilang masa.
Dalam sejarah peradaban manusia, terlalu banyak contoh yang menunjukkan kejatuhan
pemimpin yang tidak berintegriti atau yang terpalit dengan isu dan skandal yang tidak
dapat dipastikan kebenarannya. Tuntasnya, integriti pemimpin yang boleh dipersoal
akan menyebabkan integriti organisasi atau kumpulan manusia yang dipimpinnya turut
dipertikaikan.Pada masa sama, dilema yang dihadapi oleh para pengikut adalah sejauh
mana perlunya mereka untuk terus taat dan setia kepada pemimpin yang memiliki
integriti diri yang meragukan.
Pemimpin perlu memainkan peranan dalam membentuk persekitaran organisasi yang
dinamis dan progresif. Kepemimpinan juga menjadi faktor yang akan menentukan
tingkah laku dan perwatakan anggota organisasi. Kajian Kouzes dan Posner (1997) dan
Seymour (1993) menunjukkan integriti kepemimpinan amat diperlukan dalam organisasi
bagi meningkatkan kualiti pengurusan. Integriti adalah faktor yang jika diamalkan boleh
membina dan melestarikan keutuhan pengurusan organisasi (Nik Mustapha Nik
Hassan, 2003).
5

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, membentuk diri untuk menjadi seorang individu yang berintegriti
bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setiap individu yang inginkan kelangsungan
kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan perlu berusaha sedaya mungkin untuk
memperkukuh integriti diri sendiri dan individu-individu di bawah tanggungjawab
masing-masing.
Oleh itu, kepemimpinan yang berintegriti dapat memahami kekuatan dalam
organisasinya serta dapat menjelaskan visi, misi dan matlamat kepada para
pekerjanya. Kegagalan memahami hala tuju organisasi akan menyebabkan kelemahan
dalam merancang program perubahan. Pemimpin yang berintegriti akan berpegang
kepada nilai. Nilai-nilai sejagat seperti amanah, tanggungjawab, berlaku adil, hormat-
menghormati, bertimbang rasa, bersopan dan bijak merancang perlu ada dalam diri
seseorang pemimpin. Harus wujud keterbukaan dan ketelusan dalam pengurusan.
Pemimpin tidak harus menolak kebenaran walaupun menjejaskan kedudukan atau
perasaan mereka sendiri.
Setiap manusia mempunyai martabat dan harga diri. Apabila pemimpin dapat
memenangi hati dan perasaan pekerja, segala arahan yang dikeluarkan dilihat sebagai
dorongan dan ransangan. Kekuatan ini mampu menterjemahkan visi dan misi dalam
bentuk tindakan dan komitmen kerja serta membantu merealisasikan wawasan.
Sebenarnya, pertimbangan kemanusiaan adalah kelebihan kepemimpinan berintegriti
dengan yang lain iaitu melihat kepemimpinan sebagai suatu seni, kepercayaan dan
rasa hati dalam amalan dan tindak tanduk harian.
Memetik kata-kata cendekiawan Albert Einstein; “...integrity without knowledge is weak
and useless, and knowledge without integrity is dangerous and dreadful...” Adalah
menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memperkasa dan membudayakan nilai
integriti dalam semua aspek kehidupan bagi memastikan sesuatu organisasi akan
sentiasa ditunjangi oleh ahli-ahli yang memiliki integriti diri yang tinggi.
Oleh itu, kepimpinan yang berintegriti dapat memahami kekuatan dalam organisasinya
serta dapat menjelaskan visi, misi dan matlamat kepada ahli-ahli organisasinya.
Kegagalan memahami hala tuju organisasi akan menyebabkan kelemahan dalam
merancang program perubahan. Pemimpin yang berintegriti akan berpegang kepada
nilai. Nilai-nilai sejagat seperti amanah, tanggungjawab, berlaku adil, hormat-
menghormati, bertimbangrasa, bersopan dan bijak merancang perlu ada dalam diri
seseorang pemimpin.
6

7.0 Rujukan

Kerajaan Malaysia. 2004. Pelan Intergriti Nasional. Putrajaya : percetakan Nasional


Kouzes, J.M & Posner, B.Z. 2002. The Leadership Challenge. (Edisi ke tiga puluh). San
Fransisco: Josey-Bass
Mohd Salleh Lebar. 2000. Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan diMalaysia. Petaling
Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mumtaz Begam , Norzaini, Mohamed Sani, 2010. Pengaruh Intergriti Kepimpinan
Terhadap Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di Institusi Pendidikan
Tinggi MARA. Jurnal Akademika bil. 78 (67-75). Kuala Lumpur.
Nik Mustapha Nik hassan. 1998. Falsafah pengurusan dan Pentadbiran Dalam Islam.
Dalam Pengurusan dan Pentadbiran. Mencapai Kecemerlangan Melalui
Penghayatan Nilai, disunting oleh Syed Othman AlHabshi dan Hamizah Ibrahim.
139-216. Kuala Lumpur: IKIM.
Robiah Sidin. 1988. Asas Pentadbiran. Petaling Jaya: Cipta Sdn. Bhd
Rollinson, D. 2005. Organisational Behaviour and Analysis: An Intergrated Approach, 3rd
Edition. England: Pearson Education Ltd.
Seymour, D.T. 1993. On: Causing Quality In Higher Education. New York: Mc Graw-Hill.
Utusan Melayu (M) Bhd  , Artikel Penuh, diakses pada Jan
2019 : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/integriti-dalam-kehidupan-
1.424817#ixzz5dLtd3Cdt 
Zafir , Mohd Hizam & Fazilah. 2009. Pengurusan Organisasi. . Cengage Learning Asia
Pte Ltd. Singapore
7

Anda mungkin juga menyukai