Anda di halaman 1dari 10

Dr. Wan Zaliha bt.

Wan Othman
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan

Abstrak

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan proses pendemokrasian pendidikan


merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi secara
formal atau tidak formal. PSH ini dihasratkan untuk menyaingi dan memperbaharui
pengetahuan dan kemahiran mereka yang turut dituntut oleh majikan dalam industri
bagi meningkatkan produktiviti. Sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara,
masyarakat semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan
kemahiran demi kemajuan negara dan kepuasan diri. Melalui pendidikan jarak jauh, e-
pembelajaran, pembelajaran di tempat kerja dan separuh masa telah menjadi
sebahagian budaya dan cara hidup ke arah menyokong pembangunan modal insan
selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. MQF tidak
mengambil kira masa dan tempat pengajian kerana PSH ini sangat fleksibel dan
mudah untuk dipilih oleh semua. Konsep untuk memenuhi keperluan individu dan
guna tenaga sangat penting walaupun seseorang telah tamat pendidikan dan latihan
secara formal. PSH ini banyak direalisasikan menerusi pusat-pusat pengajian tinggi
kerajaan dan swasta dan pusat-pusat lain yang diiktiraf oleh kerajaan. Salah satu
caranya adalah menerusi pendidikan jarak jauh yang telah lama wujud dalam
kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai suatu model pendidikan yang dapat
memajukan dasar ini. PSH ini menyasarkan golongan dewasa yang telah berkerja, suri
rumah dan semua masyarakat yang ingin memberikan sumbangan kepada negara dan
mempertingkatkan potensi diri masing-masing.
Pembelajaran membawa maksud proses mendapatkan ilmu dan Kamus Persuratan

mendefinisikan pembelajaran sebagai perihal atau proses belajar. Proses ini membawa

maksud sentiasa berlangsung tanpa had sama ada secara formal ataupun tidak formal. Konsep

untuk mendapatkan ilmu secara formal atau tidak formal adalah tidak penting bagi individu

yang mementingkan pemerolehan ilmu untuk kegunaan diri sendiri, keluarga, masyarakat

ataupun faedah dan kebaikan untuk negara mereka. Pembelajaran juga dikatakan sebagai

proses pemerolehan maklumat dan pengetahun di samping menguasai kemahiran serta

membantu pembentukan sikap dan kepercayaan masyarakat terhadap seseorang. Proses

pembelajaran akan berlaku sepanjang hayat di mana-mana sahaja, sama ada tempat yang

kondusif ataupun tidak dan tidak ditentukan masa yang tertentu kerana pembelajaran

merupakan proses belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran diri.

Menuntut pelbagai ilmu adalah keperluan asas bagi individu yang merasakan ingin

maju dan meningkatkan pengetahuan mereka dan ianya tidak mengira kaum, keturunan,

ataupun agama yang dianuti. Bagi penganut agama Islam, ilmu perlu dituntut semenjak dari

kecil sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Tuntutan memenuhi keperluan ilmu adalah

fardu kifayah dan tuntutan menutup ilmu bagi setiap muslim adalah wajib. Rasulullah SAW

dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn. Abd. al-Barr menjelaskan bahawa mencari ilmu

pengetahuan adalah wajib bagi setiap orang Islam. Pepatah dan kata-kata dalam masyarakat

sering menyebut “tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”. Kenapa negeri China? Mungkin

menjadi sedikit persoalan pada orang-orang yang mempersoalkannya.


Kata “tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China” membawa pengertian bahawa semua

orang digalakkan untuk menuntut ilmu walau ke mana sekalipun. Tidak semestinya seseorang

itu harus belajar ke negeri China sahaja, semua orang dituntut untuk menuntut di mana sahaja

di muka bumi Allah ini. Oleh itu kewajipan mencari ilmu adalah suatu proses sepanjang

hayat dan bukan sekadar pada tahap umur dan masa yang tertentu sahaja. Pertambahan ilmu

menunjukkan penambahan kepakaran pada seseorang dalam bidang-bidang tertentu dan ilmu

ini jika dikuasai dengan baik dan diamalkan mengikut sunnah Rasulullah akan menambahkan

tahap ketakwaan seseorang muslim di dunia ini.

Jika dilihat proses penerimaan ilmu di Malaysia, zaman sebelum kemerdekaan dan

selepas kemerdekaan adalah sangat berbeza tahap perkembangannya. Zaman sebelum

merdeka ramai masyarakat yang masih buta huruf dan tidak mampu untuk menghadapi

cabaran di luar daripada masyarakat sendiri. Selepas itu, masyarakat perlahan demi perlahan

sudah mula celik huruf. Manakala dalam bidang teknologi pula, tahun 1980-an dan 1990-an

memperlihatkan ramai dalam kalangan masyarakat masih tidak tahu menguasai teknologi dan

tiba-tiba sekarang kebanyakan masyarakat sudah mula celik teknologi. Masyarakat yang

tinggal di ceruk-ceruk kampun pun sudah mula celik teknologi. Mereka tidak lagi dikatakan

“Katak di bawah tempurung”. Kini, masyarakat luar Malaysia juga telah melihat Malaysia

sebagai sebuah negara yang sedang membangun sehingga menjadi tumpuan pusat-pusat

pengajian ilmu untuk negara dunia ketiga. Inilah kesan positif corak pembelajaran yang

diperoleh oleh masyarakat hasil daripada pengorbanan mereka menuntut dan mencari ilmu

dari semasa ke semasa tanpa mengenal jemu dan penat. (boleh tambah instrument soal

selidik ataupun wawancara)


Jadi, salah satu cara untuk mendapatkan ilmu ialah menerusi Pembelajaran Sepanjang

Hayat (PSH). PSH adalah pembelajaran yang berlaku tanpa sempadan dan tanpa batasan

umur. Objektif teras PSH adalah untuk memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat

Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat

dan menjadikan PSH sebagai pemangkin kepada pembentukan organisasi pembelajaran di

setiap organisasi. (tambah istrumen soal selidik ataupun temuramah)

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) menjadi salah satu saluran pembelajaran

sepanjang hidup. PSH juga adalah sama dan sehaluan dengan sistem pendidikan negara yang

memuatkan pendidikan dari peringkat prasekolah, membawa kepada sekolah rendah, sekolah

menengah, prauniversiti dan ke peringkat yang lebih tinggi sama di institusi awam ataupun

wasta. Pelan perancangan asal untuk PSH di Malaysia difokuskan kepada kumpulan peserta

yang berumur antara 15 hingga 64 tahun. Meskipun umur ditentukan, namun tidak bermakna

setiap peringkat umur yang berbea akan mempelajari kursus yang berlainan. Mereka akan

didedahkan dengan minat dan kecenderungan masing-masing. Golongan ini tidak mengambil

kira golongan profesional yang telah mempunyai pendapatan tetap dan sudah memiliki

syarikat atau aset masing-masing.

Menurut sumber yang dipetik daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara,1

unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan

golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah

sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk program PSH disalurkan

kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang

seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi negara. Sasaran Pelan

1
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk website Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2011.
Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15 hingga

64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020.

Usaha ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.

PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh,

pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan

penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas penubuhan

dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah

bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:

 Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH

 Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta

memberi pengiktirafan dan akreditasi PSH

 Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT

agar tiada pertindihan program dan aktiviti

 Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan

PSH

 Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya dan

 Pemantauan program aktiviti PSH secara berkala;

Untuk itu, beberapa strategi dibuat untuk mencapai objektif tersebut seperti :

i. Meningkatkan mekanisme dan prasarana untuk memudahkan PSH sebagai alat

menambah pelbagai ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam

memperkaya kualiti hidup individu.


ii. Meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam kalangan orang awam supaya dapat

memanfaatkan potensi kendiri melalui PSH agar dapat menghasilkan impak positif

dari segi produktiviti, daya saing, dan kebolehpasaran melalui peningkatan promosi

PSH.

iii. Memelihara kesinambungan dan pengiktirafan PSH.

iv. Menyediakan sokongan pembiayaan yang sewajarnya bagi membudayakan PSH.

(Sumber utama: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara – Bab 8: Membudayakan


Pembelajaran Sepanjang Hayat)

Oleh itu, matlamat PSH sudah tentunya untuk menghasilkan seseorang individu

ataupun masyarakat seimbang dari aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan sosial)

yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Maka, dalam erti kata lain, seseorang

individu seharusnya bersedia untuk memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk idea sama

ada dalam bentuk teori atau praktik untuk merealisasikan PSH ini. PSH ini juga boleh

dikategorikan sebagai pendidikan secara tidak formal kerana tidak terikat dengan waktu dan

tempoh yang tertentu. (boleh tambah instrument di sini)

Meskipun begitu, pendidikan formal yang telah diterima dari peringkat awal banyak

membantu seseorang untuk melanjutkan ilmu ke peringkat lebih tinggi menerusi PSH ini.

Pendidikan tidak formal yang asal dan originial sebenarnya diterima secara asas daripada

keluarga dan pembelajarannya berlangsung tanpa disedari yang diikuti dari semasa ke semasa

secara tidak langsung.

Pendidikan tidak langsung juga berlaku menerusi pergaulan dan pembelajaran melalui

persekitaran. Namun, pendidikan tidak formal hasil daripada pengamatan terhadap

persekitaran banyak bergantung kepada tahap kematangan seseorang individu menerimanya.


Jika tidak pandai menilai dan tidak pandai memilih kemahiran, maka akan menghasilkan

suatu bentuk masyarakat yang tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada diri, apatah

lagi masyarakat. Individu yang boleh mengaitkan persekitaran dengan pencipta-Nya lebih

mudah untuk mencapai kehidupan yang bersifat universal (sejagat) dan kenal akan dirinya

kerana kehidupan adalah proses pendidikan sepanjang hayat, sesuai dengan kenyataan

berikut:2

Informal education (IFE) - the truly lifelong process whereby every individual
acquires attitudes, values, skills and knowledge from daily experience and the
educative influences and resources in his or her environment - from family and
neighbours, from work and play, from the market place, the library and the mass
media.

Meneruskan perbincangan ini, Pembelajaran Sepanjang Hayat mampu memperbaiki

mutu dan memberikan sumbangan kepada pembangunan keluarga, masyarakat, dan negara.

Bukan itu sahaja, sesetengah masyarakat yang memiliki kemahiran yang di luar daripada

kebolehan orang lain di tempat premis bekerja bukan sekadar menaikkan nama jabatan,

malahan akan memberikan pendapatan sampingan jika sekiranya pandai membahagikan masa

antara bekerja dan keperluan tambahan kewangan individu.

Pendidikan Sepanjang Hayat bukan sahaja dibuka dan diberi peluang oleh kerajaan

kepada orang-orang yang bekerja sahaja, malah ia merangkumi tawaran kepada sesiapa sahaja

yang sanggup untuk meningkatkan tahap kebolehan diri mereka. Sesiapa sahaja termasuk suri

rumah, orang kurang upaya, pesara kerajaan, gelandangan, penganggur, sehinggalah

membawa kepada golongan warga tua. Ketiadaan had dan sempadan latar belakang ini

2
Sila rujuk http://eprints.utm.my/14919/1/Pendidikan_-_eprint4.pdf yang ditulis oleh Hussin Bin
Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin dalam artikel bertajuk : Pendidikan - Matlamat Dan
Fungsinya )
bertujuan untuk memberikan latihan dan kemahiran serta pendidikan kepada semua orang.

Sekaligus akan menyahut seruan kerajaan untuk mensifarkan buta huruf di Malaysia. Secara

tidak langsung juga dapat meningkatkan pembangunan modal insan yang banyak ditekankan

sewaktu pembelajaran secara formal berlangsung.

PSH terdiri daripada 4 kluster namun hanya 3 kluster sahaja yang dibuka dan

ditawarakan kepada orang awam. Kluster yang pertama program pengajian separuh masa

untuk peringkat persijilan, diploma, ijazah, dan ijazah lanjutan termasuk juga pembelajaran

secara ‘online’ ataupun ‘e-learning’. Kluster kedua merupakan pengajian yang melibatkan

ilmu-ilmu teknikal dan kemahiran yang tempohnya yang tidak melebihi tempoh 6 bulan

pengajian. Peringkat yang ketiga merupakan pengajian untuk peningkatan ilmu dan

kemahiran serta pembangunan diri individu. Sepanjang tempoh 2012/2013 telah banyak

rancangan dilaksanakan menurut perancangan PSH yang telah ditawarkan oleh 15

kementerian dan pelbagai agensi yang lain yang dilantik untuk melaksanakan PSH.

Pelan tindakan dalam pelaksanan PSH menjelang 2020 adalah untuk meningkatkan

mekanisme dan prasarana pengajian tinggi dan pelbagai langkah telah dirancang untuk

merealisasikannya. Yang pertama, menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan PSH di bawah

Majlis Penasihat dan Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Ahli-

ahlinya Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi dan Yang Berhormat Mengeri Sumber

Manusia. Ahli majlisnya pula terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi, ataupun

jabatan.

Pelan tindakan yang lain membina dan mengembangkan pembelajaran sepanjang

hayat di IPT menerusi penyediaan dan pelaksaan kurikulum yang dijalankan berasaskan

perancangan yang awal. Meskipun begitu setiap kursus akan melalui MQF dalam melaksana

dan menjalankan kursus secara formal ataupun tidak formal.


Untuk melicinkan usaha dan perancangan pelan tindakan ini, maka pihak kerajaan

negeri dan pihak kerajaan tempatan seharusnya memberikan kerjasama yang baik. Usaha ini

digembleng untuk mencapai target penambahan enrolmen pelajar PSH sebanyak 10% untuk

peringkat diploma. Harapan ini akan mudah direalisasikan apabila syarat kemasukan adalah

lebih fleksibel dan tidak menekankan pelajar. Bentuk-bentuk pengisian sebegini memudahkan

setiap pelajar diiktiraf mengikut norma-norma yang masih ditentukan oleh ahli lembaga

pengarah. Berikut adalah bentuk pengiktirafan PSH dan usaha untuk mempromosikan PSH di

peringkat Malaysia.

Untuk memperkemaskan pengiktirafan PSH, beberapa langkah berikut akan


dilaksanakan:

i. Mengiktiraf program latihan kementerian lain untuk kemasukan ke program IPT di


bawah MQF. Pengiktirafan jam kredit akan dinilai berdasarkan kriteria yang
ditetapkan untuk
tujuan penentuan subjek yang akan diambil dalam sesuatu program kursus.

ii. Memudahkan tawaran kursus secara modular mengikut kesesuaian masa peserta.
Di bawah kaedah ini, jumlah kredit bagi sesuatu modul dapat di kumpul dan di
gunakan untuk meneruskan pengajian bagi modul berikutnya pada masa lain sama ada
di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

iii. Mempertingkatkan promosi


Untuk menggalakkan lebih ramai orang awam menyertai PSH, langkah-langkah
berikut akan dilaksanakan iaitu menyediakan kemudahan untuk komuniti
mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran PSH secara mudah (seperti kios
PSH) dan memperkembangkan dan menekankan kesedaran PSH melalui promosi
pelbagai media seperti radio dan televisyen khas.

Kesimpulannya, PSH adalah salah satu peluang yang dibuka oleh kerajaan untuk

memberi ruang kepada masyarakat yang ingin menambahkan pengalaman dan kemahiran.

Yang pentingnya, untuk golongan muda yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke

peringkat profesional mereka mempunyai pelbagai pilihaan dan inisiatif ini perlu diambil

untuk menyahut cabaran globalisasi ekonomi dunia. PSH ini juga bertujuan untuk

memberikan kemahiran agar masyarakat dapat berdikari tanpa mengharapkan kerajaan


memberikan mereka pekerjaan semata-mata. Mereka boleh bergerak sendiri apabila sudah

memiliki pelbagai ilmu dan kepakaran dalam diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai