Anda di halaman 1dari 13

Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

QISAS: TEORI DAN PELAKSANAANNYA TERHADAP


WANITA: SATU PERBANDINGAN DI ANTARA
SIVIL DAN ISLAM

Ahmad Bin Muhammad Husni, Abdul Basir Mohammad, Amir Husin


Mohd Nor, Hayatullah Laluddin, Mohd. Al Adib Samuri & Nurhayati
Binti Che Omar

ABSTRAK

Menurut ajaran Islam, qisas adalah satu bentuk hukuman yang


dijalankan ke atas penjenayah lelaki dan wanita yang membabitkan
tubuh badan manusia dan kecederaan anggota badan. Manakala
menurut sivil pula, istilah qisas tidak digunakan tetapi diganti dengan
istilah gantirugi atau tort yang digunapakai oleh mahkamah pada hari
ini. Tulisan ini akan mengupas pandangan ulama mengenai qisas dan
perkaitannya dengan undang-undang sivil. Metodologi yang digunakan
adalah berbentuk kepustakaan iaitu bersumberkan buku, artikel serta
rujukan internet yang mengupas pandangan ulama mengenai qisas serta
pelaksanaannya dan perbezaannya dengan peruntukan yang terdapat
dalam undang-undang sivil terutamanya undang-undang tort jenayah.
Objektif kajian ialah untuk mencari alternatif yang sesuai untuk
dilaksanakan terhadap penjenayah terutamanya penjenayah wanita
dalam kedua-dua aspek undang-undang iaitu syariah dan sivil.
Perbandingan di antara kedua-dua peruntukan undang-undang
dijadikan asas dalam mencari persamaan dan perbezaan pelaksanaan
hukuman ini. Kajian yang mendalam terhadap bahan-bahan yang
diperoleh mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam pelaksanaan
hukuman di antara syariah dan sivil walaupun matlamatnya adalah
sama. Diharapkan tulisan ini dapat membantu para pembaca dalam
mendalami pengertian qisas.

Kata Kunci: Qisas, teori, pelaksanaannya, wanita, tort.

PENDAHULUAN

Islam adalah agama yang syumul serta bersifat adil. Oleh itu,
penekanan mengenai pelaksanaan hukuman yang setimpal dengan
perbuatan penjenayah amat dititik beratkan dan berpatutan dengan apa
yang dilakukan seperti yang tercatat dalam al-Quran mahupun al-
Sunnah. Keadilan yang menjadi asas pelaksanaan hukuman ini meliputi
kedua-dua golongan lelaki dan wanita. Namun begitu, tulisan ini hanya
memfokuskan kepada pelaksanaan qisas terhadap wanita dengan

61
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

membandingkan pandangan ulama dan peruntukan undang-undang


sivil. Qisas adalah satu bentuk hukuman balas yang dijalankan dalam
Islam manakala sivil pula mengelarnya sebagai gantirugi. Qisas hanya
akan dijalankan sekiranya individu tersebut didapati bersalah. Namun
hukuman ini boleh digugurkan dengan beberapa sebab antaranya
kemaafan yang diberikan oleh keluarga mangsa dan pelaksanaan
hukuman takzir. Konsep qisas ini telah dijelaskan dalam firman Allah
SWT yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu qisas


berkenaan orang-orang yang dibunuh: orang merdeka dengan orang
merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka
barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan (pengampunan) daripada
saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikut dengan cara yang
baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang
memberi maaf dengan cara yang baik. Yang demikian itu adalah satu
keringanan daripada tuhan kamu dan satu rahmat. Barangsiapa yang
melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yang amat pedih. (al-
Baqarah:178).

Walau bagaimanapun, pelaksanaan hukuman jenayah Islam yang


diaplikasikan di Malaysia pada dasarnya adalah meliputi ruang lingkup
hukuman takzir dan tidak terdapat peruntukan mengenai hudud dan
qisas (Zulkifli Hassan 2010).

Manakala perbincangan lanjut mengenai hukuman jenayah yang


terdapat dalam undang-undang hanya menyentuh mengenai tuntutan
yang berbentuk ganti rugi. Sehubungan dengan itu, peruntukan-
peruntukan seperti Kanun Keseksaan menjadi asas terhadap tuntutan
yang berbangkit.

DEFINISI QISAS DAN TORT

Pengertian qisas menurut para ulama adalah suatu perbuatan yang


melibatkan kecederaan atau pembunuhan secara fizikal terhadap
seseorang (Mustafa al-Khinn et.al. 2010: 1802). Pengertian lanjut
mengenai hukuman qisas ialah bentuk hukuman yang dikategorikan
sebagai hak individu dan tertentu. Perkataan tertentu telah ditakrifkan
sebagai penjenayah tidak mempunyai pilihan lain dalam pelaksanaan
hukuman kecuali telah mendapat pengampunan daripada mangsa atau
keluarganya (Hashim Mehat 1977).

Qisas dari sudut bahasa bermaksud pembalasan kerana seseorang yang


telah sabit dengan jenayah yang dilakukannya akan dihukum balas

62
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

sepertimana jenayah tersebut. Selain itu, qisas juga mempunyai maksud


persamaan kerana perbuatan penjenayah terhadap mangsa akan
dibalas sama adil (Wahbah al-Zuhayli 2004).

Qisas dari sudut istilah bermaksud penjenayah menerima hukuman


sepertimana perbuatannya iaitu sekiranya membunuh penjenayah
tersebut akan turut dihukum bunuh dan seterusnya (Abdul Qadir
Audah, 1968/1388). Hal ini adalah seperti firman Allah s.w.t yang
bermaksud Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu
qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh: orang merdeka dengan
orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka
barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan (pengampunan) dari
saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikut dengan cara yang
baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada
yang memberi maaf dengan cara yang baik. Yang demikian itu adalah
satu keringanan dari tuhan kamu dan satu rahmat. Barangsiapa yang
melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yang amat pedih
(al-Baqarah 2:78).

Manakala definisi tort mempunyai perbezaan dengan qisas. Secara


khususnya perkataan tort didefinisikan sebagai kesalahan atau wrong di
dalam Bahasa Inggeris.Selain itu, perkataan tort juga bererti curang,
tipu, tidak jujur, berbelit-belit, tidak lurus, bengkak-bengkok, dan
berliku-liku. (Abdul Basir Mohamad, 2009: 1) . Hal ini menyebabkan
berlakunya perbezaan di antara qisas dan tort sekaligus menjadikan
kesalahan jenayah lebih serius dari kesalahan tort (Nigam, R.C, 1965).

Undang-undang Tort merupakan undang-undang yang diguna pakai


dari common law berdasarkan kesesuaian. Hal ini dapat dilihat dalam
keputusan penghakiman bagi kes Government of Perak lwn.A.R.
Adams [1914] 2 F.M.S.L.R 144 iaitu Mahkamah memutuskan seperti
berikut: Dalam tuntutan kes-kes tort, mahkamah di negara ini
selalunya berpandukan kepada prinsip asas common law Oleh itu,
keputusan kehakiman Mahkamah Tempatan akan menjadi sumber
undang-undang Tort dan tidak dikanunkan (provision). Walaupun tidak
dikanunkan secara khusus, masih terdapat peruntukan akta yang
menyentuh mengenai Undang-undang Tort iaitu Akta Undang-Undang
Sivil 1956. Peruntukan yang terdapat didalam akta ini menyentuh
mengenai ganti rugi atas kematian, kecederaan, kecacatan dan lain-lain
ganti rugi namun tidak secara menyeluruh.(Abdul Basir bin Mohamad,
Noor Huda binti Roslan, 2001)

63
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

SYARAT-SYARAT TANGGUNGJAWAB QISAS DAN


UNDANG-UNDANG TORT:

Qisas yang merupakan hukuman balas perlulah dilakukan dengan adil


dan bersesuaian dengan objektif yang telah ditetapkan. Oleh hal yang
demikian, terdapat beberapa syarat yang menjadi paksi terhadap
pelaksanaan hukuman qisas seperti berikut:

a) Melibatkan Penjenayah Wanita

Qisas yang membabitkan nyawa dan melibatkan penjenayah wanita


perlulah memenuhi syarat-syarat berikut iaitu:

1. Individu yang dihukum qisas mesti mukallaf iaitu akil dan baligh.

Ini bermakna qisas tidak boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak


ataupun orang gila. Dalil bagi hukum ini ialah sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Daripada Ali RA bahwasanya Nabi SAW berkata: Pena


telah diangkat (tidak dikira bersalah) daripada tiga jenis orang; orang
yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia bermimpi
dan orang gila sehingga dia berakal atau sedar. (Riwayat Abu Dawud)

2. Mangsa yang dibunuh mesti seseorang yang dijamin nyawanya


sama ada sebagai seorang Islam atau orang kafir zimmi. Bagi kafir
harbi pula nyawa mereka tidak dijamin. Demikian juga dengan
orang murtad kerana darahnya halal ditumpahkan. Rasulullah
SAW bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia.


(Riwayat al-Bukhari)

Hukum ini juga termasuk di dalam firman Allah SWT:

64
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

Maksudnya: Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya


sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. (Surah al-
Tawbah 9: 36)

3. Pembunuh dan mangsa mesti sama taraf.

Taraf mangsa tidak boleh lebih rendah daripada pembunuh kerana


kekufuran atau perhambaan. Dengan itu, seorang muslim tidak akan
dihukum bunuh kerana membunuh orang kafir, sama ada orang itu
ialah kafir zimmi,1 orang kafir yang membuat perjanjian (muahid),
kafir harbi2 atau orang kafir yang belum lagi menerima seruan Islam.
Demikian juga orang merdeka tidak akan dihukum bunuh kerana
membunuh hamba. Ini berdasarkan hadis daripada Ali RA bahawa
Rasulullah SAW melarang seorang muslim dibunuh kerana membunuh
orang kafir. Ini berdasarkan sebuah hadis:

Maksudnya: Orang merdeka tidak dibunuh kerana membunuh hamba.


(Riwayat Abu Dawud)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu


qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka
dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan
wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan daripada

1
Zimmi ialah orang kafir yang tunduk (patuh) kepada pemerintahan Islam, seperti
dengan membayar cukai (nyawa, harta, dan kehormatan diri mereka dilindungi serta
mendapat keadilan.
2
Harbi ialah orang kafir yang patut diperangi dengan ketentuan yang telah
ditetapkan dalam syariat Islam

65
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang


baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang
memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah
suatu keringanan daripada Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa
yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya seksa yang sangat
pedih. (Surah al-Baqarah 2:178)

b) Anggota badan

Di antara syarat qisas bagi jenayah ini adalah seperti berikut:

1. Anggota yang dipotong mesti sama. Contoh, tangan kanan dibalas


dengan tangan kanan.

2. Tidak boleh melibatkan anggota tubuh badan yang lumpuh dengan


anggota yang normal. Contoh, tidak dibenarkan memotong tangan
yang normal dengan balasan tangan yang lumpuh walaupun
pesalah bersetuju.

3. Anggota yang ingin dipotong mesti boleh dipotong pada sendinya


seperti siku dan pergelangan tangan atau had yang boleh
ditetapkan seperti telinga. Sekiranya kadar kecederaan tidak boleh
dipastikan sama ada ia bengkak, luka atau potongan yang tidak
pada sendi, amalan hukuman qisas tidak boleh dijalankan
(Mustafa al-Khinn, Mustafa al-Bugha, Ali al-Sharbaji 8: 1806).

Kenyataan ini disokong oleh sebuah hadis yang bermaksud:

Daripada Nimran bin Jariyah daripada bapanya bahawa seorang lelaki


telah menetak seorang lelaki lain pada lengan bawahnya dengan pedang
sehingga putus tetapi bukan pada sendinya. Lalu mangsa membuat
aduan kepada Rasulullah SAW dan baginda mengarahkan pesalah itu
untuk membayar diyat. Mangsa berkata: Saya mahu menuntut qisas.
Baginda bersabda: Ambillah diyat, semoga engkau diberkati oleh
Allah dengannya.(Riwayat Ibn Majah)

Tanggungjawab jenayah dalam Common Law hendaklah memenuhi


tuntutan unsur mental atau lebih dikenali sebagai Mens Rea sama ada
melibatkan lelaki atau perempuan seperti yang terdapat dalam maxim
yang termahsyur iaitu actus non facit reum nisi mens sit rea yang boleh
diterjemahkan sebagai niat dan perbuatan mesti wujud serentak ketika
jenayah dilakukan (Fowler v. Padget 1798). Hal ini bererti sekiranya
seseorang penjenayah itu tidak mempunyai unsur mens rea yang

66
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

mencukupi beliau tidak boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah.


Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Goddard C.J dalam kes Harding v.
Price

... Kaedah am yang dipakai terhadap kes-kes jenayah ialah actus


non facit reum nisi mens sit rea: iaitu adalah amat mustahak untuk
menjaga kebebasan seseorang di mana mahkamah mesti selalu
mengingati iaitu melainkan satu-satu statut sama ada secara
nyata atau disifatkan ada, secara perlu mengeluarkan mens rea
sebagai unsur penting dalam satu-satu kesalahan jenayah, maka
mahkamah hendaklah menganggapkan seseorang tidak bersalah
terhadap sesuatu kesalahan di segi undang-undang jenayah
melainkan ia mempunyai satu fikiran salah (guilty mind).

Selain daripada unsur mental, niat jenayah dan keinginan (desire) juga
merupakan antara syarat yang perlu diambil kira dalam menjatuhkan
hukuman jenayah. Niat (intention) adalah merangkumi pengetahuan
dan ramalan terdahulu (fore-knowledge) terhadap kesan daripada
sesuatu perbuatan. Gabungan kedua-duanya akan membentuk
perbuatan jenayah (Nigam, R.C 1965). Niat penting untuk menentukan
perbuatan jenayah kerana niat bukan sahaja meramalkan sesuatu tetapi
adalah keinginan melakukan sesuatu dan dipamerkan melalui perbuatan
(Kenny, J.W.C Turner 1974). Hal ini juga turut terdapat dalam
peruntukan Kanun Keseksaan yang diamalkan di Malaysia berdasarkan
peruntukan seksyen 39 iaitu Seseorang adalah dikatakan menyebabkan
sesuatu kejadian dengan sengaja apabila ia menyebabkan kejadian itu
dengan jalan yang ia telah bermaksud hendak menyebabkannya, atau
dengan jalan yang pada masa menggunakan jalan itu, ia ketahui atau
ada sebab mempercayai mungkin menyebabkan kejadian itu.

Terdapat juga syarat lain yang menyebabkan seseorang dijatuhi


hukuman jenayah iaitu motif. Motif merupakan perkara yang
berselindung disebalik niat (Nigam, R.C 1965) seperti bermotifkan
balas dendam. Menurut peruntukan seksyen 8(1) Akta Keterangan
1950, motif tidak menjadi faktor penting untuk mensabitkan seseorang
dengan kesalahan jenayah sebaliknya ia hanyalah faktor yang
dipertimbangkan sebagai berkaitan (relevant) untuk menentukan niat
bagi mensabitkan seseorang dengan kesalahan jenayah.

Perbincangan mengenai motif menyentuh mengenai unsur pengetahuan


yang juga turut digariskan antara faktor yang menyebabkan berlakunya
tanggungjawab jenayah. Hal ini secara jelas telah disebutkan dalam
peruntukan seksyen 26 Kanun Keseksaan iaitu Seseorang adalah
dikatakan ada sebab mempercayai sesuatu perkara jika ia ada sebab

67
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

yang cukup bagi mempercayai perkara itu, tapi tidak dengan sebab
yang lain. Melalui niat, lazimnya akan membentuk sebuah
pengetahuan walaupun kadang-kadang ia dinilai dalam darjah yang
berbeza. Apabila anggapan yang terbentuk melalui niat hampir atau
agak lebih kurang pasti ia dikatakan sebagai pengetahuan.

Selain itu, cuai (negligence) turut dikategorikan sebagai faktor yang


menyebabkan hukuman jenayah itu disabitkan. Walau bagaimanapun,
cuai yang menjadi faktor kepada sabitnya kesalahan jenayah dilihat dari
sudut hal keadaan (circumstances). Seseorang itu dikatakan cuai
apabila dia mendatangkan satu akibat yang pada kebiasaannya dapat
dielakkan dan diramalkan oleh orang yang berhemat cermat (a prudent
man).

CARA PELAKSANAAN HUKUMAN

Hukuman qisas menjadi hak kepada mangsa itu sendiri, sekiranya dia
seorang yang sudah dewasa, akil dan baligh. Jika mangsa itu masih
kecil atau gila, hak itu jatuh kepada walinya. Pandangan ini menurut
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Manakala menurut Imam Syafie pula, penjaga atau wali kanak-kanak


dan orang gila tidak menjadi pemilik hak qisas, sebaliknya pelaksanaan
qisas akan ditangguhkan sehingga kanak-kanak itu besar dan orang gila
itu kembali siuman (Paizah Ismail 2008: 156).

Walau bagaimanapun, sekiranya mangsa atau keluarganya memberi


pengampunan terhadap penjenayah, maka pelaksanaan hukuman itu
telah gugur dan hanya dikehendaki untuk membayar diyat. Diyat tidak
perlu diberikan sekiranya tidak dituntut oleh keluarga mangsa (Hashim
bin Mehat 1977).

Pelaksanaan hukuman qisas adalah bertujuan untuk memberikan


pengajaran kepada individu lain agar menjauhi perbuatan tersebut dan
bukannya berbentuk kezaliman terhadap penjenayah. Hal ini telah
dinyatakan oleh Ibn Humam (1316H): Seksaan menjadi pencegah
(mawani) sebelum melakukan jenayah, dan menjadi deraan (zawajir)
selepas melakukannya, iaitu dengan mengetahui penguatkuasaan
seksaan itu menghalangnya daripada melakukan jenayah itu, atau bila
dikenakan seksaan selepas melakukan jenayah, dapat menghalangnya
daripada mengulangi perbuatan itu.

Oleh sebab itu, cara untuk melaksanakan hukuman qisas turut


meletakkan keadaan fizikal serta faktor persekitaran sebagai faktor

68
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

perbincangan sekiranya pelaksanaan hukuman itu hendak di buat.


Antara faktor tersebut adalah keadaan fizikal penjenayah mestilah sihat
dan tidak mengandung (Paizah Ismail 2008: 156). Sekiranya
penjenayah tersebut mengandung hukuman hendaklah ditangguhkan.
Faktor persekitan seperti tidak terlalu sejuk dan panas turut menjadi
aspek yang perlu diteliti. Hal ini adalah untuk mengelakkan mudarat
terhadap tubuh badan penjenayah.

PELAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM KE ATAS


WANITA

Dalam Islam tanggungjawab jenayah wanita sama seperti lelaki.


Wanita mempunyai kapasiti sebagai nukallaf iaitu ada daya sedar dan
pilihan serta baligh dan berakal ketika melakukan sesuatu jenayah.
Malah Islam tidak membezakan kedudukan antara wanita dan lelaki
sebagai penjenayah tidak kira sama ada jenayah membabitkan nyawa,
tubuh badan dan harta. Imam Shafie menyebut kitab al-Umm:

Tiada khilaf ilmu yang aku temui bahawa darah antara orang yang
membunuh dan kena bunuh adalah sama jika mereka merdeka dan
Islam. Oleh itu, apabila seorang lelaki membunuh wanita dengan
sengaja, dia akan dibunuh. Begitu juga dengan wanita akan dibunuh
apabila dia membunuh seorang lelaki. Tidak boleh diambil daripada
wanita itu atau keluarganya sesuatu untuk diberi kepada pihak lelaki
jika ia dihukum bunuh. Hukumannya tetap sama seperti lelaki dalam
kes yang membabitkan kematian (Musa Awang 2009: 33).

Para fuqaha telah bersepakat bahawa tidak ada perbezaan tentang


hukuman jenayah ke atas wanita dan lelaki. Menurut ulama mazhab
Hanafi tidak boleh dikenakan hukuman qisas yang melibatkan bibir
organ seks wanita. Manakala Imam Shafie dan Ahmad pula
mempunyai dua pendapat mengenainya. Pendapat pertama mengatakan
perlu dikenakan qisas. Pendapat kedua pula mengatakan tidak perlu
dikenakan qisas. Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa
hukuman qisas tidak boleh dikenakan ke atas payudara dan punggung
wanita tetapi boleh dikenakan hukuman qisas terhadap puting
payudara.

Menurut mazhab Hanafi, hukuman qisas tidak boleh dijatuhkan ke atas


kesalahan yang tidak melibatkan nyawa terhadap penjenayah wanita
hamil kecuali setelah dia melahirkan kandungannya walaupun dia
hamil setelah melakukan jenayah. Manakala pendapat mazhab Shafie
mengatakan bahawa hukuman qisas ke atas nyawa atau anggota tubuh
badan hendaklah ditangguhkan jika seseorang itu hamil sehingga dia

69
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

melahirkan dan menyusukan laba (susu pada awal kelahiran) dan


menggantikan penyusuan atau sehingga tamat tempoh susuan sehingga
bayi tersebut berusia dua tahun.

Seseorang wanita yang telah melakukan jenayah boleh ditahan dalam


dua keadaan. Pertama, dia boleh ditahan untuk siasatan jika belum
didakwa. Kedua, dia boleh ditahan untuk tujuan hukuman jika dia telah
disabitkan kesalahan. Tertuduh wanita yang telah disabitkan jenayah
tetap mempunyai hak dan tanggungjawab sebagai seorang manusia dan
jika dia beragama Islam, maka hak dan kewajipan terhadap agamanya
hendaklah dihormati. Seorang tahanan wanita hendaklah diselia oleh
petugas wanita kecuali keadaan di tempat terbuka atau dia terlalu ganas
sehingga tidak mampu ditangani oleh petugas wanita. Tahanan wanita
yang beragama Islam hendaklah menjaga batasan aurat yang sepatutnya
walaupun di kalangan wanita iaitu hanya muka, rambut, dan kedua
belah tangan sehingga ke lengan boleh didedahkan untuk memudahkan
pergerakan dan kerja-kerja yang ditugaskan. Jika tempat tahanannya
bercampur dengan wanita bukan Islam, maka auratnya termasuk juga
rambutnya.

Tahanan wanita hendaklah dibenarkan bertemu dengan suami, anak dan


kaum kerabat terdekat di tempat tahanan dalam jangka masa yang tidak
begitu lama. Selain itu tahanan wanita tersebut juga berhak mendapat
hak perkelaminan bersama suaminya. Namun seorang isteri tidak boleh
ditahan bersama lelaki. Malah dia hendaklah ditahan daripada
menghadiri perjumpaan, menyertai perayaan, mengiringi jenazah dan
melawat orang sakit.

Tahanan wanita juga hendaklah dibekalkan dengan kemudahan


beribadat seperti kemudahan mendirikan solat, berpuasa dan memiliki
mashaf al-Quran. Tahanan wanita itu juga hendaklah diberikan tazkirah
jika terdapat masa untuk tazkirah kerana tazkirah itu merupakan suatu
perkara yang sangat baik sebagai suatu kaedah pemulihan. Ini kerana
matlamat sesuatu hukuman ialah memulihkan dan mengajar pesalah.
(Siti Zalikhah Md. Nor et.al. 2008: 35-37).

Salah satu hukuman yang boleh dijatuhkan oleh pemerintah jika syarat-
syarat pelaksanaan qisas terhadap wanita tidak dipenuhi atau waris
mangsa memaafkan penjenayah ialah hukuman sebat. Walau
bagaimanapun hukuman sebat ini tertakluk kepada beberapa peraturan.

Antara peraturan dan kaedah pelaksanaan hukuman sebat secara sivil


adalah seperti berikut:

70
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

1. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan terhadap banduan


perempuan atau lelaki yang melebihi 50 tahun kecuali jika
membabitkan jenayah seksual.

2. Hukuman sebat tidak boleh dijatuhkan lebih daripada 10 kali


dengan rotan ringan terhadap banduan muda iaitu bagi pesalah
yang berusia kurang 21 tahun. Jumlah bilangan maksimum sebatan
yang boleh dikenakan ke atas mereka ialah enam kali.

3. Hukuman sebat dengan rotan hendaklah dikenakan pada punggung


pesalah.

4. Rotan yang digunakan untuk pesalah dewasa tidak boleh melebihi


daripada 1.25 sentimeter garis pusatnya.

5. Manakala bagi banduan muda pula menggunakan rotan yang


ringan.

6. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan secara beransur-ansur.

7. Pegawai yang menjaga dan pegawai perubatan mesti hadir


sewaktu hukuman dan pegawai perubatan itu hendaklah memberi
arahan bagi mencegah sebarang kemudaratan.

8. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan dalam masa 24 jam selepas


hukuman dijatuhkan kecuali dengan perintah khas membabitkan
hal kecemasan.

9. Pegawai perubatan boleh mengesyorkan hukuman dihentikan


apabila ia perlu bagi mencegah kemudaratan kepada kesihatan
banduan.
10. Jika ia berlaku pegawai yang menjaga hendaklah menangguh atau
meringankan hukuman yang masih berbaki (Saiful Haizan Hasam
2009: 15).

Manakala kaedah pelaksanaan sebat mengikut hukum syariah pula


ialah seperti berikut:

1. Alat sebatan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecil


yang tiada ruas.

71
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

2. Panjang rotan mestilah tidak melebihi 1.22 meter manakala


tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3. Hukuman bagi pesalah yang sedang hamil pula hendaklah


dilaksanakan selepas dua bulan melahirkan anak.

4. Tahap kesihatan pesalah hendaklah diperiksa oleh pegawai


kesihatan kerajaan.

5. Sebatan tidak boleh dikenakan terhadap muka, kepala, perut, dada


atau bahagian sulit.

6. Keadaan pesalah lelaki ketika disebat hendaklah ketika berdiri


manakala bagi pesalah perempuan pula dalam keadaan duduk.

7. Sebatan hendaklah dijalankan secara kekuatan sederhana. Tukang


sebat pula hendaklah tidak mengangkat tangannya melebihi kepala
supaya tidak melukakan kulit pesakit.

8. Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada


pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan
untuk baki sebatan (Saiful Haizan Hasam 2009: 15).

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan mengenai qisas di atas, dapat


disimpulkan bahawa hukuman qisas dijalankan apabila seseorang
penjenayah itu telah mencukupi syarat-syarat yang membolehkan dia
disabitkan dengan jenayah qisas. Namun begitu seseorang yang tidak
mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan bukan bererti dia
terlepas daripada hukuman qisas tetapi dikenakan pembayaran diyat
dan takzir yang ditetapkan oleh hakim. Ini menunjukkan bahawa
hukuman qisas yang dilaksanakan dapat membendung dan menghalang
jenayah qisas daripada berleluasa. Walau bagaimanapun, hukuman
qisas tidak dilaksanakan di Malaysia, akan tetapi jenayah-jenayah qisas
seperti kecederaan akan dikenakan hukuman tort iaitu bayaran ganti
rugi terhadap kecederaan yang dilakukan oleh penjenayah.

Oleh itu, kami mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat


melaksanakan hukuman yang berlandaskan hukum syarak yang mana
jelas menunjukkan hukuman tersebut yang telah ditetapkan tidak akan
menyeksa pesalah sebagaimana hukuman sivil. Sehubungan dengan itu,

72
Isu Syariah & Undang-undang Siri 19

kami mengharapkan pihak kerajaan dapat menggubal undang-undang


jenayah syariah secara keseluruhannya. Malah pihak mahkamah
syariah dan mufti dapat memainkan peranan dalam menguatkuasakan
undang-undang tersebut ke atas jenayah yang berlaku.

RUJUKAN

Abdul Basir bin Mohamad & Noor Huda binti Roslan. 2001. Undang-
undang Tort di Malaysia: Sumber Perundangan. Bandar Baru
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awdah, Abd al-Qadir. 1968/1388. al-Tashri al-Jinai al-Islami.


Kaherah: Maktabat Dar al-Urubah.

Anita Abdul Rahim. 2010. Hukuman sebat menurut Akta 355: Sejauh
manakah aplikasinya dalam kes Jenayah Syariah di Malaysia
(Vol. [2010] 3 SHLR). Bandar Baru Bangi: Shariah Law Report.

Fowler v. Padget. [1798] 7 T.R, 509 (Lord Kenyon C.J 1798).

Hashim bin Mehat. 1977. Kajian perbandingan antara undang-undang


jenayah Malaysia dengan undang-undang jenayah Islam. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad bin Abd al-Wahid al-Siwasi


al-Sakandari. 1316H. Sharh Fath al-Qadir. Mesir: Maktabat al-
Kubra al-Amiriyyah.

Kenny, J.W.C Turner. 1974. The Mental Element in Crimes at


Common Law. London: T.Pn.

Mustafa al-Khinn et.al. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Jil.8. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nigam, R.C. 1965. Law of Crimes in India. Bombay: Asia Publishing


House.

al-Zuhayli, Wahbah. 1986. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Jil. 6.


Damsyik: Dar al-Fikr.

Zulkifli Hassan. 2010. Isu undang-undang jenayah Islam dan


sejauhmanakah pelaksanaannya. Selangor: T.Pn.

73

Anda mungkin juga menyukai