Anda di halaman 1dari 7

Hukum Jenayah Islam - Hudud, Qisas, Diyat dan Ta`zir.

October 18, 2011 at 9:52am

Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta`zir diperuntukkan dalam Kanun Jenayah Syariyyah adalah
bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawah lima perkara :

1. Menjaga agama - Iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah
yang sebenar dan tidak menjadi murtad.Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu
dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya (murtad),maka bunuhlah dia.
[Hadith Riwayat Bukhari]

2. Menjaga Nyawa - Iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota
tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau
mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas
atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan di dalam hukum qisas itu ada
jaminan hidup bagi kamu,wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-
Baqarah, 2:179)

3. Menjaga Akal Fikiran - Iiaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum
arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan
hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh
Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud: Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang
minum arak sebanyak empat puluh kali sebat,dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh
kali sebat juga,dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga Keturunan - iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab
keturunan,perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak
rosak.Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a.
yang bermaksud:

Ambillah peraturan daripada aku,ambillah peraturan daripada aku.Sesungguhnya Allah telah


memberi jalan untuk mereka.Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak
seratus kali sebat,dan dibuang negeri selama setahun.Dan janda dengan janda yang berzina
hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga Harta Benda - iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan
menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri,dan menjatuhkan hukuman mati atau potong
tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.Hukuman ini tertakluk
kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,(juga
sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana. (Surah Al-Maidah: 38) Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan
bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di
jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas),atau
dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan
berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu
ketenteraman awam).Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan
di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar.
(Surah Al-Maidah: 33)

HUKUM JENAYAH ISLAM

1. Pengertian Jenayah. - Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau
meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

2. Falsafah Jenayah. - Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam
sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada :

(a) Hukum Hudud

(b) Hukum Qisas

(c) Hukum Ta'zir

A. HUKUM HUDUD

1. Pengertian Hudud :

(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegh.

(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-
Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak
boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan
bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan
kekafiran daripada keimanan, dan barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-
pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" [Surah Attaubah : 29].

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui
kebaikan sebahagian perbuatan mereka & kamu akan membantah kejahatan sebahagian perbuatan
mereka. Sesiapa yang membenci perbuatan mungkar maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang
membantah maka dia selamat dari dosa,namun berdosa bagi sesiapa yang redha dan menuruti
perbuatan munkar. [Hadith Riwayat Muslim.]

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: "Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak


melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya
sebagai pilihan, maka disaat itu Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri .
[Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri
maka hukumannya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka
telah usahakan,juga sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah.Dan ingatlah Allah maha Kuasa
lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Maidah: 38)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga
yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Surah Al Maidah : 44)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (Surah Al Maidah : 45)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik (Surah Al Maidah : 47)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum
siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? (Surah Al-Maidah
: Ayat 50)

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya :

(a) Zina; Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali Bagi penzina yang
telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf (menuduh zina); Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang
baik.Hukuman : sebat 80 kali

(c) Minum arak; - Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
- Hukuman : sebat 80 kali

(d) Mencuri; - Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. Hukuman : potong tangan

(e) Merompak; - Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan
ancaman.Hukuman : sekiranya membunuh hendaklah dibunuh

* sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu
tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.

*sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad) - Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan
perkataan.Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa
sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.

B. QISAS

1. Pengertian qisas;

(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.

(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan
Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2. Jenis jenayah qisas;

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan
mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama
sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Maksudnya; "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas
dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi
sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya" (Surah al-
Maidah ayat 45).

Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar
penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan
100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah :

a) wang emas = 1000 dinar

b) wang perak = 10,000-12,000 dirham

c) lembu = 200 ekor

d) kambing = 2000 ekor

e) Persalinan = 200 persalinan lengkap

a. Diat jenayah membunuh.

1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp :

A) 30ekor Juz'ah ( unta berumur 5 tahun)


B) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
C) 40 ekor Hulqah.

# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh
dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan.

2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh
ditangguhkan sehingga 3 tahun.

3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun
yang terdiri drp ;

20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)


20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)

20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)

20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)

20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah
Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan

1/2 drp diat lelaki

1/2 drp diat merdeka

# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.

# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar
dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)

# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya
binatang buruan.

# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah
tidak ada kuasa dlm pengampunan.

b. Diat jenayah mencederakan anggota

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal,menyebabkan lumpuh
seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta.
Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.

3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)

4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)

5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak
mewakili 25 unta.

6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga
tergeser dari tempatnya).

8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri.Setiap satu jari jika
patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

Anda mungkin juga menyukai