Anda di halaman 1dari 8

BAB 8 PENGENALAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

A) Pengertian Jenayah Iaitu perbuatan jahat yang diharamkan syarak sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda dan sebagainya. (Paizah Ismail: 1991) B) Pembahagian Undang-Undang Jenayah Islam Undang-undang Jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Hudud, Qisas dan Tazir. 1) HUDUD 1.1- Pengertian Dari sudut bahasa : Pencegahan Sudut istilah : Iaitu keseksaan yang bentuknya telah ditetapkan oleh syarak dan dilaksanakan bagi menjaga hak Allah. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda, dikurang @ ditambah. 1.2- Jenis kesalahan hudud a) Berzina b) Menuduh zina (Qazaf) c) Minum arak d) Mencuri e) Merompak f) Memberontak g) Murtad a) Zina Pengertian zina iaitu persetubuhan antara lelaki & perempuan dengan sengaja tanpa ikatan perkahwinan. Syarat-syarat : a) b) c) d) e) f) g) Hukuman Zina: Baligh Berakal Rela Manusia Tanpa kesamaran Tahu haram Hidup/bukan mayat

Bujang : Sebat 100 x Dibuang daerah 1 tahun Dalil zina : - al-Quran

Berkahwin : Rejam sampai mati

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka sebatlah kedua mereka dengan 100 kali sebat (Surah al-Nur:24) - Hadis Nabi s.a.w: Tidak halal darah seseorang Islam melainkan dengan 3 perkara; janda yang berzina, membunuh nyawa tanpa hak dan meninggalkan agamanya. Dan kisah Maiz & al-Ghamadiyyah yang mengaku berzina kemudian Rasulullah telah merejam mereka. Cara pensabitan zina : a) Keterangan 4 orang saksi b) lelaki tertuduh Pengakuan c) Qarinah atau bukti

b) Menuduh zina (Qazaf) Pengertian Qazaf iaitu melemparkan tuduhan zina tanpa bukti dan saksi kepada orang yang baik atau membuat tuduhan yang bertujuan untuk menafikan keturunan seseorang. Hukuman Qazaf : 80 kali sebatan Dalil Qazaf : Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik melakukan zina kemudian tidak dapat mengadakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka itu 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka sama sekali. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: 4) Cara pensabitan qazaf : a) Keterangan 2 orang saksi b) tertuduh Pengakuan c) Sumpah

c) Meminum arak Pengertiannya iaitu meminuman sesuatu cecair yang memabukkan, sama ada mabuk atau tidak, sedikit atau banyak.

Syarat-syarat: a) b) c) d) e) f)

Islam Berakal Baligh Tidak dipaksa Tidak darurat Tahu haram

Hukuman : 80 kali sebatan Dalil hadith: Barangsiapa yang minum arak, maka sebatlah ia (Riwayat Ahmad) Cara pensabitan minum arak : a) Keterangan 2 orang saksi b) Pengakuan tertuduh c) Qarinah atau bukti d) Mencuri Pengertian mencuri ialah mengambil harta benda orang lain dengan cara senyap atau sembunyi. Syarat-syarat : - Cukup nisab (kadar) - Baligh - Berakal Hukuman : Potong tangan secara bersilang Dalil mencuri : Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka potonglah tangan kedua mereka sebagai balasan dari apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah (surah alMaidah: 38) Cara pensabitan mencuri : a) Keterangan 2 orang saksi b) Pengakuan tertuduh c) Sumpah e) Merompak

Pengertian merompak adalah keluarnya secara seorangan atau kumpulan dengan tujuan untuk mengambil harta dengan kekerasan, ancaman, ugutan atau: Mengambil harta / membunuh / mengugut dengan menggunakan senjata. Hukuman merompak : a) Menakut-nakutkan atau mengganggu ketenteraman awam - buang daerah b) Merompak sahaja - potong tangan secara bersilang c) Membunuh dan merompak balas bunuh dan disalib d) Membunuh tanpa merompak - membalas bunuh Cara pensabitan rompak : a) Keterangan 2 orang saksi b) Pengakuan tertuduh Dalil : Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, bahawa mereka itu akan dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang negeri. Yang demikian itu satu penghinaan bagi mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh keseksaan yang besar. Kecuali mereka yang bertaubat sebelum kamu dapat menguasai atau menangkap mereka. Maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah al-Maidah: 33-34) f) Memberontak Pengertian memberontak iaitu segolongan rakyat negara Islam yang menentang atau menderhaka pemerintah yang adil dalam sebuah negara Islam dengan menggunakan kekuatan senjata. Syarat-syarat : - Niat jahat - Menderhakai - Menggunakan kekuatan atau kekerasan Hukuman memberontak: a. Menghalang b. Membunuh Dalil: Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin yang berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat aniaya terhadap golongan yang lain

maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu kembali kepada perintah Allah maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah, sesungguhnya Allah mengukai orang-orang yang berlaku adil (surah al-Hujurat: 9) g) Murtad Pengertiannya iaitu kembali/keluar/meninggalkan agama Islam. Syarat-syarat : - Berakal - Pilihan sendiri Hukuman : Hukum asal bagi kesalahan murtad di dalam Islam ialah bunuh. Dalil : Hadis rasulullah s.a.w: Sesiapa yg menukar agamanya (Islam) maka hendaklah dibunuh 2) QISAS 2.1- Pengertian : Bahasa : Kesalahan @ keseksaan Istilah : Keseksaan yang bentuknya telah ditentukan oleh syarak dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga kepentingan individu 2.2- Pembahagian Qisas : a) Membunuh 1. Membunuh dengan sengaja 2. Membunuh menyerupai sengaja 3. Membunuh tidak sengaja b) Mencederakan tubuh badan dengan sengaja 2.3- Dalil : Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (Taurat) bahawasanya nyawa dibalas nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka pun ada qisasnya. (al-Maidah: 45) 3) TAZIR 3.1- Pengertian : Bahasa : Tegahan

Istilah : Hukuman yang dikenakan bagi jenayah yang dilakukan terhadap hak Allah & hak individu dan kadar bagi hukuman tersebut tidak ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. 3.2- Pembahagian Tazir : a) Takzir atas perbuatan maksiat. Contoh: meninggalkan perkara wajib, melakukan khurafat / bidah / ajaran sesat. b) Takzir untuk kepentingan awam. Contoh: menggugat hak asasi manusia, rasuah, merosakkan harta awam c) Takzir atas kesalahan kecil. Contoh: melanggar peraturan 3.3- Jenis-Jenis Hukuman Tazir : a) Nasihat b) Teguran c) Cemuhan d) Denda e) Ancaman f) Pemulauan g) Sebat h) Penjara i) Buang Daerah j) Bunuh

C) MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM 1) Pembalasan Iaitu mempastikan setiap perbuatan jenayah mendapat pembalasan setimpal. Firman Allah: Dan balasan satu kejahatan adalah kejahatan yang serupa (alSyuara:40) 2) Pencegahan Terbahagi dua bahagian iaitu: i. Pencegahan Umum: - Mencegah masyarakat daripada melakukan jenayah. - Mencegah segala unsur yang boleh membawa kepada kejahatan, sama ada dalam diri atau unsur-unsur luaran yang mempengaruhi manusia melakukan kejahatan.

ii. Pencegahan Khusus: - Menghukum pesalah yang melakukan kesalahan. - Mencegah orang lain dari melakukan kesalahan yang sama/kesalahan lain. 3) Pemulihan - Pemulihan atau pembetulan bagi mereka yang terlibat dengan jenayah. - Hukuman dalam Islam bukan mengainaya atau menyakiti pesalah tetapi mendidik supaya kembali ke jalan yang benar. D) KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM i) Ketuhanan - Ciptaan Allah - Tiada kecacatan ii) Universal - Persamaan taraf - Rahmat bagi seluruh umat dan alam iii) Menyeluruh - Akidah, syariah & akhlak - Segala aspek/ peraturan dalam sistem kehidupan

iv) Keaslian & kemantapan - Bersifat asli dan kekal - Jaminan keaslian tanpa penyelewengan v) Seimbang antara kebendaan & kerohanian - Keseimbangan dunia dan akhirat - Keperluan dunia dan akhirat (rohani dan jasmani) vi) Mudah & menghilangkan kesulitan - memberi kemudahan dalam keadaan seperti musafir, sakit, paksaan, lupa - Bersesuaian dengan kemampuan manusia vii) Memelihara kepentingan iAspek asasi Daruriyyat (Sesuatu yang mesti ditegakkan dalam kehidupan manusia) iiAspek pelengkap Hajiyyat (Sesuatu yang berbentuk kemudahan) iiiAspek kesempurnaan Tahsiniyyat (Sesuatu yang diperlukan bagi mencapai tahap yang lebih baik/ kesempurnaan)

viii) Hubungan erat antara akidah & kehidupan - Kemantapan akidah - ketaatan kepada undang-undang

Anda mungkin juga menyukai