Anda di halaman 1dari 21

Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

PEMBANGUNAN WAKAF: PENDANAAN MELALUI SUKUK SUSTAINABLE


AND RESPONSIBLE INVESTMENT (SRI)*

Oleh:
Dr Md Nurdin Ngadimon**

Abstrak

Pembangunan wakaf bukan hanya menumpu kepada pembangunan terhadap aset


wakaf secara fizikal. Namun ia mencakupi berbagai segmen yang menyokong
suatu pembangunan wakaf yang lebih holistik, mampan, cekap dan telus. Faktor
menyokong pembangunan aset wakaf antara lain meliputi pemasaran (marketing),
kesedaran awam, penyelenggaraan, professionalisme pengurusan yang cekap dan
pendanaan yang konsisten. Kertas ini akan menghuraikan tentang peranan wakaf
dalam pembangunan ekonomi, isu pengurusan dan pentadbiran wakaf di Malaysia
serta pendanaan wakaf melalui sukuk Sustainable and Responsible Investment
(SRI) supaya matlamat pembangunan wakaf lebih holistik dapat direalisasikan
dengan melibatkan sumbangan pelabur dan perwakafan secara lebih teratur dan
dikawalselia.

1.0 Pengenalan

Islam merupakan agama yang amat menitikberatkan soal kesejahteraan ummah


secara menyeluruh. Ini berasaskan Islam amat menggalakkan umatnya yang
berkemampuan membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan
fakir, miskin dan mereka yang memerlukan bantuan melalui zakat, wakaf dan
seumpamanya. Disamping perintah dan galakan tersebut dapat menjana kegiatan

* Kertas ini dibentangkan di Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-
11, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Dewan Persidangan Sasana Kijang, Bank Negara
Malaysia (BNM), pada 12/11/2015.
**Penulis bertugas sebagai Pengurus Besar dan Ketua Jabatan Syariah, Pasaran Modal Islam Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia. Beliau berperanan menyelia dan mengetuai penyelidikan produk, membuat perancangan
serta polisi bagi pembangunan pasaran modal Islam di Malaysia. Beliau juga terlibat dalam memproses
cadangan korporat, produk berstruktur, Islamic REITs dan instrumen pasaran modal Islam yang lain.

1
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

ekonomi, ia juga dapat membantu meringankan penderitaan dan kesusahan


dalam masyarakat.

Sejarah telah membuktikan, sumbangan wakaf dalam ekonomi amatlah penting


sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi, meningkatkan taraf kualiti
hidup masyarakat serta menjamin kesinambungan syiar Islam.1 Namun begitu,
sekiranya wakaf tidak dibangunkan secara optimum, sudah pasti ia tidak dapat
memberikan manfaat yang berkesan kepada masyarakat dan benefisiari. Justeru,
pengurusan wakaf yang cekap dan telus amat diperlukan agar objektif wakaf
disyariatkan tercapai.

Inovasi merupakan elemen penting yang perlu wujud supaya pembangunan dan
penyelenggaraan wakaf dapat dilakukan secara berterusan. Institusi pengurusan
dan pemegang amanah wakaf boleh meneroka penjanaan modal bagi
pembangunan projek-projek wakaf menggunakan alat-alat kewangan pasaran
modal. Penjanaan modal menggunakan sukuk sebagai contoh boleh menjana
modal melalui pasaran modal bersekala besar. Secara amnya Malaysia telah maju
dalam menggunakan sukuk bagi pendanaan sektor pembangunan hartanah.
Malahan, Malaysia juga telah dinobatkan sebagai pengeluar sukuk terbesar di
dunia dan sukuk telah dijadikan sebagai instrumen untuk menjana modal bagi
perjalanan dan perkembangan sektor ekonomi. Pada tahun 2014, pihak
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di dalam laporan tahunannya menyatakan
bahawa pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM2.76 trilion dimana
RM91.9 bilion dikumpulkan melalui sekuriti hutang swasta (private debt securities)
dan tawaran awam awal (initial public offerings).

Selain itu, Malaysia juga mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran sukuk


terbesar di dunia, sejumlah 66% daripada penerbitan sukuk global 2 berbanding

1
Abu Zahrah, Muhadharat Fi Al-Waqf, (1959) h. 5-11.
2
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, laporan tahunan 2014, h.14. Sila rujuk:
http://www.sc.com.my/highlight/malaysian-capital-market-grew-to-rm2-76-trillion-in-2014-2/ (16/10/2015)
2
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

tahun 2013 sebanyak 69% 3 adalah dari Malaysia. Bagi meluaskan akses kepada
pasaran modal, pihak SC telah memperkenalkan rangka kerja baharu yang
dikenali sebagai sukuk Sustainable and Responsible Investment (SRI).4 Rangka
kerja ini bertujuan menggalakkan pelaburan mengenai sukuk SRI digunakan untuk
tanggungjawab sosial termasuk agenda dalam membangunkan aset wakaf.
Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam kertas ini.

Bagi memenuhi matlamat kertas ini, perbincangan akan menyentuh beberapa


aspek iaitu peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi, perihal pengurusan
wakaf di Malaysia terutamanya berkaitan enakmen wakaf di negeri-negeri bagi
usaha pembangunan wakaf, serta pendanaan aset wakaf berasaskan kerangka
sukuk SRI.

PERANAN WAKAF DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT ISLAM

2.0 Definisi Wakaf

Perkataan wakaf merupakan kata terbitan daripada kata dasar waqafa, yang
bermaksud menahan atau menegah sesuatu5. Ulama fiqh6 bersepakat
mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa iaitu al-habs ertinya menahan,
kerana perkataan al-habs itu lebih hampir kepada pengertian Syarak.

Wakaf menurut istilah Syarak ialah menahan suatu harta supaya hanya boleh di
gunakan untuk mendapatkan manfaatnya sahaja dengan mengekalkan zatnya.
Penggunaan manfaat harta adalah terhad mengikut apa yang telah ditentukan

3
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, laporan tahunan 2013, h.18.
4
Sila rujuk: http://www.sc.com.my/my/post_archive/sc-introduces-sustainable-and-responsible-investment-
sukuk-framework/ (16/10/2015)
5
Al-Marbawi, Muhamad Idris Abdul Rauf, Kamus Idris Al-Marbawi, (Singapura: Pustaka Nasional, 1995)
h.396.
6
Al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, jil. 2. (Beirut: Dar al-Marifah, 1997), h. 485; Al-Nawawi, Muhyi al-
Din, Al-Majmu, jil. 16. Jeddah: (Maktabah Al- Irsyad), h. 241; Ibn Qudamah, Abu Muhammad Abd Allah bin
Ahmad Al-Mughni, jil. 8. (Riyadh: Dar Alam al-Kutub, 1997), h. 184; Sahnun, Abd Al-Salam bin Said bin
Habib al-Tanukhi, Al-Mudawwanah Al-Kubra. (Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 1994), h. 417; Ibn Abidin,
Muhammad Amin, Rad al- Mukhtar Ala al-Durr al-Mukhtar, jil. 6. (Lubnan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 1994),
h.518; Al-Sarakhsi, Al-Mabsut, jil. 12. (Beirut: Dar al-Ma`rifah), h. 27.
3
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

oleh pewakaf.7 Justeru, harta yang hendak diwakafkan hendaklah bersifat harta
yang tahan lama dan manfaatnya dapat digunakan secara berterusan.

Oleh kerana wakaf adalah keizinan yang diberikan oleh pewakaf untuk
menggunakan manfaat harta, justeru terdapat pandangan dari kalangan Mazhab
Syafii8 dan riwayat dari Abu Yusof9 dari kalangan Mazhab Hanafi yang
membenarkan wakaf dalam tempoh tertentu. Misalnya, pewakaf boleh
mewakafkan bangunan untuk tempoh dua tahun dan selepas tamat tempoh,
bangunan tersebut perlu dikembalikan kepada pemilik harta itu semula (pewakaf).

Di samping itu, menurut Ibn Qudamah dari Mazhab Hanbali menyatakan bahawa
wakaf adalah menahan yang asal (harta yang harus dimanfaatkan) dan
memberikan hasilnya10. Manakala al-Dusuqi11 pula menjelaskan bahawa wakaf
adalah memberikan manfaat sesuatu harta yang dimiliki kepada orang yang
berhak dengan satu akad dalam jangka masa tertentu, sesuai dengan kehendak
pewakaf.

Berdasarkan beberapa definisi di atas jelas menggambarkan bahawa wakaf boleh


dilakukan terhadap apa sahaja bentuk harta yang harus dimanfaatkan dalam
keadaan zatnya dikekalkan atau digantikan. Berasaskan kesimpulan ini, jika wang
tunai dikumpulkan sebagai wakaf untuk digunakan bagi membeli aset tetap, yang
bakal menjadi aset wakaf, sudah pasti isu wang tunai tidak boleh diwakafkan yang
menjadi perbahasan fukahak tidak menjadi suatu yang dipolemikkan lagi12. Ini
kerana wakaf tunai tersebut telah menggabungkan dua pandangan yang berbeza
di kalangan fukahak. Dengan kata lain jika dapat distrukturkan sukuk untuk
menyalurkan modal wang bagi memajukan suatu aset, yang kemudiannya

7
Al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, j.2,h.376.
8
Al-Rafii al-Qazwini, al-Aziz Syarh al-Wajiz, j.6, h.266.
9
Al-Babarati, al-Inayah, j.6, h.199.
10
Ibn Qudamah, Abu Muhammad Abd Allah bin Ahmad, al-Mughni, (Riyadh: Dar Alam al-Kutub), j.8, h. 184.
11
Al-Dusuqi, Syams al-Din al-Syakh Muhammad Arfah, Hasyiyah al-Dusuqi, ala Syarh al-Kabir, (Qaherah: Dar
Ihya al-Kutub al-Arabiyyah), j.4 h. 75.
12
Mazhab maliki membenarkan wakaf tunai manakala Abu Hanifah, Abu Yusuf dan sebahagian Syafiiyyah
tidak membenarkannya kerana wang tunai tidak boleh disewakan. Sila rujuk: Wahbah Zuhaily, Mausuah Al-
fiqh Al-Islami wal Al-Qadaya Al-Muasirah, (Damsyiq:Dar al-Fikr) J. 13, h.396.
4
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

menjadi aset wakaf, sudah pasti ia menjadi suatu yang selaras dengan pandangan
fukahak yang tidak menyetujui wakaf tunai.

Secara praktikalnya wakaf tunai dilihat berpotensi untuk diperdanakan amalannya


dalam kalangan umat Islam. Wakaf tunai ialah berwakaf dengan memberi wang
tunai kepada nazir atau entiti pengurusan yang sah untuk dikumpul dan dijadikan
modal bagi menukarkan dana tersebut kepada harta kekal atau untuk membiayai
aktiviti-aktiviti berkaitan wakaf 13.

Dalam memperkasakan dan mengembangkan institusi wakaf, wakaf tunai


dipandang sebagai salah satu alternatif yang boleh memberi ruang menjadikan
wakaf lebih produktif. Murat Cizakca 14 menyatakan bahawa wakaf tunai telah
dipraktikkan sejak awal abad kedua hijrah. Selain itu, beliau turut menyatakan
bahawa amalan wakaf tunai berkembang dengan pesat di Turki semasa zaman
pemerintahan Uthmaniyyah dan telah berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan
dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan awam seperti pendidikan,
kesihatan, perbandaran dan sebagainya.

Di Malaysia, wakaf tunai yang diterima oleh Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) 15
dikategorikan sebagai wakaf am dan YWM akan bekerjasama dengan Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN) yang menurut undang-undang merupakan Pemegang
Amanah Tunggal akan menggunakan wang tersebut bagi projek-projek wakaf di
bawah seliaan mereka. Kini, beberapa projek wakaf yang berimpak tinggi berjaya
dibangunkan dengan dana wakaf tunai di negara kita. Misalnya, pembinaan
beberapa hotel wakaf seperti Hotel Grand Puteri di Kuala Terengganu, Hotel The

13
Azri bin Ahmad, Perlaksanaan Skim Wakaf Tunai oleh Yayasan Wakaf Malaysia, JAWHAR Intellectual
Discourse, Bil 1/2009, 24 Februari 2009, Auditorium EA, Parcel E, Putrajaya.
14
Muhamad Hisham bin Mohamad, Laman web IKIM, 2007, Wakaf Tunai: Pendekatan Terbaik Untuk
Mewakaflkan Harta Masa Kini.
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7541-wakaf-tunai-pendekatan-terbaik-untuk-
mewakafkan-harta-masa-kini (15/10/2015).
Sila rujuk: Murat Cizakca, Awqaf in history And Its Implications For Modern Islamic Economics, Islamic
Economic Studies, Vol 6, No.1, November 1998.
15
Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23
Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
(JAWHAR). https://www.ywm.gov.my/profile/latar-belakang, (15/10/2015).
5
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

Regency Seri Warisan di Taiping, Perak dan Hotel Pantai Puteri di Tanjung Keling,
Melaka16.

Begitu juga amalan wakaf tunai yang dijalankan oleh Bank Muamalat bersama
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
turut memberi impak terhadap keupayaan mengumpul dana untuk usaha
pembangunan wakaf dalam bidang kesihatan dan pendidikan. 17 Satu lagi bentuk
inovasi wakaf yang dapat dikategorikan sebagai wakaf tunai ialah amalan wakaf
korporat yang dilakukan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp). Wakaf korporat
ini dipercayai merupakan yang pertama dilaksanakan oleh sebuah institusi
korporat di dunia.18 Ia diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur
Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan sebuah syarikat berhad dengan
jaminan JCorp sendiri. WANCorp ditubuhkan untuk menguruskan aset dan saham-
saham syarikat kumpulan JCorp yang diwakafkan di samping berperanan sebagai
mutawalli19 ke atas semua saham-saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat
JCorp. Pada tahun 2009, JCORP telah mewakafkan sejumlah RM200 juta (Nilai
Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tersenarai dan RM50.27 juta (Nilai
Aset Bersih) saham dalam anak syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia 20.

Terkini, JCorp melalui laporan tahunan 2014 21 menyatakan terdapat pelbagai


projek tanggungjawab korporat (corporate responsibility) telah dijalankan dan
JCorp memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelbagai aktiviti amal dan

16
Sumber: Yayasan Wakaf Malaysia (WYM), sila rujuk: https://www.ywm.gov.my/ (15/10/2015)
17
Proceeding of the SC-OCIS Rountable 2014, Harnessing Waqf into a Bankable Social Financing and
Investment Asset Class,(Kuala Lumpur: Malaysia) 22-23/ 3/2014, h.148-149.
18
Sebelumnya dikenali Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor ditubuhkan oleh Kerajaan Johor di
bawah Enakmen bil.4/1968 berkuatkuasa pada 18 Mei 1968. Mula beroperasi pada 1 Ogos 1970. Pada 11
Oktober 1995 pertukaran nama kepada Johor Corporation Berhad. Lihat, Laporan Tahunan Johor Corporation
2007.
19
Pentadbir wakaf
20
Ini dilakukan dengan mewakafkan sejumlah 225,000 unit saham (bernilai RM260,568) dalam Tiram Travel
Sdn. Bhd. pada 8 Julai 2005. Pada 10 Oktober 2007, JCorp telah mewakafkan sejumlah 75,000 unit saham
(bernilai RM7,500) dalam Capaian Aspirasi Sdn. Bhd. Manakala pada 20 Disember 2007, JCorp telah
mewakafkan sejumlah 50,325,000 unit saham (bernilai RM50 juta) dalam TPM Management Sdn. Bhd. Sila
rujuk: Aset Wakaf: Pembangunan, Tadbir Urus dan Peranan Pasaran Modal Islam, Suruhajaya Sekuriti
Malaysia, h.72-73.
21
Laporan Tahunan 2014, Johor Corporation, h.13.
6
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

kebajikan buat masyarakat. Usaha ini dibuktikan melalui ucapan Dato


Kamaruzzaman Abu Kassim 22 seperti berikut:

In our commitment towards Corporate Responsibility (CR), we have successfully


disbursed over RM100 million through various philanthropic programmes and
donations throughout 2014.

Semoga usaha murni yang ditunjukkan oleh JCorp dalam mewakafkan saham bagi
tujuan aktiviti amal dan kebajikan dapat menjadi contoh dan pemangkin kepada
perlaksanaan wakaf korporat di kalangan syarikat-syarikat atau institusi
perniagaan korporat di negara ini.

2.1 Kepentingan dan Peranan Wakaf Terhadap Masyarakat

Pada amnya umat Islam di negara ini sudah lama mengamalkan wakaf. Namun
terdapat harta yang diwakafkan itu masih belum dapat dibangunkan secara
optimum dan diurus secara professional. Dari sudut amalan perwakafan
masyarakat Islam mempunyai persepsi bahawa wakaf khas mendirikan masjid dan
membina sekolah agama adalah lebih utama berbanding dengan wakaf am.
Sedangkan wakaf am sebenarnya adalah lebih fleksibel serta merangkumi peranan
yang lebih luas memberi manfaat kepada benefisiari dalam memenuhi keperluan
kehidupan dan ekonomi. Dalam konteks ini, pendidikan dan memberi kefahaman
secara agresif dan berterusan mengenai wakaf perlu dilakukan dikalangan
masyarakat bagi memperbetulkan persepsi ini. Dengan itu, pembangunan aset
wakaf bakal memberikan impak yang bermakna kepada masyarakat dan juga
menjadi pemangkin kepada penjanaan pendapatan serta meningkatkan kebajikan
benefisiari.

Di dalam menentukan prioriti perwakafan dan benefisiari, Wahbah Zuhaily di


dalam kitabnya Al-Wasaya wal Waqf fi Al- fiqh Al- Islami23 menjelaskan bahawa
keutamaan dalam berwakaf haruslah meliputi sektor umum yang melibatkan

22
Pengarah, Ketua Esekutif JCorp.
23
Wahbah Zuhaily, Al-Wasaya Wal Waqf Fil Fiqh Islami, (Beirut:Dar al-Fikr Al-Muasir, 1996), h.164.
7
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

aspek pendidikan, kesihatan dan aspek-aspek lain yang memerlukan tindakan


segera. Selain itu, Abu Zahrah24 di dalam kitabnya Muhadharat fi Al-Waqf pula
menegaskan bahawa amalan berwakaf tidak terhad kepada pembinaan masjid dan
peribadatan, bahkan merangkumi semua bidang ekonomi dan kemasyarakatan
yang luas seperti amalan mewakafkan harta benda, tanah, wang sewaan tanah,
pembinaan hospital, rumah anak yatim dan fakir miskin.

Merujuk kepada pandangan dua ulama terkemuka di atas, jelas bahawa skop
membangunkan aset wakaf haruslah dilihat secara meluas bukannya kepada
aktiviti mendirikan masjid dan sekolah agama sahaja, malah meliputi aktiviti yang
dapat menyelesaikan keperluan masyarakat serta-merta bagi kepentingan awam.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN WAKAF DI MALAYSIA

3.0 Isu Pembangunan Wakaf

Di Malaysia, amalan dan pengurusan wakaf suatu ketika dahulu dilakukan


berdasarkan pengalaman individu tertentu. Aset wakaf diamanahkan oleh pewakaf
itu sendiri kepada mutawalli seperti pemimpin setempat yang terlibat secara
langsung dalam aktiviti keagamaan terdiri daripada imam, ketua kampung,
jawatankuasa kampung dan sebagainya. Pewakaf menyatakan hasratnya secara
lisan dengan disaksikan beberapa individu lain yang beragama Islam.

Justeru, terdapat kelemahan dalam sistem pengurusan wakaf secara demikian


kerana ketiadaan bukti bertulis atau rekod yang sistematik mengenai aset yang
diwakafkan. Keadaan ini menimbulkan isu aset wakaf yang tidak didaftarkan dan
kekal di atas nama pewakaf. Keadaan bertambah rumit apabila saksi-saksi kepada
transaksi wakaf tersebut meninggal dunia. Akibatnya, apabila pewakaf juga
meninggal dunia, aset wakaf tersebut menjadi tuntutan waris kerana tiada
dokumen yang membuktikan status pemilikan ke atas aset wakaf tersebut. Maka,
fungsi aset tersebut menjadi harta wakaf terhenti setakat hayat pewakaf sahaja.

24
Abu zahrah, Muhadharat Fi Al-Waqf, (1959) h.8.
8
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

Walaupun keadaan di atas masih berlaku, namun pada masa kini, pengurusan
aset wakaf telah dikanunkan dalam peruntukan undang-undang. Inisiatif ini telah
mewujudkan mekanisme pengurusan aset wakaf lebih efisien dan cekap
berbanding pengurusan secara tradisional. Contohnya, dalam perkara 74(2) Hal
Perkara Undang-Undang Persekutuan dan Negeri di dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia di baca bersama Jadual Sembilan, Senarai II Senarai Negeri
(seksyen 1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa wakaf
merupakan perkara di bawah bidangkuasa negeri. Berdasarkan peruntukan
Perlembagaan Persekutuan tersebut, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
mempunyai kuasa untuk mengelola pembangunan aset wakaf di negeri masing-
masing.

Beberapa negeri seperti Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan telah mewujudkan
sebuah enakmen khusus untuk mentadbir harta wakaf di negeri mereka. 25
Kewujudan enakmen khusus tersebut dapat melicinkan usaha pengurusan wakaf
dengan lebih berkesan. Walaubagaimanapun, negeri-negeri lain seperti Kedah,
Sabah, Sarawak dan lain-lain hanya memperuntukan undang-undang mengenai
wakaf dalam undang-undang pentadbiran Islam secara umum mengikut negeri
masing-masing.26

Merujuk kepada Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005, peruntukan undang-


undang mengenai wakaf boleh dianggap sebagai menyeluruh. Enakmen ini
memperuntukan mengenai pewujudan wakaf, keadaan-keadaan mawquf alaih,
wakaf yang tidak sah, hal berkaitan mawquf, istibdal dan pembangunan mawquf,
jawatankuasa pengurusan wakaf, kuasa-kuasa Majlis dan peruntukan am.
Peruntukan-peruntukan ini mempunyai persamaan dengan elemen yang
digariskan dalam Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999. Pengurusan aset wakaf
di negeri Melaka dan Selangor dilihat lebih berstruktur kerana disokong oleh
undang-undang khusus. Contohnya dalam kedua-dua enakmen negeri ini, seksyen

25
Undang-undang Wakaf di Melaka ialah Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005, bagi Selangor ialah Enakmen
Wakaf (Negeri Selangor) 1999 dan di Negeri Sembilan pula ialah Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005.
26
Contohnya, undang-undang berkaitan wakaf di Negeri Kedah di peruntukan di bawah seksyen 52 dan 53,
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008. Di negeri Sabah, undang-undang
wakaf diperuntukan di bawah seksyen 45, 48, 49 dan 52 Enakmen Pentadbiran undang-undang Islam 1992.
9
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

19 dan 20 memperuntukan mengenai Istibdal27 dan Pembangunan Wakaf


manakala seksyen 21 31 enakmen berkenaan yang memperuntukan mengenai
jawatankuasa pengurusan wakaf. Peruntukan undang-undang tersebut dapat
mengelakkan dari sebarang kekaburan dalam menyelenggara pembangunan aset
wakaf di negeri masing-masing.

Walaupun hal ehwal berkaitan wakaf merupakan bidangkuasa negeri, kerajaan


pusat juga telah mewujudkan mekanisme di peringkat persekutuan bagi
membantu melicinkan pengurusan wakaf di Malaysia. Kerajaan pusat telah
mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
(JAWHAR) yang berada di bawah portfolio Jabatan Perdana Menteri. JAWHAR
yang diisytiharkan penubuhannya pada 27 Mac 2004 28 bertujuan untuk
memperkasakan antara lain pembangunan wakaf secara menyeluruh demi
kesejahteraan ummah.29 Kewujudan dua mekanisme di peringkat negeri dan
kerajaan pusat merupakan satu langkah positif dalam merancang dan
membangun wakaf untuk menaiktarafkan kebajikan ummah secara umum.

3.1 Cabaran Pengurusan Wakaf

Dalam merealisasikan matlamat pembangunan wakaf secara komprehensif di


Malaysia, terdapat beberapa masalah dan cabaran yang berbangkit, diantaranya
ialah:

i. Aspek perundangan dan urus tadbir wakaf

Ketidakseragaman undang-undang berkaitan wakaf di setiap negeri-negeri di


Malaysia menyebabkan timbulnya tafsiran, pemahaman, prosedur dan tatacara
yang berbeza-beza. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini negeri-
negeri seperti Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan telah mempunyai
27
Penggantian aset wakaf
28
JAWHAR telah diisytihar oleh mantan perdana Menteri, Y.A Bhg Tun Abdullah Badawi dan dilancarkan
secara rasmi pada 8 Oktober 2004 oleh Y.B Dato Seri Dr. Abdullah Md Zin iaitu mantan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri. Sila rujuk http://www.jawhar.gov.my/profil-jabatan/mengenai-jawhar/sejarah-
jawhar/(23/10/2015).
29
Sila rujuk: http://www.jawhar.gov.my/profil-jabatan/mengenai-jawhar/visi-misi-objektif-jabatan/.
(23/10/2015).
10
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

peruntukan khas untuk pembangunan dan pengurusan wakaf. Justeru,


dicadangkan agar negeri-negeri lain turut mengikut jejak langkah ketiga-tiga
negeri tersebut supaya perkara mengenai wakaf dapat diurus secara lebih
teratur.

Selain masalah peruntukan perundangan, aspek pembangunan dan pengurusan


wakaf juga perlu diseragamkan, pihak pengurusan MAIN memerlukan golongan
profesional untuk membantu pengurusan wakaf yang lebih dinamis dan cekap.
Abu Bakar telah menganalisa berkaitan dengan aspek tersebut yang menjadi
kekangan secara amnya terhadap pembangunan wakaf di Malaysia. Antara
masalah tersebut adalah pendaftaran pemilikan, tiada pengkalan data yang
lengkap berkaitan aset yang diwakafkan, lokasi dan saiz aset wakaf yang kurang
berpotensi untuk dimajukan, tiada pengkhususan dan kurang tenaga professional
dalam aspek perancangan dan pembangunan wakaf, ketidaktelusan pengurusan
wakaf serta masalah kewangan yang tidak mencukupi bagi membangunkan
wakaf. 30

ii. Faktor pendanaan bagi pembangunan wakaf

Aspek pendanaan memainkan peranan penting dalam sebarang usaha


pembangunan terutama melibatkan hartanah. Kekurangan dana menyebabkan
banyak projek-projek pembangunan tergendala serta tidak dapat dimajukan.
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM256.4 juta menerusi
Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) dan Rancangan Malaysia kesepuluh
(RMK10) bagi membangunkan projek wakaf di seluruh Negara31. Namun, jumlah
tersebut masih belum mencukupi bagi menampung kos pembangunan wakaf
yang besar di Malaysia.

30
Abu Bakar Manat, Isu-isu Semasa Berhubung Pembangunan Tanah Wakaf dalam Jurnal Pengurusan
Jawhar, Bil.15, h. 57, 2007.
31
Sila rujuk:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/RM256_4jutabangunkan17projekwakafdiMalaysia_JamilKhir/m/
mArticle (23/10/2015)
11
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

Berdasarkan cabaran-cabaran yang telah dinyatakan di atas, isu kekurangan dana


merupakan isu utama yang dihadapi oleh institusi-institusi wakaf dalam usaha
untuk membangunkan aset wakaf di Malaysia.32 Aset-aset wakaf pada amnya
bersifat sedia wujud yang perlu dikembangkan atau yang telah usang dan
memerlukan penyelenggaraan. Pada masa kini, masih belum terdapat pendanaan
yang konsisten bagi pembangunan dan penyelenggaraan aset wakaf. Secara
amnya, keperluan kewangan berkaitan pengurusan wakaf mendapatkan
sumbangan daripada orang ramai dan dana daripada kerajaan yang bersifat
terhad.

Justeru, perlu difikirkan pendanaan yang lebih efisien bagi membolehkan


pembangunan wakaf yang lebih mampan dan konsisten. Oleh kerana Malaysia
telah terkehadapan dalam mengaplikasikan penggunaan alat-alat kewangan
pasaran modal Islam dalam memajukan sektor hartanah dan infrastuktur. Maka,
kaedah yang sama boleh diaplikasikan bagi pembangunan wakaf secara lebih
dinamis. Dalam konteks ini, SC Malaysia telah menggariskan satu garis panduan
penerbitan sukuk menggunakan Sustainable and Responsible Investment (SRI)
dimana pendanaan untuk pembangunan wakaf boleh menggunakan rangka kerja
sukuk tersebut.

PENDANAAN PEMBANGUNAN WAKAF MELALUI SUKUK SUSTAINABLE


AND RESPONSIBLE INVESTMENT (SRI)

Malaysia mempunyai pelbagai produk pasaran modal Islam yang berpotensi untuk
digunakan bagi tujuan pembangunan dan pengurusan wakaf. Produk tersebut
berbentuk alat-alat kewangan untuk pendanaan atau pelaburan termasuklah
sekuriti patuh Syariah, dana unit amanah Islam, amanah hartanah Islam, dana
dagangan bursa Islam (Islamic Exchange Traded Fund (i-ETF)) dan sukuk.
Namun, dalam kertas ini akan difokuskan bagaimana sukuk SRI dapat digunakan
sebagai pendanaan pembangunan wakaf.

32
Syahnaz Sulaiman, Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut Perspektif Syarak dalam Jurnal
Muamalat, Bil.1, h. 48, 2008.
12
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

4.0 Definisi Sukuk

Sukuk adalah salah satu alat kewangan dalam pasaran modal Islam. Ia adalah sijil
yang melambangkan pemilikkan pemegangnya kepada suatu aset atau pelaburan
(secara berkadar) yang tidak dibahagi (secara fizikal) dimana ia distrukturkan
mengikut prinsip Syariah dan konsep-konsep Syariah yang telah diluluskan oleh
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.33 Sukuk digunakan
oleh penerbitnya untuk tujuan pendanaan keatas projek ekonomi yang patuh
Syariah sahaja.34 Sukuk boleh diterbitkan berdasarkan aset (asset- based) atau
berlandaskan aset (asset- backed).35

Sukuk berpotensi untuk penjanaan modal dalam jumlah yang besar dan menjadi
penjana kepada keperluan modal untuk membangun, menyelenggara, membuat
pelaburan baharu dan sebagai alat untuk alat perwakafan dalam kategori wakaf
tunai. Berdasarkan kejayaan pendanaan modal melalui sukuk, SC Malaysia melalui
Pelan Induk ke-2 Pasaran Modal telah memperkenalkan satu rangka kerja baharu
yang dikenali sebagai sukuk Sustainable And Responsible Investment (SRI).

Pelan SRI ini bertujuan bagi menggalakkan pelaburan dan pembiayaan melibatkan
aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial. Pelaksanaan pelan sukuk SRI wajar diberi
perhatian kerana ia mampu memperkasakan pembangunan aset wakaf. Ini kerana
pembangunan aset wakaf merupakan salah satu perkara yang diperuntukkan
dalam Guidelines on Unlisted Capital Market Products Under the Lodge and Launch
Framework (bab 7) dan Guidelines On Issuance Of Private Debt Securities And
Sukuk To Retail Investors (bab 20) yang akan dibincang lanjut dalam bahagian
berikutnya.

33
Guidelines On Sukuk, 2.01 (Definition), revised 28/8/2014, h.5
34
Guidelines On Sukuk, Chapter 15 (Utilisation of Proceeds) Revised 28/8/2014, h.27
35
Malaysian Debt Securities and Sukuk Market, A Guide for Issuers and Investor , (Bank Negara Malaysia &
Securities Commission), 2009, h. 40-41.
13
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

4.1 Latar Belakang Penerbitan Sukuk SRI

Pada 28 Ogos 2014, SC telah melancarkan inisiatif baharu dalam Pasaran Modal
Islam yang dikenali sebagai Sukuk Sustainable and Responsible Investment (SRI).36
Pengumuman mengenai rangka kerja sukuk SRI ini pertama kali dibuat dalam
ucapan belanjawan 2014 oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.37 Pelancaran
rangka kerja sukuk SRI adalah sejajar dengan inisiatif yang digariskan di bawah
Pelan Induk ke-2 Pasaran Modal SC untuk menggalakkan pembiayaan dan
pelaburan bagi tujuan tanggungjawab sosial. Pada ucapan belanjawan 2016 yang
baru disampaikan, sukuk SRI mendapat pengecualian cukai selama lima tahun ke
atas kos penerbitan sukuk SRI yang diluluskan atau dibenarkan atau diserah
simpan dengan SC.38

Pengenalan rangka kerja sukuk SRI merupakan sebahagian daripada agenda


pembangunan SC untuk memudahkan kewujudan ekosistem yang kondusif bagi
penerbit serta pelabur sukuk SRI. Rangka kerja ini selari dengan falsafah
pemuliharaan alam sekitar melalui penerbitan green bonds dan kebajikan sosial di
bawah penerbitan social impact bonds yang telah diperkenalkan di peringkat
global untuk menggalakkan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab.39
Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia sebagai negara nombor satu dalam
pasaran sukuk global, pelaksanaan sukuk SRI ini mampu melonjakkan lagi
kedudukan tersebut seterusnya menjadikan negara ini sebagai pusat kewangan
Islam yang unggul.

Peraturan penerbitan sukuk SRI telah digariskan dalam kedua-dua Guidelines yang
disebutkan tadi40 antara lain menyatakan penggunaan hasil terbitan sukuk
(utilisation of proceeds) dan kelayakkan bagi projek SRI (eligible SRI projects)
perlu disalurkan kepada projek-projek seperti yang disenaraikan oleh pihak SC. Di

36
Sidang Media, Kuala Lumpur, 28 August 2014; Buletin-ICM , (Julai-Disember 2014)
37
Ucapan belanjawan 2014. Sukuk SRI sebelum ini dirujuk sebagai Social Responsible Investment. Sila rujuk:
https://www.pmo.gov.my/bajet2014/Bajet2014E.pdf (23/10/2015)
38
Belanjawan 2016-2020, Lampiran 8, h ix.
39
Sidang Media, Kuala Lumpur, 28 August 2014; Buletin-ICM , (Julai-Disember 2014)
40
Guidelines on Unlisted Capital Market Products Under The Lodge and Launch Framework, Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia, h 64-66
14
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

antara projek-projek termasuk di dalam kategori tersebut adalah berkaitan : i)


memelihara dan melindungi alam sekitar dan sumber asli; ii) menjimatkan
penggunaan tenaga; iii) menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh
diperbaharui; iv) mengurangkan pelepasan gas rumah hijau; atau v)
meningkatkan kualiti hidup untuk masyarakat. Selain itu, diantara projek lain yang
turut dianggap layak dikategorikan sebagai projek dibawah plan sukuk SRI adalah
melibatkan projek-projek yang berkaitan dengan sumber asli (natural resouces),
sumber tenaga diperbaharui (renewable energy(dan kecekapan tenaga )energy
efficiency) serta projek-projek pembangunan berkaitan wakaf.

Garispanduan SRI juga menggariskan dalam bab 20 para 20.05 41 perlunya pakar
bebas dilantik untuk membuat penilaian dan membuktikan bahawa projek yang
akan dijalankan oleh penerbit sukuk adalah memenuhi kriteria-kriteria yang
digariskan oleh SC sebagai projek SRI.

Dalam para 20.0642 pula mensyaratkan apabila penerbit sukuk SRI menerbitkan
prospektus berkaitan projek SRI, prospektus tersebut perlulah merangkumi
elemen-elemen seperti berikut: i) butiran lengkap mengenai projek SRI yang telah
memenuhi kriteria-kriteria seperti yang digariskan, mengikut kesesuaian serta
kesan projek tersebut mencapai objektif kriteria yang digariskan oleh SRI; ii)
pihak penerbit juga dikehendaki membuat satu penyataan perakuan bahawa pihak
penerbit mematuhi piawaian yang diiktiraf berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir
urus berkaitan projek SRI.

Selain itu, para 20.07 pula mennggariskan bahawa pakar bebas yang dilantik perlu
mengeluarkan laporan mengenai projek SRI yang memenuhi kriteria-kriteria yang
digariskan oleh SC dan laporan tersebut perlu dilampirkan di dalam prospektus
yang ingin dikemukakan.

41
Kenyataan yang sama turut dibincangkan dalam Guidelines on Unlisted Capital Market Products Under the
Lodge and Launch Framework, bab 7, para 7.05, h.65.
42
Ibid.
15
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

Dalam para 20.08 menjelaskan bahawa pihak penerbit perlu mengemukakan


laporan tahunan, melalui surat khabar, laman web, atau mana-mana saluran
komunikasi untuk pemegang sukuk mengenai perkara-perkara berikut: i) jumlah
asal yang dikenal pasti untuk projek SRI; ii) jumlah yang dibelanjakan untuk
projek SRI; iii) ) jumlah amaun yang tidak dibelanjakan dan kemanakah amaun
yang tidak digunakan itu diletakkan atau dilaburkan; dan iv) penerbit perlu
mengemukakan kesan objektif daripada projek SRI setakat yang telah
dilaksanakan.

Garis panduan yang diterbitkan oleh SC ini merupakan suatu panduan untuk
mempercepatkan, memudahkan dan memastikan ketelusan proses kelulusan
penerbitan sukuk SRI. Penerbit perlulah memastikan bahawa penggunaan hasil
perolehan sukuk (utilisation of proceeds) tersebut digunakan bagi tujuan
pembiayaan projek-projek di bawah plan sukuk SRI. Pembiayaan projek-projek ini
adalah pelbagai43 dan salah satu projek tersebut ialah projek pembangunan
masyarakat dan ekonomi serta segala bentuk aktiviti bagi tujuan pembangunan
aset wakaf. Peruntukan berkaitan pembangunan aset wakaf ini menunjukkan
keprihatinan SC untuk membolehkan wakaf dan pembangunannya mendapat
akses pendanaan dari sektor pasaran modal Islam. Pendekatan ini juga dapat
memelihara kebajikan sosial dan dapat menambah jumlah pelabur untuk terlibat
secara langsung dalam aktiviti pembangunan wakaf.

4.2 Aplikasi Sukuk SRI dalam Pembangunan Wakaf

Masalah pembangunan wakaf pada hari ini banyak berpunca daripada kekurangan
dana bagi membiayai pembangunan dan penyelenggaraannya. Ini terbukti dengan
inisiatif kerajaan pusat yang memperuntukan sebanyak RM256.4 juta dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan RM109.445 juta dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK10) bagi tujuan merealisasikan 17 projek wakaf.

43
Perincian mengenai pembiayaan projek-projek ini diperuntukan dalam para 7.03 Garis Panduan seperti
berikut: i) memelihara dan melindungi alam sekitar dan sumber asli; ii) menjimatkan penggunaan tenaga; iii)
menggalakkan penggunaan tenaga yang boaleh diperbaharui; iv) mengurangkan pelepasan gas rumah hijau;
atau v) meningkatkan kualiti hidup untuk masyarakat. Selain itu, diantara projek lain yang turut dianggap
layak dikategorikan sebagai projek dibawah plan sukuk SRI adalah melibatkan projek-projek yang berkaitan
dengan sumber asli (natural resouces), sumber tenaga diperbaharui (renewable energy( dan kecekapan
tenaga )energy efficiency) serta pembangunan wakaf.
16
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

Sungguhpun peruntukan telah diwujudkan, namun jumlah tersebut masih tidak


mencukupi memandangkan unjuran sebenar kos pembangunan aset wakaf di
seluruh negara yang telah dipohon oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah
melebihi RM1 bilion.44 Bagi menangani isu pendanaan berkenaan, pasaran modal
Islam menawarkan solusi melalui penerbitan sukuk SRI. Solusi yang diusulkan
adalah bersesuaian dengan tujuan penerbitan sukuk iaitu membiayai aktiviti
ekonomi berdasarkan prinsip-prinsip Syariah. Dengan cara ini, pembangunan aset
wakaf dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, disertai oleh pelabur yang lebih
luas dan penjanaan modal yang lebih besar dan mantap.

Di Malaysia, buat julung kalinya dan pertama seumpamanya di dunia telah berjaya
menstrukturkan sukuk SRI dalam dominasi ringgit bagi memenuhi keperluan
tanggungjawab sosial dalam bidang pendidikan. Penerbitan sukuk pelaburan
mampan dan bertanggungjawab tersebut merupakan satu lagi pencapaian penting
dalam inovasi produk dari Malaysia dalam pasaran modal Islam. Menjadi hasrat
kerajaan untuk meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia supaya setanding
dengan piawaian global. Ini untuk membolehkan murid-murid mempunyai
kemahiran yang tinggi bagi memasuki universiti dan lebih kompeten dalam
menghadapi sebarang cabaran pendidikan dan kerjaya di masa hadapan sama ada
di dalam ataupun luar negara.

Untuk tujuan tersebut, suatu pakatan strategik melalui perkongsian awam-swasta


bersama Kementerian pendidikan Malaysia telah diwujudkan. Pakatan ini untuk
membolehkan suatu pendanaan melalui sukuk SRI dilakukan bagi membiayai
projek pendidikan untuk memacu transformasi pencapaian pelajar di sekolah-
sekolah awam. Untuk membiayai tujuan tersebut, Khazanah Nasional Bhd melalui
syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Ihsan Sukuk Berhad menerbitkan sukuk SRI
bagi membiayai projek yang telah di rancang.45

44
Anan C. Mohd., 2012. Pembangunan Wakaf-Pengalaman Malaysia Kertas kerja Seminar Wakaf Serantau di
Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, hlm. 5-7,4-5 September 2012; Syahnaz Sulaiman, Isu pembangunan
wakaf menggunakan struktur amanah pelaburan hartanah Islam di Malaysia: Satu tinjauan, dalam Kanun
Jurnal Undang-Undang Malaysia: Jil 24 bil. 2 Disember 2012, h.158.
45
Projek itu telah dirasmikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 18
Mei 2015. Sila rujuk: http://www.bharian.com.my/node/59177 (27/10/2015).
17
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

Bagi penerbitan awal sukuk ini, dana yang diperolehi digunakan bagi membiayai
mentransformasikan program sekolah amanah di bawah kendalian Yayasan Amir
(YA) 46. Impak sosial bagi struktur sukuk Bayar-untuk-Kejayaan ini adalah diukur
menggunakan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan terlebih
dahulu dan dinilai dalam tempoh lima tahun. Sekiranya KPI tersebut berjaya
dicapai oleh YA pada tempoh matang, pelabur sukuk akan melupuskan
sebahagian jumlah nominal sukuk berkenaan. Sebaliknya, jika sasaran KPI yang
ditetapkan gagal dicapai, pelabur sukuk layak menerima jumlah nominal yang
dibayar di bawah sukuk ini sepenuhnya.

Satu lagi ciri unik sukuk ini adalah ia memberi peluang kepada pelabur untuk
menukarkan pelaburan mereka kepada derma sebagai sumbangan tanggungjawab
sosial (CSR) mereka pada bila-bila masa sepanjang tempoh sukuk tersebut.47
Menurut Tan Sri Azman Mokhtar48, sukuk berkenaan berjaya menyatukan sektor
pendidikan dan kewangan Islam melalui suatu sistem pelaburan yang inovatif
sekaligus memberi penambahbaikan dalam pengurusan aktiviti tanggungjawab
sosial49.

Berdasarkan contoh yang tersebut, sukuk SRI juga boleh distrukturkan untuk
menjana modal bagi tujuan pembangunan wakaf. Ia juga boleh digabungkan
dengan amalan sektor korporat sebagaimana berikut:

i. Hasil terbitan sukuk SRI (utilisation of sukuk proceeds) boleh dikeluarkan untuk
pembangunan aset wakaf.

Pengkhususan pengaplikasian sukuk SRI terhadap aset wakaf ini telah ditetapkan
di dalam Garis Panduan yang dikeluarkan oleh SC. Hasil terbitan sukuk SRI untuk
tujuan pembangunan aset wakaf dapat membantu dalam memajukan ekonomi

46
Yayasan Amir adalah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang diwujudkan oleh Khazanah pada
tahun 2010. www.mystar.com.my/niaga/2015/05/18/khazanah (27/10/2015).
47
Siaran Media, Khazanah Nasional, (Kuala Lumpur: 18 Mei 2015). Sila rujuk:
http://www.khazanah.com.my/Media-Downloads/News-Press-Releases/2015/Khazanah-issues-
world%E2%80%99s-first-ringgit-denominated (27/10/2015).
48
Tan Sri Azman Mokhtar merupakan Pengarah Urusan Khazanah.
49
Berita Harian Online, 14 September 2015. (15/10/2015).
18
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

masyarakat dan memperbaiki taraf hidup ke arah lebih baik. Dalam mazhab Malik,
wakaf muaqqat (wakaf dalam tempoh tertentu) adalah dibenarkan.50 Justeru,
sektor korporat boleh menyumbang modal dengan melanggan penerbitan sukuk
dengan tujuan untuk membiayai pembangunan wakaf katakan dalam tempoh 5 -
10 tahun, kemudiannya, modal akan dikembalikan semula kepada penyumbang
sebaik sahaja aset wakaf telah boleh mengeluarkan hasil.

ii. Perlaksanaan sukuk SRI menyokong amalan Corporate Social Responsible (CSR)

Merujuk kepada petikan ucapan mantan Pengerusi SC pada November 200551,


amalan CSR mampu meningkatkan kualiti pelabur dalam menghadapi cabaran
persaingan dalam pasaran modal. Bagi memperolehi amalan CSR dapat dicapai
dengan lebih berkesan, perlaksanaan SRI merupakan mekanisme yang dapat
mendokong matlamat berkenaan. Zarinah Anwar turut menegaskan bahawa SRI
memainkan peranan penting dalam memperkasakan amalan CSR. Kepentingan ini
boleh dilihat dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Association for Sustainable
and Responsible Investment in Asia52 bahawa pelaburan melibatkan tabung Asia
mempunyai potensi penambahbaikan dalam urus tadbir alam sekitar dan
tanggungjawab sosial di peringkat antarabangsa. Di Eropah misalnya,
keberkesanan perlaksanaan SRI dapat dilihat berdasarkan peningkatan aset SRI
sebanyak 57% dalam tempoh setahun sahaja daripada 12.2 billion Euros pada
tahun 2003 meningkat kepada 19 billion Euros pada tahun 2004. Manakala di
Australia aset dana SRI meningkat sebanyak 41% dalam tempoh antara jun 2003
dan jun 2004.

Oleh yang demikian, pelaburan melalui sukuk SRI ini tidak perlu diragui kerana
telah terbukti dapat membangunkan aktiviti berkaitan tanggungjawab sosial.
Dalam konteks pembangunan wakaf ia memang sinonim dalam menyumbang
kebajikan sosial. Justeru, semua pihak yang terlibat berkaitan wakaf sebaiknya
dapat menyumbang tenaga dan fikiran bagi merealisasikan objektif tersebut.
50
Abu Zahrah, Muhadharat Fi Al-Waqf, h. 118.
51
Tan Sri Zarinah Anwar, Corporate Social Responsibility in Asia Pacific: Malaysias Role in Promoting CSR, Lex
Mundi Asia Pacific Regional Conference (Kuala Lumpur: 12/11/ 2005), h.5.
52
Tan Sri Zarinah Anwar, ibid, h. 5.
19
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

iii. Sukuk SRI meningkatkan profil sesebuah syarikat

Selain itu, SRI mempunyai pelbagai kelebihan yang lain. Memandangkan SRI
menyokong amalan CSR, maka segala kelebihan CSR juga turut boleh diterima
pakai dalam perlaksanaan sukuk SRI. Kelebihan yang dimaksudkan ialah
kemampuan untuk meningkatkan prestasi, memperbaiki operasi perniagaan,
peningkatan keuntungan dan lain-lain53. Kelebihan-kelebihan ini boleh diraih
apabila syarikat mempamerkan sumbangan dan tanggungjawab sosial kepada
umum melalui perlaksanaan sukuk SRI. Sumbangan ini menjadi lebih signifikan
apabila ia disalurkan kepada aktiviti pembangunan aset wakaf yang mendokong
pembangunan ekonomi secara menyeluruh sekaligus meningkatkan profil syarikat
di mata masyarakat.

Antara kelebihan lain penerbitan sukuk SRI ialah wujudnya ketelusan dari sudut
penstrukturan dan pengurusan pembangunan aset wakaf. Ini kerana sukuk adalah
alat kewangan yang dikawalselia oleh SC bagi menjamin kepentingan pelabur dan
integriti pasaran modal. Penerbitan sukuk SRI juga adalah memenuhi rangka kerja
yang telah dirangka dengan cermat supaya ianya selaras dengan aplikasi universal
alat-alat kewangan pasaran modal. Dalam konteks ini, Majlis Penasihat Syariah SC
(MPS SC) memainkan peranan yang amat penting dan berkesan bagi menyokong
inovasi di dalam pasaran modal Islam. 54 Oleh yang demikian, para pelabur
menjadi yakin bahawa pelaburan untuk membangunkan wakaf akan dapat
dilaksanakan dengan baik kerana disokong oleh sistem kawalselia yang bersifat
komprehensif.

Dengan memiliki pelbagai kelebihan, pendanaan sukuk SRI ini mampu menarik
perhatian semua pelabur sama ada Muslim atau bukan Muslim untuk melakukan
amal kebajikan dengan menyalurkan hasil pelaburan mereka untuk pembangunan

53
Tan Sri Zarinah, ibid, h.2.
54
Dato Dr Nik Ramlah Mahmood, Facilitating Innovation in the Islamic Capital Marlket, IFN Asia Forum 2015
Tuesday, 26 May 2015, http://www.sc.com.my/post_archive/keynote-speech-by-ybhg-dato-dr-nik-ramlah-
mahmood-deputy-chief-executive-securities-commission-malaysia-at-the-ifn-asia-forum-2015-tuesday-26-
may-2015/ , (28/10/2015)
20
Pembangunan Wakaf: Pendanaan Melalui Sukuk SRI

wakaf. Sukuk SRI adalah merupakan sumbangan mereka kepada tanggungjawab


sosial, pemuliharaan alam sekitar dan memenuhi etika selaras dengan kehendak
individu sebagai memenuhi sifat kemanusiaan.

Justeru, produk pasaran modal Islam tersebut mampu menyuntik motivasi


kepada pelabur atas asas persamaan maksud yang ingin dicapai dalam penyaluran
dana untuk membangunkan wakaf. Bagi individu Muslim, faktor tambahan yang
memotivasikan mereka ialah dari sudut merebut ganjaran yang disediakan kerana
melakukan amal kebajikan di akhirat kelak.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa wakaf boleh


dibangunkan secara progresif dengan kemudahan sukuk SRI. Pihak yang
berautoriti perlu memandang inovasi ini sebagai peluang untuk memaksimumkan
pembangunan sektor ini demi kesejahteraan, kebajikan ummah dan masyarakat.
Tambahan pula penerbitan sukuk SRI akan diberikan pengecualian cukai
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri dalam Ucapan
Belanjawan 2016. Kelebihan-kelebihan sukuk SRI ini bukan hanya menyebelahi
pelabur semata-mata malahan turut memberi kebaikan kepada masyarakat awam.
Pembangunan wakaf melalui sukuk SRI juga dapat mendukung aspirasi
memelihara kemaslahatan umat Islam di dunia di samping menjamin ganjaran-
ganjaran pahala di negeri abadi.

21

Anda mungkin juga menyukai