Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN

HBML3103
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SEMESTER MEI 2016

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
EMEL :

TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA

SURAT
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 BAHAN PENGAJARAN 4-8

2.1. VIDEO

- 2.1.1 RASIONAL PEMILIHAN VIDEO

2.2 PEMBENTANGAN POWER POINT

- 2.2.1 RASIONAL PEMILIHAN PEMBENTANGAN POWER POINT

2.3 AUDIO

- 2.2.1 RASIONAL PEMILIHAN AUDIO


3.0 AKTIVITI UNTUK PENGAJARAN KOMSAS 8-11
4.0 PENUTUP 11
RUJUKAN 12

1.0 PENDAHULUAN

Tahun 2000 menjadi mukadimah era baru pengajaran swasta di sekolah-sekolah apabila
sukatan pelajaran sastera telah diperkenalkan menerusi suatu modul baharu iaitu

2
KOMSAS. Walaupun pada dasarnya sastera telah pun mula-mula diajar pada tahun
1980an, transformasi ini menunjukkan betapa Kementerian cakna akan kepentingan
pendidikan Bahasa Melayu khususnya bidang sastera. Hal ini bertitik tolak apabila
sastera atau pengajaran kesusasteraan telah dikenal pasti dapat memberikan sumbangan
ke arah pemantapan rohani dan emosi. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI).

Rahman Shaari (1990) mencadangkan dua sebab utama kesusasteraan Melayu


diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pertama, bahan kesusasteraan menggunakan
bahasa yang menarik terutama dari sudut keindahannya. Kemudian, bahan kesusasteraan
memiliki daya tarikan yang dapat menimbulkan minat pelajar untuk membacanya dan
daya tarikan ini timbul daripada sifat karya kesusasteraan yang selalunya memiliki ciri-
ciri menghibur. Menyedari akan hakikat kepentingan bidang ini, sudah tentunya kita
bersetuju bahawa kaedah pengajaran bagi bidang ini perlu dititikberatkan dan bukanlah
dilaksanakan secara semberono sahaja. Lantas, gurulah yang perlu memainkan peranan
selaku penggerak, pemudah cara dan pencetus minat para pelajar terhadap bidang ini
dengan menggunakan daya kreatif mereka khususnya dalam memvariasikan pedagogi
pengajaran. Pedagogi yang pelbagai ini merangkumi pemilihan bahan sokongan mengajar
yang tepat di samping kemampuan untuk menginovasikan aktiviti-aktiviti berkaitan
selain sesi pengajaran dan pembelajaran konvensional yang pada kebiasaannya bersifat
satu hala sahaja.

2.0 BAHAN PENGAJARAN

2.1 VIDEO

3
Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar dalam komponen sastera merupakan
suatu pendekatan yang baik bagi murid. Dalam proses pembelajaran murid, sudah pasti
suatu pengalaman yang menyeronokkan apabila sesuatu topik pembelajaran itu dapat
difahami melalui pelbagai elemen yang terdapat dalam tayangan video. Walau
bagaimanapun tayangan video yang digunakan sebagai media pengajaran dalam proses
pembelajaran perlu melalui beberapa pemeringkatan perancangan yang akan bertindak
sebagai strategi dalam proses pembelajaran murid. Guru-guru perlu bijak dalam memilih
pendekatan semasa menayangkan video dan bukannya sekadar menayangkan video
sahaja.

Terdapat 3 pemeringkatan perancangan yang perlu diberikan penekanan sebelum


sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu menggunakan video sebagai bahan bantuan
mengajar iaitu pra tontonan, semasa tontonan dan pasca tontonan. Semasa peringkat
pratontonan, murid terlebih dahulu harus mendapat maklumat awal tentang isi kandungan
video tersebut. Sebagai contoh jika video ini merupakan adaptasi daripada cerita pendek
atau cerpen, murid harus lebih bersedia dengan membaca terlebih dahulu cerpen tersebut.
Selain itu, murid boleh mencari maklumat-maklumat lain mengenai cerota pendek
tersebut daripada buku rujukan atau bahan bacaan lain. Hal ini bertujuan untuk memberi
satu pengenalan serta gambaran umum terhadap isi yang ada pada video yang belum
ditonton itu. Semasa tontonan, murid harus menonton tayangan tersebut serta mencatat
perkara-perkara yang penting mengikut kehendak dan panduan yang diberikan oleh guru
masing-masing. Kebiasaannya murid akan mencatat mengikut klasifikasi yang diberikan
oleh guru. Sebagai contoh, guru boleh meminta murid mengenalpasti dan membuat
catatan mengenai tema, latar, plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa serta pengajaran
dan nilai murni cerpen yang diceritakan melalui video tersebut. Selepas menonton video
tersebut, catatan yang dilakukan oleh murid akan dijadikan perbincangan.Perbincangan
akan menjadi lebih menarik apabila guru menyediakan beberapa soalan tambahan
berlandaskan apa yang ditonton tetapi dalam masa yang sama mampu memberi
penerangan dan bimbingan kepada murid terhadap topik yang dipelajari pada ketika itu.
Dengan lain perkataan ketiga-tiga peringkat dalam proses pembelajaran melalui tontonan
video tadi bukan sahaja memperluaskan lagi sudut pandangan dan pengalaman
4
merekatetapi juga mampu mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan.

2.1.1 RASIONAL PEMILIHAN VIDEO

Antara rasional pemilihan video ialah video menyalurkan maklumat yang lebih
realistik. Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih
realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini mampu memberikan perasaan
kepada pelajar yang mana mereka seolah-olah berada dalam situasi atau keadaan yang
sebenar. Dalam kajian oleh Dunkel (1990), didapati bahawa pembelajaran visual dapat
mengurangkan masa pembelajaran dan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap
penggunaan komputer dalam pembelajaran. Selain itu, video juga mampu merangsang
pelbagai deria. Video merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang
lain seperti audio, grafik dan sebagainya. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan
lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana video bersifat dinamik dan
mampu meransang pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan. Menerusi
penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh
dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh pengulangan sesuatu proses boleh
dipaparkan berulang-ulang agar murid dapat memahami sesuatu proses dengan lebih
baik.

2.2 PEMBENTANGAN POWER POINT

Peranan Power Point Microsoft Power Point merupakan salah satu daripada perisian
persembahan grafik yang popular. Program ini dapat membantu guru-guru untuk
menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun
dalam bentuk slaid transparensi. Program ini juga menyediakan beberapa cara yang
mudah untuk membina sesuatu persembahan yang menarik untuk tujuan pendidikan.
Guru bebas memilih kaedah yang sesuai dengan objektif dan kemahiran mereka. Selain
itu, perisian ini mudah dipelajari dan dikendalikan. Antara lain juga, perisian ini

5
mengandungi pelbagai elemen yang boleh digunakan oleh guru seperti audio, grafik dan
animasi.

Dengan menggunakan powerpoint, pengajaran KOMSAS akan menjadi lebih


menarik. Guru boleh menyusun nota supaya lebih difahami oleh murid-murid.
Kebanyakan murid tidak meminati subjek ini kerana merasakan subjek ini membosankan.
Dengan unsur-unsur media yang terdapat dalam perisian ini, ia dapat menarik minat
murid untuk mempelajari apa yang terkandung dalam power point. Dengan memasukkan
beberapa grafik yang mempunyai kaitan dengan elemen sastera dalam cerpen, puisi,
pantun, gurindam dan sebagainya akan menimbulkan lebih minat kepada murid-murid
untuk mendengar sekaligus memahami apa yang diajar. Antara kelebihan perisian ini
ialah ia menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas,menyediakan operasi yang
mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta
aturan perisian., enambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila
sahaja serta dapat melahirkan animasi slaid. Ia juga sesuai untuk membina kemahiran
menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan

2.2.1 RASIONAL PEMILIHAN POWER POINT

Rasional bagi pemilihan powerpoint sebagai alat bantu mengajar ialah ia lebih
efektif. Mengikut kajian oleh Dwyer (1994), sebanyak 83% keberkesanan tercapai
apabila manusia belajar melalui deria penglihatan. Beliau juga mendapati bahawa
denganmenggunakan alat bantuan visual contohnya grafik ia dapat memberi kesan yang
lebih efektif lagi kepada audiens untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak
panjang. Dengan penggunaan grafik ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman
pelajar memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Menurut teori realisme,
rangsanganyang terdapat dalam sesuatu visual memudahkan guru dalam menyampaikan
maklumatkepada pelajar dengan lebih berkesan. Penggunaan grafik juga turut
memainkan peranan yang penting terhadap pengajaranyang disampaikan oleh seseorang
guru. Ia memberi kesan yang efektif terhadap ucapan gurutersebut dimana guru dapat
menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan jelas
6
berdasarkan visual. Misalnya, memperkenalkan topik baru, menjelaskan,
menginterprestasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip, merumuskan dan
mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan aktiviti atau tugasan serta menilai pengajaran
dan pembelajaran. Keyakinan guru juga dapat ditingkatkan dan mengurangkan tekanan
keatas guru apabila pelajar dapat memfokuskan terhadap bahan visual.

2.3 AUDIO

Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
juga pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering digunakan dalam bidang bahasa
terutamanya bagi mengajar seseorang cara debutan yang betul dan sebagainya.
Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti
pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan
kecanggihan teknologi moden, audio semakin penting sebagai salah satu elemen dalam
proses pendidikan. Bahan audio dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang sesuai
dengan perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset
(cassette player ), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD player ) dan
klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player).

Dalam pengajaran KOMSAS, bahan bantu mengajar audio boleh digunakan


dalam komponen-komponen saster seperti pantun, syair, gurindam dan sebagainya.
Murid-murid boleh mendengar cara bacaan yang betul bagi komponen-komponen
tersebut. Hal ini kerana kebanyakan murid tidak didedahkan dengan bagaimana unruk
melagukan gurindam atau mendeklamasikan sajak. Dengan bantuan audio, murid boleh
didedahkan dengan perkara seperti itu. semasa mendengar audio, guru boleh meminta
murid untuk melakukan catatan. Seterusnya perbincangan akan dilakukan selepas audio
didengar.
2.3.1 RASIONAL PEMILIHAN AUDIO

Pemilihan audio sebagai salah satu bahan bantu mengajar komsas sememangnya
tepat. Sejak lahirnya teknologi audio sekitar pertengahan abad 20, media audio telah
7
digunakan untuk keperluan pembelajaran. Menurut Ronald H. Anderson (1994) media
audio merupakan bahan pengajaran yang ekonomis, menyenangkan, dan mudah
disiapkan untuk digunakan oleh siswa. Media audio mempunyai beberapa kelebihan
antaranya termasuklah mempunyai kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran
yang mudah dan berkesan serta bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan
dihasilkan serta mudah digunakan oleh murid dan guru. Pendengaran merupakan salah
satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi gambaran kepada
pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan terhadap apa yang
dituturkan atau melalui kesan bunyi mahupun melalui muzik latar yang terdapat pada
rakaman tersebut.

3.0 AKTIVITI UNTUK PENGAJARAN KOMSAS

Aktiviti pengajaran KOMSAS pada masa ini perlu selari mengikut gelombang masa, ini
tidak beerti komodenan perlu mengatasi makna sastera itu tetapi perlu menjadikan pemahaman
ke atas aspek kesusasteraan itu sebagai objektif utama dalam pembelajaran. Bedasarkan petikan
dari Rahman Halib (2000) beliau menjelaskan antara masalah dalam pembelajaran
kesusasteraan melayu pada masa kini adalah disebabkan murid itu sendiri kurang berminat
dalam membaca sedangkan kemahiran membaca adalah sangat penting dalam menikmati
sesebuah karya sastera. Ini memberi tamparan yang cukup besar dalam industri perguruan tanah
air pada hari ini dalam membentuk minda pelajar celik sastera. Antara perubahan yang boleh
dilakukan adalah menukar ganti pedagogi dari pembacaan mendatar dengan mengenakan
lenggok bahasa dan bunyi yang seirama dengan aspek sastera yang di ajar. Sebagai contoh
alunan Pantun asli berbeza dengan irama merdu Syair serta lenggok bahasa Gurindam begitu
mendayu dari cerita di dalam Seloka. Permasalahannya adalah tenaga pendidik itu sendiri tidak
mampu menyiapkan diri mereka dengan begitu baik, ada di antaranya masih tidak mampu
menguasai perbezaan di antara elemen-elemen sastera itu sendiri lalu menjadikan suasanan
pembelajaran begitu layu dan lesu seterusnya menghilangkan keseronokan dalam menerokai
ruang lingkup adab dan budaya sendiri sedangkan mereka adalah generasi yang akan memegang
maruah bangsa pada masa hadapan. Seiring dengan pandangan Roger Webster (2004:16) yang
8
mengatakan setiap pembelajaran kesusasteraan perlu dihubungkaitkan sedara erat dengan alam
pengalaman dan istilah-istilah yang berkaitan seperti perasaan dan emosi. Ini disokong
oleh Cohen (1991) seseorang guru yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang
kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi seterusnya
mendorong murid-murid melalui proses pemikiran aras tinggi. Salbiah Ani (Berita Harian 20
Mac 2001) pula melalui rencana bertajuk Kemelut Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu
mengeluarkan hasil pemerhatian di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur mendapati
masih ada lagi guru yang terpinga-pinga dengan kaedah pengajaran Komsas, khususnya bagi
guru yang tidak mempunyai latar belakang sastera. Lebih malang lagi mereka terpaksa pula
menghadapi pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan unsur sastera seperti pelajar-pelajar
aliran sains, perdagangan, pertanian, vokasional dan teknikal. Keadaan ini akan menimbulkan
satu lagi masalah iaitu masalah guru berhadapan dengan pelajar yang tidak berminat kepada
Komsas.

Dalam usaha membentuk minat untuk mendalami seni ilmu Komsas yang terdiri daripada
pelbagai genre ini memerlukan daya kreativiti yang sangat tinggi. Ini kerana tujuan utama
KOMSAS diperkenalkan adalah untuk mengangkat martabat karya seni budaya ke satu tahap
tertinggi dan sebagai langkah untuk memastikan ia terus bersemadi kukuh dalam jiwa anak
bangsa kita pada hari ini dan juga masa hadapan. Apabila gabungan kretiviti dapat dijalinkan
dalam pengayaan pengajaran KOMSAS maka tugasan mendidik akan menjadi lebih mudah
kerana minat dan kefokusan dalam pembelajaran sudah berjaya disemai di dalam diri mereka.
Bagi pendidik, corak kretiviti perlulah mendasari mengikut elemen-elemen sastera itu sendiri
sebagai contoh bermain gendang dalam mengindahkan irama Seloka Pak Kaduk, meniup atau
memainkan latar belakang bunyi seruling untuk mengindahkan sebutan Syair Berbuat Jasa
semestinya akan menjadikan suasana di dalam bilik darjah lebih ceria dan memudahkan tugasan
ke arah pemahaman seni sastera itu sendiri. Selain itu, warga pendidik boleh membawa pelajar-
pelajar meneroka ke zaman perkembangan bahasa berdasarkan tayangan filem cerita rakyat dan
kisah masyarakat terdahulu yang sarat dengan ilmu bahasa dan penggunaan tingkat bahasa
kesusasteraan yang tinggi. Contoh terdekat adalah kajian Filem Sumpah Orang Minyak
terbitan Malay Film Production LTD yang mula ditayangkan kepada umum pada 20 April 1958,

9
menggunakan bait-bait perkataan Bahasa Melayu yang begitu indah dan tersusun. Antara sedutan
skrip filem tersebut adalah:-

Itulah disuruh kau tinggal disini kau menolak, Nah sekarang benar tak kata-kataku,
kata Bang Selamat. Kemudian jawab Si Bongkok: benar bang Selamat. Orang kampung jijik
memandang sifatku, pondok burukku dibakar hangus. Apabila fajar menyinsing aku pergi jauh,
jauh dari masyarakat cantik. (http://filemklasikmalaysia.blogspot.my)

Guru boleh memberi tugasan secara berkumpulan bagi mengumpul atau mengenal pasti
perkataan-perkataan klasik atau unik di dalam filem tersebut bagi memberi pendedahan secara
lebih jelas dan dekat dengan minda pelajar. Pendedahan ini memberi lebih ruang kepada anak
didik dalam menjiwai bahasa ibunda dan menanam rasa kasih serta cinta kepada warisan
berharga ini.

Akhir sekali, acuan teknologi dalam membentuk rantaian dalam elemen sastera sangat
perlu dipraktikan pada masa kini. Perkembangan bahasa dan teknik pengajaran KOMSAS
perlulah selari dalam mengejar kelajuan perkembangan teknologi yang begitu pesat membangun.
Menggabungkan elemen multimedia interaktif dalam pengajaran akan memberikan kesegaran
kepada proses mendalami ilmu sastera itu sendiri seperti ditakrifkan oleh Cheng (2009)
multimedia interaktif adalah media yang memberikan pembelajaran interaktif dalam bentuk 3D,
suara, grafik, video, animasi dan menciptakan interaksi. Jalinan antara teknik penceritaan grafik
berkomputer dengan sinopsis cerpen di dalam KOMSAS mampu memberikan impak yang lebih
kuat dari teknik pembacaan dan penghafalan yang senada dan tidak berkembang. Inisiatif ini
bertujuan memberikan lebih kefahaman sejajar dengan arus kemajuan tetapi masih mengekalkan
elemen sastera dalam aspek pengolahan ayat ataupun secara bergambar. Antara lain memberi
peluang kepada pelajar untuk merekodkan bacaan sajak atau syair dan diperdengarkan secara
rawak di dalam waktu pembelajaran juga sangat menarik untuk dilakukan memandangkan waktu
interaksi pelajar bagi subjek bahasa melayu adalah tidak efektif bagi guru untuk menilai semua
pelajar mereka pada suatu masa pengajaran sahaja. Di samping itu, teknik persembahan
multimedia secara berkumpulan bagi proses perkenalan genre Komsas juga adalah satu idea yang
realistik. Setiap kumpulan akan menerangkan tajuk genre yang ditugaskan kepada mereka dalam
10
bentuk multimedia dan dipancarkan untuk tontonan semua warga kelas, ini memberikan
kefahaman yang lebih mendalam kerana mereka sendiri yang perlu mengkaji dan meneliti
sesebuah karya itu dahulu sebelum dipersembahkan kepada orang lain. Ini sangat bertentangan
dengan corak pengajaran tradisi pendidik terdahulu tetapi sebenarnya memberikan impak yang
sangat positif dalam industri sastera tanah air.

4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, KOMSAS adalah sebahagian daripada jiwa rakyat malaysia. Ini
adalah warisan yang perlu dijaga nilainya, dibaja dengan ketelusan hati untuk meneruskan
kelangsungan bahasa jiwa kita. Permasalahan yang timbul adalah satu fasa untuk memberi ruang
kepada kita bahawa peranan dan tanggungjawab secara bersama perlu dilakukan segera.
Perubahan kepada aspek pengajaran bahasa perlu dikaji dan dilakukan secara berhemah agar
keharmonian dan kesucian bahasa kita sentiasa terjaga rapi dan tersusun indah. Ini adalah
lambang maruah yang perlu disemat teguh dalam jiwa golongan muda oada hari ini. Oleh itu,
menyuburkan minat dan rasa tanggungjawab ini antaranya adalah memberi masa untuk para
pendidik itu sendiri untuk mendalami segera ilmu kesusasteraan yang ada agar dapat jua diselami
oleh anak-anak didik sendiri, melakukan transformasi secara intelektual agar pemahaman sastera
itu lebih tepat dan terus sampai ke sampai ke dalam minda pelajar-pelajar dan akhir sekali jangan
lupa untuk menempuh gelombang teknologi yang begitu mengganas ini dengan mendayung
sastera secara proaktif dan progresif bagi mengimbangi kemajuan yang pastinya memberikan
impak yang serius kepada akar bahasa kita.

11
RUJUKAN

Grace Emmanuelle a/p Ramaswaren & Nadatul Liyana binti Khairul Anhar. (2011).
Teknologi dalaam Pengajaran dan Pembelajaran

https://docs.google.com/presentation/d/1iA52H8ronzjBdPkq_8CQsGiw2ZZFGrjMAspA
Tm9TueA/edit?pref=2&pli=1#slide=id.p13

http://cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/6.pdf

https://www.scribd.com/doc/25832190/Penggunaan-Video-Dalam-P-P

12
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2007. Komsas dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan
Guru. Kuala Lumpur : Icon Region Sdn Bhd.

Tasir, J. H. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publication


&Distributors Sdn Bhd.

Wan Zah Wan Ali et al. (2006) Syarat Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Bestari. Selangor:Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia.

Zain, I. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur:


UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd.

13

Anda mungkin juga menyukai