Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Menurut perspektif Islam, remaja dianggap insan yang sudah cukup umur atau diistilahkan
sebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman dari zaman
kanak-kanak ke zaman dewasa. Pada usia ini, berlaku perubahan yang pesat sama ada
perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan.
Bagi seimbangkan perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan
masalah dan konflik. Oleh itu, berlakulah ketegangan dan gangguan emosi dalam diri remaja.

Remaja juga ialah golongan yang paling utama dalam pembinaan sesebuah tamadun.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila banyak pihak yang memberikan tumpuan istimewa kepada
golongan ini. Ini kerana, mereka merupakan pelapis golongan tua yang ada demi memastikan
kesinambungan yang berterusan pada masa hadapan. Maka, persoalan pembinaan golongan
remaja menjadi suatu persoalan yang amat penting dalam senarai tugas dan tanggungjawab
seorang pendakwah. Justeru, sejauh manakah seorang pendakwah itu mampu membentuk
golongan remaja berlandaskan falsafah dan matlamat yang ingin dicapai.

Dalam konteks merealisasikan cita-cita dengan menjadikan golongan remaja sebagai


pemangkin utama seorang pendakwah, usaha membentuk remaja yang berkualiti harus
dilakukan dengan sebaiknya kerana pendakwah bertanggungjawab dalam melahirkan remaja
yang bagus akhlaknya dan mampu menyumbangkan usaha dan tenaga untuk menangani
perubahan-perubahan social ke arah memantapkan kegiatan dakwah serta sekaligus
memenuhi tuntutan dakwah.

Anda mungkin juga menyukai