Anda di halaman 1dari 8

1

ETIKA KERJA

1. Pendahuluan

Etika kerja merupakan etika atau tingkahlaku terhadap kerja yang


dipandang dengan sikap positif, iaitu sebagai satu kepercayaan yang
menganggap bahawa kerja itu adalah penting.

Lantaran itu, manusia perlu menjaganya dengan cara yang paling baik.

Etika kerja dalam erti kata yang lebih luas merangkumi satu atau
beberapa kepercayaan di bawah ini: (Max Weber)

i. Manusia mempunyai sesuatu kewajipan agama/moral untuk


memenuhi kehidupan dan tugas yang berat.
ii. Para pekerja diharapkan menggunakan masa kerja bukan untuk
kepentingan peribadinya.
iii. Pekerja harus mempunyai rekod kedatangan yang baik.
iv. Para pekerja hendaklah produktif dalam mengeluarkan barangan
atau memberi perkhidmatan.
v. Para pekerja harus berasa bangga dengan kerjanya dan
melaksanakannya dengan baik.
vi. Para pekerja harus mempunyai perasaan penglibatan dan setia
kepada kerjanya, tempat kerja serta ahli-ahli yang lain.
vii. Para pekerja haruslah sentiasa memikirkan pencapaian yang tinggi.
viii. Manusia boleh mendapatkan kemewahan melalui kerja yang jujur.

Dalam hubungan ini, perkhidmatan awam di negeri ini telah pun


mempunyai etika kerjanya yang dikenali sebagai “Etika Perkhidmatan
Awam”.

2. Etika Perkhidmatan Awam

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan awam


yang sebaik-baiknya kepada rakyat di Negara ini.

Beberapa usaha kea rah pencapaian hasrat tersbut dilancarkan untuk


seterusnya dilaksanakan bagi semua peringkat jentera pentadbiran.

Di samping penggunaan alat-alat moden seperti computer sera mesin-


mesin yang sopistikated di Jabatan-jabatan Kerajaan, perlu juga
diterapkan suatu nilai di kalangan individu-individu dalam perkhidmatan
itu sebagai penimbal balik kepada peralatan-peralatan moden yang
disebutkan tadi. Nilai yang dimaksudkan adalah “Etika Perkhidmatan
Awam” yang telah dilancarkan pada tahun 1979 dan bertujuan untuk
menimbulkan kesedaran di kalangan semua kakitangan kerajaan
mengenai tanggungjawab mereka kepada rakyat.

2.1Teras Perkhidmatan Awam

Sebagai yang terkandung dalam buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang


teras perkhidmatan awam adalah seperti berikut:

i. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan;


2

ii. Bekerja dengan penuh tanggungjawab;


iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri;
iv. Berkhidmat dengan pen uh muhibah dan kemesraan;
v. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan
Negara;
vi. Bekerjasama dalam membentras kelemahan dan musuh negara;
dan
vii. Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Ketujuh-tujuh teras di atas tadi diperkukuhkan lagi dengan cogankata


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

2.1.1 Berazam meninggikan mutu perkhidmatan:


Menggalakkan tiap-tiap kakitangan kerajaan mempunyai hasrat
untuk meninggikan mutu perkhidmatannya dan tidak berpuas
hati dengan pencapaian mereka setakat ini. Mereka digalakkan
supaya berusaha untuk memikirkan cara-cara baru bagi
menjalankan kerjayanya demi kepentingan rakyat dan Negara.
Dengan ini matlamat-matlamat yang telah ditentukan dapat
dicapai dalam jangka masa yang telah dijadualkan.

2.1.2 Bekerja dengan penuh tanggungjawab:


Setiap penjawat awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh dedikasi, memahami segala implikasi daripada
tindakannya serta sanggup menerima padah dan pujian dari
perbuatan itu.

2.1.3 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri:


Seseorang pegawai awam tidak harus membenarkan
kepentingan diri mengatasi kepentingan tugas dan negaranya.
Dia haruslah sentiasa berpandukan kepada peraturan yang
disediakan dan tidak mengambil langkah mengikut hati dan
perasaan sahaja. Teras ini membimbing pegawai awam
mengamalkan disiplin diri agar segala kecurangan dan
penyalahgunaan kuasa tidak berlaku.

2.1.4 Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan:


Pegawai-pegawai awam harus bekerja dengan penuh perasaan
mesra dan amalan muhibbah sesuai dengan struktur masyarakat
majmuk Negara ini. Pegawai-pegawai awam dikehendaki bukan
sahaja berbaik-baik sesame mereka, malahan mereka mesti
sentiasa menunjukkan rasa kemesraan dan muhibah apabila
berhubung dengan rakyat. Ini akan melahirkan masyarakat
yang mahu tolong-menolong tanpa rasa curiga mencurigai.

2.1.5 Bekerja ke arah menunjukkan pemikiran rakyat dan


pembangunan negara:
Pegawai-pegawai awam hendaklah memandu serta
menggalakkan rakyat jelata mengambil peluang dalam usaha
pembangunan negara. Pihak kerajaan menyediakan berbagai
kemudahan kepada orang ramai dan tugas pegawai-pegawai
awam ialah membimbing serta memberi tunjuk ajar bagaimana
peluang-peluang ini boleh direbut. Matlamat kepada bimbingan
3

ini ialah supaya rakyat negara ini dapat berdikari tanpa


mengharapkan pertolongan semata-mata.

2.1.6 Bekerja dalam membenteras kelemahan dan musuh-


musuh Negara:
Permaufakatan dan persefahaman serta persatupaduan rakyat
sangat dituntut bagi menjayakan tugas ini. Gejala-gejala yang
perlu dibentras seperti dadah, komunis, rasuah, kecuaian dan
seumpamanya.
2.1.7 Berpegang teguh kepada ajaran agama:
Ini merupakan satu ciri yang penting dalam menjalankan tugas
dan adalah selaras dengan prinsip pertama Rukunegara iaitu
“Kepercayaan Kepada Tuhan”. Adalah dipercayai bahawa
seseorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan
menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh
dianggap sebagai jenayah. Dia juga tidak akan tertarik kepada
ideologi komunis.

3. Cadangan Pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam

Surat Pekeliling Am 5/79 yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha


Negara mengandungi beberapa cadangan untuk dilaksanakan oleh
Jabatan-jabatan:

i. Pemberian penghargaan dalam bentuk pengesyuran untuk


menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata,
pertimbangan untuk kursus-kursus dan sebagainya untuk mereka
yang telah member perkhidmatan dengan cemerlang;

ii. Mengadakan dialog-dialog dan perbincangan untuk menerangkan


cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam;

iii. Penubuhan Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial serta


mengadakan aktiviti yang selalu mengasah kebolehan dan
mendapat penglibatan ahli;

iv. Mengeluarkan Berita Jabatan masing-masing, (Buletin Jabatan)


sebagai salah satu alat komunikasi antara kakitangan jabatan;

v. Mengadakan majlis jamuan teh/makan pada harri yang ditetapkan


untuk member kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan
bergaul mesra antara satu sama lain bagi menanam semangat
kekitaan (esprit de corps);

vi. Menganjurkan majlis syarahan/ceramah agama pada satu hari yang


telah ditetapkan dalam tiap-tiap minggu/dua minggu/bulan kepada
kakitangan beragama Islam;
4

vii. Kursus-kursus/latihan yang sesuai diberikan kepada pegawai-


pegawai yang sedang berkhidmat atau yang baru dilantik bagi
mempertingkatkan kecekapan kerja;

viii. Mengadakan pertandingan pejabat terbersih, memperbaiki dan


mengindahkan pejabat dengan projek ‘landscaping’, supaya
mewujudkan rasa kebanggaan dan rasa kepunyaan dalam
perkhidmatan awam;

ix. Memasukkan Etika Perkhidmatan Awam sebagai salah satu mata


pelajaran dalam kursus-kursus;

x. Lawatan-lawatan mengejut oleh Ketua-ketua Jabatan, pegawai-


pegawai kanan dan sebagainya untuk menaksir perjalanan kerja di
pejabat;

xi. Menyediakan Manual Kerja dan senarai tugas bagi semua pegawai
dan kakitangan supaya tidak timbul kesalahfahaman atau keraguan
tentang tanggunjawab masing-masing;

xii. Mengadakan kursus selepas waktu pejabat bagi kakitangan wanita


seperti kursus menjahit dan lain-lain mengikut kegemaran masing-
masing;

xiii. Penyediaan Buku Panduan yang mengandungi maklumat penting


Jabatan-jabatan Kerajaan untuk kegunaan rakyat mendapatkan
perkhidmatan;

xiv. Menggalakkan kakitangan melibatkan diri dalam kerja-kerja


kebajikan dengan menubuhkan Badan Kebajikan Am Kakitangan
Jabatan;

xv. Mengadakan majlis-majlis dialog dan pameran serta projek-projek


gotong-royong untuk memupuk semnagat kerjasama di antara
semua pegawai, kakitangan dan orang ramai (sesuai terutama
sekali untuk daerah-daerah)

xvi. Mewujudkan perpustakaan jabatan untuk membuat rujukan dan


menambah pengetahuan kakitangan kerajaan;

xvii. Agensi-agensi yanag menjalankan kursus-kursus hendaklah


memasukkan perkara Perhubungan Awam sebagai salah satu tajuk
dalam kurukulumnya.
5

4. Etika Kerja Islam

Etika Kerja dalam Islam adalah meliputi etika-etika yang lain. Ianya
bersifat menyeluruh (sejagat) serta member penegasan bahawa tiap-tiap
satu kerja yang dilaksanakan adalah semata-mata untuk Allah S.W.T.
(beribadat kepata Allah S.W.T.).

Tegasnya bahawa kerja yang dijalankan bukan semata-mata untuk


keselamatan dan kebahagiaan di dunia, tetapi lebih penting dan utama
ialah kelamatan dan kebahagiaaan di akhirat. Oleh yang demikian dalam
menjalankan kerja harian kita perlu sentiasa patuh dan menjunjung
akidah, syariah dan akhlak Islam. Sebagai contoh, kita harus menjalankan
kerja dengan bersih, cekap dan amanah tanpa melalaikan ibadah khusus
kepada Allah S.W.T. Terdapat lima garis utama etika kerja dalam Islam
seperti berikut:

i. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah;

ii. Bekerja dengan ikhlas dan amanah;

iii. Bekerja dengan tekun dan cekap;

iv. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan mesyuarah serta


berpadu fikiran; dan

v. Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

4.1Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah :

Satu tingkat kesedaran dan keikhlasan hati perlu dilaksanakan sebagai


satu ibadah dan pengabdian hambanya kepada yang Maha Berkuasa.

Pada dasarnya memperolehi satu jawatan dan melakukan satu-satu


pekerjaan itu adalah untuk mencari sumber hidup bagi keperluan
sendiri, keluarga dan masyarakat. Jika pekerjaan itundilakukan
mengikut lunas-lunas yang ditetaplan oleh Allah dan untuk mencari
keredhaan Allah, balasan yang setimpal atas kerja yang baik telah
dijanjikan oleh Allah S.W.T. dan ia Maha mengetahui dengan apa yang
kita lakukan.

4.2Bekerja dengan ikhlas dan amanah:

Berhubung dengan matlamat melahirkan manusia yang sentiasa


mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. maka seseorang itu haruslah
melakukan pekerjaannya dengan ikhlas dan amanah.

Ikhlas ertinya melakukan pekerjaan semata-mata kerana Allah dan


bukan untuk mendapat sanjungan, penghormatan dan sebagainya dari
manusia atau dari majikannya. Pekerjaan yang dilakukan untuk
6

mendapatkan balasan yang telah disebutkan itu akan meninggalkan


kesan yang negatif apabila harapannya tidak tercapai.

Oleh yang demikian ikhlas dalam kehidupan seseorang muslim


khususnya boleh membentuk peribadi lebih mantap, lebih yakin dan
rela menerima sebarang hasil atau akibat dari pekerjaannya. Amanah
ertinaya mempunyai kepercayaan, setia dan jujur dalam menjalankan
sesuatu yang dipertanggungjawabkan sama ada yang berbentuk tugas,
harta atau rahsia.

Menjaga amanah dan menunaikannya merupakan suatu tugas yang


amat berat yang mesti ditanggung oleh manusia. Dalam perkhidmatan
awam, tugas itu mestilah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Amahan yang diserahkah kepada seseorang perkhidmatan awam


meliputi bidang tugas serta menyimpan rahsia kerajaan. Oleh yang
demikian, seseorang perkhidmatan awam mestilah menyedari dan
berwaspada sentiasa melaksanakan segala amanah yang diberikan
kepadanya.

4.3Bekerja dengan tekun dan cekap

Tekun dan cekap merupakan faktor utama dalam mempertingkatkan


produktiviti dalam perkhidmatan. Kepaduan antara dua sifat itu
memudahkan pencapaian matlamat sesuatu organisasi yang
dianggotai oleh perkhidmat-perkhidmat awam.

Sesuatu pekerjaan yang dibuat dengan tekun sudah pasti akan


memperelokkan mutu kerja itu sendiri.

Kerja yang sempurna dan kemas itu pula seterusnya akan mendorong
untuk lebih baik lagi atau sekurang-kurangnya untuk mengekalkan
tahap yang telah dicapainya.

4.4Bekerja dengan semangat gotong-royong dan mesyurah serta


berpadu fikiran

Sesebuah organisasi terdiri dari sekumpulan individu yang


menganggotainya. Setiap anggota itu pula mempunyai jalinan
perhubungan manusia secara formal atau tidak formal. Jalinan yang
formal adalah sebagai yang ditunjukkan dalam carta organisasi jabatan
maing-masing. Manakala jalinan yang tidak formal adalah lebih halus
dan kuat pengaruhnya dalam menjayakan atau menggagalkan
pencapaian matlamat sesuatu organisasi. Oleh yang demikian,
pentingnya semangat bergotong-royong dan berpadu fikiran itu tidak
dapat disangkal lagi pentingnya.

4.5Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat :

Agama Isalam yang diturunkan adalah sebagai rahmat kepada alam


seluruhnya. Rahmat kepada alam meliputi yang diturunkan kepada
7

manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan semua yang terkandung


dalam alam ini. Oleh yang demikian maka setiap umat manusia
khususnya yang beragama Islam hendaklah memberikan keutamaan
dalam menjalankan tugas semata-mata untuk kebaikan dan
kesejahteraan alam seluruhnya.

5. Nilai-nilai Murni Dalam Perkhidmatan

Jiwa yang hidup memerlukan jasmani dan rohani yang sihat. Aspek
jasmani melalui penyediaan infrastruktur bagi mencapai kehendak asasi
memang telah mendapat perhatian dan keutamaan kerajaan.

Penerapan nilai-nilai murni yang berlandaskan nilai-nilai Islam adalah satu


langkah yang sangat tetap ke arah penghasilan kerja yang cemerlang.
Untuk menghasilkan kerja yang cemerlang, maka perseimbangan antara
pembangunan infrastruktur lahiriah dan batiniah perlu wujud. Dalam
hubungan ini, kerajaan telah mengisytiharkan beberapa dasar serta
slogan-slogan untuk difahami dan seterusnya dihayati oleh perkhidmat-
perkhidmat awam khususnya. Dasar Pandang Ke timur, Bersih Cekap dan
Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan adalah contoh yang jelas bagi
usaha-usaha ke arah pencapaian tujuan kerajaan untuk memberikan
perkhidmatan yang sebaik-baiknya melalui penerapan nilai-nilai murni
tersebut. Sudah sedia maklum bahawa sekiranya kita hendak
menyenaraikan nilai-nilai mulia, maka memeng terlalu banyak nilai-nilai
demikian mengikut latarbelakang rakyat negara ini.

Dasar penerapan nilai-nilai Islam bertujuan untuk:

i. Menanam semangat cintakan nilai suci Islam;

ii. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan;

iii. Membentuk sikap yang berguna kepada negara;

iv. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang


bertanggungjawab;

v. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu;

vi. Melatih diri dengan disiplin; dan

vii. Menjalankan amanah dengan dedikasi.

Bagi mencapai tujuan di atas, maka sebanyak sebelas nilai utama telah
dikenalpasti sebagai asas dalam penerapan nilai-nilai murni di bawah
dasar tersebut :

i. Amanah
8

ii. Tanggungjawab
iii. Ikhlas
iv. Dedikasi
v. Sederhana
vi. Tekun
vii. Bersih
viii. Berdisiplin
ix. Bekerjasama
x. Berbudi mulia
xi. Bersyukur

Begitu juga hasrat yang telah digariskan dalam dasar-dasar yang


lain iaitu Dasar Pandang Ke Timur, Bersig, Cekap dan Amanah dan
Kepimpinan Melalui Teladan yang kesemuanya mempunyai
matlamat untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam.
Teras bagi kesemua dasar atau konsep itu adalah nilai-nilai mulia
yang menuntut amalan serta penghayatannya dalam perkhidmatan.

Penutup

Perkhidmatan yanag baik serta sempurna dan cemerlang adalah menjadi


harapan semua rakyat. Hakikat ini memang diakui oleh semua pihak
sehingga telah menjadi amalan dalam perkhidmatan awam untuk sentiasa
“Berkhidmat Untuk Negara” seperti yang diikrarkan dalam setiap kali
urusan surat-menyurat. Usaha ke arah perkhidmatan yang diingini itu
telah pun dibantu lagi dengan pembentukan satu Etika Perkhidmatan
Awam yang kemas dan kinkrit. Garis Panduan etika itu telah ditimbali lagi
dengan pengisytiharan nilai-nilai murni yang lain melalui Dasar Penerapan
Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, dasar Pandang Ke Timur, Bersih Cekap
dan Amanah, dan Kepimpinan Melalui Teladan.

Segala keunggulan bilai-nilai itu akan tinggal begitu sahaja sekiranya kita
selaku perkhidmat-perkhidmat awam tidak melakukannya. Oleh yang
demikian langkah seterusnya ialah untuk kita mengamalkan segala
panduan yang telah sama-sama kita maklumi, ke arah pencapaian
perkhidmatan yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai