Anda di halaman 1dari 6

3.

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA


a. Mempunyai pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan
dan kesan-kesan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan
seperti:
i. Dasar Pembangunan Nasional.
ii.Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
iii.Pelan Integriti Nasional.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


LATARBELAKANG
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun2020.
OBJEKTIF
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke
arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi
iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
STRATEGI PELAKSANAAN
DPN akan terus mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah
mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak
pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek kritikal seperti
berikut:
Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
i. ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk


ii. meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan;
iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi
negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah
yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua
1 | Page
rakyat Malaysia;
Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
iv. ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan
antara kawasan Bandar dan luar bandar;
Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial
v.
dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan
negara;
Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiranyang perlu bagi menghadapi
vi.
cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa
menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;
Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan
vii. dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan
budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian yang moden; dan
Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian
yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya
viii.
dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan
secara berterusan.

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH


Latarbelakang
1. Pada pertengahan April 1982, YAB Dato Sri Dr. Mahathir Mohamed teah
melancarkan kempen Besih, Cekap dan Amanah sebagi satu dasar yang
menjadi amalan kepada semua di negara ini.
2. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan
Melalui Teladan pada 19 Mac 1983.

2 | Page
Rasional
1. Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada
sikap yang positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan,
pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya.
2. Di atas hakikat ini kesedaran haruslah ditanamkan di jiwa pegawai-pegawai
awam, pegawai-pegawai swasta, pekerja-pekerja dan rakyat supaya mereka
memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya
dengan cekap dan berkesan, di samping mempunyai sikap bersih dan
beramanah.
3. Perasaan dan tanggapan bahawa mereka bekerja semata-mata bagi memenuhi
keperluan diri sendiri iaitu untuk mendapat upah atau ganjaran hendaklah
dikikis tetapi sebaliknya semangat bekerja bagi faedah Negara dan rakyat
keseluruhannya hendaklah ditanamkan di jiwa semua.
4. Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu framework yang diharapkan dapat
mencapai tujuan tersebut.

Objektif
1. Objektif utama dasar ini adalah sebagaimana berikut:
a. Bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru
bagi rakyat Malaysia dengan member keutamaan kepada peningkat hasil
(productivity) dan mutu kerja.
b. Untuk meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan
Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.
2. Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap golongan
pekerja dan rakyat adalah seperti berikut:
a. Bersih iaitu:
i. Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak
menyeleweng dan tidak rasuah.
ii.Berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat
sebelah.
iii.Tidak mementingkan diri sendiri
iv.Tidak khianat, hasad dan dengki.

b. Cekap iaitu
i. Berani dan cepat membuat keputusan.
ii.Menghadapi krisis dengan tenang
iii.Bersikap tegas kepada prinsip.
iv.Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
v.Mempunyai keyakinan diri.
3 | Page
vi.Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.
vii.Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-
bidang tertentu.
c. Amanah iaitu:
i. Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh
gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
ii.Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan
dan organisasi.

Strategi Pelaksanaan
Dalam melaksanakan konsep ini Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih
dahulu dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan
yang diberikan oleh pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu, di
antaranya ialah:-
1. Mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK)
a. Fail Meja (FM)
i. Kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
pentadbiran awamnya berpunca dari ketidakpastian pegawai dan
kakitangan Kerajaan mengenai tugas dan kuasa untuk bertindak
dan ujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. Kerana
ketidakpastian ini pegawai-pegawai tidak yakin untuk membuat
keputusan, tetapi sebaliknya terpaksa merujukkan kepada pihak
atasan atau kepada agensi lain. MPK dan FM akan
menentukan sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan,
siapa yang bertanggungjawab, siapa yang mempunyai kuasa,
pihak yang harus dihubungi, apa peraturan dan undang-undang
yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil. Kesemua
Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini, dan
diharapkan inidapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan
tindakan.
ii.Membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti
mesyuarat dan kumpulan meningkat Mutu Kerja (QCC).Dalam
teknik ini pegawai-pegawai dan kaki- tangan awam di semua
lapisan boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu
menunggu arahan semata-mata. Di dalam mesyuarat-mesyuarat
dan KMK ini idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh
disuarakan untuk membaiki kerja. Secara khususnya teknik baru
ini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap
'innovative dan creative'.
4 | Page
iii.Pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat
Ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang
ramai menyelesaikan urusan mereka dengan cepat dan
menjimatkan masa tanpa mereka terpaksa pergi ke beberapa
jabatan yang berasingan.
b. Pejabat Pelan Terbuka
i. Bagi mempastikan ruang pejabat digunakan secara optima, dan
membolehkan pengawasan dijalankan dengan lebih sempurna.
c. Kad perakam waktu
i. Ini bukan sahaja bagi menentukan semua pegawai mengikut
waktu sebagai satu formaliti tetapi yang penting ialah mereka
mengambil berat tentang waktu dan bertindak mengikut jadual
d. Pengisytiharan harta oleh para anggota cabinet dan pegawai serta
kakitangan Kerajaan.
e. Pemakaian 'name tag' oleh kakitangan Kerajaan
f. Menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah
khasnya bagi menyiasat tuduhan-tuduhan rasuah.
g. Perkhidmatan Cemerlang bagi menghargai pegawai-pegawai yang
didikasi dan telah memberikan sumbangan yang istimewa. Di dalamnya
terkandung tujuh Teras Perkhidmatan yang menjadi asas bagi prestasi
kelakuan dan kerja-kerja seharian kakitangan awam.
h. Penghantaran pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan
pengetahuan dan pengalaman mereka agar dapat memberi sumbangan
yang lebih bermakna dan produktif apabila balik nanti.

Penutup
Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. Sifat-sifat ini adalah asas
yang penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar
bertamaddun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai ugama rasmi. Dengan
itu konsep ini tidak boleh dipisahkan dan hendaklah berjalan seiring dengan
Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun
Negara. Jika dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam
pencapaian satu pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran
yang tinggi melalui etika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak-
kehendak moral yang murni dan terpuji.

PELAN INTEGRITI NASIONAL

5 | Page
Rujuk pada format pdf

6 | Page

Anda mungkin juga menyukai