Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Pada masa ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan perkhidmatan bas
komuter di dalam kampus utama Universiti Sains Malaysia banyak memanfaatkan para
warga universiti terutama pelajar dari segi masa dan tenaga. Kebanyakan pelajar perlu
bergantung pada kemudahan ini untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain
di dalam kampus. Namun demikian, terdapat segelintir pelajar masih tidak berpuas hati
terhadap perkhidmatan bas komuter yang disediakan oleh pihak universiti. Isu ini
hangat diperkatakan dan kerap meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan pelajar. Hal ini
telah menimbulkan pelbagai masalah sehingga pelajar tidak dapat menikmati
perkhidmatan bas komuter yang penuh mesra dan selesa.

Punca

Lebih-lebih lagi, isu ketidakpuasan pelajar terhadap perkhidmatan bas komuter di dalam
kampus utama USM turut dikaitkan dengan sistem pengurusannya yang kurang cekap.
Waktu operasi perkhidmatan bas komuter yang telah ditetapkan pada setiap hari tidak
dapat menimbulkan kebolehpercayaan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana
pemandu bas komuter tidak mengikut jadual masa yang telah ditetapkan dan
seterusnya mencetuskan masalah kelewatan bas. Fenomena ini telah mengakibatkan
kesukaran pelajar untuk merancang masa diri sendiri, sama ada masa untuk bangun
pada setiap pagi ataupun masa untuk menunggu ketibaan bas komuter di perhentian
bas. Pada masa yang sama, fenomena ini juga akan menyebabkan kelewatan pelajar
untuk menghadiri kelas masing-masing sehingga proses dan kecekapan pembelajaran
dijejaskan. Kadangkala, pelajar perlu menunggu ketibaan bas komuter di perhentian
bas dengan mengambil masa yang agak lama. Ketidakselesaan pelajar tentulah akan
berlaku terutamanya apabila kepanasan cuaca. Sebagai contoh, seseorang pelajar
yang berpakaian formal berpeluh tidak berhenti-henti semasa menunggu bas yang
belum sampai lagi pada cuaca yang amat panas. Hal ini tentulah akan menimbulkan
kesulitan dan meningkatkan beban pelajar. Oleh itu, pelajar akan berasa amat kecewa
dengan perkhidmatan bas komuter yang telah disediakan oleh pihak universiti kerana
mutu perkhidmatan yang gagal dijaga dalam aspek sistem pengurusannya.

Anda mungkin juga menyukai