Anda di halaman 1dari 14

BAB 3: INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI

( EEA0002 )

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA INTEGRITI DAN AKAUNTIBILITI

PENGENALAN

Objektif Pembelajaran:

 Menjelaskan definasi integriti dan akauntabiliti.


 Menjelaskan hubungan antara etika dan integrity.
 Menjelaskan perbandingan antara etika dan integrity.
 Menjelaskan situasi semasa etika dan integrity
 Menjelaskan factor-faktor yang menjejaskan integrity
 Individu,kepimpinan,budaya,system dan prosedur,struktur dan organisasi.
 Menjelaskan langkah-langkah mempertingkatkan etika dan integrity.
 Sector awam,sector swasta dan sector lain.

Definasi Integriti Dan Akauntabiliti

 Integriti
 Keutuhan,kejujuran,ketelusan dan kesempurnaan
- Kualitu unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu dan organisasi.

 Akauntabiliti
 Ketanggungjawaban dan kewajipan.
- Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab
berpandukan peraturan dan undang-undang.

1
1.1) HUBUNGAN ANTARA ETIKA DAN INTEGRITI

Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku
individu,organisasi dan preofesion. Integrity ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integrity berkait rapat dengan
etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

1.1.1) Etika
a) Etika individu
 Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang
membimbing dalam membezakan antara yang benar dan yang
salah,yang baik dan yang buruk, yang patut dilakukan dan yang
tidak patut dilakukan.
 Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa
menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari ataupun apabila
berinteraksi dengan pihak lain.

b) Etika organisasi
 Etika organisasi menjadi garis panduan bagi seseorang yang
menjalankan tugas bagi sesebuah organisasi.
 Contoh: perlu berpegang pada nilai
bersih,cekap,amanah,jujur,benar,telus,bertanggungjawab dan adil.
 Oleh kerana organisasi berurusan dengan orang ramai,maka etika
organisasi menuntut penjawat awam mematuhi piagam pelanggan.

c) Etika profesyen
 Etika profesion ialah kod yang menggariskan apa yang harus dan
tidak harus dilakukan oleh pengamal profesyen berkenaan.
 Antara profesion yang mempunyai kod etika tersendiri ialah
kedoktoran,kehakiman,undang-undang,perakaunan,kewartawanan
dan perguruan.
 Contoh: seseorang doctor atau hakim terikat dengan etika
profesyen yang dipraktikkannya.seorang editor,pengarang atau
wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dengan
penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seseorang guru
mesti mematuhi etika perguruan. Pelanggaran kepada etika
profesyen adalah dianggap sebagai satu kesalahan.

2
1.1.2) Integriti
a) Integrity individu
 Integrity individu ialah:
- Keselarasan diantara apa yang dikatakan oleh individu
dengan apa yang dikotakannya.
- Keselarasan diantara tindakannya dengan prinsip moral
etika dan undang-undang.
- Serta keselarasan diantara kepentingan diri dengan
kepentingan umum.
 Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu.
 Apabila dia bertindak atau bertingkah laku demikian secara
konsisten dala pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integrity.
 Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau
lemah integritinya.

b) Integrity organisasi
 Organisasi secara kolektif juga dituntut supaya membudayakan
intergriti sama seperti individu
 Tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam
pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada
amalan terbaik.
 Kod etika dan lain-lain garis panduan ditegaskan,diulangi dan
dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga integrity
menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

c) Integrity penjawat awam


 Bermaksud amanah, tanggungjawab dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
 Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya
untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat
sendiri.
 Apabila berlaku konflik kepentingan,ia mesti diselesaikan dengan
memberi keutamaan kepada kepentingan awam.
 Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus,harus memikul
tanggungjawab terhadap ketuanya, orang dibawahnya dan kepada
pihak lain yang berkaitan.

3
1.2) PERBANDINGAN ANTARA ETIKA DAN INTEGRITI

Etika Integriti
Individu Seseorang yang membezakan Keselarasan antara tindakan
antara yang benar dan yang seseorang dengan prinsip
salah, yang baik dan yang moral, etika dan undang-
buruk dan yang wajar atau undang
tidak wajar dilakukan
Organisasi Garis panduan : perlu bersifat Tergambar dalam perumusan
bersih, cekap, amanah, jujur, dan pelaksanaan kod etika,
benar & lain-lain nilai murni piagam pelanggan, sistem dan
proses kerja dan lain-lain garis
panduan : kod etika diulangi
dan dihayati hingga menjadi
budaya organisasi
Profesyen/Penjawat Apa yang harus dan tidak Pelaksaan amanah dan kuasa
Awam harus dilakukan oleh yang dipertanggungjawabkan
seseorang pengamal menurut kepentingan umum :
profesyen berkaitan : bidang tidak boleh menyalahgunakan
kedoktoram, kehakiman, kuasa untuk kepentingan diri,
undang, kewartawanan dan keluarga atau kaum kerabat
perguruan sendiri

1.3) SITUASI SEMASA ETIKA DAN INTEGRITI

Antara tingkah laku yang bercanggah dengan integrity tetapi sering berlaku ialah:

1. Rasuah
 Penerimaan atau pemberian sebagai upah atau dorongan untuk diri
seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan.
(akta pencegahan rasuah,1997)
2. Salahguna Kedudukan Dan Kuasa
 Menggunakan kedudukan atau jawatan resmi untuk kepentingan diri.
 Membuat keputusan atau apa-apa tindakan untuk diri sendiri,saudara atau
sekutu yang mempunyai kepentingan.
(seksyen 15,akta pencegahan rasuah,1997)

4
1.4) FAKTOR YANG MENJEJASKAN INTEGRITI

Terdapat 5 faktor yang menjejaskan intergriti :-

1. Individu
- Individu yang kurang pendidikan, lemah didikan agama akan mudah
terdorong untuk melakukan sesuatu yang belawanan kehendak intergriti.
- Mempunyai etika yang lemah, bersikap tamak dan memntingkan diri akan
menyebabkan merosotnya intergriti.
- Integri juga akan terjejas sekiranya seseorang individu itu tidak melihat
kelemahan sendiri dan hanya melihat kelemahan orang lain.
- Factor tekanan hidup yang tidak dikawal boleh menyebabkan individu
terjerumus ke dalam kancah rasuah,penyelewengan,salahguna kuasa dan
gejala tidak bermoral yang secara langsung memusnahkan integrity.

2. Kepimpinan
- Sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakt
serta tahap intergriti.
- Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang
teguh untuk memberikan bimbingan dan panduan serta melakukan
perubahan untuk kebaikan.
- Iltizam yang lemah dan pemimpin yang lemah dan kurang berteladan
akan merosakkan integrity.
- Sikap pemimpin yang ‘cakap tak serupa bikin’ dan melanggar undang-
undang, prosedur dan peraturan juga menjejaskan intergiriti.
- Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan juga
menjejaskan integrity.

3. Budaya
- Persekitan amat penting dalam mempengaruhi dan membentuk
individudari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya.
- Salah satu komponen persekitaran ialah budaya.
- Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa oleh itu
budaya boleh berubah dan diubah.
- Budaya yang menjunjung tinggi intergriti akan memberi persekitaran yang
kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.
- Malangnya kini, terdapat satu manifestasi budaya masyarakat yang
kurang menitik beratkan intergriti. Mereka takut membuat laporan kerana
bimbang kepada tindak balas.

5
- Mereka juga bersikap tidak ambil peduli dan enggan melaporkan
kesalahan yang dilakukan pihak lain.
- Paling merbahaya ialah amalan angguk dan ampu lebih-lebih lagi kepada
pemimpin.

4. Sistem dan Prosedur


Terdapat 6 aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan intergiti :-
a. Kurang ketelusan melibatkan kepentingan awam contoh, urusan tender
b. Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.
 Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan,kecelaruan dan
perselisihan pendapat dikalangan petugas.
c. Kurang penguatkuasaan dan penguatkuasaan terpilih
d. Kurang pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan sesuatu strategi
atau program
e. Keupayaan sumber manusia yang terhad – menjejaskan kecekapan dan
keberkesanan dalam pengurusan.
f. Kerangka undang-undang lapuk dan pencanggahan dalam undang-
undang
5. Struktur dan Industri

Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran


pentabiran kerajaan,swasta dan masyarakat umum.struktur sesebuah organisasi
perlu kemas,focus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.
Bahagian-bahagian didalamnya haruslah sesuai dengan fungsi yang ditetapkan.

Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemaskan dari masa ke


semasa.struktus tidak kemas,kurang focus,matlamat tidak jelas dan munasabah
serta lapuk adalah tidak sesuai dengan tuntutan dan cabaran baru yang boleh
menyebabkan terjejasnya integrity.

Institusi memainkan peranan yang penting dalam keseluruhan system


pentabiran. Pertindihan skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi boleh
mengakibatkan persaingan tidak sihat ataupun konflik antara institusi serta
pengabaian tanggungjawab.

Kurang koordinasi antara institusi boleh menyebabkan pembaziran sumber dan


tanggungjawab yang dilakukan menjadi tidak cekap dan tidak sempurna.
Pertentangan matlamat antara institusi pula boleh menyebabkan kecelaruan nilai
atau krisis nilai. Jika kelemahan-kelemahan ini wujud di dalam institusi makan
integrity akan terjejas.

6
1.5) LANGKAH MEMPERTIMBANGKAN INTEGRITI

1.5.1) Sector Awam

1. Pembudayaan Etika dan Intergriti


 Etika dan integrity perlu diterjemahkan setiap masa dalam semua aspek
pelaksanaan tugas.
 Bagi merealisasikan hasrat ini,kerajaan telah memperkenalkan dan
melancarkan pelbagai program.
 Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep bersih,cekap dan
amanah,penerapan nilai-nilai islam,budaya kerja berkualiti,kod etika
kerja,piagam pelanggan iso dan lain-lain.

2. Kerajaan meluluskan Akta Pencegah Rasuah 1961 (Pindaan 1997) dan


menubunhkan Badan Pencegah Rasuah.
 Badan ini memainkan peranan penting dalam memerangi
rasuah,memelihara integrity pentadbiran kerajaan dan meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah.

3. Penubuhan Biro Pengaduan Awam (BPA)


 Sebagai Salah satu mekanisma dan saluran bagi orang ramai
mengemukakan aduan mengenai salahguna kuasa dan penyelewengan.

4. Penubuhan Jabatan Audit Negara.


 Untuk mengaudit penyata akaun awam bagi memastikan pengurusan
perbelanjaan, hasil dan asset kerajaan dilaksanakan secara berhemah
mengikut undang-undang dan peraturan.

5. Penubuhan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia


(MAMPU)
 Sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan
perkhidmatan awam yang moden,cekap dan berkesan.
6. Pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai keutuhan Pengurusan
Kerajaan (JKKMKPK) dan jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)
 Bagi memastikan jentera kerajaan sentiasa cekap,berdisiplin dan
berpegang teguh kepada syarat keutuhan yang paling tinggi dengan
berpandukan nilai-nilai murni.
 Untuk mengatasi masalah dan kelemahan dalam menguruskan
kewangan,pelanggaran disiplin,gejala rasuah,penyelewengan dan salah
guna kuasa.

7
 Bertanggungjawab menerapkan nilai teras iaitu
amanah,benar,bijaksana,adil,telus dan bersyukur.

1.5.2) Sector Swasta

1. Menandatangani satu konvensyen antarabangsa


 Iaitu organization for economic cooperation development (OECD) anti-
bribery convention.
 Telah ditandatangani oleh oleh 35 buah negara pada tahun 1999.
 Untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat
multinasional dan meningkatkan integrity.
 Namun belum ada tindakan undang-undang yang cukup berkesan boleh
diambil.

2. Pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi yang berkuasa.


 Seperti suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) dan suruhanjaya sekuriti
(SC).
 Merupakan langkah yang berkesan dan memberikan impak postif.

3. Mewujudkan Malaysian code on corporate governance (MCCG) pada Mac 2020.


 Mula diberi perhatian oleh syarikat apabila Malaysia securities exchange
revamped listing requirement dan menerima pakai kod ini.
 Laporan tahunan syarikat perlu mengemukakan kenyataan mengenai
takbir urus korporat yang melaporkan bagaimana prinsip-prinsip dalam
kod MCCG diterapkan.

4. Penggubalan rukuniaga Malaysia


 Menggariskan 6 prinsip dalam urusan perniagaan:
a) Berlaku benar dalam urusan perniagaan
b) Bertanggungjawab dalam kepada pelanggan
c) Berperikemanusiaan kepada semua insan.
d) Keserdehanaan tingkah laku dalam perniagaan.
e) Saksama terhadap pelanggan.
f) Kesungguhan menjayakan perniagaan.

8
1.5.3) Sektor Lain

Badan-badan professional, badan bukan kerajaan,persatuan pengguna dan lain-lain


pertubuhan perlu mempunyai kod etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh setiap
ahlinya.

TOPIK 2: USAHA PENGUKUHAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI

 Definasi Integriti Dan Akauntabiliti


 Integriti
 Kualitu unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu
dan organisasi.

 Akauntabiliti
 Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab
berpandukan peraturan dan undang-undang.
 Integrity dan akauntabiliti perlu dihayati dan dibudayakan dalam diri setiap
individu dan organisasi.

 Keperluan Integrity Dan Akauntabiliti

Integrity dan akauntabiliti adalah berkait rapat dengan etika. Etika yang
berhubung dengan penghayatan nilai-nilai murni memberi kesan kepada
tanggungjawab dan tingkahlaku seseorang atau profesyen terhadap organisasi
dan masyarakat. Secara tidak langsung,ketiadaan integrity dan akauntabiliti di
dalam diri individu dan organisasi akan menjejaskan mutu kerja dan
perkhidmatan yang diberikan. Mutu kerja dan perkhidmatan yang terjejas akan
memberikan impak dan kesan yang lebih negative kepada individu itu
sendiri,masyarakat dan negara.

 Antara Kesan Ketiadaan Integriti dan Akauntabiliti.


 Rumah atau bangunan yang baru siap dibina,retak.
 Komen tentang kelambatan dan kelembapan proses sesuatu urusan.

9
 Aduan mengenai sikap pegawai yang tidak mesra pelanggan.
 Penglibatan pegawai di dalam gejala penyelewengan,rasuah dan salahguna
kuasa.
 Berita-berita ini menjelaskan kepada kita bahawa kurangnya atau hampir
tidak ada langsung integrity dan akauntabiliti di dalam diri individu yang
terlibat.

 Usaha Pengukuhan Integriti Dan Akauntabiliti

Bertitik tolak daripada permasalahan inilah,usaha kea rah mengukuhkan integrity


dan akauntabiliti perlu dilaksanakan. Usaha pengukuhan perlu dimulakan
dengan mengenal pasti apakah bidang-bidang yang bermasalah dan berisiko
tinggi dan cenderung untuk menggugat integrity dan akauntabiliti penjawat
awam. Apabila masalah dikenalpasti,usaha-usaha pengukuhan akan dapat
dijalankan dengan terancang dan sistematik.

2.1) Bidang-Bidang Bermasalah Dan Berisiko Tinggi

Terdapat banyak bidang yang bermasalah dan berisiko dalam usaha mengaplikasikan
integrity dan akauntabiliti. Daripada bidang-bidang tersebut,terdapat empat bidang yang
dikenalpasti sebagai bidang yang bermasalah dan berisiko tinggi.

2.1.1) Kontrak dan tender.

Terdapat beberapa masalah di dalam bidang kontrak dan tender yang dikenal
pasti berisiko tinggi terlibat dengan isu integrity dan akauntabiliti iaitu:
 Percanggahan kepentingan.
 Pilih kasih terhadap kontrak dan berpakat.
 Dengan sengaja tidak melaporkan apa-apa kecacatan dan kekurangan.
 Kebocoran maklumat jabatan.
 Memutarbelitkan fakta tentang spesifikasi kerja, barangan atau
perkhidmatan.
 Membuat “variation order” tanpa kawalan.
 Penipuan dalam “progress payment”
 Menerima komisyen atau habuan.
 Salahguna kuasa untuk kepentingan sendiri atau keluarga.

10
2.1.2) Pembelian Dan Pembekalan.

 Belian secara berlebihan


 Barang-barang yang bermutu rendah dan tidak mengikut spesifikasi atau
perjanjian kontrak
 Harga yang dinaikkan
 Jadual bayaran mengikut keselesaan dan berlarutan
 Menyebelahi atau mengikut kehendak pembekal
 Bayaran bertindih keatas barangan yang sama
 Pesanan dipecah-pecahkan (split orders)
 Menyalahgunakan peruntukan
 Kekerapan membuat pembelian secara tergesa-gesa tanpa perancangan
 Dengan sengaja mewujudkan keperluan sesuatu perkhidmatan atau kerja
atau pembelian
 Pembayaran telah dibuat tetapi barang belum dibekalkan.

2.1.3) Penguatkuasaan Dan Penyeliaan.

 Penggunaan budi bicara tanpa kawalan


 Kerja lebih masa yang palsu atau sengaja dibuat-buat
 Ponteng kerja
 Tidak mematuhi peraturan jabatan
 Mengambil kesempatan untuk berurusan dengan orang-orang yang
terlibat demi kepentinga diri.
 Tiada penyeliaan atau pengawasan ketika pegawai bawahan bertugas
 Salah guna kuasa dan mengugut orang-orang yang berkepentingan.

2.1.4) Harta Dan Barang Pejabat.

 Bilangan barang yang dihantar kurang


 Penerimaan barang yang bermutu rendah dan tidak mengikut spesifikasi
 Kecurian atau kehilangan barang dari stor yang tidak dilaporkan
 Menggunakan harta atau barang pejabat untuk kepentingan sendiri
 Pengagihan barang pejabat yang tidak direkodkan.

11
2.2) Uasaha Pengukuhan Integriti Oleh Kerajaan

2.2.1) Penghayatan Rukun Negara

Rukun negara mengandungi beberapa prinsip kenegaraan yang mesti difahami


dan di aplikasi oleh setiap individu didalam kehidupan harian mereka.

 Terdapat 5 prinsip yang perlu dihayati


 Kepercayaan kepada tuhan
 Kesetiaan kepada raja dan negara
 Keluhuran perlembagaan
 Kedaulatan undang-undang
 Kesopanan dan kesusilaan

2.2.2) Penerapan Nilai-nilai islam dan Nilai-nilai murni

 Nialai-nilai islam bermaksud nilai-nilai yang dianjurkan pleh agama islam


 Nilai-nilai murni bermaksud nilai-nilai yang baik yang bukan sahaja dianjurkan
oleh agama islam tetapi juga oleh agama-agama lain yang diamalkan dimalaysia
 Usaha penerapan kedua-dua prinsip nilai ini perlu dijadikan satu usaha yang
berterusan hingga nilai-nilai ini menjadi budaya hidup seharian.
 Antara nilai-nilai yang perlu ada bagi mencerminkan wujudnya integrity ialah
amanah,kejujuran,bertanggungjawab,rajin,ikhlas,tertib,berdisiplin,tidak
pentingkan diri sendiri,sanggup berkorban,tidak tamak,berpandangan
jauh,bermoral dan berkelakuan baik.

2.2.3) NIlai Dan Etika Dalam Perkhidmatan

Kerajaan telah memperkenalkan prinsip nilai dan etika di dalam perkhidmatan awam.
Terdapat dua bentuk nilai yang diperkenalkan:

1. Nilai-nilai utama
 Taat setia
 Amanah,bersih dan jujur
 Bertanggungjawab
 Berkecuali
 Adil dan saksama
 Prestasi yang cemerlang dan berkualiti
 Ketepatan masa perkhidmatan ramah dan mesra

12
 Sikap berjimat cermat
2. Nilai-nilai tambahan.
 Sikap positif
 Sikap responsive
 Berdaya cipta
 Berdaya saing

2.2.4) Budaya kerja cemerlang

Setiap individu perlu mempraktikkan budaya kerja cemerlang.budaya kerja cemerlang


bermaksud bekerja dengan:

 Penuh keazaman
 Ikhlas dan amanah
 Tekun dan cekap
 Semangat gotong royong dan bersepadu fikiran
 Matlamat kebaikan manusia sejagat

2.2.4) Kod Etika Pekerjaan

a) Kod etika adalah sebagai garis panduan tentang sikap dan tatakelakuan yang
dikehendaki oleh jabatan berkenaan untuk memastikan piawaian kelakuan yang
konsisten oleh semua warga jabatan berkenaan.
b) Kod etika hendaklah mengandungi penjelasan terhadap perkara-perkara berikut:
 Melarang pekerja daripada menerima apa-apa habuan dan mengelakkan
situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka.
 Peraturan terhadap keraian
 Tatakelakuan dengan pelanggan
 Komitmen memberi khidmat yang adil dan berkualiti
 Saluran komunikasi yang berperinsipkan kejujuran dan saling hormat
menghormati antara pekerja dan jabatan.
 Tidak pilih kasih.

2.2.5) Tonggak Dua Belas

Tonggak dua belas berdasarkan daripada 12 peringatan yang digariskan oleh y.bhg tan
sri dato seri ahmad sarji bin abdul hamid,ketua setiausaha negara dalam ucapannya

13
sempena perasmian seminar nilai dan etika pada 2 mac 1992. Dua belas peringatan
tersebut ialah:

 Menghargai masa
 Ketejunan membawa kejayaan
 Keseronokan bekerja
 Kemuliaan kesederhanaan
 Ketinggian peribadi
 Kekuatan sifat baik hati
 Pengaruh teladan
 Kewajipan menjalankan tugas
 Kebijaksanaan berhemat
 Keutamaan kesabaran
 Peningkatan bakat
 Nikmat mencipta

14

Anda mungkin juga menyukai