Anda di halaman 1dari 6

Kepimpinan Beretika Dalam Organisasi

Oleh: Saptuyah @Saptuah Majiri


Pendahuluan
Kepimpinan adalah faktor yang sangat penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah
organisasi. Nilai yang dipegang oleh seseorang pemimpin mempengaruhi sama ada seseorang
pemimpin itu beretika atau tidak. Pemimpin sememangnya diakui sebagai faktor penting dalam
menerajui organisasi bagi menuju segala misi, visi, matlamat dan objektif yang ditetapkan
tercapai. Isu kepimpinan merupakan perkara utama dalam sesuatu organisasi sama ada kecil
atau besar. Pemimpin haruslah berupaya untuk menangani segala persekitaran yang sentiasa
berubah dan ini adalah merupakan satu cabaran yang berterusan. Antara perubahanperubahan yang perlu ditangani oleh pemimpin adalah seperti perubahan dalam dunia ICT yang
begitu pantas, transformasi dalam organisasi dan juga perubahan ekonomi. Pemimpin yang
dapat menangi perubahan ini akan dapat membawa organisasi ke arah kecemerlangan.
Adakah dengan kejayaan pemimpin menangani segala perubahan ini menjadikannya seorang
pemimpin yang berkesan?
Kepimpinan yang berkesan sering dikatikan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika.
Etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu,
organisasi dan profesion. Kepimpinan yang beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah
agen perubahan pada organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada
pelakuan anggota organisasi dan seterusnya mempengaruhi prestasi organisasi.(Aron 2001;
Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003). Kebelakangan ini minat untuk mewujud dan
1

membangunakan kepimpinan beretika dalam organisasi semakin meningkat. Keruntuhan etika


di peringkat pengurusan boleh menyebabkan organisasi menanggung kos yang besar.
Menurut Goldhaber (1990), organisasi adalah suatu sistern dinamik serta terbuka yang
rnencipta dan rnengadakan pertukaran rnesej di kalangan kakitangan organisasi dan
persekitarannya. Robbin dan Coulter (1999) pula mendefinisikan organisasi sebagai satu aktiviti
kolektif yang dirancang oleh dua orang atau lebih yang mengandungi pembahagian buruh dan
autoriti berhierarki untuk mencapai matlamat secara bersama.

ETIKA DAN KEPIMPINAN


Kepemimpinan didefinisikan sebagai keupayaan mempengaruhi kumpulan ke arah mencapai
matlamat (Robbins 2005). Kebolehan mempengaruhi boleh terhasil sama ada daripada sumber
formal (seperti kuasa dan jawatan individu) atau sumber tidak formal (seperti pengaruh peribadi
dan kemahiran unik yang dimiliki). Menurut Kaiser et al. (2008), kepemimpinan melibatkan tiga
perkara penting iaitu:
1.

kepemimpinan adalah usaha mempengaruhi individu supaya menyumbang secara


sukarela demi kebaikan kumpulan yang dianggotainya;

2. Kepemimpinan memerlukan tindakan menyelaras dan memandu kumpulan ke arah


mencapai matlamat bersama; dan

3. Matlamat setiap organisasi adalah berbeza-beza.

Setiap pemimpin dapat mempengaruhi keberkesanan organisasi melalui pengenaan pengaruh


ke atas pengikut,pasukan dan organisasi(Kaiser et al. 2008; Trevino et al. 2000; Yulk 2008). Di
peringkat organisasi, pemimpin akan mengenakan pengaruhnya dengan mempengaruhi hala
tuju strategik, polisi dan struktur organisasi. Antara aspek kepimpinan yang mampu
mempengaruhi pekerja dan organisasi ialah etika para pemimpin (Spangenberg & Theron 2000;
Zhu etal. 2004). Brown, Trevino dan Harrison (2005) mendefinisikkan kepimpinnan beretika
sebagai keupayaan pemimpin mempamerkan atau menunjukkkan tingkah laku yang sesuai
dalam tindakan yang diambil dan juga dalam hubungan antara manusia. Tingkah laku tersebut
dipromosikan kepada subordinat atau pengikut melalui komunikasi dua hala, pelaksanaan
usaha peneguhan dan juga dalam proses membuaat keputusan.
2

PERANAN PEMIMPIN DALAM MENERAPKAN PRINSIP ETIKA


Dalam

kepimpinan, pengaruh

dan

kecekapan

pemimpin

dapat

membawa

ke

arah

kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu , pengaruh kepimpinan dan kecekapan amat
penting dalam menentukan kejayaan organisasi di bawah pimpinannya. Peranan pemimpin
dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah
pimpinannya, komuniti di sekitar

ataupun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi

sesebah organisasi. Kerangka etika yang boleh dijadikan pegangan oleh pemimpin organisasi
haruslah mempunyai unsur-unsur nilai yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing.
Blanchard dan Peal (1988) mencadangkan agar setiap pemimpin yang sedang berhadapan
dengan persoalan etika bertanyakan diri mereka tiga soalan berikut:
1. Adakah perkara tersebut sah dari segi undang-undang atau peraturan?
2. Adakah perkara ini adil bagi kedua-dua pihak?
3. Adakah ini sesuatu yang betul? Adakah anda selesa, berpuas hati dan bangga
dengan

keputusan tersebut?

Menurut Trevino et al. (2000), kepemimpinan etika terbina daripada dua


(2) faktor (pillars) utama. Faktor tersebut terdiri daripada kedudukan pemimpin
berkenaan sebagai manusia bermoral dan kedudukan sebagai pengurus moral
(moral manager). Rajah 1 menunjukkan ringkasan faktor kepemimpinan etika
yang dijelaskan oleh Trevino et al. (2000). Menurut Trevino et al. (2000), asas kepada
kepemimpinan etika memerlukan pemimpin berkenaan untuk menjadi seorang manusia yang
beretika. Dalam konteks membina reputasi sebagai manusia beretika pada pandangan orang
ramai (pekerja), seseorang pemimpin perlu menonjolkan
dirinya secara nyata sebagai seorang individu yang beretika. Sehubungan
itu beliau perlu menonjolkan elemen etika pada sifatnya, kelakuannya dan
pembuatan keputusan yang diambilnya. Sendi yang kedua pula terdiri daripada
melaksanakan tugas pengurusan dengan berlandaskan etika serta menjadikan
3

etika sebagai agenda utama kepemimpinan. Dalam konteks sebagai pengurus


etika, seorang pemimpin perlu menjalankan peranan sebagai model kepada
amalan-amalan beretika dalam organisasi, memberi ganjaran dan hukuman bagi
menguatkuasakan perlakuan dikehendaki atau membendung perlakuan tidak
dikehendaki dan mengkomunikasikan etika dan nilai-nilai kepada seluruh ahli
organisasi melalui program tertentu.
Rajah 1: Dua Sendi Kepemimpinan Etika
Sumber: Trevino et al (2000)

Manusia Moral

Pengurus Moral

1. Ciri diri (traits)


o Integriti
o Kejujuran
o Kejujuran
o Amanah
o Amanah
2. Kelakuan
o Melakukan perkara
- Kelakuan
yang betul
o Mengambil
o Melakukan
perkara berat
pekerja
o Bersikap terbuka
yang betul
o Moraliti peribadi
o Mengambil berat
3. Pembuatan keputusan
pekerja o Berpegang kepada
nilai
o Objektif/adil
o Bersikap
terbuka
o Mengambil berat
kebajikan
o Moraliti
peribadi masyarakat
o Mematuhi peraturan
- Pembuatan
keputusan
keputusan
etika

1. Role modeling

2. Ganjaran dan pendisiplinan

3. Komunikasi etika dan nilai

o Berpegang kepada
nilai
o Objektif/adil
Kerangka etika yang baik dapat membantu organisasi masing-masing dan tindakan pemimpin
o Mengambil
yang terhasil adalah:
berat kebajikan
4
masyarakat
o Mematuhi peraturan

a.

Komitmen terhadap kecemerlangan.

Pemimpin perlu memastikan nillai

disalurkan ke peringkat bawahan dengan cara pemimpin sendiri menunjukkan


komitmen beliau kepada kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukanya.
b.

Pemimpin sebagai role model pemimpin yang meletakkan piawai intergriti yang
tinggi bagi dirinya akan menjadi role model bagi semua pekerja dalam
organisasi.

c.

Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan. Pemimpin yang


berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima tiga perkara tersebut dengan
baik.

Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa

mendengar dan menerima pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah
manusia biasa.
d.

Menghargai tugas baik

yang dilaksanakan.

Ini penting kerna ianya bukan

sekadar menggembirakan pekerja yang bermotivasi malah ianya member


perangsang kepada mereka untuk terus bekerja keras dalam mencapai matlamat
organisasi.
e.

Elakkan jalan pintas. Membangunkan sebuah organisasi yang baik memerlukan


usaha keras.

Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujur dan ikhlas

kemungkinnan untuk kekal Berjaya adalah lebih kukuh.


f.

Mempertahankan kebenaran

g.

Telus dalam semua keputusan dan tindakan.

h.

Menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan dalam organisasi.

i.

Memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua kakitangan.

j.

Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalam

organisasi.
Kesimpulan
Kepimpinan beretika adalah tonggak kepada integriti.

Seseorang pemimpin yang

mementingkan kepimpinan beretika akan sentiasa menggambarkan aura dan gaya


kepimpinan yang positif bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada pihak
5

luaran. Pemimpin yang beretika dianggap pemimpin yang jujur, amanah, sangat
dipercayai dan dapat diharapkan bukan setakat untuk memimpin dan

melindungi

subordinat, tetapi dijadikan sumber rujukan dan contoh teladan oleh subordinat.
Kewibawaan seorang pemimpin akan terjejas apabila tindakan atau keputusan yang
dibuat tidak selaras dengan ikrar, janji atau kata-kata yang dilafazkan.Budaya kerja yang
unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti
sesebuah organisasi.

Pembentukan buaya kerja berkualiti hanya akan tercapai

sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang beretika
akan memberi nilai tambah kepada sesebuah organisasi. Tindakan-tindakan yang tidak
beretika haruslah diberi perhatian kerana ini akan melemahkan dan merosakkan
organisasi.
Rujukan
Blanchard, K. & N.V.Peale.1998. The Power of Ethical Management. New York:
University Press.
Brown,M.E,Trevino,L.K., & Harrison, D.A 2005. Ethical leadership: A Social leraning
perspective for construct development and testing. Organizational Behavior & Human
Decision Process.
Yuk, G.A. 1998. Leadership in Organization. New York: Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai