Anda di halaman 1dari 11

1.

1 PENDAHLUAN

Tingkah laku organisasi adalah terjemahan daripada organizational behaviour

dimaksudkan sebagai kajian yang berkaitan dengan aspek-aspek tingkah laku manusia

dalam suatu organisasi atau suatu kelompok tertentu. Kita mengetahui lebih banyak

tentang tingkah laku organisasi bermakna kita cuba untuk membuktikan adanya

perubahan-perubahan asas dalam lingkup ilmu organisasi dan pengurusan. Organisasi

dasar terhadap perilaku manusia makin dirasakan urgensinya bagi setiap management

di tingkat manapun dengan tujuan praktis untuk mendeterminasi bagaimanakah perilaku

manusia itu mempengaruhi usaha-usaha pencapaian tujuan organisasi.

Organisasi adalah satu koordinasi yang dibentuk secara sengaja, terdiri dari

manusia atau kumpulan-kumpulan manusia dalam sempadan yang jelas yang

berperanan secara berterusan untuk mencapai matlamat yang sama atau beberapa set

matlamat. Pencapaian matlamat organisasi pula adalah bergantung kepada dua elemen

iaitu elemen kemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan. Elemen kemanusiaan adalah

seperti akauntabiliti dan komitmen terhadap organisasi. Manakala elemen bukan

kemanusiaan seperti proses, polisi, struktur dan teknologi. Kedua-dua elemen ini akan

mempengaruhi tingkah laku dalam organisasi sama ada secara individu atau kumpulan

terhadap pencapaian organisasi (Abd. Aziz, 2003).

1.2 ORGANISASI

Secara umumnya, tingkah laku organisasi ialah satu bidang kajian yang menyelidiki

tiga penentu gelagat dalam organisasi iaitu individu, kumpulan dan struktur. Di samping

itu juga, tingkah laku organisasi akan menggunakan segala pengetahuan mengenai

1
individu, kumpulan dan kesan struktur ke atas tingkah laku dengan tujuan agar

organisasi dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Tingkaj laku organisasi

merupakan kajian individu dan kumpulan dalam organisasi. Menurut Robbins (2008)

pula tingkah laku organisasi bermaksud bidang kajian berkenaan kesan-kesan individu

sekumpulan individu dan struktur terhadap tingkah laku orang-orang di dalam

organisasi dan penggunaan pemahaman ini ke arah meningkatkan kecekapan

organisasi.

Dalam setiap organisasi yang merupakan struktur sosial yang ada dalam

masyarakat moden ini, menyingkapkan lebih jauh bahawa mereka pun yang menjadi

anggota setiap organisasi sentiasa mencuba untuk menunjukkan keseimbangan yang

tepat. Sekiranya dapat diusahakan untuk dibina agar jelas tabiat, tingkah laku dan

keperibadiannya merupakan tingkah laku organisasi. Tingkah laku organisasi adalah

keseluruhan tabiat dan sifat seseorang yang tercermin dalam ucapan dan tindak-

tanduknya sebagai anggota suatu organisasi. Perilaku yang tercermin dalam tabiat dan

sifat tersebut merupakan pencerminan pula dari keperibadian orang yang bersangkutan.

Oleh yang demikian, pengurus sesebuah organisasi yang mempunyai fungsi

pengurusan PODC (plan, do, direct and control) akan mengkaji setiap gelagat atau

tingkah laku individu (pekerja), kumpulan dan strukktur yang ada di dalam organisasi

tersebut dalam usaha mencapai matlamat pihak pengurusan. Hal ini demikian kerana,

OB akan memberi kesan kepada pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Literatur

mendapati empat pembolehubah tahap individu yang sering dikaji iaitu ciri-ciri biografi,

kebolehan, personaliti dan pembelajaran. Kesemua pembolehubah ini adalah berkaitan

2
dan didapati memberi kesan kepada produktiviti pekerja, ketidakhadiran, penukaran

pekerja dan kepuasan. Sementara itu, gelagat kumpulan di dalam organisasi seringkali

dilihat sama ada kumpulan formal atau kumpulan tidak formal. Kedua2 kumpulan ini

memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah

organisasi.

Berkaitan dengan itu juga, struktur orgnisasi dimaksudkan sebagai tugas yang

dibahagikan, dikumpulkan dan diselaraskan secara rasmi. Pengurus akan

mempertimbangkan serta mengambil perhatian elemen-elemen berikut apabila

merekabentuk sesuatu struktur organisasi dalam usaha untuk mencapai matlamat pihak

pengurusan. Elemen-elemen tersebut ialah pengkhususan kerja, pembentukan jabatan,

rantaian arahan, jarak kawalan kuasa, pemusatan dan pengagihan kuasa dan formalisasi.

1.3 MODEL TINGAH LAKU

Model tingkah laku dibentuk bagi memudahkan penyampaian dan kaitan antara satu

pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Unsur-unsur yang mungkin

mempengaruhi gelagat pelakuan di dalam sesebuah organisasi. Satu contoh yang direka

bagi memudahkan sesuatu perkara di sampaikan kepada golongan sasaran

mengurangkan salah faham. Boleh digambarkan daripada yang paling mudah hinggalah

yang paling kompleks. Model boleh digambarkan daripada yang paling mudah

sehingga yang paling kompleks. Ia mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat individu,

kumpulan dan sistem organisasi.

3
Rajah 1.3: Rangka Model Tingkah laku Organisasi

Tahap Sistem
Kumpulan

Tahap Kumpulan

Tahap Individu

Rajah 1.3 merupakan rangka yang akan membentuk model tingkah laku

organisasi. Proses analisis tingkah laku organisasi ini melibatkan tiga peringkat,

bermula dari peringkat individu, peringkat kumpulan, dan seterusnya peringkat

organisasi secara keseluruhannya. Proses ini adalah proses yang sistematik untuk

memahami gelagat yang wujud dalam sesebuah organisasi. Tiga peringkat asas ini

boleh dianalogikan seperti blok-blok bangunan iaitu setiap peringkat bawahan dibentuk

terlebih dahulu sebelum peringkat di atasnya dan begitulah seterusnya. Pembentukan

model tingkah laku organisasi ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu

pembolehubah bersandar (dependent variable), dan pembolehubah tidak bersandar

(independent variable). Sekarang mari kita lihat satu-persatu pembolehubah-

pembolehubah ini.

1.3.1 Peringkat Individu

Komposisi asas dalam sesebuah organisasi adalah individu yang terdiri daripada buruh

atau kaki tangan. Ciri-ciri yang dikaji adalah dari segi personaliti, nilai, sikap dan

kebolehannya. Individu akan menggunakan sepenuhnya potensinya apabila mereka data

dimotivasikan. Hal ini hanya dilakukan apabila tingkah laku mereka difahami dan

4
dimotovasikanseiring dengan kehendak organisasi. Tingkah laku inidividu akan

mempengaruhi dab mencorak tingkah laku individu dan seterusnya tingkah laku

organisasi.

1.3.2 Peringkat Kumpulan

Kumpulan dalam sesebuah organisasi merupakan sebagai komposisi sosial. Kumpulan

terbentuk secara khusus dan tidak khusus. Kumpulan yang dibentuk secar khusus

dikenali sebagai kumpulan formal manakala kumpulan yang dibentuk secara tidak

khusus dikenali sebagai kumoulan tidak formal. Peringkat ini mengkaji bagaimana

individu berinteraksi dan bekerjasama dengan ahli kumpulan bagi mencapai objektif

organisasi.

Kumpulan formal juga dikenali sebagai kumpulan social di mana individu

berpeluang bertindak balas atau berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini juga

menerangkan bagaimana individu berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain

semasa menjalankan tugas bagi kepentingan organisasi.

1.3.3 Peringkat Sistem

Sistem organisasi yang bertindak sebagai penggerak dan penyelaras aktiviti individu

dan kumpulan terhadapMemahami bentuk sistem organisasi yang menjadi pengerak dan

penyelaras aktiviti individu terhadap organisasi. Pemimpin dan kepimpinan dalam

organisasi memainkan peranan penting dalam organisasi untuk meningkatkan prestasi

5
organisasi. Pengorganisasian yang baik memberi kesan kepada kecepakan,

keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah organisasi.

1.3.4 Komponen Model

Komponen model terdiri daripada objektif, pembolehubah dan perkaitan. Asas

pembentukan model tingkah laku menerangkan tujuan atau matlamat individu

memasuki sesebuah organisasi. Pembolehubah merupakan elemen atau unsur yang

boleh memberi kesan terhadap objektif atau ujuan telah ditentukan oleh individu.

a) Pembolehubah tidak bersandar

Merupakan satu andaian atau penyebab kepada pembolehubah bersandar. Ciri-

ciri seperti personality, nilai sikap, pembelajaran, dorongan gaya kepimpinan

dan sebagainya tidak boleh atau sukar disukat. Hal ini adalah kerana ciri-ciri

tersebut adalah sebahagian daripada diri seseorang. Ciri yang ada pada seseoran

menjadi penentu kepada output organisasi (pembolehubah bersandar) ia bekerja

seperti kepuasan kerja, naik pangkat dan sebagainya.

b) Pembolehubah Penyederhanaan

Mengurangkan kesan atau melemahkan pembolehubah tak bersandar kepada

pembolehubah bersandar. Contohnya, struktur gaji dan suasana kerja

(pembolehubah penyederhanaan) mungkin sebagai pendorong kepada

pencapaian kepuasan kerja (pembolehubah bersandar). Ciri sesuatu

pembolehubah tidak semestinya kekal. Ciri-ciri boleh bertukar antara satu sama

lain bergantung kepada objektif sesebuah organisasi.

6
c) Pembolehubah Bersandar

Satu gerak balas yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Terdiri

daripada produktif, kecekapan menyelesaikan masalah, iltizam kepuasan kerja

dan sebagainya yang menumpukan terhadap pengukuhan hasil keberkesanan

organisasi.

Hubungan perkaitan pembolehubah;

• Perkaitan pemboleubah menunjukkan satu kolerasi yang berhubungkait

mengikut keutamaan matlamat yang ada pada individu.

• Segala hasil di dalam model organisasi adalah berdasarkan kaitan yang tersirat.

Pembolehubah berubah dari masa ke semasa berdasarkan matlamat semasa individu

iaitu dari tidak bersandar kepada bersandar dan sebaliknya

1.4 HUBUNGAN TIGA TAHAP ANALISIS MODEL TINGKAH LAKU

Gelagat organisasi ialah satu bidang kajian yang cuba menyiasat kesan yang dihasilkan

oleh individu, kumpulan, dan struktur ke atas gelagat dalam organisasi bagi tujuan untuk

mengaplikasikan pengetahuan tersebut ke arah memperbaiki keberkesanan organisasi.

Baiklah, takrifan di atas mungkin agak teknikal. Bagi membantu anda memahaminya,

dalam perkataan yang mudah, gelagat organisasi menekankan kajian ke atas apa yang

dilakukan oleh manusia dalam organisasi, dan bagaimana gelagat kerja tersebut boleh

mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi. Memandangkan bidang ini secara

khususnya melihat situasi yang berkaitan dengan pekerjaan, maka penekanan ke atas

7
gelagat manusia adalah lebih khusus kepada gelagat yang berkaitan dengan kerja seperti

ketidakhadiran, lantik-henti, produktiviti, prestasi dan pengurusan.

Komunikasi manusia adalah suatu proses melalui mana individu dalam

hubungannya. Dalam kelompok, dalam organisasi dan dalam masyarakat menciptakan,

mengirimkan, dan menggunakan informasi untuk mengkoordinasi lingkungannya dan

orang lain. Dari pandangan di atas dapat dilihat bahwa dalam proses komunikasi

mempunyai hubungan yang sangat erat antara satu bagian dengan bagian yang lainnya

dan mempunyai beberapa tahap untuk tetap saling melakukan hubunganPentingnya

komunikasi dalam kehidupan manusia sebagaimana yang dikemukakan pada bagian

terdahulu tidaklah dapat dipungkiri demikian pula halnya dalam suatu organisasi.

Dengan adanya komunikasi yang baik akan membantu kelancaran organisasi, demikian

pula sebaliknya komunikasi yang efektif adalah merupakan bagian yang penting bagi

semua organisasi. Dalam model tingkah laku organisasi memang jelas terdapat

hubungan antara setiap tahap yang telah dibincangkan.

Setelah dihuraikan tahap analisis perkaitan antara model tingkah laku, maka

jelas menunjukkan bahawa ia memang berkaitan antara satu sama lain. Tingkahlaku

organisasi adalah satu kesan di dalam suatu kumpulan, individu dan struktur organisasi

untuk mencapai kejayaan dan keuntungan yang efektif kepada organisasi tersebut. ia

merangkumi keseluruhan perjalanan operasi organisasi supaya segala perancangan

dapat di capai dengan jayanya. Ketiga-tiga tahap analisis dalam kajian tingkah laku

organisasi ini dapatlah diibaratkan seperti membina blok bangunan. Setiap tahap dibina

di atas tahap sebelumnya. Misalnya tahap kumpulan hanya terbentuk selepas tahap

individu. Oleh itu setiap tahap analisis dalam model tingkah laku organisasi ini saling

8
berkait antara satu sama lain. Kesemuanya saling berkait dan perlu bergerak selari untuk

mencapai matlamat yang disasarkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Tingkah laku organisasi mengkaji kesan yang dihasilkan oleh individu,

kumpulan dan struktur ke atas tingkah laku dalam organisasi. Hasil kajian dapat

digunakan untuk memperbaiki keberkesanan organisasi. Tingkah laku organisasi adalah

berpadanan dengan definisi pengurusan iaitu pencapaian optimum matlamat organisasi.

Pengurusan juga meliputi dimensi teknikal, pasaran, kewangan dan lain-lain dimensi

organisasi yang menjangkaui pemahaman tentang gelagat. Tingkah laku organisasi

lebih mudah difahami sebagai alat dalam kemahiran pengurusan

1.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya pengurus dan pemimpin yang sentiasa mempunyai visi dan misi untuk

mencapai matlamat dan membawa organisasi ke tahap yang lebih cemerlang dan

berprstasi tinggi akan mengkaji ketiga-tiga elemen OB apabila membuat sesuatu

9
keputusan, menjalankan tanggungjawab dan peranan pengurusan dan kepemimpina

organisasi. Namun demikian, organisasi yang berbeza akan mengkaji setiap individu,

kumpulan dan struktur yang berbeza.Kegunaan bentuk model kelakuan organisasi tidak

mutlak kerana terdapat pelbagai pembolehubah yang berkait antara satu sama lain dan

ianya hanyalah sebagai garis panduan bagi sesuatu perkara dan eleman yang difikirkan

penting pada ketika itu supaya aliran kerja lebih terancang dan tersusun.

10
RUJUKAN

Abd. Aziz Yusof. (2003). Politik organisasi dalam penilaian prestasi realiti atau

persepsi. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok

Robbins. (2000). Gelagat Organisasi Edisi ke 8. Terjemahan oleh Abdul Razak Ibrahim

dan Ainin Sulaiman. Prentice Hall.

11

Anda mungkin juga menyukai