Anda di halaman 1dari 4

Tujuan Belanjawan

Tujuan belanjawan adalah merancang terlebih dahulu supaya tercapai objektif dan sasaran.
Belanjawan adalah:
1. Rancangan masa depan
2. Penyata sumber yang dipadankan dengan hasrat atau tujuan
3. Agenda praktikal bagi tindakan
Belanjawan yang berkaitan dengan jangka waktu adalah penting adalah:
1.
2.
3.
4.

Ia menetapkan sasaran yang hendak dicapai.


Ia menjelaskan aktiviti yang perlu bagi mencapai sasaran ini.
Ia membentangkan anggaran sumber yang diperlukan.
Ia menghubungkan tindakan kita dengan objektif jangka panjang organisasi.
Reka bentuk belanjawan yang dapat menyumbang kepada keberkesanan pengurusan

sumber sekolah. Belanjawan adalah salah satu daripada beberapa perkara yang dipandang ringan
kerana kebiasaannya, ia selalunya hanya dilihat sebagai penyata perbelanjaan yang terancang dan
digunakan bagi memadankan perbelanjaan yang sebenar. Walau bagaimanapun fungsi yang jauh
lebih banyak dikenal pasti dan fungsinya adalah seperti yang berikut:
1. Merancang
2. Meramalkan
3. Memadankan perbelanjaan dengan pendapatan
4. Menetapkan keutamaan
5. Membandingkan nilai alternatif
6. Melaksanakan rancangan
7. Menyelaraskan aktiviti sekolah
8. Memperuntukan sumber
9. Memberi kuasa perbelanjawan dan aktiviti
10. Menghubungkan objektif kepada personel
11. Memotivasikan personel melalui perwakilan
12. Mengawal perbelanjawan
13. Memperkukuh akauntabiliti
14. Memastikan perbelanjawan adalah berbaloi, berjimat cermat

15. Memadankan input dengan output


Jenis-Jenis Belanjawan
Belanjawan Berprogram
Belanjawan ini dikenali pada praktiknya sebagai Sistem Belanjawan Merancang
Memprogramkan. Kelebihannya ialah memberi maklumat tentang objektif organisasi.
Belanjawan ini juga tertumpu kepada kesan jangka panjang dan ia membolehkan peruntukan
sumber dibuat berasaskan perhubungan faedah ataupun kos. Merentasi garisan kelaziman
mengenai tanggungjawab dan struktur sekolah dengan menyatukan aktiviti ke arah satu objektif
tertentu. Memberikan maklumat kepada kesan program sedia ada dan program alternatif ke atas
objektif dan kos program yang berkaitan.
Pengurus sumber perlu dimulakan dengan objektif organisasi demi mencipta struktur
program keseluruhan. Struktur program mestilah sebegitu rupa sehingga program yang
mempunyai objektif yang sama dikumpulkan bersama menjadi kategori program. Kategori
program kemudiannya dipecahkan menjadi aktiviti khusus dikenal sebagai elemen program. Kos
dan faedah ini kemudiannya dikumpulkan bagi memberikan asas membuat keputusan. Pilihan
dapat dibuat antara program alternatif. Belanjawan bagi setiap kategori program adalah jumlah
belanjawan elemen programnya. Oleh itu, pendekatan struktur program kepada belanjawan
adalah system yang menghubungkan perbelanjaan pada setiap tahap belanjawan dengan tujuan
perbelanjaan.
Belanjawan Tambahan
Pada asasnya, belanjawan tambahan bermakna menjadikan belanjawan tahun apa pun
sebagai asas kepada angka sebenar tahun lepas ataupun angka yang dianggarkan dalam
belanjawan, bersama-sama dengan elaun inflasi dan berkemungkinan pemotongan bagi
menggalakkan pengurangan kos (Parkinson, 1994, ms. 25-29).
Belanjawan tambahan

mempunyai

kelebihan

secara bandingannya,

ia mudah

dilaksanakan. Ia mungkin sesuai bagi sekolah yang aktiviti dan paras mencari sumbernya
berubah sedikit dari tahun ke tahun. Suatu aspek negatif bagi belanjawan tambahan ialah
ketidakcekapan dan ketidaksempurnaan tahun lepas dibawa ke hadapan. Masalah yang mungkin

timbul ialah tambahan yang berterusan kepada peratus dan bukan berfikir dalam cara yang
kreatif sepanjang proses itu.
Belanjawan Berasaskan-Sifar
Belanjawan Berasaskan-Sifar bermula daripada perhubungan antara sasaran, aktiviti dan
input. Pentadbir sekolah mesti mengetepikan belanjawan mereka sebelum ini dan menumpukan
kepada belanjawan mereka sebelum ini dan menumpukan kepada belanjawan tahun seterusnya,
menetapkan daripada prinsip pertama tahap mencari sumber yang diperlukan. Tujuan utama
belanjawan ini ialah menunjukkan lebih kawalan ke atas belanjawan, memerlukan justifikasi
tentang setiap perbelanjaan yang dicadangkan, bermula secara teorinya daripada asas sifar.
Pentadbir sekolah harus menyediakan belanjawan bagi beberapa tahap aktiviti yang
berlainan, bermula pada tahap yang minimum, kemudian memperincikan mencari sumber
lebihan yang diperlukan bagi peningkatan. Pengurus sumber boleh menetapkan campuran
aktiviti yang sesuai yang mencerminkan sumber yang ada dan sasaran yang diutamakan. Semua
prosedur belanjawan melibatkan pengenalpastian objektif organisasi.
Belanjawan Boleh Pinda
Belanjawan boleh pinda muncul daripada idea dalam pengurusan hari ke hari secara
bandingan, terdapat jumlah masa yang sedikit bagi membuat keputusan. Situasinya adalah sama
dalam kebanyakan sekolah pada paras ini, oleh itu pentadbir sekolah tidak perlu bimbang dengan
tahun hadapan. Belanjawan ini beroperasi dalam system di mana belanjawan sasaran dan sumber
selama 12 bulan dibahagikan kepada empat waktu. Pendekatan belanjawan boleh pinda ini dalam
perniagaan dirujuk sebagai belanjawan berperingkat ataupun membuat profil.
Kelebihan belanjawan boleh pinda adalah darjah kefleksibelnya. Pengurus sumber dapat
mengalihkan sumber daripada satu bahagian sekolah kepada yang lain tanpa masalah biasa
mengenai hak milik dan hilang motivasi yang ditemui dalam sistem belanjawan lain. Ini boleh
dicapai dengan kaedah membuat kira-kira yang kreatif, pemindahan dana daripada satu tajuk
kepada yang lain sebagai bersesuaian. Walau bagaimanapun, paras pentadbiran yang tinggi
diperlukan. Pengurus sumber perlu menimbangkan sama ada faedah melebihi kos.
Belanjawan Tetap dan Fleksibel

Belanjawan yang tetap dan fleksibel membantu mengambil kira perubahan-perubahan


yang berguna dalam mengukur prestasi dan dalam menentukan apa yang perlu dibuat.
Belanjawan tetap ialah belanjawan yang direka bentuk supaya kekal tidak berubah, tanpa
mengira paras aktiviti. Belanjawan ini hampir tidak berguna bagi menilai prestasi sekiranya paras
aktiviti berubah.
Belanjawan fleksibel ialah belanjawan berubah direka bagi menunjukkan bagaimana
angka yang dimasukkan dalam belanjawan berubah dengan paras aktiviti. Amaun belanjawan di
bawah setiap tajuk disemak semula dengan bantuan aktiviti sebenar yang dicapai. Ini
memberikan perbandingan yang bermakna bagi tujuan kawalan kos sebenar dan amaun
belanjawan berasaskan paras aktiviti yang sama.

Anda mungkin juga menyukai