Anda di halaman 1dari 36

BAB 9

BELANJAWAN

Apa yang perlu anda tahu

Definisi Belanjawan

Kegunaan Belanjawan

Belanjawan Induk

Rumusan

Belanjawan Operasi

Belanjawan Kewangan
2

Definisi Belanjawan
Satu rancangan kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber itu diperoleh dan digunakan sepanjang tempoh belanjawan tertentu. Mempunyai hubungan dengan perancangan dan pengawalan. Perancangan menyediakan belanjawan. Pengawalan membuat perbandingan antara belanjawan dan keputusan sebenar.

Kegunaan Belanjawan

Perancangan

Koordinasi

Kawalan dan Pengukuran Penilaian prestasi

Komunikasi

Pembuatan keputusan

Motivasi

Perancangan - pengurus dapat menentukan matlamat organisasi dimasa hadapan dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil. Komunikasi berkongsi pelan dan tindakan setiap unit yang berbeza fungsi dengan jabatan-jabatan dalam organisasi. Koordinasi - membolehkan pihak pengurusan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berbeza, fungsi dan jabatan-jabatan dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Pembuatan Keputusan - mengumpul maklumat yang berkesan dan relevan bagi tujuan membuat keputusan dan memastikan keputusan yang dibuat adalah yang paling menguntungkan. Kawalan dan Penilaian Prestasi - berfungsi sebagai standard membandingkan dengan keputusan yang sebenar dan membantu pengurus melaksanakan tindakan pembetulan. Motivasi meningkatkan semangat pekerja untuk mencapai matlamat organisasi dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi.

Belanjawan Induk
Satu belanjawan komprehensif yang mengandungi siri belanjawan meliputi setiap aktiviti operasi organisasi untuk sesuatu tempoh. Dikenali sebagai rancangan keuntungan. Dua kategori belanjawan : 1. Belanjawan operasi. 2. Belanjawan kewangan.

Belanjawan Operasi
Melibatkan belanjawan aktiviti berkaitan dengan penjanaan pendapatan/hasil. Bermula daripada belanjawan jualan hingga belanjawan penyata pendapatan. Jenis-jenis : 1. Belanjawan Jualan. 2. Belanjawan Pengeluaran (unit). 3. Belanjawan Bahan Mentah. 4. Belanjawan Buruh Langsung. 5. Belanjawan Overhed Kilang.
8

Belanjawan Jualan
Belanjawan pertama yang perlu disediakan. Mengandungi maklumat unit jualan dan harga jualan. Format belanjawan :
Nama Perniagaan Belanjawan Jualan Untuk Tahun/Bulan Berakhir pada .
Tempoh 1 Unit jualan Harga jualan seunit (RM) Anggaran Jualan (RM)
9

Tempoh 2

Tempoh 3

Tempoh 4

Jumlah

Contoh Belanjawan Jualan

Syarikat Sri Merinding Sdn Bhd menjangkakan unit jualan yang akan dibuat adalah 4,000 unit pada suku tahun pertama dengan 600 unit kenaikan pada setiap sukuan berikutnya. Harga jualan adalah RM55 seunit. Sediakan belanjawan jualan bagi setiap sukuan dan jumlahkan untuk tahun berakhir 31 Disember 2011.

10

Syarikat Merinding Sdn Bhd Belanjawan Jualan Untuk Tahun Berakhir 31 Disember 2011
Sukuan Unit jualan Harga seunit (RM) Anggaran Jualan (RM) 1 2 3 4 Jumlah

11

Belanjawan Pengeluaran
Menunjukkan jumlah unit yang perlu dikeluarkan untuk memenuhi anggaran unit jualan dan unit inventori akhir yang dirancang.
Nama Perniagaan Belanjawan Pengeluaran Untuk Tahun/Bulan Berakhir .
Tempoh 1 Unit jualan (+) Inventori akhir Jumlah diperlukan (-) Inventori awal Unit keluaran
12

Tempoh 2

Tempoh 3

Tempoh 4

Jumlah

Contoh Belanjawan Pengeluaran


Syarikat Sri Merinding Sdn Bhd percaya boleh mencapai anggaran unit jualan dengan mengekalkan inventori akhir barang siap sebanyak 20% daripada unit jualan sukuan berikutnya.
Nama Perniagaan Belanjawan Pengeluaran Untuk Tahun/Bulan Berakhir 31 Disember 2011
Tempoh 1 Unit jualan (+) Inventori akhir Jumlah diperlukan (-) Inventori awal Unit keluaran
13

Tempoh 2 4,600

Tempoh 3 5,200

Tempoh 4 5,800

Jumlah 19,600

4,000

Belanjawan Bahan Mentah


Menunjukkan berapa banyak belian (dalam kuantiti dan kos) diperlukan untuk pengeluaran dan berapa banyak diperlukan untuk inventori akhir bahan langsung. Terdiri daripada belanjawan penggunaan dan pembelian bahan mentah (boleh dibuat secara gabungan atau berasingan).

14

Nama Perniagaan Belanjawan Pengeluaran Untuk Tahun/Bulan Berakhir .


1 Anggaran pengeluaran (x) Bahan diperlukan seunit (kg) 2 3 4 Jumlah

Keperluan pengeluaran (kg)


(+) Inventori akhir (kg) Jumlah diperlukan (kg) (-) Inventori awal (kg)

Anggaran belian (kg)


(x) Kos sekg (RM) Jumlah Kos Belian (RM)

15

Contoh Belanjawan Bahan Mentah 1. Inventori akhir dianggarkan 10% dari penggunaan sukuan berikutnya. 2. Anggaran penggunaan bahan langsung bagi sukuan pertama tahun 2012 ialah 19,560kg. Oleh itu, 10% X 19,560 kg = 1,956. 3. Keperluan bahan mentah seunit pengeluaran ialah 3 kilogram dan kos bahan mentah ialah RM 5.00 sekilogram.

16

Belanjawan Penggunaan Bahan Mentah

Syarikat Sri Merinding Sdn. Bhd. Belanjawan Bahan Langsung Untuk tahun berakhir 31 Disember 2011
1 Anggaran pengeluaran (x) Bahan diperlukan seunit (kg) Penggunaan bahan langsung (kg) (x) Kos per kg (RM) Kos penggunaan (RM) 2 3 4 Tahun

4,120

4,720

5,320

5,920

20,080

17

Belanjawan Belian Bahan Mentah


Syarikat Sri Merinding Sdn. Bhd. Belanjawan Bahan Langsung Untuk tahun berakhir 31 Disember 2011

1
Penggunaan bahan langsung (kg) (+) Anggaran inventori akhir Jumlah bhn diperlukan (-) Inventori awal Belian bahan langsung

Tahun

(x) Kos perkg (RM)


Kos belian (RM)

18

Belanjawan Buruh Langsung


Menunjukkan keperluan jam buruh langsung yang perlu dan kos yang terlibat berdasarkan belanjawan unit pengeluaran.
Nama Perniagaan Belanjawan Buruh Langsung Untuk Tahun/Bulan Berakhir . Tempoh 1 Anggaran unit pengeluaran (x) Jam buruh langsung seunit Jumlah jam diperlukan (x) Kos sejam (RM) Jumlah kos buruh langsung (RM)
19

Tempoh 2

Tempoh 3

Tempoh 4

Jumlah

Syarikat Sri Merinding Sdn Bhd memerlukan 2 jam buruh langsung untuk mengeluarkan seunit barang siap. Anggaran kadar buruh sejam ialah RM10
Syarikat Sri Merinding Sdn. Bhd. Belanjawan Bahan Langsung Untuk tahun berakhir 31 Disember 2011
Sukuan Anggaran unit dikeluarkan 1 2 3 4 Tahun

(x) Jam buruh langsung


seunit (jam) Jumlah jam diperlukan (x) Kos sejam buruh (RM) Jumlah kos buruh langsung (RM)
20

Belanjawan Overhed
Merupakan anggaran semua kos perkilangan tidak langsung. Item overhed lebih berkaitan dengan aktiviti dan penggerak kos (asas aktiviti yang digunakan). Bagi overhed berubah, aktiviti berubah mengikut penggerak kos, contohnya jam buruh langsung. Bagi kos overhed tetap, aktivitinya tidak berubah mengikut penggerak kos.
21

Contoh Belanjawan Overhed


Syarikat Sri Merinding Sdn Bhd menjangkakan kos overhed berubah akan berubah-ubah mengikut jumlah pengeluaran berasaskan kepada kadar jam buruh langsung seperti berikut : Bahan tak langsung RM1.00 Buruh tak langsung RM1.40 Utiliti RM0.40 Pembaikan RM0.20 Belanja-belanja tetap untuk setiap sukuan adalah seperti berikut: Gaji Pengurus RM20,000 Susutnilai RM3,800 Cukai harta benda kilang RM9,000 Pembaikan RM5,700
22

Syarikat Sri Merinding Sdn. Bhd. Belanjawan Overhed Untuk tahun berakhir 31 Disember 2011

Sukuan
KOS BERUBAH Bahan tak langsung (RM1.00) Buruh tak langsung (RM1.40) Utiliti (RM0.40) Pembaikan (RM0.20) Jum Kos Berubah

1
RM

2
RM

3
RM

4
RM

Tahun
RM

23

RM KOS TETAP Gaji Pengurus Susutnilai

RM

RM

RM

RM

Cukai Harta Benda Kilang


Pembaikan Jum Kos Tetap Jumlah Kos Overhed

24

Belanjawan Kewangan
Menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar tunai serta kedudukan kewangan sesebuah firma. Terdiri daripada belanjawan tunai yang merangkumi : Jadual kutipan tunai Jadual pembayaran belian bahan mentah

25

Belanjawan Tunai
Disediakan untuk menentukan samada sesebuah syarikat akan mempunyai lebihan tunai atau kurangan tunai berdasarkan operasi syarikatnya. Ia mengandungi tiga bahagian : 1. Penerimaan tunai. 2. Pembayaran tunai. 3. Pembiayaan.

26

Format Belanjawan Tunai


Syarikat XXX Belanjawan Tunai Bagi Tahun Berakhir .
RM Baki awal tunai (+) Penerimaan tunai Tunai yang ada (-) Pembayaran tunai Lebihan / kurangan tunai

Pembiayaan
Baki akhir tunai

27

Contoh Belanjawan Tunai


Belanjawan tunai Syarikat Sri Merinding Sdn Bhd berasaskan maklumat di bawah : 1. Pada 1 Januari 2011, baki awal tunai adalah RM40,000. 2. 65% dari jualan dikutip pada sukuan dijual, manakala 35% pada sukuan berikutnya. Akaun Belum Terima sebanyak RM50,000 pada Disember 2010 dianggarkan dapat dikutip penuh pada sukuan pertama 2011. 3. Sekuriti boleh pasar dijangka akan dijual sebanyak RM4,000 tunai pada sukuan pertama. 4. 50% dari belian bahan langsung akan dibayar pada sukuan dibeli dan 50% lagi pada sukuan berikutnya. Akaun Belum Bayar sebanyak RM15,600 pada 31 Disember 2010 dijangkakan akan dibayar sepenuhnya pada sukuan pertama 2011.
28

5. Buruh langsung dibayar pada sukuan ianya digunakan 6. Overhed perkilangan kecuali susutnilai dibayar pada masa ianya berlaku. 7. Pengurusan bercadang untuk membesarkan ruang bangunan pentadbiran pada sukuan ketiga bernilai RM8,000. 8. Syarikat membayar cukai tahunan pada setiap sukuan dengan jumlah yang sama sebanyak RM3,000. 9. Pinjaman dibayar pada sukuan di mana ianya bersesuaian. Faedah pinjaman ialah 12% setahun. 10. Mengekalkan tunai RM15 000 minimum.

29

DIKEHENDAKI : Sediakan belanjawan tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2011. NOTA : 1) Rujuk belanjawan kos overhed perkilangan. Dapatkan jumlah overhed perkilangan setiap sukuan, kemudian, tolak susutnilai setiap sukuan. 2) Sebelum menyediakan belanjawan tunai jadual penerimaan tunai ABT dan jadual pembayaran ABB perlu disediakan terlebih dahulu.

30

Jadual Penerimaan ABT Sukuan ABT pada 31 Dis 2010 Sukuan pertama (RM200,000) Sukuan kedua (RM230,000) Sukuan ketiga (RM260,000) Sukuan keempat (RM290,000) Jumlah penerimaan 1 (RM) 50,000 2 (RM) 3 (RM) 4 (RM) Tahun

31

Jadual Pembayaran ABB Sukuan ABB pada 31 Dec 2010 Sukuan pertama (RM62,700) Sukuan kedua (RM71,700) Sukuan ketiga (RM80,700) Sukuan keempat (RM89,700) Jumlah pembayaran 1 (RM) 15,600 2 (RM) 3 (RM) 4 (RM) Tahun (RM)

32

Syarikat Sri Merinding Sdn. Bhd Belanjawan Tunai Untuk Tahun Berakhir 31 Dis 2011 Syarikat Sri Merinding Sdn. Bhd Belanjawan Tunai Untuk Tahun Berakhir 31 Dis 2011 Sukuan 1 2 3 4 Tahun

Tunai awal
(+) Penerimaan tunai : Penerimaan dari ABT Jualan sekuriti Jumlah penerimaan Tunai yang ada

33

Sukuan Tunai yang ada. (-) Pembayaran tunai : Pembayaran ABB Buruh langsung Overhed kilang Bangunan Cukai Jumlah pembayaran

1 (RM)

2 (RM)

3 (RM)

4 (RM)

Tahun (RM)

34

Sukuan Lebihan Perlu pembiayaan Pinjaman Bayaran balik pinjaman beserta faedah RM48.30 Baki akhir

1 (RM)

2 (RM)

3 (RM)

4 (RM)

Tahun (RM)

15,000

* Belanja faedah = (RM1,610 X 12%)

35

Rumusan
Belanjawan adalah satu rancangan kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber diperolehi dan diguna sepanjang tempoh belanjawan tertentu. Belanjawan digunakan sebagai alat perancangan, komunikasi, koordinasi, kawalan, pembuatan keputusan,pengukuran prestasi dan motivasi oleh pihak pengurusan. Belanjawan induk terbahagi kepada belanjawan operasi dan belanjawan kewangan. Belanjawan operasi terdiri daripada : 1. Belanjawan Jualan 2. Belanjawan Pengeluaran 3. Belanjawan Bahan Mentah 4. Belanjawan Buruh Langsung 5. Belanjawan Overhed Kilang Belanjawan kewangan mengandungi belanjawan tunai. Jadual kutipan Akaun Belum Terima dan Jadual pembayaran Akaun Belum Bayar boleh disediakan secara berasingan dan merupakan sebahagian daripada belanjawan tunai.
36

Anda mungkin juga menyukai