Anda di halaman 1dari 4

Tajuk lagu : Sahabat selamaya

lirik : Padi

Lagu : Padi

Dua tiga kapal belayar di samudera


Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya


Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu


berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya


Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi


untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya


Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya


Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…
PENGENALAN

Lirik lagu sahabat selamanya ini dihasilkan daripada ciptaan dari kumpulan padi dari

Indonesia.Lagu ini merupakan lagu tema karton animasi dari Malaysia iaitu upin & ipin.

Menceritakan tentang nilai-nilai persahabatan yang harus kita contohi dan diikuti. Penggunaan

ayat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan menyampaikan maksud yang mendalam

serta nasihat yang sangat berguna untuk kehidupan seharian kita. Pentingkan hubungan

persahabatan yang akrab. Bekerjasama tanpa mengira perbezaan yang wujud antara anggota

masyarakat.Masyarakat yang sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah walau apa jua

cabaran yang dihadapi.

TEMA

PERPADUAN

Penulis lirik sahabat selamaya telah menyelitkan tentang nilai-niai perpaduan yang perlu

diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Perlunya kerja sama diantara satu sama lain dan

menghormati antara satu sama lain adalah kunci perpaduan yang ingin disampaikan oleh penuis

dalam lirik lagu ini.

Dua tiga kapal belayar di samudera


Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Maksud lirik ini mengajak kita semua untuk bersama-sama menjaga keharmonian dan saling

hormat menghormati antara satu sama lain untuk kita sama-sama menikmati kehidupan yang

bahagia tanpa ada masalah diantara kita semua.


BAHASA

Pentingnya sebuah hubungan persahabatan itu. Kita saling perlu memerlukan antara satu

sama lain untuk saling melengkapi dan mengisi kekurangan antara kita untuk menjadikan kita

semua masyarakat yang berkerjasama.

Berakit-rakit kita ke hulu

berenang-renang kita ke tepian

kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita

Penulis menggunakan ayat pribahasa orang dulu-dulu dalam lirik lagu ini iaitu berakit-rakit

kita ke hulu,berenang-renang kita ketepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang

kemudian. Ayat tersebut mempunyai mesej dan maksud yang mendalam untuk kita fahami

dan hayati dalam kehidupan kita.

NILAI MURNI

Penulis dalam lirik lagu ini juga menerapkan nila-nilai murni dalam sesebuah hubungan

persahabatan. Bertolak ansur,bekerja sama serta saling hormat menghormati antara satu sama

lain adalah nilai-nilai yang ingin diterapkan.

Tiada bukit yang terlalu tinggi


untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Maksud dalam lirik ini adalah setiap perkara yang sukar yang ingin kita lakukan dapat diatasi

dengan semua orang berkerja sama dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
Dengan kata lain semua perkara dapat direalisasikan dengan bantuan kawan-kawan yang

lain.

NASIHAT

Unsur-unsur nasihat juga terdapat dalam lirik lagu sahabat ini. Kita perlu saling

hormat menghormati dan saling jaga hubungan antara satu sama lain. Dinegara ini kita hidup

dalam perlbagai kaum. Untuk memastikan hubungan sentiasa harmoni dan bahagia perlu ada

rasa bertolak ansur dan mempungyai semangat setia kawan.

Sahabat untuk selamanya


Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…

Dalam lirik ini penulis menekankan semangat setia kawan dan saling jaga enjaga antara satu

sama lain. Semangat setia kawan adalah perkara yang paling penting dalam memastikan

hubungan persahabatan dapat berkekalan.

Anda mungkin juga menyukai