Anda di halaman 1dari 3

S223006 SCCA 1013 PENGANTARKOMUNIKASI

Cabaran Media Baru Sebagai Medium Pembelajaran Agaman Dan Penyelesaian Dari
Perspektif Islam.

Bil 9 Januari 2015

Jurnal islam dan masyarakat kotemporari

Pengenalan

Pengkaji dalam artikel ini merujuk kepada cabaran baru sebagai medium pembelajaran agama
dan penyelesaian dari perspektif islam. Penulisan bertujuan Meneliti permasalahan serta isu-isu
yang terdapat didalam medium pembelajaran. Pada 11 oktober1997 bekas perdana menteri
malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad telah melancarkan kempem kesedaran tekologi
maklumat dan komunikasi yang bertujuan untuk member mafaat kepada rakyat Malaysia.
Namun begitu media baru mempunyai pro dan kontra kepada pengguna daripada segi iaitu
kesahihan kadungan,sumber maklumat yang diperolehi serta pelbagai cirri-ciri lain yang terdapat
alam media sosial.

Kandungan jurnal

Didalam jurnal ini membincangkan tentang isu-isu dalam menggunakan media baru sebagai
medium pembelajaran agama. Media baru ini telah dianggap sebagai kuasa besar kerana
kekuatannya dalam menyampaikan mesej merentasi sempadan masa dan tempat dengan kapasiti
yang besar dan pantas. Pelbagai transaksi, perkembangan ekonomi, politik, pendidikan,
keagamaan dan sosial boleh dilakukan selama 24 jam tanpa batas. Justeru, tidak hairan jika
media baru ini telah dimanipulasikan sebagai medium dakwah oleh pelbagai agama seperti
Yahudi, Kristian, Hindu, Budha dan Islam (Bunt, 2003; Graf 2008; Umar & Samsudin, 2010).
Ketika ini,media baru ini dijadikan tempat untuk peropaganda agama serta mengembangkan
sesuatu agama itu sendiri. Sarjana islam juga bimbang dengan perkembangan yang terdapat pada
hari ini akibat dari penggunaan media baru ini.hal ini kerana medium dakwah berhadapan
dengan perubahan ruang dan masa serta menimbulkan beberapa nilai baru yang muncul
dikalangan massyarakat. Media baru ini mempunyai pelbagai keburukan didalamnya apabila
S223006 SCCA 1013 PENGANTARKOMUNIKASI

digunakan.maklumat yang diperolehi segelintirnya tidak tepat dan tidak tahu akan kesahihan
maklumat yag diperolehi.

Media baru dari perspektif islam adalah merupakan satu pemudah cara,keberadaan teknologi
maklumat menjadikan setiap dakwah yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan cepat
dan pantas selain dakwah yang ingin disampaikan dapat diluaskan ke seluruh dunia kerana ianya
berisfat global.(Muhamad Asyraf, Khairul Azhar dan Rushdi, 2013).media baru tidak dapat di
sangkal lagi keberkesanannya dalam menyampaikan sesuatu dakwah kerana memainkan
peranan penting dalam penyebaran maklumat. Kejayaan media Islam bergantung kepada usaha
sejauh mana pengamalnya menguasai medium penyebaran maklumat pada
zamannya.penggunaan media baru adalah untuk memenuhi tuntutan terhadap konsep al-hikmah
dalam dakwah. Jalinan dakwah dan maklumat agama berkemungkinan tidak sampai kepada
masyarakat Islam pada hari ini sekiranya penggunaan alat untuk berdakwah melalui media
tulisan tidak dipraktikkan pada peringkat awal Islam. Dari perspektif Islam, dakwah boleh
dilakukan dengan apa cara sahaja mengikut pembudayaan setempat selagi tidak bertentangan
dengan agama (Mohd. Amirul Akhbar, 2011).oleh yang demikian kewujudan media baru adalah
tidak melanggar dan tidak sama sekali bertentangan dengan agama islam. Media baru juga boleh
dijadikan sebagai medium pembelajaran agama dalam pembelajaran dan pelu dibincangkan
dengan lebih serius.

Media baru sebagai alat menyebarkan maklumat pada masakini dilihat begitu berbeza dengan
medium pembelajaran agama.hal ini kerana terbapat banyak isu yang timbul,sebagai contoh
kaedah pengajaran dan pembelajaran Islam sebelum ini secara berkesinambungan telah
dilakukan mengikut tradisi yang penuh dengan nilai-nilai agama.antara lain selain mencabar
konsep mutawatir, ruang internet yang terbuka dan bebas sehingga boleh menjadikan semua
penjelasan agama begitu mudah didapati menyebabkan berlakunya penumpukan maklumat
agama secara berlebihan yang membawa kepada masalah kebanjiran maklumat. selain itu, isu
yang timbul keperluan terhadap media baru sebagai tempat pembelajaran agama juga menuntut
kepada integriti dan lokus kawalan yang tinggi.antara lainIslam adalah agama yang
mementingkan adab berguru antara guru dan murid. Pengajaran dan pembelajaran Islam
meletakkan masalah kepercayaan dan keyakinan diri terhadap Allah swt. sebagai pokok
S223006 SCCA 1013 PENGANTARKOMUNIKASI

utama,isu lain yang berkaitan dengan penggunaan media baru sebagai tempat pembelajaran
agama adalah masalah pengguna itu sendiri terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

Ulasan Dan Kriktikal

Dalam isu ini saya berpendapat penggunaan media baru sebagai medium pembelajaran agama
dan penyelesaian dari perspektif islam adalah satu usaha yang baik disamping mampu
menyampaikan dakwah dan maklumat dengan cepat dan berkesan.walau bagaimanapun terdapat
banyak kekurangan serta permasalahan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan memerlukan
kajian yang lebih mendalam sebelum menggunakan media baru sebagai alat untuk
menyampaikan dakwah dan maklumat.sekiranya media baru digunakan untuk pembelajaran
tanpa penyelidikan yang baik akan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna ataupun
masyarakat.secara umumnya Internet adalah wadah kepada media sosial yang bersifat
serampang dua mata dengan gabungan unsur kebaikan dan keburukan (Rahmat, 2010). Justeru,
pengguna harus sedar apa yang dimaksudkan dengan media adalah alat untuk menyampaikan
perkhabaran.

Penutup

Berdasarkan ulasan dan kritikal yang dibuat menunjukkan media baru adalah satu platform yang
bagus untuk digunkan untuk menyampaikan dakwah serta menyampaikan maklumat yang tepat
kepada pengguna.bagi pengguna islam cabaran media baru sebagai medium
pembelajaran agama dilihat agak kritikal berdasarkan keadaan semasa. Walau
bagaimanapun isu dan penyelesaian sebagaimana yang dinyatakan dalam tulisan
ini boleh dijadikan panduan asas bagi pengguna yang memilih media baru sebagai
wadah pembelajaran agama. Oleh kerana sumbangan internet sebagai wahana
penting berdasarkan keperluan semasa untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan
mampu menjadi senjata dakwah yang kuat maka internet dilihat releven dengan
konteks dakwah semasa. Internet adalah media yang tidak dapat dinafikan menjadi
alat untuk menyampaikan perkhabaran, isi dan pemikiran kepada
sasaran.penggunaan kaedah lama seperti adab berguru dan sebagainya
menyebabkan masyarakat Islam ketinggalan dalam mengaktualisasikan maklumat
semasa dan terpinggir dari arus perdana keagamaan.

Anda mungkin juga menyukai