Anda di halaman 1dari 4

Masa cue Ann

Guru pelatih
mengambil
tempat
Assalamualaikum W.B.T. Perhatian kepada warga dewan, anda
diminta bertenang dan bersedia kerana majlis akan dimulakan
sebentar lagi.
Sebaik sahaja
tetamu masuk
ke dalam
dewan
Mengumumkan,ketibaan:

1. Puan Hajah Noor Hayatee Binti Md Noor, Pengarah Institut
Pedidikan Guru kampus Perempuan Melayu

Diiringi

Bismillah...
Assalamualaikum w.bt dan salam satu Malaysia,

Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu


1) Yang berbahagia, Pn Hajah nor Hayatie bt Md Noor, pengarah
Ipg Kampus Perempuan Melayu, Melaka
2) Yang Berusaha, Dr. Yazid Bin Mohd Kasim, Ketua Jabatan
Pengajian Melayu
3) Yang Dihormati, Munsyi Sarimah binti Ahmad, Pensyarah
Pembimbing Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Melayu berbantukan komputer
4) Yang Dihormati Saudari Marinah binti mahmud, Pengerusi
Seminar dan Pameran Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
melayu Berbantukan komputer
5) Yang Dihormati para pensyarah, para tetamu seterusnya gur
upelatih sekalian

Selamat Datang ke majlis perasmian Seminar dan Pameran Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa melayu Berbantukan komputer

Hadirin yang dihormati,
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya, kita diberi
kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan majlis pada pagi ini.

Seminar dan Pameran Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa melayu
Berbantukan komputer ini bertujuan untuk memeberikan pendedahan
kepada guru pelatih mengenaii pelbagai bahan bantu mengajar
berbantukan computer dengan menggunakan teknik dan kaedah serta
perisian yang sesuai untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Majlis sekali lagi mengucapkan selamat datang kepada Puan Hajah Noor
Hayati dan para tetamu ke majlis perasmian Seminar dan Pameran
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa melayu Berbantukan komputer

Bacaan Doa Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama
menadah tangan, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmatNya.

Bagi mencapai maksud tersebut, majlis dengan hormatnya
mempersilakan___________________________________ untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.



Terima kasih diucapkan kepada ________________________atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan wakil
pelajar
Sidang hadiri sekalian,

Sebagai tirai pembuka bicara, majlis mempersilakan Saudari Nur Syuhada
binti Abu Bakar, wakil pelajar PISMP Pengajian Melayu Januari 2011
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar
tadi.

Ucapan
Pensyarah
Bagi meneruskan lagi persada ucapan, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Munsyi Sarimah binti Ahmad, Pensyarah
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Mekayu Berbantukan
Komputer untuk memberikan ucapan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Ucapan
Perasmian
Sidang hadirin,
Songket tenunan warisan tradisi,
Indah sulaman halus berseni;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Untuk menyempurnakan majlis pada hari ini, dipersilakan Pn Hajah
nor Hayatie bt Md Noor, pengarah Ipg Kampus Perempuan Melayu,
Melaka bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Seminar dan Pameran Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa melayu
Berbantukan komputer. Majlis dengan penuh rasa takzimnya
mempersilakan
Majlis merakamakan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Noor
Hayatie atas ucapan beliau sebentar tadi.
Sidang hadirin,
Kalau bercerita ada si panglipur laranya,
Kalau menari ada rentaknya,
Kalau menyanyi ada iramanya,
Kalau perasmian ada simboliknya.

Bagi mencapai maksud tersebut, majlis sekali lagi mempersilakan
Puan Hajah Noor Hayatie dengan diiringi Saudari marinah binti
mahmud untuk tampil ke hadapan bagi menyempurnakan simbolik
perasmian Seminar dan Pameran Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
melayu Berbantukan komputer. Majlis mepersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Noor
Hayatie atas kesudian menyempurkanakn simbolik perasmian
sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian cenderahati.
Dengan itu majlis mempersilakan Saudari Marinah binti mahmud
untuk menyampaikan cenderahhati.

Majlis mempersilakan Munsyi Sarimah binti Ahmmad, pensyarah
Pengajaran dan pemebelajaran Bahasa melayu berbantukan
Komputer untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Marinah.
Seterusnya majlis mempersilakan Munsyi Sarimah binti Ahmad
untuk menyampaiakn cenderahati kepada perasmi kita pada hari
ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah Noor
Hayatie binti Md noor untuk mnerima cenderahati atas kesudian
hadir merasmikan majlis pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Munsyi Sarimah binti Ahmad atas
kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Kalau memanjat sudah sampai ke puncak
Kalau menurun sudah sampai ke lembah

Kalau terjun sudah sampai ke tanah
Kalau berenang sudah sampai ke pantai

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah
sudah majlis perasmian kita pada hari ini. Majlis mengalungkan sejuta
penghargaan kepada semua yang telah terlibat secara langsung
mahupun tidak sepanjang penganjuran majlis ini. Dikesempatan ini juga,
saya mewakili pihak penganjur memohan maaf kepada semua hadirin
sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Kami budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Kita akhiri majlis
kita dengan Surah Al-asr dan tasbih kafarah.

Sekian, Assalamualaikum.

Dipersilakan Para tetamu untuk
menikmati sedikit jamuan yang disediakan di bilik Mikro B.

Mengukmumkan Para tetamu meninggalkan persada majlis.

Anda mungkin juga menyukai