Anda di halaman 1dari 42

SAINS SUKAN spm

BIDANG DUA

CIKGU SITI
BATU PAHAT
JOHOR
HURAIAN DSKP
Pengenalan sistem tenaga
 Tenaga – kebolehan membuat kerja
- tidak boleh dicipta dan dimusnahkan tetapi boleh bertukar bentuk

Tenaga = Kuasa
Masa

Makanan yang dimakan membebaskan tenaga kimia yang menghasilkan daya untuk
melakukan kerja
Kerja = daya X jarak

Kuasa ialah kadar tenaga yang digunakan dalam satu jangkamasa

Kuasa = Tenaga
Masa

 Unit tenaga – kalori (kcal/c) dan ia adalah ukuran untuk haba


 1 kcal/c adalah jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 liter air
 Tidak semua tenaga yang terbebas daripada makanan digunakan untuk melakukan
kerja (sebahagian besar dibebaskan dalam bentuk haba)
 1 gm karbohidrat bebaskan sebanyak 4 kcal/c
 1 gm lemak bebaskan sebanyak 9 kcal/c
 1 gm protin bebaskan tenaga sebanyak 4 kcal/c
SIMPANAN TENAGA DALAM BADAN

Makanan adalah gabungan karboh, hidrogen, oksigen dan nitrogen.


Tenaga dalam ikatan molekul makanan dibebaskan di dalam sel dan
kemudiannya disimpan dalam bentuk ATP
Tenaga dihasilkan semasa pemecahan makanan yang menghasilkan
Adenosina trifosfat (ATP) .
ATP merupakan sumber tenaga bagi sel otot untuk menjana penguncupan/
pergerakan.
Satu molekul ATP mengandungi adenosina dan tiga kumpulan fosfat bukan
organik
Proses pembebasan tenaga melibatkan penguraian ATP yang berlaku secara
hidrolisis.
Tenaga yang terhasil semasa pemecahan ATP merupakan tenaga serta merta
yang digunakan oleh sel-sel otot untuk bekerja.
ATP yang tersimpan dalam otot amat sedikit dan terhad dan akan kehabisan
dalam masa 3 saat kecuali dibina semula.
SIMPANAN TENAGA DALAM BADAN

• 60 % hingga 70 % tenaga yang ada di dalam tubuh badan


manusia digunakan untuk kegunaan fungsi biologi umum

• 30 % hingga 40 % lagi tenaga digunakan untuk kegunaan


aktiviti sel dan fungsi mekanikal pergerakan anggota tubuh
badan.

• Bagi memenuhi keperluan tenaga semasa melakukan aktiviti,


badan akan bertindak balas secara kimia memproses
penghasilan tenaga yang baharu bergantung pada
keperluan.
Anaerobik
laktik

Anaerobik Aerobik
Alaktik

SISTEM
TENAGA
Sistem Anaerobik Alaktik
 Dikenali juga sebagai sistem ATP-PC (adenosin trifosfat – fosfokreatin)
 Sistem yang paling ringkas dalam konteks penggunaan dan penjanaan
ATP
 Penghasilan tenaga tanpa menggunakan oksigen
 Pembebasan tenaga berlaku secara anaerobik – penghuraian ATP
menjadi adenosin disfosfat (ADP)
 ADP terhasil daripada pemecahan tindak balas kimia yang bergabung
dengan fosfat yang baharu untuk menghasilkan ATP semula.
 Bagi aktiviti bercorak eksplosif dan balistik seperti larian pecut 100
meter, 200 meter, aksi merejam lembing, lempar cakra,lompat jauh,
rejaman bola tampar, angkat berat
 Menggunakan ATP yang disimpan dalam tisu otot rangka sahaja
 Dalam bentuk sedia ada dan sangat terhad.
 Anggaran masa hingga 10 saat sahaja
Sistem Anaerobik Laktik
 Dikenali juga sebagai sistem glikolitik atau sistem glikolisis anaerobik
 Penjanaan ATP daripada sumber glikogen yang disimpan dalam otot dan
hati.
 Tidak memerlukan kehadiran oksigen dalam penghasilan tenaga
 Bagi aktiviti bercorak eksplosif yang berlanjutan melebihi 10 saat seperti
larian 400 meter, rali panjang dalam sukan tenis.
 Penghasilan ATP melibatkan pemecahan glikogen kepada glukosa menerusi
proses glikolisis.
 Hasil sampingan proses glikolisis ialah pembentukan asid piruvik yang
menghasilkan asid laktik yang menjejaskan penguncupan otot.
 Anggaran masa hingga 1 hingga 3 minit
ATP Tenaga untuk penguncupan + ADP

ATP + Glikogen ATP + Asid Piruvik

Dengan oksigen Tanpa oksigen

Karbon dioksida + Air Asid Laktik


Sistem Aerobik
 Dikenali juga sebagai sistem oksigen atau sistem oksidatif
 Mampu menjana ATP jumlah ATP yang paling banyak
 Bagi aktiviti yang berteraskan daya tahan kardiovaskular seperti
marathon, berenang jarak
jauh, berbasikal jarak jauh
 Penjanaan ATP berlaku di motokondria secara aerobik.
 Tiga Proses kimia yang menghasilkan ATP:
-Proses Glikolisis
-Kitaran Krebs
-Rantaian Pengangkutan Elektron

 Dalam glikolisis aerobik, asid piruvik ditukar menjadi asetil koenzim A


(asetil KoA).
 Kehadiran oksigen akan menukarkan asid piruvik menjadi asetil KoA.
 Proses penguraian glikogen untuk membina lebih banyak ATP berlaku
secara berterusan dengan adanya tindak balas asetil KoA menerusi
sistem tenaga aerobik.
 Penghasilan tenaga banyak dan tidak terhad
PROSES PENGHASILAN SISTEM TENAGA AEROBIK

Sumber Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4


CIRI-CIRI UMUM SISTEM TENAGA
PERBEZAAN SISTEM TENAGA
Sistem Anaerobik Alaktik Sistem Asid Laktik/ Anaerobik Sistem Oksigen/ Aerobik /
(ATP-PC) /Sistem Fosfagen/ Laktik/ glikolitik Sistem Oksidatif
Sistem Kreatin Fosfat/
Sistem Fosfat
Sistem Anaerobik Sistem Anaerobik Sistem Aerobik
Sangat pantas dominan cepat Perlahan
lagi aktiviti eksplosif dan Penghasilan ATP – pemecahan Hasil dari pembakaran
balastik glikogen melalui proses glikolisis glikogen, lemak dan protein
Bahan kimia pembakaran Penghasilan ATP terhad Penghasilan ATP tanpa had
pc Hasil sampingan asid laktik Hasil sampingan tidak
menyebabkan kelesuan melesukan
Penghasilan ATP sangat
Aktiviti dalam jangkamasa 1 Memakan jangka masa
terhad yang lama
hingga 3 minit
Simpanan ATP dalam otot Aktiviti berteraskan daya
rangka sahaja tahan kardiovaskular seperi
Aktiviti dalam jangkamasa marathon, larian 5000 meter,
yang sangat singkat (0 hingga berbasikal jarak jauh dan
10 saat) berenang jarak jauh
Aktiviti berintensiti tinggi
SUMBER TENAGA

PENGGUNAAN SISTEM TENAGA DALAM ACARA SUKAN


Sistem Anaerobik Alaktik Sistem Asid Laktik/ Anaerobik Sistem Oksigen/ Aerobik
(ATP-PC) Laktik/ glikolitik

 Sumber tenaga - Sumber tenaga -Karbohidrat Sumber tenaga –


Fosfokreatin (PC) yang yang disimpan Asetil koenzim terbentuk
tersimpan di dalam sel otot sebagai glikogen dan hasil daripada pemecahan
dalam kuantiti sedikit. glukosa dalam sel-sel otot glikogen, glukosa dan asid
dan hati lemak
Glukosa terhasil dari
pencernaan karbohidrat
atau glikogen dalam otot
rangka dan hepar (hati)
Lemak tersimpan ditisu
adipos disekeliling organ
(lemak viseral) dan di dalam
otot.
Protein – Hanya dalam
keadaan melampau seperti
kebuluran atau acara
ketahanan yang amat tinggi
PENGGUNAAN SISTEM TENAGA DALAM ACARA SUKAN
PENGHASILAN TENAGA
Sistem Anaerobik Alaktik Sistem Asid Laktik/ Anaerobik Sistem Oksigen/ Aerobik
(ATP-PC) Laktik/ glikolitik

 Diaktifkan pada awal  Aktif pada awal aktiviti  Aktif pada permulaan aktiviti
aktiviti berintensiti tinggi. intensiti yang tinggi. berintensiti tinggi.
 Menjana tenaga  Penghasilan ATP itu  Tenaga untuk penghasilan ATP
utama dalam tempoh berkurangan kira-kira 30 semasa melakukan aktiviti
lima saat pertama hingga 75 saat. berintensiti submaksimum dalam
aktiviti eksplosif dan  Menjadi pengeluar utama tempoh yang melebihi 1 hingga 2
berintensiti tinggi, tenaga dalam penghasilan minit.
 kapasitinya habis selepas ATP semasa melakukan  Dalam melakukan aktiviti maksimum
0 hingga 10 saat aktiviti aktiviti berulang dalam selama 75 saat, tenaga yang sama
berintensiti maksimum tempoh yang singkat. dapat bertahan iaitu yang berasal
dijalankan  Faktor yang menganggu daripada sistem aerobik dan
 Faktor yang menganggu penghasilan tenaga – Asid anaerobik.
penghasilan tenaga – laktik dan ion hidrogen yang  Pembekal utama tenaga untuk
Pengurangan simpanan terkumpul penghasilan ATP apabila rehat dan
fosfokreatin semasa aktiviti submaksimum.
 Faktor yang menganggu penghasilan
tenaga – Asid laktik dan ion hidrogen
yang terkumpul
 Pengurangan simpanan glukosa dan
glikogen
 Terlalu panas (hipertermia)
PENYESUAIAN SISTEM TENAGA
DALAM ACARA SUKAN

PENGGUNAAN SISTEM TENAGA DALAM ACARA SUKAN


Sistem Anaerobik Alaktik Sistem Asid Laktik/ Anaerobik Sistem Oksigen/ Aerobik
(ATP-PC) Laktik/ glikolitik

 Acara lari pecut (100 meter, Acara larian 1500 meter dan Acara 300 meter, 5000 meter
200 meter, 110 meter lari larian yang mengambil masa marathon
berpagar, 100 meter lari melebihi 1 hingga 3 minit
perpagar Berenang jarak jauh
cepat
Lempar cakera Acara berbasikal jarak jauh
Aktiviti dalam jangkamasa 1
Lompat jauh hingga 3 minit Memakan jangka masa yang
lama
Rejam lembing
Aktiviti berteraskan daya
Lompat kijang tahan kardiovaskular seperi
Aktiviti dalam jangkamasa marathon, larian 5000 meter,
yang sangat singkat (0 hingga berbasikal jarak jauh dan
10 saat) berenang jarak jauh
Aktiviti berintensiti tinggi
PENGGUNAAN SISTEM TENAGA
ANAEROBIK ALAKTIK

 Tenaga dominan untuk setiap aktiviti fizikal ditentukan oleh ciri-ciri kemahiran
motor yang terlibat, tempoh jangka masa sesuatu aktiviti dan intensiti aktiviti itu
dilaksanakan.
 Bagi acara sukan yang eksplosif dan berlaku dalam masa yang sangat singkat
iaitu 10 saat pertama dalam acara larian 100 meter, 200 meter, lompat jauh,
lempar cakera dan rejam lembing,
 Begitu juga dalam aksi sukan yang pantas seperti tendangan penalti dalam bola
sepak, smash dalam permainan bola tampar dan badminton
PENGGUNAAN SISTEM TENAGA
ANAEROBIK LAKTIK

 Tenaga dominan untuk setiap aktiviti fizikal ditentukan oleh ciri-ciri


kemahiran motor yang terlibat, tempoh jangka masa sesuatu aktiviti dan
intensiti aktiviti itu dilaksanakan.
 Bagi acara sukan jarak sederhana , contohnya acara larian 1500 meter, dalam
jangkamasa 1 hingga 3 minit, atlet akan menggunakan sistem anaerobik laktik.
 Begitu juga dalam aksi sukan yang berlaku secara berpanjangan seperti relay
dalam acara badminton yang mengambil masa melebihi satu hingga 3 minit
sistem anaerobik juga digunakan
PENGGUNAAN SISTEM TENAGA AEROBIK

 Tenaga dominan untuk setiap aktiviti fizikal ditentukan oleh ciri-ciri kemahiran
motor yang terlibat, tempoh jangka masa sesuatu aktiviti dan intensiti aktiviti itu
dilaksanakan.
 Bagi acara sukan yang berintensiti rendah dan berlaku dalam masa lama seperti
acara larian 5000 meter, marathon, jalan kaki 10 km dan sebagainya, sistem
tenaga dominan yang digunakan adalah sistem tenaga aerobik.
 Bagaimanapun, ianya berlaku menurut urutan.
 Contohnya dalam acara marathon, 10 saat pertama, atlet menggunakan sistem
tenaga anaerobik alaktik sekiranya atlet tersebut memulakan larian secara pecut.
Selepas 10 saat hingga 1 minit, berlaku perubahan sistem tenaga anaerobik
alaktik kepada sistem tenaga anaerobik lakitik. Jangkamasa antara 1 minit
hingga 2 minit, sistem tenaga yang digunakan adalah sistem tenaga anaerobik
laktik. 2 minit hingga 3 minit, perubahan sistem tenaga berlaku. 3 minit dan
seterusnya, atlet menggunakan sistem tenaga aerobik. Walaubagaimanapun,
jenis penggunaan sistem tenaga ini bergantung kepada corak atau rentak larian
atlet.
Penglibatan sumber utama tenaga
dalam aktiviti sukan.
ADAPTASI SISTEM TUBUH MANUSIA TERHADAP LATIHAN

 Prestasi dalam sukan bergantung pada program latihan


yang dijalankan secara sistematik dan berterusan. Atlet
perlu menyediakan diri dari segi fizikal, psikologikal,
fisiologikal dan tektikal untuk mencapai prestasi yang tinggi
dalam sukan yang diceburinya.
 Program latihan yang sistematik dan berterusan perlui dilalui
oleh setiap atlet bagi membolehkan berlakunya adaptasi
sistem tubuh manusia terhadap latihan fizikal yang
dilakukan.
 Sistem-sistem tubuh badan seperti sistem kardiovaskular,
sistem otot, sistem respiratori, sistem saraf dan sistem
endokrina akan menerima adaptasi daripada program
latihan.
 Latihan yang dilaksanakan melalui perancangan yang baik, metodologi yang betul
dan kesan latihan yang maksimum dapat membantu atlet mencapai prestasi tinggi .
Prestasi ini dapat dicapai apabila fisiologi atlet dapat beradaptasi dengan latihan yang
dijalani.
 Bompa dan Haff, (2009), mencadangkan supaya peningkatan kesan latihan boleh
dipantau dan dinilai melalui persamaan berikut :

 Persamaan pertama:
Stimulus (beban latihan) maksimum Adaptasi Prestasi meningkat
Jika tahap beban latihan ditingkatkan secara progresif maka adaptasi berlaku dan
prestasi meningkat.

Persamaan kedua:
Stimulus (beban latihan) kecil (beban latihan) mendatar kurang peningkatan
prestasi
Jika tahap beban latihan sama pada setiap peringkat, adaptasi akan berlaku
diperingkat awal latihan dan seterusnya mendatar tanpa peningkatan prestasi
berlaku.

 Persamaan ketiga:
Stimulus (beban latihan) terlalu besar Maladaptasi prestasi menurun
Jika beban latihan besar atau berlebihan pada setiap peringkat, badan tidak dapat
mengatasi stress stimulus kerja maka maladaptasi berlaku dan seterusnya prestasi
akan menurun atau merosot.
Sistem Adaptasi terhadap kesan latihan

Kardiovaskular Peningkatan terhadap kadar denyutan jantung


Semasa melakukan aktiviti fizikal, sel-sel tisu badan atlet memerlukan
lebih banyak oksigen untuk melakukan pergerakan. Permintaan
oksigen dalam otot akan meningkat dengan cepat dalam sistem
kardiovaskular. Kesannya berlaku peningkatan terhadap kadar
denyutan jantung bagi memenuhi keperluan oksigen atlet. Jenis
latihan memberi kesan yang berbeza terhadap sistem kardiovaskular.
- Terdapat perbezaan antara atlet daya tahan (marathon, acara jarak
jauh) dengan atlet acara lainnya. Atlet jarak jauh mempunyai kaviti
ventrikel yang lebih besar.
- Dari segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlet daya tahan
mempunyai ketebalan dinding ventrikel yang lebih. Hal ini kerana
aktiviti-aktiviti yang berbentuk eksplosif dalam latihan yang mereka
lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada masa-masa
tertentu. Oleh itu gerakbalas penyesuaian kardiak ialah melalui
penebalan dinding ventrikel
- Latihan berintensiti tinggi (high intensity endurance exercise) akan
merespon keluaran jantung secara maksimum .
Sistem Adaptasi terhadap kesan latihan
Kardiovaskular Isipadu stroke meningkat
 Peningkatan isipadu stroke disebabkan oleh peningkatan penguncupan otot-otot
myokardium akibat latihan
 Isipadu stroke adalah jumlah darah yang dikeluarkan melalui satu denyutan
jantung
 Apabila kaviti ventrikel bertambah, jumlah darah yang dapat dipamkan
kedalamnya juga meningkat sertajumlah darah yang dipamkan keluar dari venrtikel
juga akan meningkat

Peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP


• Peningkatan aktiviti jantung bereti peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP
dalam otot jantung
• Apabila bekalan ATP meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung juga
meningkat.

Pengurangan kadar nadi rehat


• Latihan fizikal yang tekal dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan atlet
mengalami pengurangan kadar nadi rehat
• Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan seseorang itu lebih cergas
berbanding seseorang yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi

Kelikatan darah meningkat


Darah yang dipam mengandungi kandungan oksigen yang tinggi dan bergabung
dengan hemoglobin di dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin.
Kadar kelikatan darah yang meningkat menyebabkan tekanan darah semakin tinggi.
Sistem Adaptasi terhadap kesan latihan
Peningkatan densiti salur darah

• Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran


darah ke otot-otot meningkat
• Peningkatan densiti salur darah yang ketara berlaku di otot kardiak
dan otot-otot rangka.
Sistem Otot
Peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP dalam otot

• Peningkatan aktiviti fizikal badan bereti peningkatan peningkatan


penggunaan dan penghasilan ATP dalam otot –otot rangka.
• Apabila aktviti meningkat, penggunaan ATP juga meningkat dan ini
akan menjadikan sistem tenaga akan terus menghasilkan ATP bagi
memenuhi segala fungsi sistem otot.
• Karbohidarat, protin dan lemak merupakan sumber utama untuk
menghasilkan tenaga dalam sistem otot.

Peningkatan Kekuatan dan Daya Tahan Otot


 Peningkatan kekuatan otot dapat dicapai dengan latihan
 Setiap jenis latihan merupakan rangsangan yang akan
menghasilkan suatu bentuk adaptasi otot
Sistem Adaptasi terhadap kesan latihan

• Adaptasi fisiologi latihan daya tahan otot


membolehkan peningkatan kuantiti myoglobin di
dalam tisu otot rangka
• Peningkatan bekalan oksigen kepada mitokondria akan
Sistem Otot menjana lebih banyak tenaga
• Peningkatan saiz dan kuantiti mitokondria
menyebabkan lebih banyak tenaga dapat dijana dan
otot-otot berupaya bekerja dalam tempoh masa yang
lama
• Peningkatan jumlah oksigen di dalam otot dapat
menyingkirkan asid laktik yang menyebabkan kelesuan
otot .Dengan ini otot berupaya bekerja dalam tempoh
masa yang lama tanpa berasa cepat lesu
Sistem Adaptasi terhadap kesan latihan

 Latihan fizikal memberikan adaptasi kepada rantaian sistem saraf badan


dan sistem saraf pusat dan kemudiannya kepada sistem otot fiber.
 Peningkatan kekuatan otot, awalnya disebabkan oleh peningkatan
kawalan sistem saraf motor seperti penyelarasan pergerakan motor unit,
penurunan penghambatan autogen organ (golgi tendon) ,kontraktiviti
Sistem Saraf otot agonis dan antagonis serta frekuensi impuls motor yang menuju
motor unit .
1. Peningkatan isipadu darah ke otot
Kesan peningkatan isipadu darah ke otot menyebabkan vasodilation iaitu
pembesaran pembuluh darah agar darah yang kaya oksigen dapat
dihantar segera ke sel tisu organ bagi tujuan badan melakukan aktiviti
fizikal.
2. Pengurangan penghantaran darah ke sistem lain
Vasoconstriction menyebabkan penyempitan pembuluh darah di mana ia
mengurangkan aliran darah ke sesuatu bahagian badan yang lain untuk
memberi keutamaan aliran darah ke otot.
3. Merangsang stimulasi untuk berpeluh semasa latihan jangka masa
panjang
Situasi badan mengeluarkan cecair (peluh) adalah bertujuan untuk
menyejukkan badan dalam usaha mengawal suhu badan akibat
pemanasan kesan latihan
Sistem Adaptasi terhadap kesan latihan

Aktiviti latihan merangsang pernafasan yang dalam dan menyebabkan


paru-paru berkembang. Hal ini membolehkan lebih banyak oksigen masuk
dan disalurkan ke dalam darah manakala karbon dioksida lebih banyak
dikeluarkan.
Apabila seseorang mempunyai volume oksigen yang lebih banyak maka
Sistem peredaran darahnya lebih baik, sehingga otot-otot mendapatkan oksigen
Pernafasan lebih banyak dan dapat melakukan berbagai aktiviti tanpa rasa letih.

Aktiviti latihan dapat merubah adaptasi sistem pernafasan seperti:


1. Penggunaan oksigen meningkat dengan lebih banyak kerana otot yang
aktif mengoksidasi molekul nutrien lebih cepat untuk memenuhi
peningkatan yang diperlukan untuk mendapatkan tenaga.
2. Pengeluaran karbon dioksida meningkat kerana otot yang lebih aktif
melakukan metabolismedan mengeluarkan lebih banyak karbon
dioksida
3. Ventilasi alveolus juga meningkat.
4. Penyaluran oksigen ke otot meningkat.
5. Pengurangan karbon dioksida dari otot meningkat
6. Frekuensi pernafasan juga meningkat
Sistem Adaptasi terhadap kesan latihan
• Hormon memainkan peranan yang penting dalam adaptasi latihan kerana
melibatkan proses hemostatis bagi membolehkannya berfungsi dengan
lebih efisien.
• Anabolik hormon seperti testosterone, insulin dan hormon tumbesan
(growth hormone) mempengaruhi dalam perkembangan otot, tulang dan
connective-tissue. .
Sistem • sistem endokrin memainkan peranan penting untuk mengekal dan
Endokrin meningkatkan pretasi seorang pelari jarak jauh seperti acara marathon
dan merentas desa.Dalam acara lari jarak jauh atlet menggunakan tenaga
aerobik
• Sistem endokrin melalui pengawalan hormon akan membantu dalam
proses pemecahan asid lemak kepada glukos untuk digunakan semasa
aktiviti latihan yang berpanjangan
• Sistem endokrin juga akan memastikan keseimbangan cecair dana
elektolit dalam badan semasa aktiviti untuk membantu atlet melakukan
aktiviti dalam keadaan yang lebih baik
• Semasa latihan, hormon epinephine dikeluarkan. Epinephine akan
meningkatkan gerakbalas jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi.
Latihan yang lama akan menyebabkan kepekaan tisu kardiak terhadap
epinephine menurun dan fenomena ini akan memberi kesan penurunan
kadar nadi rehat kepada atlit yang menjalani latihan
ADAPTASI DARIPADA KESAN LATIHAN

Selepas seseorang mengikuti program kecergasan, keupayaan sistem


kardiovaskular seseorang akan mencapai satu tahap yang lebih baik daripada
sebelumnya. Antara kesan fisiologi :
(a) Penambahan berat dan isi padu jantung;
(b) Penambahan isi kandungan hemoglobin;
(c) Penurunan kadar nadi rehat;
(d) Penambahan isi padu strok;
(e) Meningkatkan fungsi pulmonari;
(f) Peningkatan dalam keupayaan resapan oksigen ke dalam darah;
(g) Penurunan tekanan darah (sistolik dan distolik semasa rehat dan
senaman)
(h) Peningkatan VO2 max (pengambilan oksigen pada tahap maksimum).
KESAN LATIHAN TERHADAP KEEFISIENAN TUBUH

 latihan sederhana dapat meningkatkan HDL atau lipoprotein


berketumpatan tinggi (high-density lipoprotein) yang bertindak sebagai
lawan kepada LDL atau lipoprotein berketumpatan rendah(low-density
lipoprotein) .
 Latihan dapat menurunkan tekanan darah tinggi, di samping dapat
menambahkan kapasiti koronori arteri jantung dan membina kapilari dan
arteriol yang baru.
 Pertambahan jumlah pengaliran darah ke otot dan penurunan kadar
denyutan jantung semasa rehat
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ADAPTASI TUBUH TERHADAP
LATIHAN

Prinsip FITT Jantina


Frekuensi (kekerapan latihan) Perbezaan jantina mempengaruhi
Intensiti (kekuatan bebanan) latihan tahap adaptasi tubuh terhadap
Time (masa) latihan dari sudut ketahanan,
Type (jenis latihan) kelenturan, penghasilan asid laktik,
kekuatan dan keperluan makanan

Ciri Genetik
Faktor Persekitaran
Endomorf (Sumo, judo, lontar peluru)
Cuaca (terlalu panas, terlalu sejuk,
Mesomorf (acara lari pecut, renang) hujan, berjerebu),
Ektomorf (lompat jauh, lompat kijang) Tempat latihan ( tempat tinggi/
altitude)

Tahap kecergasan yang tinggi


Umur
Tahap kecergasan seseorang atlet
membantu mempercepatkan adaptasi Umur yang paling sesuai untuk
tubuh atlet tersebut terhadap latihan meningkatkan potensi diri dalam
yang dijalani sukan adalah antara 12 hingga 18
tahun.
PRINSIP FITTS

F (Frequency) Frekuensi Aktiviti fizikal yang dilakukan hendaklah dijadikan sebagai rutin dalam
(kekerapan) kehidupan. Bagi atlet berprestasi tinggi, kekerapan latihan akan
latihan menjamin peningkatan kecergasan fizikal. Sebagai contoh, dalam
seminggu jumlah kekerapan sesi latihan boleh dicapai 11 hingga 12 sesi.
I (Intensity) Intensiti Tahap bebanan latihan ditentukan melalui engiraan kadar denyutan
(kekuatan jantung semasa melakukan aktiviti fizikal. Sebagai contoh, latihan yang
bebanan) mempunyai intensiti latihan yang rendah perlu dilakukan dalam jangka
latihan masa yang panjang, manakala latihan yang mempunyai intensiti yang
berdasarkan tinggi pula perlu dilakukan dalam jangka masa yang pendek bagi
prinsip lebih mendapatkan
beban kesan latihan yang optimum. Petunjuk yang paling baik dalam
menentukan intensiti latihan ialah apabila kadar nadi latihan (KNL) atlet
mencapai tahap submaksimum 70% hingga 80%.
T (Time) Masa Disarankan melakukan aktiviti latihan fizikal melebihi 20 minit
hingga 30 minit setiap sesi. Jangka masa ini membolehkan
tubuh badan menggunakan tenaga melalui pembakaran lemak.
T (Type) Jenis latihan Jenis latihan yang variasi diaplikasi bagi meningkatkan semua
komponen kecergasan fizikal dan mengelakkan kebosanan.
Antara jenis latihan yang dapat diaplikasi adalah seperti
berjoging, berjalan kaki, berbasikal, berenang, latihan litar,
latihan fartlek, latihan bebanan, latihan jarak jauh perlahan
(LSD) dan lain-lain.
Ektomorf Mesomorf Endomorf
 Kurus  Kerangka badan bersegi empat  Badan berisi
 Rangka badan yang kecil  Berbadan tegap  Pendek dan gempal
 Berjisim otot tanpa lemak  Kuat secara semula jadi  Saiz otot mudah bertambah
 Kadar metabolisme tinggi  Mudah untuk menambahkan besar
 Bentuk dada yang rata saiz otot  Sangat mudah untuk
 Saiz bahu yang kecil  Mudah menambahkan Lemak menambahkan lemak
 Berdada bidang  Susuh untuk menurunkan berat
Sukan Dominan  Tubuh lebih berotot badan
 Lompat tinggi  Kadar metabolisme yang rendah
 Lompat jauh Sukan Dominan  Saiz bahu yang lebar
 Lompat kijang  Bola sepak  Potensi untuk mengalami
 Lompat bergalah  Larian pecut 100 meter kegemukan
 Berbasikal Sukan Dominan
 Renang  Sumo
• Judo
• Baling tukul besi
• Lontar peluru
Perbezaan jantina juga memberikan perbezaan tahap kecergasan fizikal
Kebiasaannya atlet lelaki mempunyai ciri kekuatan yang lebih tinggi berbanding
atlet wanita

Berupaya melakukan aktiviti  Berupaya melakukan aktiviti bercirikan


bercorak ketahanan dengan bantuan ketahanan kerana mempunyai lapisan
kekuatan otot yang dimiliki dan lemak yang lebih di bawah kulit.
sistem latihan yang sistematik  Tidak banyak mengeluarkan asid laktik
Mudah tercetusnya kandungan asid yang menyebabkan kelesuan. Oleh sebab
laktikdalam otot yang menyebabkan itu, atlet wanita boleh berlatih dalam

Atlet Wanita
Atlet Lelaki

kelesuan otot jangka masa yang lama.


 Tahap kelenturan tidak sebaik atlet  Mempunyai tahap kelenturan yang
gimnastik wanita. tinggi dan memberi peluang yang tinggi
Mempunyai tahap kekuatan yang untuk aktif dalam sukan gimnastik dengan
lebihtinggi berbanding wanita kerana lebih
otot lelaki lebih banyak dan besar efektif.
daripada wanita Kurang kuat berbanding lelaki walaupun
Memerlukan zat besi untuk mempunyai saiz otot yang hampir
membantu sama.Ini kerana, secara semula jadi tubuh
proses pembekalan oksigen kepada wanita mempunyai lebih banyak lemak
otot. Kadar kehilangan zat besi ketara bagi
atlet wanita kerana kitaran haid. Perlu
mengambil vitamin tambahan untuk
membantu proses pembekalan oksigen.
Umur
 Perkembangan fizikal berkadar terus dengan peningkatan umur.
 Semakin meningkatnya umur seseorang, semakin tinggi tahap
perkembangan fizikal.
 Tahap yang paling sesuaiuntuk meningkatkan potensi diri individu
dalam sukan bermula seawal permulaan umur 12 hingga 18 tahun.
 Pada fasa ini, pertumbuhan dan perkembangan potensi sangat
pesat dan adaptasi latihan menjadi sangat cepat kerana
kematangan fisiologi sudah mula berlaku. Potensi atlet amat
ketara dalam peningkatan latihan sukan semasa tahap awal remaja
 Setiap individu mempunyai kesan pengaruh adaptasi yang
berbeza-beza antara satu sama lain.
 Atlet perlu peka dan sensitif terhadap faktor-faktor ini agar
program latihan yang dirancang benar-benar memberi kesan yang
positif terhadap adaptasi tubuh terhadap peninngkatan prestasi.
ADAPTASI SISTEM TUBUH TERHADAP
LATIHAN ANAEROBIK
 Latihan anaerobik merujuk kepada latihan berintensiti tinggi,dengan ransangan senaman
berselang masa seperti latihan bebanan, senaman pliometrik, latihan pecutan, ketangkasan
dan jeda yang menggunakan sistem tenaga anaerobik sebagai sumber tenaga utama.

 Contoh terbaik latihan anaerobik adalah seperti latihan bebanan bagi pembinaan kekuatan
dan latihan pliometrik bagi pembinaan kuasa otot.

 Kaedah latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kapasiti anaerobik di mana
atlet dapat melakukan aktiviti dengan berkesan dan cekap tanpa kehadiran oksigen.

 Kesan latihan anaerobik terhadap tubuh


1. Kuantiti penyimpanan ATP, PC, kreatin dan glikogen meningkat
2. Kuantiti dan aktiviti enzim yang tinggi menyebabkan proses katabolisme glukosa
bertambah efektif bagi menghasilkan tenaga.
• Katabolisme glukosa adalah tindak balas kimia yang berlaku bagi menghasilkan
tenaga dalam fasa anaerobik di mana pemecahan molekul kompleks bertukar
kepada molekul yang lebih ringkas. Katabolisme glukosa akan dipecahkan bagi
menghasilkan karbon dioksida (CO2) dan air (H2O).

 Kapasiti tubuh meningkat dalam keadaan tahap asid laktik yang tinggi.
• Hasil kesan adaptasi latihan, atlet dapat memahami cara untuk melengahkan
kehadiran asid laktik dan dapat bertahan dalam jangka masa yang lebih lama.
Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan
semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja.
ADAPTASI SISTEM TUBUH TERHADAP
LATIHAN AEROBIK

Latihan aerobik merupakan sistem latihan yang mengaplikasikan


penggunaan sistem tenaga dengan menggunakan oksigen. Latihan jenis ini
memerlukan tenaga dibekalkan secara berterusan kerana jangka masa
aktiviti adalah lama, melebihi 3 minit. Antara latihan aerobik adalah Long,
Slow Distance Training (LSD), Latihan Pace/Tempo , – Latihan Jeda
(IntervalTraining), Latihan Ulangan (Repetition Training) dan Latihan
Fartlek (Fartlek Training)
Kesan latihan seperti ini menyebabkan berlaku adaptasi di dalam sistem
tubuh.Antaranya;
1. Pertambahan saiz jantung
2. Isipadu strok meningkat
3. Keluaran jantung meningkat
4. Kadar nadi rehat menurun
5. Tekanan darah menurun
PERTUMBUHAN DAN KEMATANGAN BIOLOGI

Proses pertumbuhan dan kematangan biologi manusia bermula dari peringkat


bayi dalam kandungan, selepas bayi dilahirkan, kanak-kanak, remaja dan sehingga
ke peringkat dewasa. Keseluruhan fasa pertumbuhan dan kematangan biologi ini
merupakan satu proses perkembangan yang melalui perubahan-perubahan
struktur anatomi dan fisiologi pada diri seseorang.
PENGARUH PERTUMBUHAN DAN KEMATANGAN BIOLOGI
TERHADAP KEUPAYAAN ANAEROBIK SESEORANG

Prestasi anaerobik
 Keupayaan kanak-kanak untuk melakukan latihan anaerobik lebih rendah
berbanding orang dewasa. Hal ini disebabkan struktur tulang dan sendi kanak-
kanak masih belum matang jika dibandingkan dengan orang dewasa. Oleh itu,
perancangan latihan anaerobik kepada kanak-kanak perlu kerana sistem
tenaga mereka masih belum matang dan perlu melalui proses yang progresif
untuk perkembangan yang baik.
 Aktiviti sukan perlu sesuai dengan pertumbuhan dan perkembangan seseorang
kanak-kanak. Sebagai contoh, jarak larian dalam acara lari pecut bagi kanak-
kanak terhad kepada 50 meter sahaja.
 Tahap kekuatan kanak-kanak juga tidak sama dengan tahap kekuatan orang
dewasa.
 Otot kanak-kanak masih belum matang untuk berbanding orang dewasa serta
keupayaan dan kekuatan mereka masih lemah dan rendah. Otot kanak-kanak
perlu untuk dibina bagi mencapai tahap kematangan fisiologi bersesuaian
dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan mereka.
PENGARUH PERTUMBUHAN DAN KEMATANGAN BIOLOGI
TERHADAP KEUPAYAAN AEROBIK SESEORANG

Prestasi aerobik
 Kadar nadi dilihat berbeza di antara orang dewasa dan kanak-kanak. Kadar nadi
maksimum kanak-kanak dilihat lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar
nadi maksimum ini dilihat semakin menurun sejajar dengan peningkatan umur.
 Peningkatan umur juga turut memberi kesan kepada kadar keluaran jantung.
Kadar keluaran jantung akan terus meningkat sejajar dengan peningkatan umur
sehinggalah mencapai tahap dewasa. Walau agaimanapun, kadar keluaran
jantung ini akan menurun jika individu tidak mengekalkan tahap kecergasan
fizikal.
1. Ahmad, G. (2007). Kejurulatihan dan Sains Sukan.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2. Aman, M.S. (2006). Pengurusan Sukan: Aplikasinya di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4.Penerbitan Aras Mega (m) Sdn. Bhd
4. Kementerian Belia dan Sukan. (2009). Dasar Sukan Negara.
5. Pusat Perkembangan Kurikulum 2016.. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Sukan Tingkatan 4, Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia
1. https://materikimia.com/rangkuman-sistem-gerak-pada-manusia-kelas-8-kurikulum-2013-beserta-gambarnya/
2. https://ms.birmiss.com/sistem-rangka-manusia-penyakit-dan-rawatan/
3. https://www.alamy.com/stock-photo-3d-digital-render-of-a-human-figure-with-muscle-maps-in-a-ushiro-geri-75925218.html
4. https://www.kakakpintar.id/tulang-tulang-penyusun-rangka-manusia-berdasarkan-bentuk-dan-strukturnya/
5. https://www.bukusekolah.net/2019/04/otot-pada-sistem-gerak-manusia.html
6. https://www.mastah.org/perkembangan-sistem-saraf-pusat-pada-anak-manusia/
7. https://essay.co.id/sistem-otot-manusia-dan-fungsinya-masing-masing-lengkap/
8. https://nisachoi.blog.uns.ac.id/sistem-otot-dan-rangka-manusia/
9. http://www.mistamajahp.com/perbedaan-otot-manusia/
10. https://whitecoathunter.com/otot-penggerak-utama-tubuh-manusia/
11. https://www.zonasiswa.com/2015/03/sistem-gerak-pada-manusia-tulang-otot.html
12. https://www.zonasiswa.com/2015/04/sistem-endokrin-manusia-6-kelenjar.html
13. http://ykbik.or.id/manfaat-puasa-dari-sisi-endokrinologi/
14. https://ms.pngtree.com/freepng/human-circulatory-system-of-cardiovascular-circulation_3650963.html
15. http://tipslatihanfitness.blogspot.com/2014/09/pengertian-otot-triceps-biceps.html
16. https://sportfitblog.blogspot.com/2019/02/5-tips-membentuk-otot-biceps.html
17. https://www.sehatq.com/artikel/macam-macam-sendi-pada-tubuh-manusia-beserta-fungsinya
18. http://www.antotunggal.com/2019/04/pengertian-tulang-pipih-dan-jenis.html
19. https://olagragasport.blogspot.com/2018/12/anatomi-tulang-tulang-pada-manusia.html
20. https://struktur.shareinspire.me/2019/10/struktur-dan-fungsi-sel-saraf-pada.html
21. https://www.slideshare.net/ellasamad/bab-2-koordinasi-badan
22. https://id.wikipedia.org/wiki/Sistem_saraf_tepi
23. https://www.sehatq.com/artikel/menilik-lebih-jauh-anatomi-jantung-dan-cara-kerjanya
1. https://www.biology.co.id/fungsi-atrium-kanan-pada-jantung-manusia/
2. http://asrarudin91.blogspot.com/2013/09/fungsi-dan-istilah-fisiologi-
jantung.html
3. https://practicemakespermanent.home.blog/2019/01/24/proses-aliran-darah-
di-jantung/
4. https://www.honestdocs.id/fungsi-pembuluh-darah-arteri-dan-vena
5. http://inti-sari-biologi.blogspot.com/2012/11/latihan-menggunakan-
tensimeter.html
6. https://medicom.co.id/products/tensimeter-digital-dengan-suara-tensione-1a-
onemed
7. https://alkes-marinno.com/tag/petunjuk-penggunaan-tensimeter-omron/
8. http://coretan2remaja.blogspot.com/2014/03/rangka-manusia-bilingual.html
9. https://brainly.co.id/tugas/26726591
10. http://nadiaapriliap.blogspot.com/2018/02/mekanisme-pernapasan-
manusia.htm
11. https://www.youtube.com/watch?v=KDug9Jhp8DA

Anda mungkin juga menyukai