Anda di halaman 1dari 29

2.

5 PENGHASILAN TENAGA

Sains Sukan Tingkatan 4 KSSM


Oleh Cikgu MSS
LI.SS NUMBER ONE
TENAGA

• Tenaga adalah keupayaan yang


membolehkan seseorang itu melakukan
apa-apa sahaja aktiviti sama ada aktiviti
fizikal ataupun melaksanakan tugasan
harian.
• Kecergasan fizikal dan penglibatan
dalam aktiviti sukan merupakan
kecekapan badan bertindak balas
terhadap proses penghasilan tenaga
yang diperlukan.
• Semakin cekap proses penghasilan
tenaga yang dominan, maka semakin
baik prestasi seseorang atlet dalam
bidang sukan yang diceburi.
TENAGA

• Proses penghasilan tenaga berlaku


apabila tenaga kimia yang ada di
dalam badan bertukar menjadi
tenaga mekanikal yang membolehkan
manusia bergerak dan melakukan
kerja.
• Penghasilan tenaga ini bergantung
pada jangka masa aktiviti dan intensiti
aktiviti tersebut dilakukan.
TENAGA

• Secara umumnya, dianggarkan 60


peratus hingga 70 peratus tenaga yang
ada di dalam tubuh badan manusia
digunakan untuk kegunaan fungsi
biologi umum, manakala 30 peratus
hingga 40 peratus lagi tenaga
digunakan untuk kegunaan aktiviti sel
dan fungsi mekanikal pergerakan
anggota tubuh badan.
• Oleh itu, jika seseorang manusia perlu
kepada penggunaan tenaga yang lebih,
maka badan akan bertindak balas
secara kimia memproses penghasilan
tenaga yang baharu bergantung pada
keperluan aktiviti.
TENAGA

• Adenosin trifosfat (ATP) adalah bentuk


sumber tenaga utama manusia yang
tersimpan di dalam sel-sel otot rangka
manusia.
• Bahan makanan berkarbohidrat akan bertukar
kepada glukosa setelah pencernaan.
• Glukosa yang berlebihan akan disimpan
sebagai glikogen di sel otot rangka dan hati. ATP
• Apabila diperlukan, glikogen ini akan
dihuraikan sehingga membebaskan tenaga
(ATP) melalui satu siri tindak balas kimia yang
berlaku.
CIRI-CIRI
SISTEM
TENAGA
SISTEM
ANAEROBIK
ALAKTIK

• Sistem ini membekalkan


tenaga melalui pembebasan
tenaga anaerobik alaktik
tanpa menggunakan oksigen.
• ATP yang terhasil adalah
terhad dan hanya dapat
membekalkan tenaga dalam
jangka masa lebih kurang 10
saat sahaja.
ATP
• Oleh itu, masa untuk
melakukan aktiviti ini adalah
sangat singkat.
• ATP yang tersimpan di sel tisu otot digunakan semasa
penguncupan otot.
• Untuk mensintesiskan ATP, tenaga juga diperlukan.
• Penghasilan tenaga berlaku semasa penguraian ATP menjadi
adenosin difosfat (ADP).
• Mekanisme ADP yang terhasil daripada pemecahan dan
tindak balas kimia akan bergabung dengan fosfat yang
MEKANISME baharu untuk menghasilkan dan membentuk ATP semula.
SISTEM • Rajah menunjukkan penjanaan dan penguraian ATP dalam
ANAEROBIK sistem anaerobik alaktik.

ALAKTIK
CONTOH AKTIVITI SUKAN
SISTEM ANAEROBIK ALAKTIK

• Acara padang dalam olahraga seperti lompat


tinggi dan lontar peluru.
• Acara lari pecut 100 meter
• Servis tenis.
• Acara gimnastik.
• Pukulan golf.
• Rejaman bola tampar.
• Sepakan bola jauh dan tinggi dalam American
Football League (AFL).
• Pemain polo air di bahagian tengah hadapan dan
tengah belakang.
SISTEM ANAEROBIK
LAKTIK
asid laktik.

• Dikenali sebagai glikolisis anaerobik atau


sistem tenaga asid laktik.
• Proses ini juga tidak memerlukan
oksigen dalam penghasilan tenaga.
• Apabila seseorang atlet telah
memulakan aktiviti fizikal melebihi 10
saat, sistem tenaga di dalam badan
secara automatik akan berubah untuk
melakukan tindak balas kimia bagi
meneruskan proses penghasilan tenaga
yang kedua.
MEKANISME SISTEM ANAEROBIK
LAKTIK

• Proses penjanaan tenaga ATP berlaku apabila


jangka masa melakukan kerja berintensiti tinggi
melebihi 10 saat daripada sumber glikogen yang
tersimpan di dalam otot dan di dalam hati.
• Penghasilan ATP melibatkan pemecahan
glikogen kepada glukosa menerusi proses yang
dikenali sebagai glikolisis.
• Walau bagaimanapun, hasil sampingan tindak
balas kimia ini adalah pembentukan asid piruvik
yang seterusnya menghasilkan asid laktik.
MEKANISME
SISTEM
ANAEROBIK
LAKTIK

• Asid laktik yang terhasil dan


tersimpan dengan banyak di
dalam otot akan
mengakibatkan kelesuan otot.
• Oleh itu, kehadiran asid laktik
dalam sistem biologi badan
akan merencatkan proses
pemecahan glikogen.
• Perkara ini akan menyebabkan
mekanisme penguncupan otot
akan terjejas.
• Apabila aktiviti fizikal atau sukan berlanjutan
melebihi dua minit, maka penjanaan tenaga
beralih kepada sistem aerobik yang
menggunakan oksigen sebagai sumber
pembakaran bagi menghasilkan tenaga ATP.
MEKANISME
SISTEM
ANAEROBIK
LAKTIK
ANTARA CONTOH
AKTIVITI SUKAN SISTE M
ANAE ROBI K LAKTIK

• Acara lumba lari 200


meter dan 400 meter.
• 50 meter renang.
• Rali dalam tenis dan
squasy dalam masa 15 –
20 saat.
SISTEM AEROBIK

• Apabila seseorang atlet


melakukan aktiviti fizikal
yang dilakukan secara
berterusan melebihi tiga
minit, sistem tenaga
badan akan bertukar dari
sistem anaerobik laktik
kepada aerobik yang
memerlukan kehadiran
oksigen bagi menjana
tenaga.
• Sistem tenaga aerobik
juga dikenali sebagai
sistem oksidatif.
• Bahan ini merangsang pembinaan ATP yang berlanjutan menerusi
proses Kitaran Krebs.
• Rajah menunjukkan proses glikolisis aerobik dalam penghasilan ATP.
• Proses penguraian glikogen untuk membina lebih banyak ATP
berlaku secara berterusan dengan adanya tindak balas asetil KoA
menerusi sistem tenaga aerobik.

MEKANISME
SISTEM AEROBIK
ANTARA CONTOH AKTIVITI
SUKAN SISTEM AEROBIK

• Acara olahraga lari 10 000 meter


• Marathon
• 2000 meter acara mendayung
• Pemain tengah dalam kebanyakan
sukan
• Triathlon
• Merentas desa
KLASIFIKASI TIGA JENIS SISTEM TENAGA.
KLASIFIKASI TIGA JENIS SISTEM TENAGA.
KLASIFIKASI TIGA JENIS
S I S TEM TENAGA .
KLASIFIKASI TIGA JENIS
S I S TEM TENAGA .
KLASIFIKASI TIGA JENIS
S I S TEM TENAGA .
PENGLIB ATAN
SUMBER UTAMA
TENAGA DALAM
AKTIVITI
SUKAN.
SISTE M
TE NAGA
DOMINAN
J E N I S S I S T E M T E N AG A
D O M I N A N YA N G
D I G U N A K A N D I DA L A M
AKTIVITI SUKAN

• Setiap sukan yang diceburi


oleh seseorang atlet amat
bergantung pada kecekapan
sistem tubuh badan
menghasilkan tenaga
dominan.
• Oleh itu, sistem tenaga yang
dominan untuk setiap aktiviti
fizikal adalah ditentukan oleh
ciri-ciri kemahiran motor
yang terlibat, tempoh jangka
masa sesuatu aktiviti dan
intensiti aktiviti itu
dilaksanakan.
JE NIS SISTE M TE NAGA
DOMINAN YANG DIGUNAK AN
DI DALAM AKTIVITI SUKAN

• Sebagai contoh, dalam acara lumba jalan


kaki 10 km, bekalan ATP untuk 10 saat
yang pertama ialah sistem anaerobik
alaktik.
• Selepas dari tempoh masa itu,
mekanisme fisiologi tubuh badan
manusia akan bertukar kepada sistem
tenaga anaerobik laktik sehingga jangka
masa larian melebihi satu minit.
• Seterusnya bekalan tenaga akan bertukar
sekali lagi kepada sistem aerobik apabila
atlet itu meneruskan larian melebihi tiga
minit sehinggalah tamat acara lumba
jalan kaki 10 km.
PENGGUNAAN SISTEM TENAGA DALAM
JANGKA MASA TERTENTU.
• Acara lumba basikal lebuh raya atau
Le Tour de Langkawi ialah
pertandingan lumba basikal jarak jauh
menggunakan sistem tenaga aerobik
sebagai sistem tenaga yang dominan.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai