Anda di halaman 1dari 11

SULIT 4572/1

NAMA CALON ……………………………………………………………………

NO. KAD PENGENALAN - -

KELAS 5 AKTIF

NILAIAN DAN PENTAKSIRAN (PBS) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTAN 31250 TANJO
AEA 2055

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022 4572/1


SAINS SUKAN
Kertas 1
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat dan kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Rumus-rumus berikut mungkin berfaedah:

(i) Jumlah perlawanan = N (N - 1)


2
(ii) Keluaran jantung (Q) = KDJ X IS

(iii) Kadar nadi maksimum (KNM) = 208 - (0·7 X umur)

(iv) Kadar nadi latihan (KNL) = KNM X % latihan

(v) BMI = Berat


Tinggi X Tinggi

Calon dikehendaki menyerahkan kertas soalan ini kepada pengawas peperiksaan sebaik sahaja
peperiksaan selesai.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

1
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULIT 4572/1

1 Antara yang berikut, manakah menepati Sukan Massa?


A Raman menyertai Larian Sihat anjuran Persatuan Belia Tanjong Rambutan
B Ghazlan mewakili sekolahnya dalam Liga Bola Sepak KPM Bawah 18 Tahun
C Nadia memenangi pingat emas dalam Kejohanan Silat Olahraga Terbuka Perak
D Sonia berjaya ke peringkat akhir dalam acara 200 meter di Kejohanan Olahraga MSSM

2 Maklumat berikut menerangkan ciri-ciri untuk menentukan satu sistem pertandingan.


Apakah sistem pertandingan yang sesuai digunakan?
A Sistem liga
 Penyertaan yang banyak tetapi kekurangan masa pengelolaan
B Sistem kejohanan
 Sumber kewangan terhad
C Sistem kalah mati
 Kekurangan pegawai pertandingan
D Sistem liga empat kumpulan

3 Rajah 1 menunjukkan satu kemahiran asas dalam permainan badminton.

Rajah 1

Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah sendi yang terlibat dalam
kemahiran ini?

4 Rajah 2 menunjukkan satu bateri ujian kecergasan fizikal.

Rajah 2

Nyatakan jenis penguncupan otot tangan yang berlaku pada kedudukan di Rajah 3.
A Penguncupan esentrik
B Penguncupan isotonik
C Penguncupan isometrik
D Penguncupan konsentrik

2
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULIT 4572/1

5 Rajah 3 menunjukkan satu aksi latihan bebanan.

Rajah 3
Otot yang manakah bertindak sebagai agonis ketika lutut difleksikan?
A Otot kuadriseps femoris
B Otot gastroknemius
C Otot hamstring
D Otot soleus

6 Antara yang berikut, aktiviti yang manakah menunjukkan otot biseps bertindak sebagai
agonis dan otot triseps sebagai antagonis?

A B

C D

7 Rajah 4 menunjukkan struktur neuron.


R
P

Q
Rajah 4

Nyatakan bahagian yang berlabel di P, Q dan R.


P Q R
A Dendrit Selaput mielin Badan sel
B Akson Badan sel Dendrit
C Selaput meilin Nukleus Hujung akson
D Badan sel Nukleus Akson

3
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULIT 4572/1

8 Antara yang berikut, yang manakah melibatkan peranan sistem saraf autonomik?
A Menangis setelah tewas dalam pertandingan akhir
B Menghentakkan kaki setelah gagal menjaringkan gol
C Meramas-ramas tangan sendiri untuk menahan geram
D Berdebar-debar semasa mengambil sepakan dari tanda penalti

9 Sistem tubuh yang manakah memainkan peranan sebagal pengawal dan penyelaras fungsi tubuh
melalui hormon di dalam darah?
A Sistem otot
B Sistem rangka
C Sistem endokrina
D Sistem kardiovaskular

10 Maklumat berikut menunjukkan bacaan kadar denyutan jantung dan isipadu strok atlet
olahraga.

Kadaratlet
Berapakah kadar keluaran jantung denyutan jantung = 60
olahraga?
A 1·3 L.min -1
dsm Isipadu strok = 70 mℓ
B 1·6 L.min-1
C 4·2 L.min-1
D 8·6 L.min-1

11 Situasi yang manakah menunjukkan penggunaan sistem tenaga anaerobik laktik?


A Lompat jauh
B Acara 800 meter
C Renang 200 meter
D Lumba berbasikal lebuh raya

12 Maklumat berikut menerangkan tentang satu sistem tenaga manusia.

Aksi yang manakah menggunakankurang


 Dilaksanakan sistem daripada
tenaga yang sama seperti di atas?
15 saat
A Menendang bolaSistem
dan merejam bola tampar
ini dikenali sebagai sistem fosfagen
B Lari pecut 400 meter dan pergerakan
 Tenaga dihasilkan gimnastik
daripada penguraian fosfat
C Berenang 1 500 meter dan lumba berbasikal lebuh raya
 Membekalkan tenaga untuk aktiviti berintensiti tinggi
D Rali panjang dalam sukan tenis dan berlari sambal mengelecek bola hoki

4
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULIT 4572/1

13 Rajah 5 menunjukkan beban diangkat dengan sebelah tangan.

Rajah 5

Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D, yang manakah kedudukan fulkrum?

14 Rajah 6 menunjukkan penggunaan tuas kelas pertama dalam sukan tenis.

Rajah 6

Dimanakah kedudukan beban pada Rajah 6?


A Bola
B Raket
C Tulang
D Pergelangan tangan

15 Rajah 7 menunjukkan penggunaan tuas kelas kedua dalam pergerakan kaki.

Rajah 7

5
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULIT 4572/1

Antara yang berikut, yang manakah dapat menggambarkan penggunaan tuas kelas kedua pada
Rajah 7?
Fulkrum Daya Beban
A Tapak kaki Otot kaki Berat badan
B Pergelangan kaki Otot kaki Berat badan
C Sendi pergelangan kaki Otot kaki Berat badan
D Sendi di hujung jari kaki Otot kaki Berat badan

16 Antara pernyataan berikut, yang manakah menggambarkan tahap gabungan dalam


pembelajaran kemahiran motor mengikut Model Fitts dan Posner (1975)?
A Jurulatih memberi tunjuk ajar setiap kali atlet membuat pukulan balas
B Jurulatih menerangkan dan menunjukkan teknik memegang raket yang betul
C Jurulatih hanya menunjukkan cara lakuan pukulan kilas semasa rehat dalam pertandingan
D Jurulatih memerhati pemain membuat pukulan balas yang sesuai setiap kali menerima
hantaran

17 Antara masalah atlet berikut, yang manakah dapat ditangani dengan lebih berkesan oleh
Psikologis Sukan?
A Atlet yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi
B Atlet yang mempunyai masalah mempelajari teknik sesuatu kemahiran
C Atlet yang mempunyai masalah berkaitan dengan kemahiran psikomotor
D Atlet yang mempunyai masalah mengawal dan menguruskan stres sebelum pertandingan

18 Cikgu Azmir ialah seorang jurulatih bola baling. Ketika pasukannya bertanding, beliau berdiri
di tepi padang sambil menunjukkan isyarat bagus kepada pasukannya. Apakah sumber motivasi
yang digunakan oleh Cikgu Azmir terhadap pemainnya?
A Motivasi intrinsik
B Motivasi ekstrinsik
C Penetapan matlamat
D Kata-kata rangsangan

19 Sebagai penyerang pasukan hoki sekolah, Jannah telah menetapkan matlamat prestasi
dirinya. Antara matlamat berikut, yang manakah merupakan penetapan matlamat
Jannah?
A Menjuarai pertandingan hoki peringkat kebangsaan
B Melepasi saingan peringkat awal dan berjaya ke peringkat akhir
C Memastikan semua pemain memahami strategi menyerang yang terbaik
D Mendapatkan ketepatan jaringan sebanyak 90% daripada percubaan semasa menjaring

20 Keagresifan merujuk kepada mencederakan individu lain dengan niat tertentu. Apakah niat
utama keagresifan ketara?
A Mendapatkan ganjaran
B Mendapatkan kemenangan
C Bermain mengikut peraturan
D Melihat individu lain menderita kesakitan
6
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULIT 4572/1

21 Rajah 8 menunjukkan keagresifan dalam sukan.

Rajah 8

Apakah jenis keagresifan yang ditunjukkan pada Rajah 8?


A Keagresifan asertif
B Keagresifan ketara
C Keagresifan hostile
D Keagresifan instrumental

22 Apakah matlamat utama keagresifan asertif dalam sesuatu pertandingan sukan?


A Mencederakan pihak lawan dengan niat
B Mencederakan pihak lawan tanpa ada niat
C Mencederakan pihak lawan untuk mencapai kemenangan
D Menimbulkan kemarahan pihak lawan dengan kata-kata kesat

23 Maklumat berikut menerangkan satu teknik untuk mengawal kebimbangan atlet.

Seorang
Namakan teknik atlet
bagi balapan
mengawalmelakukan regangan
kebimbangan yangdan mengendurkan
dilakukan oleh atletotot kakinya
balapan di atas.
A Kata rangsangan kendiri
secara progresif sebelum pertandingan bermula.
B Relaksasi otot progresif
C Latihan pernafasan
D Imageri

24 Antara yang berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan teknik imageri?
A Atlet berkata-kata pada diri sendiri
B Atlet membayangkan pihak lawan tidak berpengalaman
C Atlet menarik nafas dan menghembuskan nafas secara perlahan-lahan
D Atlet duduk dan membuat urutan kecil pada bahagian pergelangan kaki

7
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULI 4572
25 Penglibatan dalam sukan mendatangkan kesan kepada individu dan negara. Antara kesan
penglibat sukan berikut, yang manakah merupakan kesan negatif yang perlu atlet jauhi?
A Sosialisasi dalam sukan
B Sikap terlalu mementingkan masa
C Persaingan untuk memenangi sesuatu pertandingan
D Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi

26 Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan simpton kecederaan kronik?


A Kecederaan berulang-ulang
B Bengkak mula berkurangan
C 24 jam pertama selepas berlaku kecederaan
D Bengkak serta merta selepas berlaku kecederaan

27 RICER ialah satu kaedah rawatan bantu mula kecederaan dalam sukan. Situasi kecederaan yang
manakah sesuai mengunakan rawatan RICER?
A Kaki terseliuh semasa mengelecek bola
B Muka tercalar akibat terkena kuku jari tangan pihak lawan
C Pengsan akibat aktiviti berintensiti tinggi dalam tempoh yang lama
D Tapak kaki terluka akibat terpijak paku semasa melakukan rejaman bola takraw

28 Apakah yang dimaksudkan dengan posisi pemulihan dalam pengurusan kecederaan?


A Posisi pembantu mula
B Posisi pembantu mula dan atlet yang cedera
C Posisi pesakit ketika ditemui semasa kecederaan berlaku
D Posisi yang mengurangkan risiko kesukaran bernafas kepada mangsa

29 Apakah yang dimaksudkan dengan splint tarikan?


A Mengawal pengaliran darah
B Memberi daya untuk menjadikan tulang sejajar
C Splint sementara yang diperbuat daripada bahan yang lembut
D Splint yang boleh dihasilkan mengikut keselesaan atlet yang cedera

30 Rajah 9 menunjukkan mekanisme pergerakan involuntari.

Rajah 9

Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah menunjukkan mekanisme


pergerakan involuntari di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor?
8
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULI 4572
31 Rajah 10 menunjukkan satu sendi sinovial pada bahu manusia.

Rajah 10

Acara sukan yang manakah melibatkan penggunaan sendi pada Rajah 10 secara
maksimum? I Memanah
II Menembak
III Lempar cakera
IV Renang gaya bebas

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

32 Antara yang berikut, yang manakah kesan positif penglibatan sukan kepada
negara? I Pencapaian tertinggi di peringkat antarabangsa
II Pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa
III Meningkatkan keyakinan diri dan berdaya saing
IV Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

33 Rajah berikut menunjukkan aksi-aksi dalam sukan.


I II

III IV

9
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULI 4572
Antara yang berikut, yang manakah melibatkan fiber sentak cepat?
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

34 Antara yang berikut, yang manakah terdapat dalam sistem saraf periferi?
I Otak
II Saraf tunjang
III Saraf somatik
IV Saraf autonomik
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

35 Antara aksi berikut, yang manakah kemahiran motor halus?


I Menendang bola
II Memetik picu pistol
III Merejam bola tampar
IV Melungsur bola boling
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

36 Antara situasi yang berikut, yang manakah menunjukkan kebimbangan berasaskan tret?
I Seorang atlet merasa gelisah pada masa-masa tertentu sahaja
II Seorang pemain tenis hilang keyakinan diri apabila melihat ketinggian pihak lawan
III Seorang atlet menganggap semua keadaan sebagai satu ancaman dan menggugat dirinya
IV Seorang pemain hoki terganggu akibat sorakan penonton semasa melakukan pukulan
penalti
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

37 Seorang atlet lompat tinggi mula hilang tumpuan setelah dua kali percubaan lompatannya
gagal. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan keyakinannya?
I Menarik diri daripada pertandingan
II Meminta nombor giliran lompatannya diubah
III Memejam mata dan menggambarkan lompatan yang berjaya dilakukan
IV Menarik dan menghembuskan nafas panjang berulang-ulang sehingga berasa tenang

1
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah
SULI 4572
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

38 Antara yang berikut, yang manakah contoh kata kendiri positif dalam permainan tenis?
I “Fokus pada titik kontak”
II “Pukulan ini sangat teruk”
III “Mengapa permainan aku begitu buruk”
IV “Menang atau kalah itu adat pertandingan, aku mesti berjuang habis-habisan”
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

39 Rajah 11 menunjukkan satu kaedah pengurusan kecederaan dalam sukan.

Rajah 11

Antara yang berikut, yang manakah tujuan kaedah rawatan ini?


I Membaiki tisu otot
II Merangsang peredaran darah
III Mengurangkan kesakitan
IV Mengurangkan bengkak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

40 Antara yang berikut, yang manakah strategi untuk mengurangkan stres


haba? I Mengambil garam mineral yang tinggi
II Kerap melakukan sela rehat antara aktiviti atau latihan
III Pakai pakaian yang diperbuat daripada nilon
IV Mengaklimasi terhadap keadaan panas secara beransur-ansur
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN TAMAT

1
[Lihat halaman
4572/1 © 2022 Hak Cipta Panitia Sains sebelah

Anda mungkin juga menyukai