Anda di halaman 1dari 12

LEMBAGA PEPERIKSAAN

SMK TUN FUAD STEPHENS, KIULU

PERCUBAAN 1 SPM 4571/1


PENGETAHUAN SAINS SUKAN
KERTAS 1
SEPTEMBER
2019
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamlan jawapan anda pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK /DISAHKAN OLEH

( JUNAIDAH SULAIMAN ) ( MUHIMIAN HJ.MOKSIN )


KETUA PANITIA KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
PENGETAHUAN SAINS SUKAN

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak termasuk muka depan


[Lihat halaman sebelah]
4571/1 © 2019 Hak Cipta SMKTFS SULIT
SULIT 2 4571/1

1 Apakah maksud Sukan Berprestasi Tinggi?

A Meningkatkan prestasi atlet pada peringkst tertinggi


B Program meningkatkam tahap kesihatan serta kesejahteraan altet
C Peluang-peluang dan kemudahan yang disediakan bagi memenuhi keperluan
aktiviti sukan
D Aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal yang diuruskan untuk menggalakkan penyertaan
yang menyeluruh

2 Jadual 1 menunjukkan maklumat dalam satu pengelolaan pertandingan

Kejohanan : Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Kali Ke-35


Jawatankuasa : Hadiah dan Cenderamata

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Medal (100 unit x RM10.00 RM 1000.00

2. Hamper (3 unit) RM 100.00

3. Runcit RM 30.00

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maklumat dalam Jadual 1?

A Pelan tindakan
B Senarai semak
C Sumber kewangan
D Anggaran perbelanjaan

3 Bilakah Dasar Sukan Negara diperkenalkan?

A 20 Januari 1988
B 20 Januari 1989
C 20 Januari 1990
D 20 Januari 1991

4 Pernyataan berikut menerangkan tentang latihan kemahiran psikologi sukan

Menenangkan minda melalui proses menegang dan merehatkan


otot secara progresif

Apakah teknik latihankemahiran psikologi sukan yang dinyatakan?

A Imageri
B Latihan Pernafasan
C Relaksasi Otot Progresif
D Kata Ransangan Kendiri

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 3 4571/1

5 Yang manakah antara pernyataan di bawah menunjukkan etika dan patriotisme yang
rendah dalam sukan?

A Penonton menunjukkan emosi dan mempertikaikan keputusan pengadil


B Penonton menunjukkan sikap bertimbang rasa, saling memahami dan semangat
kesukanan yang tulin
C Penonton berasa terhibur dalam menyaksikan perjalanan pertandingan yang di
jalankan dengan adil
D Penonton masuk ke padang bagi meraikan kejayaan pasukan sebagai tanda
sokongan mereka sejurus tamat perlawanan

6 Berapakah jumlah perlawanan pertandingan hoki yang melibatkan 36 orang peserta dan
menggunakan sistem pertandingan mati sekali ?

A 34
B 35
C 36
D 37

7 Antara yang berikut, yang manakah bukan tentang keluaran jantung?

A Kekerapan denyutan jantung dalam satu minit


B Jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikal kanan dalam satu minit
C Kadar denyutan jantung dipengaruhi oleh isipadu strok dan kadar denyutan
jantung
D Jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri jantung dalam satu
minit

8 Aktiviti yang manakah melibatkan fiber otot sentak cepat?

A Larian 100 meter


B Larian 1500 meter
C Jalan kaki 5000 meter
D Berbasikal acara lebuh raya

9 Amjah ialah seorang pemain bola baling yang sentiasa tenang dan tidak mudah terganggu
dengan tekanan dan ejekan penonton dalam perlawanan. Demensi kesejahteraan yang
manakah dimiliki oleh Amjah?

A Emosi
B Rohani
C Fizikal
D Intelek

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 4 4571/1

10 Rajah 2 menunjukkan sebahagian sistem rangka manusia.

Rajah 2

Apakah X dan Y

X Y
A Radius Ulna
B Ulna Femur
C Femur Tibia
D Fibula Radius

11 Apakah ciri tisu otot rangka yang berbeza daripada ciri tisu otot licin?

A Tisu otot rangka boleh menguncup


B Tisu otot rangka terdiri daripada sel
C Tisu otot rangka menyelaputi tulang
D Tisu otot rangka membantu penghadaman

12 Ujian kecergasan manakah yang melibatkan komponen koordinasi?

A Ujian pecutan 30 meter


B Ujian lompat jauh berdiri
C Ujia larian ulang-alik 10 meter
D Ujian baling dan tangkap bola tenis

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 5 4571/1

13 Apakah komponen kecergasan yang diukur dengan alat kaliper lipatan kulit?

A Fleksibiliti
B Kekuatan otot
C Kekuatan otot
D Komposisi badan

14 Yang manakah antara berikut latihan anaerobik?

A Latihan litar
B Latihan fartlek
C Latihan jeda jarak jauh
D Latihan jarak jauh perlahan

15 Apakah acara yang menggunakan tokokan karbohidrat?

A Maraton
B Gimnastik
C Angkat berat
D Renang irama

16 Antara berikut, yang manakah tepat tentang fasa persediaan?

A Masa latihan bergantung kepada format pertandingan


B Tumpuan utama kepada pembinaan tahap psikologi atlet
C Menyesuaikan atlet untuk latihan yang lebih berat dan bersedia untuk
pertandingan
D Mengembalikan kecergasan fizikal dan mental bagi menyediakan atlet untuk
latihan pada musim hadapan

17 Jadual3 menunjukkan pengelasan untuk indeks jisim badan (BMI).

Indeks Jisim badan (BMI) Pengelasan


Lebih 30 Obesiti
25 – 30 Berat badan berlebihan
17 – 24.9 Berat bdan ideal
Kurang daripada 17 Berat badan rendah
Jadual 3

Apakah pengelasan bagi seseorang individu yang mempunyai berat badan 60 kg dan
tinggi 1.60m?

[ Indeks Jisim Badan = Berat badan ]


( Tinggi )²

A Obesiti
B Berat badan ideal
C Berat badan rendah
D Berat badan berlebihan

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 6 4571/1

18 Mengapakah strategi rehat dan pemulihan penting semasa menjalankan sesuatu


program latihan?

A Atlet dapat mempelbagaikan aktiviti latihannya


B Menelakkan kebosanan melakukan aktiviti yang sama
C Tubuh atlet dapat pulih dan adaptasi kepada beban latihan
D Mengelakkan penurunan faedah latihan yang telah di perolehi

19 Antara berikut, yang manakah boleh dikelaskan sebagai kemahiran diskrit?

A Berenang
B Acara 100 meter
C Merejam bola takraw
D Aksi dalam acara lompat tinggi

20 Apakah yang mempengaruhi bentuk layangan dalam projektil?

A Sudut pelepasan
B Kelajuan pelepasan
C Ketinggian pelepasan
D Daya yang dikenakan

21 Apakah tujuan atlet melakukan latihan bebanan?

A Mengurangkan risiko kecederaan


B Menambah julat pergerakan sendi
C Meningkatkan keupayaan utnutk berlari dengan lebih lama
D Membolehkan melakukan pergerakan dengan lebih laju dan berkuasa

22 Maklumat berikut menunjukkan jenis-jenis patah

 Patah tebu
 Patah remuk
 Patah melintang
 Patah serong

Apakah jenis kecederaan yang dinyatakan?

A Keceederaan akut
B Kecederaan kronik
C Kecederaan tisu keras
D Kecederaan tisu lembut

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 7 4571/1

23 Antara berikut, yang manakah bukan jenis luka?

A Cakaran
B Tusukan
C Hentakan
D Potongan

24 Rajah 4 menunjukkan satu aksi dalam permainan bola tampar.

Rajah 4

Apakah jenis lakuan motor yang ditunjukkan dalam Rajah 4

A Generik
B Voluntari
C Involuntari
D Tanpa kemahiran

25 Apakah komponen kecergasan fizikal yang dinilai dalam ujian ulang-alik progresif
(bleep test)?

A Fleksibiliti
B Masa reaksi
C Kekuatan otot
D Daya tahan kardiovaskular

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 8 4571/1

26 Mengapakah pengambilan makanan dan minuman dalam masa 30 minit selepas latihan
penting kepada atlet?

A Atlet berasa lapar selepas latihan


B Membnatu memperbaiki emosi atlet
C Membantu pemulihan tenaga dan otot
D Mengelakkan peningkatan berat badan

27 Antara masalah atlet brikut, yang manakah dapat ditangani dengan lebih berkesan oleh
psikologis sukan

A Atlet yang mempunyai daya tahan kardiovaskular rendah


B Atlet yang mempunyai masalah berkaitan kemahiran psikomotot
C Atlet yang mempunyai masalah mempelajari teknik sesuatu kemahiran
D Atlet ang mempunyai masalah mengawal dan mengurus stres sebelum
pertandingan

28 Apakah nama proses pemindahan haba oleh pergerakan air dan udara ke seluruh tubuh?

A Radiasi
B Konduksi
C Perolakan
D Penyejatan

29 Antara yang berikut, manakah bantuan argogenik yang tidak termasuk dalam senarai
bahan terlarang untuk sukan oleh WADA?

A Kafien
B Steriod
C Doping darah
D Amphetamine

30 Pernyataan manakah yang menggambarkan atlet bermotivasi instrinsik?

A Mendapat kepuasan hanya setelah memenangi sesuatu perlawanan.


B Berusaha meningkatkan kemahiran diri berbanding dengan individu lain.
C Berusaha meningkatkan kemahiran diri berbanding dengan kemahiran lampau.
D Mendapat kepuasan sekiranya dia seorang sahaja yang dapat melakukan sesuatu
kemahiran

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 9 4571/1

31 Apakah kepentingan penetapan matlamat kepada seseorang atlet?

I Berfikiran positif
II Mempertingkatkan keyakinan diri dan motivasi
III Mengawal dan menguruskan tahap kebimbangan
IV Memperbaiki prestasi secara keseluruhan dan terancang

A I dan II
B I,II dan III
C 1,II dan IV
D I, II, III dan IV

32 Antara berikut, yang manakah perlu diberi perhatian ketika merancang satu
pertandingan sukan?

I Pakaian
II Yuran penyertaan
III Sistem pertandingan
IV Masa yang diperuntukkan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Antara situasi berikut, yang manakah menujukkan kebimbangan berasaskan tret?

I Seorang atlet sentiasa merasa gelisah


II Seorang atlet menerima semua keadaan sebagai gangguan
III Seorang pemain tenis hilang keyakinan diri apabila melihat pihak lawannya yang
tinggi
IV Seorang pemain hoki terganggu akibat sorakan penonton semasa melakukan
pukulan penalti

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 10 4571/1

34 Antara pernyataan berikut, yang manakah fungsi sistem respiratori?

I Membekal oksigen ke dalam darah


II Mengangkut gas-gas respiratori, nutrien, hormon dab bahan buangan
III Menukarkan gas oksigen dengan karbon dioksida di dalam paru-paru
IV Menyingkirkan bahan kimia seperti air, asid urik dan garam mineral semasa
perpeluhan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

35 Pilih pernyataan yang tepat tentang otot sinergis dalam membantu pergerakan manusia

I Otot-otot yang membantu otot penggerak utama


II Otot sinergis berperanan untuk menstabilkan pergerakan sendi
III Otot sinergis akan menghilangkan daya pada pelekatan otot bagi penghasilan
pergerakan
IV Kumpulan otot-otot yang berhampiran dengan lokasi pergerakan utama ynag
bertindak sebagai otot sokongan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

36 Sukan manakah yang lebih dominan menggunakan sistem tenaga anaerobik alaktik
(ATP-PC)?

I Boling
II Memanah
III Merentas desa
IV Renang 1 500 meter

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 11 4571/1

37 Antara ujian berikut, yang manakah menguji komponen kuasa?

I Ujian lompat kuadran


II Ujian lompat menegak
III Ujian lompat heksagon
IV Ujian lompat jauh berdiri

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

38 Apakah simptom-simptom strok haba?

I Keliru
II Kulit kering
III Badan berpeluh
IV Suhu badan menurun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39 Antara berikut, yang manakah benar mengenai tuas kelas kedua?

I Daya terletak di antara beban dan fulkrum


II Beban terletak di antara daya dan fulkrum
III Mampu menggerakkan beban dengan daya yang minimum
IV Mampu menggerakkan beban dengan daya yang maksimum

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT


SULIT 12 4571/1

40 Rajah 5 menunjukkan sejenis sendi gerakan bebas dalam sistem rangka manusia.

Rajah 5

Acara manakah yang melibatkan penggunaan sendi tersebut secara maksimum?

I Memanah
II Menembak
III Lempar cakera
IV Renang gaya bebas

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4571/1 © 2018 Hak Cipta SMKTFS SULIT

Anda mungkin juga menyukai