Anda di halaman 1dari 15

SULIT 4572/1

4572/1
Sains Sukan
Kertas 1
Mei
2018
1¼jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

SAINS SUKAN
TINGKATAN EMPAT
Kertas 1

Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D.
Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu
jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan kemudian
hitamkan pilihan anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................................... .......................................................

1
SULIT 4572/1

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan satu daripada kepentingan sains sukan?

 Meningkatkan tahap penjagaan kesihatan semasa melakukan


kecergasan fizikal
 Memahami pemakanan seimbang untuk keperluan tenaga

Apakah aspek yang boleh dikaitkan dengan maklumat di atas?

A. Kerjaya C. Kesihatan
B. Rekreasi D. Prestasi sukan

2. Antara berikut yang manakah menepati dasar Sukan Untuk Semua?

A. Chia menyertai ‘Larian Sihat’ anjuran Persatuan Belia


B. Sani memenangi pingat emas dalam kejohanan Silat Olahraga.
C. Ramu mewakili sekolahnya dalam Liga Bola Sepak Bawah 12 Tahun
D. Alvin Berjaya ke peringkat akhir dalam acara 200 meter Kejohanan Olahraga
MSSM.

3. Aktiviti sukan manakah yang memberi sumbangan kepada masyarakat berdasarkan


rasional Sukan Berprestasi Tinggi?

A. Aktiviti rekreasi persatuan-persatuan belia


B. Penyertaan Malaysia dalam Piala Thomas
C. Penglibatan dalam larian Hari Merdeka
D. Program Gaya Hidup Sihat

4.. Apakah tugas Jawatankuasa Teknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga?


A. Mengurus dan menyediakan hadiah
B. Menyediakan statistik keputusan pertandingan
C. Memastikan peralatan sukan, gelanggang dan padang untuk pertandingan
mengikut spesifikasi
D. Menyediakan bilangan pegawai sukan yang mencukupi semasa pertandingan
dijalankan

5. Mengapakah wujudnya undang-undang dan peraturan dalam sesuatu pertandingan?


A. Bertujuan untuk mengawal perjalanan sukan tersebut
B. Mewujudkan semangat kekitaan dalam sukan
C. Pemain dapat mengawal perasaan dalam perlawanan
D. Memudahkan pengadil mengendalikan sesuatu perlawanan

2
SULIT 4572/1

6. Jadual di bawah menunjukkan maklumat dalam satu pengelolaan pertandingan.


Kejohanan : Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke 26, SMK Parit Batu
Jawatankuasa : Hadiah dan Cenderamata

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Medal (90 unit x RM 10.00) RM 900.00
2 Hamper (5 unit x RM 30.00 RM 150.00
3 Runcit RM 50.00
Di antara berikut, manakah berkaitan dengan kenyataan di atas?

A. Pelan tindakan C. Sumber kewangan


B. Senarai semak D. Anggaran perbelanjaan

7. Kirakan jumlah perlawanan sekiranya terdapat 9 pasukan yang bertanding.


Formula: N(N-1)
2

A. 36 C. 37
B. 26 D. 40

8. Maklumat berikut tentang satu pertandingan badminton.

Pertandingan Badminton Perseorangan Tertutup


Jumlah Pemain : 14 orang
Sistem Pertandingan : Kalah mati sekali

Berapakah jumlah ‘bye’ dalam pertandingan itu?

A. 2 C. 8
B. 6 D. 13

3
SULIT 4572/1

9. Jadual di bawah menunjukkan susunan perlawanan pusingan pertama 6 pasukan dalam


pertandingan bola sepak liga satu kumpulan.

Perlawanan Pusingan Pertama


A lawan O
E lawan B
D lawan C

Pilih susunan jadual perlawanan pusingan kedua dalam pertandingan tersebut.

A. Perlawanan Pusingan Kedua


A lawan C
B lawan D
E lawan O

B.
Perlawanan Pusingan Kedua
A lawan E
D lawan O
C lawan B

C.
Perlawanan Pusingan Kedua
A lawan D
C lawan E
B lawan O

D.
Perlawanan Pusingan Kedua
A lawan B
C lawan O
E lawan D

10. Apakah sistem tubuh badan yang melibatkan organ-organ seperti larinks, farinks,
trakea dan bronkus?

A. Sistem kardiovaskular C. Sistem Otot


B. Sistem respiratori D. Sistem Saraf

4
SULIT 4572/1

11. Pilih susunan yang betul bagi aras organisasi struktur manusia.

A. Molekul – Atom– Tisu – Sel – Organ – Sistem – Organisma


B. Molekul – Sel – Kimia – Tisu – Organ – Sistem – Organisma
C. Atom – Molekul – Sel – Tisu – Organ - Sistem – Organisma
D. Atom – Sel – Tisu – Molekul – Organ – Sistem - Organisma

12. Rajah di bawah menunjukkan sebahagian sistem rangka manusia.

Nyatakan X dan Y?

X Y
A. Radius Ulna
B. Ulna Femur
C. Femur Humerus
D. Humerus Femur

13. Rajah di bawah menunjukkan arah pergerakan .

A. Elevasi C. Fleksi dorsi


B. Depresi D. Fleksi plantar

5
SULIT 4572/1

14. Antara pasangan jenis otot dan ciri berikut, manakah yang benar?

Jenis Otot Ciri Otot


A. Otot kardium Mempunyai satu sel sahaja dan tidak berjalur
B. Otot licin Sel-sel yang bercabang-cabang, unisel dan berjalur
C. Otot rangka Berbentuk satu silinder panjang, berjalur, setiap sel
banyak nukleus
D. Otot licin Berbentuk satu silinder dan tidak berjalur

15. Rajah di bawah menunjukkan jenis tindakan otot bisep dan trisep.

Bisep

Trisep

Antara berikut yang manakah benar tentang rajah di atas?

A. Otot bisep dan otot trisep menguncup


B. Otot bisep dan otot trisep mengendur
C. Otot bisep mengendur dan otot trisep menguncup
D. Otot bisep menguncup dan otot trisep mengendur

16. Aktiviti manakah yang melibatkan fiber otot sentak cepat?

A. Lari berganti-ganti 4 x 100 meter


B. Lumba jalan kaki 5000 meter
C. Berbasikal lebuh raya
D. Larian 1500 meter

6
SULIT 4572/1

17. Rajah di bawah menunjukkan satu aksi dalam permainan badminton.

Pilih laluan impuls bagi aksi itu.

A. Reseptor – Saraf motor – Sistem saraf pusat – Saraf sensori


B. Reseptor – Saraf sensori – saraf motor – Sistem saraf pusat
C. Reseptor – Sistem saraf pusat – Saraf motor – Saraf sensori
D. Reseptor – Saraf sensori – Sistem saraf pusat – Saraf motor

18. Rajah di bawah menunjukkan kelenjar-kelenjar dalam sistem endokrin.

Y X

Manakah kelenjar yang menyebabkan berlakunya tumbesaran yang tidak normal seperti
kekerdilan dan keraksasaan?

A. W C. Y
B. X D. Z

7
SULIT 4572/1

19. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas jantung.

Padanan manakah yang betul bagi M dan N?

M N
A. Ruang penerima darah kurang oksigen Mengepam darah yang kaya oksigen
ke seluruh badan
B. Terima darah kurang oksigen dari Mengepam darah kurang oksigen
paru-paru keluar dari ventrikel
C Mengepam darah kurang oksigen ke Terima darah kurang oksigen dari
paru-paru paru-paru
D. Terima darah kaya oksigen dari paru- Mengepam darah yang kaya oksigen
paru ke seluruh badan

20. Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan darah sistolik?

A. Tekanan darah yang terendah yang dapat dikesan di arteri


B. Tekanan darah yang disukat semasa pengenduran ventrikal kiri
C. Tekanan yang disukat semasa penguncupan kedua-dua atrium
D. Tekanan darah yang disukat semasa penguncupan kedua-dua ventrikal

21. Seorang atlet mempunyai kadar denyutan jantung 66 dsm dan isipadu strok 70 ml.
Hitung keluaran jantung atlet itu.
( Kadar keluaran jantung = Kadar denyutan jantung x Isipadu strok )

A. 0.46 L/min C. 4.62 L/min


B. 1.06 L/min D. 46.2 L/min

22. Antara yang berikut yang manakah menunjukkan kesan latihan terhadap jantung
seorang atlet marathon?

I. Saiz otot jantung mengecut


II. Keluaran jantung meningkat
III. Dinding atrium menebal
IV. Isipadu strok meningkat

A. I dan II C. II dan IV

8
SULIT 4572/1

B. I dan III D. III dan IV


23. Antara berikut yang manakah menunjukkan ciri masa sistem tenaga anaerobik laktik?

A. 0 saat hingga 10 saat C. 10 saat hingga 1 minit


B. 0 saat hingga 10 minit D. 1 minit hingga 3 minit

24. Perubahan sistem tenaga berlaku dalam tubuh seseorang atlet dalam acara jarak jauh.

P - Sistem tenaga aerobik


Q - Sistem tenaga anaerobik laktik
R - Sistem tenaga anaerobik alaktik
S - Peralihan sistem anaerobik laktik ke sistem aerobik
T - Peralihan sistem anaerobik alaktik ke sistem laktik

Susun perubahan sistem tenaga yang berlaku semasa acara 3000 meter?

A. Q, T, R, S, P C. R, S, P, T, Q
B. R, T, Q, S, P D. P, S, Q, T, R

25. Rajah di bawah menunjukkan tiga aksi sukan P, Q dan R.

Apakah tenaga dominan yang digunakan dalam tiga aksi sukan itu?

Anaerobik alaktik Anaerobik laktik Aerobik


A. Q P R
B. P Q R
C. P R Q
D. R Q P

9
SULIT 4572/1

26. Rajah di bawah menunjukkan satu acara sukan .

Apakah yang akan mempengaruhi bentuk layangan dalam pergerakan projektil?

I. Ketinggian pelepasan III. Inersia


II. Sudut pelepasan IV. Peralihan jasad

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

27. Hukum Inersia merujuk kepada

A. Hukum Newton Pertama C. Hukum Newton Ketiga


B. Hukum Newton Kedua D. Hukum Newton Pecutan

28. Rajah di bawah menunjukkan satu aksi sukan berkaitan stabiliti dalam sukan bola
tampar.

Antara berikut yang manakah aksi sukan yang sama prinsip stabiliti seperti di atas?

A. Melakukan servis sepak takraw


B. Melakukan pukulan penalti dalam sukan hoki
C. Melompat sambil menanduk bola ke arah gol
D. Melakukan smesy dalam permainan badminton

10
SULIT 4572/1

29. Seorang pelari mencapai halaju maksimum, 17 ms-1 dalam masa empat saat.
Berapakah pecutan pelari tersebut?

(Pecutan = Perubahan halaju)


Perubahan masa

A. 4.25 ms² C. 425 ms²


B. 42.5 ms² D. 0.425 ms²

30. Rajah di bawah menunjukkan satu jenis gerakan.

Manakah gerakan yang melibatkan aksi di atas?

A. Gerakan kurvilinear C. Rotasi dalaman


B. Gerakan rektilinear D. Rotasi luaran

31. Rajah di bawah menunjukkan aksi permainan tenis.

Manakah kedudukan beban dalam aksi di atas?

A. Bola C. Tulang
B. Raket D. Pergelangan tangan

11
SULIT 4572/1

32. Rajah menunjukkan satu aksi dalam sukan ragbi.

Apakah jenis kemahiran motor yang terlibat?

A. Kemahiran generik C. Kemahiran luar kawal


B. Kemahiran terkawal D. Kemahiran berterusan

33. Rajah di bawah menunjukkan satu aksi dalam acara lompat tinggi.

Apakah jenis lakuan motor yang ditunjukkan dalam rajah di atas?

A. Generik C. Involuntari
B. Voluntari D. Tanpa kemahiran

34. Rajah di bawah menunjukkan satu mekanisme arka reflek.

Pilih mekanisme pergerakan yang manakah menyamai mekanisme arka reflek itu?

A. Mengundur untuk mendapatkan hantaran tinggi


B. Berlari ke hadapan untuk menerima bola

12
SULIT 4572/1

C. Mengelak apabila menerima rejaman


D. Melompat untuk membuat rejaman
35. Situasi manakah menjelaskan dengan tepat tahap pencapaian kemahiran motor seorang
atlet pada tahap kognitif lisan?

A. Mempelajari kemahiran asas bola jaring


B. Melakukan rejaman dalam perlawanan badminton
C. Mengikuti latihan renang untuk bertanding dalam kejohanan
D. Bermain bola sepak bersama rakan-rakan di padang sekolah

36. Antara aktiviti berikut yang manakah melibatkan kemahiran motor halus?

A. B.

C. D.

37. Apabila atlet meninggalkan blok larian, daya yang membantunya bergerak ke hadapan
sama dengan daya yang menolak blok permulaan. Nyatakan Hukum Newton yang
terlibat dalam perlakuan tersebut.

A. Hukum Newton Pertama


B. Hukum Newton Kedua
C. Hukum Newton Ketiga
D. Hukum Inersia

38. Antara berikut manakah perkara-perkara yang mempengaruhi prinsip kestabilan?

A. Lebih dekat garis graviti berada di pusat tapak sokongan, objek menjadi lebih
stabil.
B. Tapak sokongan yang lebih besar meningkatkan kestabilan
C. Pusat graviti yang lebih tinggi akan meningkat kestabilan
D. Lebih ringan jisim lebih stabil

13
SULIT 4572/1

39. Rajah di bawah menunjukkan satu jenis kelas tuas.

Beban Daya

Fulkrum

Antara berikut manakah aktiviti sukan yang menggunakan kelas tuas tersebut?

A. Aktiviti merejam dan menerima hantaran bulu tangkis


B. Berjengket atas hujung kaki dalam sukan gimrama
C. Fleksi tangan semasa mengangkat dumbbell
D. Memukul bola hoki

40. Pilih contoh aksi sukan yang dikelaskan sebagai kemahiran diskrit ?

I. Berenang
II. Gimnastik
III. Melontar peluru
IV. Menjaring gol

A. I dan II C. III dan IV


B. II dan III D. I dan IV

SOALAN TAMAT

14
SULIT 4572/1

SKEMA JAWAPAN OBJEKTIF PAT TG 4 2018

1.C 11.C 21.C 31.A

2.A 12.D 22.C 32.B

3.B 13.C 23.D 33.C

4.C 14.C 24.B 34.C

5.A 15.D 25B 35A

6.D 16.A 26.A 36.B

7.A 17.D 27.A 37.C

8.A 18.A 28.B 38.B

9.B 19.A 29.A 39.B

10.B 20.D 30B 40C

15

Anda mungkin juga menyukai