Anda di halaman 1dari 3

NOOR AMANI BINTI MOHAMED PESRI PISMP AMBILAN JANUARI 2011 UNIT PJ/PK/BM

FALSAFAH HIDUP

HIDUP MESTI ENJOY

Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.

Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asalusul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

Bagi diri saya pula, saya amat berpegang teguh dengan falsafah hidup saya, HIDUP MESTI ENJOY. Bagi sesetengah individu pastunya menganggap falsafah hidup yang saya pegang ini tidak mendatangkan apa-apa kemajuan dalam hidup saya dan pastinya mereka akan mengannggap saya seorang yang hanya tahu bermain dan bergembira semata-mata. Tetapi bagi saya, hidup ini mesti dinikmati dengan sepuasnya. Seandainya hidup ini tidak dinikmati dengan sepuasnya, tidak mustahil sekiranya hidup yang dijalani akan berakhir dengan kekesalan. Menikmati kehidupan bukan bermakna kita menikmati hidup dan bermain serta bergembira tanpa matlamat. Sebagai contoh, falsafah hidup saya boleh digunakan dalam menuntut ilmu. Sekiranya saya tidak menikmati hidup saya sekarang saya sebagai seorang guru dan tidak menikmati ilmu yang diajar sekarang, pastinya saya tidak mampu untuk meneruskan pelajaran dan saya tidak akan bergembira. Pastinya juga saya mencipta pelbagai alasan untuk tidak meneruskan pelajaran. Apabila kita menikmati ilmu dan pelajaran serta pendidikan yang diajar, dengan mudahnya ilmu itu akan masuk kedalam minda dan otak kita. Secara tidak langsung, hubungan dan komunikasi saya dengan rakan sekelas akan berjalan lancar kerana kita menikmati kehidupan. Hidup Mesti Enjoy, juga boleh dipraktikkan dalam aktiviti seharian yang dijalankan. Sebagai contoh, sekiranya saya tidak menikmati kehidupan saya sebagai seorang guru pelatih, saya tidak akan merasa bahagia dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Ini akan berterusan sehingga saya menjadi seorang guru. Saya pastinya tidak akan merasa ikhlas untuk melaksanakan tugas saya sebagai seorang pendidik. Maka dengan itu, saya sering mempraktikkan falsafah hidup saya agar menikmati apa-apa kerja yang dilakukan dan ini akan membuatkan saya merasa keikhlasan terhadap kerja yang saya lakukan dan saya mampu melakukan sesuatu kerja itu dengan lebih baik dan cermerlang. Dalam segi hidup saya, sememangnya falsafah hidup yang saya pegang ini, amat digunakan dengan sepenuhnya. Ini kerana saya dilihat sebagai seorang yang ceria dan tenang. Dan sifat saya ini lahir daripada falsafah hidup saya yang saya pegang dimana saya sentiasa menikmati hidup saya. Bukan sahaja dalam keluarga

namun dalam kalangan rakan-rakan, saya jenis yang mudah didekati. Apabila kerjakerja yang kita lakukan dengan ikhlas dan menikmatinya, kerja tersebut akan menjadi senang dan tidak akan menyusahkan. Malah, rakan-rakan akan merasa gembira dan senang untuk bekerjasama dengan saya kerana sifat saya yang ceria. Bagi sesetengah individu, akan menganggap saya suka bermain, tetapi inilah sifat saya. Falsafah hidup seseorang individu berbeza denga individu yang lain. Ini kerana bagaimana seseorang individu itu menjalani kehidupan mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbeza dengan individu lain. Ada sesetengah individu mudah melatah apabila menghadapi sesuatu masalah, dan ada yang tenang meskipun masalah yang dihadapinya besar. Akhir kata, falsafah hidup merupakan pegangan yang harus ada pada setiap individu.

Anda mungkin juga menyukai