Anda di halaman 1dari 23

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBPE3103
KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

TUGASAN KURSUS
PERMAINAN BOLA BALING

NamA
No. Matrik
No. Telefon

: Jaswari bin Remli


: 810308095099001
: 0195778800

Mei 2016

Isi Kandungan

Mukasurat

1. Pengenalan
2. Kemahiran Bola Baling
Menjaring
3. Perlaksanaan Kemahiran (Data)
Senarai semak
4. Laporan Perlaksanaan Kemahiran Menjaring (Bola Baling)
Fasa persediaan Fasa ikut lajak
5. Analisis Kemahiran Menjaring Individu (Bola Baling)
Kesalahan dan Kelemahan
6. Cadangan Latihan Penambahbaikan
Rujukan
Appendix

1. Pengenalan
Bola Baling adalah salah satu sukan permainan yang paling pantas di dunia dan ianya
adalah sukan permainan peringkat Olimpik yang paling popular di Eropah Tengah. Ianya
dimainkan secara pasukan, dan setiap pasukan terdiri daripada tujuh orang pemain dan
dimainkan di gelanggang seakan-akan padang bola yang kecil. Objektif permainan ini adalah
pasukan bertanding dapat menjaringkan gol sebanyak mungkin melalui hantaran dan gelecekan
bola bersaiz kecil ke sasaran sehingga peluang terhasil untuk pemain membuat jaringan melepasi
penjaga gol pihak lawan. Pemain boleh menggunakan anggota badan seperti tangan, lengan,
peha, lutut, badan dan lain-lain bagi menggerakkan bola. Seperti permainan pasukan lain, bola
baling adalah sangat senang dimainkan kerana ianya seakan permainan popular lain seperti
bolasepak, bola jaring, korfball, bola keranjang dll. Pemain yang masih baru dalam permainan
ini mampu bermain dengan baik kerana ianya permainan terbuka, bebas dan merupakan sukan
permainan rekreasi yang menarik. Mengikut perkembangan semasa dan pembangunan sukan
permainan ini, dengan terbentuknya peraturan, permainan ini menjadi bertambah menarik,
bertenaga dan sangat berkemahiran. Dengan halangan daripada pemain-pemain lawan permainan
ini menjadi agresif dan memerlukan ketangkasan serta kemahiran yang sangat tinggi. Setiap
pergerakan melompat, larian, serangan dan jaringan menuju sasaran pemain perlu fleksibiliti
badan dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi. Sekali lagi, permainan ubah suai bola
keranjang untuk latihan, terutama permainan gol-ke-gol, memudahkan pemain baru
mengadaptasikannya dalam permainan bola baling.
2. Kemahiran Bola Baling
Sport or
Activity

ENERGY FITNESS
Aerobic

MUSCULAR FITNESS

Anaerobi

Flexibilit

Strength

Enduranc

Speed

Power

Handball

M-H

M-H

M-H

Netball

M-H

Football

M-H

M-H
1

Basketbal

L-M

M-H

M-H

l
L = Low,

M = Medium,

H = High
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan jadual kecergasan otot dan tenaga yang diperlukan berdasarkan
beberapa sukan permainan termasuk Bola Baling. Mengenalpasti dan faham keupayaan fizikal
dan kecergasan yang perlu bagi sesuatu permainan membolehkan guru pendidikan jasmani
menguruskan dan menyediakan jadual latihan yang sistematik kepada setiap ahli pasukan bola
baling. Walaupun begitu kesemua di atas adalah berdasarkan andaian dan tidak menyeluruh bagi
membantu atau sebagai garis panduan kepada jurulatih. Sebagai contoh, jurulatih akan membuat
latihan sistem daya tahan kardiovaskular terhadap perenang jarak jauh, tetapi berapa banyakkah
tenaga yang perlu perenang jarak jauh ada? Berdasarkan jadual 1 keperluan latihan untuk
kecergasan, kekuatan dan keadaan ditunjukkan bagi sesuatu permainan berdasarkan pendapat
ahli psikologi dan pakar sukan. Guru boleh merujuk jadual di atas dan membuat pertimbangan
yang sewajarnya pengurusan serta latihan yang akan dilaksanakan mengikut keperluan sesuatu
permainan.
Kecergasan Fizikal terdiri daripada kekuatan tenaga dan kekuatan otot. Kekuatan tenaga
diperlukan oleh atlet untuk menjana otot untuk bekerja. Atlet yang cergas mempunyai kondisi
badan yang mampu menyimpan tenaga dan menggunakannya secara efisien dan mampu
menyahkan sisa metabolik yang dihasilkan oleh otot-oto yang bekerja keras melalui sistem
pernafasan, perkumuhan, jantung dan hormon. Sistem tenaga badan terdiri daripada dua iaitu
aerobik dan anarobik. Sistem aerobik badan merupakan sistem ketahanan badan melakukan
aktiviti yang mengambil masa yag agak panjang manakala sistem anarobik merupakan sistem
ketahanan badan yang memerlukan badan melakukan aktiviti yang pantas dan dalam masa yang
singkat.
Kecergasan otot merupakan tenaga yang dihasilkan oleh otot dalam melakukan aktiviti
sukan. Kecergasan otot merupakan keperluan optimal otot-otot dalam menghasilkan tenaga,
2

ketangkasan, kelajuan, kelenturan dan ketahanan jantung dalam melakukan aktiviti sukan secara
berulang-ulang.

3. Perlaksanaan Kemahiran (Data)


Kemahiran Menjaring
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan
penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika
hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam
sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang
banyak menghasilkan gol.
Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain
kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan
belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih
bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola
dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu
ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemainpemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut
peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.
Prinsip-Prinsip Utama Menjaring
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:

Kemahiran MenjaringkanGol

Rejaman dari Atas Kepala

Rejaman dari Bawah Lengan

Rejaman Lonjakan

Rejaman Menjunam

JaringanDive

JENIS JARINGAN

Jaringan dari Atas Kepala (Overhead)


Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah
pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan
ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Pemain bergerak satu langkah ke depan.


Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan
ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan (Underarm)

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh
dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang,
pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola
selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
i.

Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan

ii.

sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.


Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke

iii.

depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.


Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke
depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemainpemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya.

Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada
jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada
lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
i.

Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain

ii.

memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.


Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah

iii.
iv.

yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:


i.

Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan

ii.

sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.


Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara

iii.

memusingkan bahu dan lengannya.


Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di

iv.

celah-celah kaki penjaga gol.


Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka
sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha


Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang
lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan sertamerta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola
daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.Cara
jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga
bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan
ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.
Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain
7

tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia
akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri.
Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa
bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih
berkesan jika dilakukan secara mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru,
jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan
gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah keduadua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi
sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Pemain berada di luar garisan kawasan gol.


Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke
kawasan gol.
Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.
Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang
penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus
pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung
untuk menjaring.
Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan
golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
i.

Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut

ii.

pemain lawan daripada lontaran penalti.


Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh

iii.

bola untuk membuat jaringan.


Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika
terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.

Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.


Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Cara-cara mendapatkan data


Data didapati melalui latihan yang telah diatur terhadap seorang pemain novis
berdasarkan kemahiran menjaring. Menjaringkan bola dengan gaya serangan akrobatik dan
dinamik melintasi pertahanan dan penjaga gol adalah satu kemahiran yang paling menarik di
dalam sukan permainan bola baling. Bermula dengan pengenalan teknik menjaring. Menjaring
secara overhead dan underarm ke arah papan markah seperti rajah berikut:9

Rajah 1
Pemain dikehendaki menjalani 4 fasa menjaring pada jarak 15 kaki ke arah scoreboard
iaitu fasa 1 lontaran overhead dalam kedudukan statik, fasa 2 lontaran underarm dalam
kedudukan statik, fasa 3 lontaran upperarm dengan larian dan fasa 4 lontaran underarm dengan
larian. Pemain akan melaksanakan kesemua empat fasa latihan dan skor akan diambil mengikut
jadual yang disediakan di bawah:FASA 1

FASA 2

LONTARAN UPPERARM STATIK PADA LONTARAN UNDERARM STATIK PADA


JARAK 15 KAKI(10 KALI CUBAAN)

JARAK 15 KAKI (10 KALI CUBAAN)

1. ______

1. ______

2. ______

2. ______

3. ______

3. ______

4. ______

4. ______

5. ______

5. ______

6. ______

6. ______

7. ______

7. ______

8. ______

8. ______

9. ______

9. ______

10. _____
FASA 3

10. _____
FASA 4
10

LONTARAN

UPPERARM

SAMBIL LONTARAN

UNDERARM

SAMBIL

MELOMPAT PADA JARAK 15 KAKI (10 MELOMPAT PADA JARAK 15 KAKI (10
KALI CUBAAN)

KALI CUBAAN)

1. ______

1. ______

2. ______

2. ______

3. ______

3. ______

4. ______

4. ______

5. ______

5. ______

6. ______

6. ______

7. ______

7. ______

8. ______

8. ______

9. ______

9. ______

10. _____

10. _____
Jadual 2

Borang di atas akan digunakan dalam sesi latihan bagi mengenalpasti kelemahan serta
kesalahan dan sebagai panduan kepada jurulatih membuat penambahbaikan dalam sukan
permainan bola baling terhadap setiap posisi pemainnya.
4. Laporan Perlaksanaan Kemahiran Larian (Bola Baling)
Berikut adalah laporan yang telah diambil dari seorang pemain dalam sesi latihan lontaran
menjaring sebanyak empat fasa.
FASA 1

FASA 2

LONTARAN UPPERARM STATIK PADA LONTARAN UNDERARM STATIK PADA


JARAK 15 KAKI(10 KALI CUBAAN)

JARAK 15 KAKI (10 KALI CUBAAN)

1. 1

1. 1

2. 3

2. 1

3. 3

3. 1

4. 3

4. 2

5. 1

5. 1

11

6. 0

6. 0

7. 3

7. 0

8. 3

8. 3

9. 2

9. 1

10. 3
FASA 3

10. 0
FASA 4

LONTARAN

UPPERARM

SAMBIL LONTARAN

UNDERARM

SAMBIL

MELOMPAT PADA JARAK 15 KAKI (10 MELOMPAT PADA JARAK 15 KAKI (10
KALI CUBAAN)

KALI CUBAAN)

1. 0

1. 1

2. 3

2. 0

3. 0

3. 0

4. 1

4. 0

5. 1

5. 2

6. 3

6. 1

7. 0

7. 0

8. 0

8. 0

9. 3

9. 1

10. 0

10. 0
Jadual 3

Dalam dapatan di atas, Fasa 1 menunjukkan bahawa pemain berjaya membuat lontaran
dengan tepat kebanyakannya pada skor 3. Ini kerana dalam kedudukan statik pemain dapat
mengawal lontaran dan pada koordinasi yang terkawal. Fasa 2, menunjukkan lontaran pemain
banyak tersasar dari skor markah 3. Ini mungkin disebabkan terdapat sedikit kesukaran dari segi
teknik , fokus serta kemahiran balingan. Fasa 3, menunjukkan pemain banyak tersasar dari skor
markah dari 10 kali cubaan, pemain cuma berjaya mengenai 5 skor markah. Tahap kesukaran
pada fasa ini adalah pada tahap yang sederhana. Koordinasi, kekuatan dan fokus semasa
membuat jaringan perlu dititik beratkan pada fasa ini. Fasa 4, menunjukkan pemain hanya
berjaya mendapat markah pada 4 skor markah. Fasa ini adalah ditahap kesukaran yang tinggi di

12

mana pemain perlu mempunyai kemahiran lontaran, kekuatan, fokus, masa dan teknik yang
betul.
5. Analisis Kesalahan dan Kelemahan
Berdasarkan data yang diperolehi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di atas
beberapa kelemahan dan kesalahan telah dapat dikesan oleh guru ke atas seorang pemain bola
baling novis semasa melaksanakan kemahiran lontaran menjaring gol. Analisa terhadap ke
empat-empat fasa adalah seperti berikut:Fasa 1, Lontaran Upperarm statik pada jarak 15 kaki

Rajah 2
Kesalahan dan kelemahan
i.
ii.

Pemain tidak meletakkan kaki satu langkah ke depan. Sekiranya pemain


menggunakan tangan kanan maka kaki kiri pemain perlu berada setapak ke hadapan.
Pemain tidak meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan pemain tidak
membengkok.
13

iii.
iv.

v.

Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan dengan banyak dan tidak dibawa
ke belakang kepala pada aras bahu menyebabkan bola tersasar dari bulatan skor.
Pemain tidak membuat lonjakan manakala tangan yang memegang bola tidak
diluruskan ke atas kepala dan menyebabkan balingan pemain menjadi lemah ke arah
sasaran.
Tangan dan badan pemain tidak mengikut lajak selepas membuat jaringan.

Fasa 2, Lontaran Underarm statik pada jarak 15 kaki

Rajah 3
Kesalahan dan kelemahan
i.

Pemain tidak meletakkan kaki satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan tidak

ii.

dibengkokkan semasa bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.


Tangan pemain yang memegang bola tidak diluruskan semasa kaki kanannya melangkah

iii.

ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.


Kaki kiri pemain tidak dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
14

Fasa 3, Lontaran Upperarm sambil melompat pada jarak 15 kaki

Rajah 4
Kesalahan dan Kelemahan
i.

Pemain tidak bergerak sekurang-kurangnya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini

ii.

pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.


Di luar garisan gol, pemain tidak melonjak dengan betul semasa berada dalam kawasan
gol semasa hendak membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara
jaringan dari atas kepala menyebabkan arah yang dituju bola tersasar daripada empat

iii.
iv.

penjuru gol pihak lawan.


Pemain tidak mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
Tangan dan badan pemain tidak mengikut lajak.

15

Fasa 4, Lontaran Underarm sambil melompat pada jarak 15 kaki

Rajah 5
Kesalahan dan Kelemahan
i.
ii.

Pemain tidak melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol dengan kaki yang
dominan menyebabkan serangan menjadi lemah..
Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, sepatutnya jaringan dibuat
semasa berada di udara sebelum mendarat tetapi pemain telah mendarat terlebih dahulu.
Pemain tidak mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan sebaliknya mendarat dengan kedua belah kaki.
6. Cadangan Penambahbaikan
Beberapa latihan fasa persediaan seperti berikut sangat sesuai dilakukan ke atas pemain

bola baling novis sebagai persediaan sebelum menjalani latihan fasa seterusnya. Berikut adalah
cadangan latihan yang sesuai:i.

Lompat tegak dua kaki (Double-Leg Vertical Jump)

Intensiti

: Rendah
16

Arah lompatan

: Tegak

Permulaan

: berdiri dengan selesa, lompat ke hadapan di mana kedua kaki


selari dengan bahu

Posisi tangan

: kedua-dua lengan

Pergerakan sedia

: mula dengan membilang

Pergerakan ke atas

: lompat pantas ke atas, dibantu kedua-dua tangan untuk melonjak


dan capaian sasaran sasaran dibuat.

Pergerakan ke bawah : mendarat pada titik permulaan dan ulang lompatan. Selang masa
bagi setiap lompatan
ii.

Lompat tegak satu kaki (Single-Leg Vertical Jump)

Intensiti

: tinggi

Arah lompatan

: Tegak

Permulaan

: berdiri dengan selesa, lompat ke hadapan di mana pemain berdiri


dengan satu kaki, manakala kaki yang tidak beraksi kekal di
posisi dengan lutut membengkok semasa latihan.

Posisi tangan

: kedua-dua tangan lurus

Pergerakan sedia

: mula dengan membilang

Pergerakan ke atas

: lompat pantas ke atas, dibantu kedua-dua tangan untuk melonjak


dan capaian sasaran dibuat.

Pergerakan ke bawah : mendarat pada titik permulaan dan ulang lompatan. Selang masa
bagi setiap lompatan. Ulang latihan untuk kaki sebelah lagi.
iii.

Loncatan satu kaki berselang (Single- Arm Alternate-Leg Bound)

Intensiti

: sederhana

Arah lompatan

: Tegak dan mendatar

Permulaan

: berdiri dengan selesa, lompat ke hadapan di mana pemain berdiri


dengan satu kaki, manakala kaki yang tidak beraksi kekal di
posisi dengan lutut membengkok semasa latihan.
17

Posisi tangan

: satu tangan

Pergerakan sedia

: berlari anak, mula dengan kaki kiri ke hadapan dengan melipat


paha mengikut posisi sepatutnya selari dengan tanah dan lutut
bengkok 900

Pergerakan ke bawah : mendarat pada titik permulaan dan ulang lompatan. Selang masa
bagi setiap lompatan. Ulang latihan untuk kaki sebelah lagi.
iv.

Depth Jump with Lateral Movement

Intensiti

: Tinggi

Arah lompatan

: Tegak dan mendatar

Permulaan

: berdiri dengan selesa, lompat ke hadapan di mana pemain berdiri


dengan kedua kaki di atas kotak, manakala kaki hujung kaki
berada pada di hujung kotak

Posisi tangan

: kedua-dua tangan

Pergerakan sedia

: langkah di atas kotak

Pergerakan ke atas

: mendarat di lantai dengan kedua belah kaki, dibantu rakan


menunjukkan arah sebelum sempat pemain mendarat
dan capaian sasaran dibuat.

Pergerakan ke bawah : mendarat pada titik permulaan dan ulang lompatan. Selang masa
bagi setiap lompatan. Ulang latihan untuk kaki sebelah lagi.
Bagi latihan fasa 2, latihan yang berintensiti sederhana sesuai dilakukan bagi
menyesuaikan pemain dengan alatan (bola baling). Latihan tersebut adalah seperti berikut
i.

Single-arm throw

Bagi latihan fasa ikut lajak, latihan ikut lajak bagi sukan permainan bola baling adalah
berintensiti tinggi. Pemain perlu didedahkan dengan situasi sebenar, pengalaman bermain di
gelanggang sebenar. Pemain perlu didedahkan dengan permainan sebenar, sebagai latihan
permainan bola baling ubah suai boleh dilaksanakan oleh guru. Tujuan ianya dilaksanakan
adalah bagi memantau dan membuat analisa permainan, memilih teknik-teknik serta cara-cara
yang paling sesuai, mengubahsuai, membuat ketetapan dan juga mereka cipta satu siri latihan
18

bagi pemain, membolehkan pemain benar-benar faham gaya permainan serta kemahiran
mengikut arahan. Latihan digelanggang atau permainan ubah suai berpotensi membantu pemain
dengan memberi mereka pengalaman seperti permainan sebenar tanpa tekanan. Begitu penting
bagi guru atau jurulatih permainan ini memaksimumkan pembelajaran dan kemungkinankemungkinan yang akan dihadapi oleh pemain. Amat penting bagi pemain merasai sendiri
keseronokan dan kebebasan dalam bermain. Perasaan yang teruja bila perlu mendapatkan bola
ataupun membuat hantaran tepat kepada rakan atau gawang lawan akan membuatkan objektif
perlawanan tercapai dan semangat kesukanan akan wujud dengan sendirinya. Ini adalah saat-saat
yang paling indah dan terkesan lama dalam fikiran mereka. Mereka merasai kemenangan,
merasai kekalahan dan bangkit semula dari kekecewaan, mempertahankan kemenangan serta
semangat untuk terus bermain walaupun tubuh badan mereka tidak mengizinkan mereka bermain
bagi mencapai impian mereka inginkan.
Ansur Maju Kemahiran Menjaring
Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
i.

Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,

ii.

angkat tangan kanan)


Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan

iii.
iv.

kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.


Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
Latihan berpasangan berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di

v.

hadapan.
Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3

vi.

orang).
Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

Jaringan jaringan lain :


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

19

Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:
i.
ii.
iii.

Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.


Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak

iv.
v.
vi.

dilaksanakan.
Pemain mengikut lajak.
Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk

memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan
daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat.Ikut
lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang
telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan.
Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya.
Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan
momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada
objek adalah kurang.

Rujukan

Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
20

Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human
Kinetics, Inc.
Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya.
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://mainbolabaling.blogspot.com/p/pengenalan.htmltarikh muat turun pada 16 April 2015
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.htmltarikh
muat turun pada 19 April 2015
http://sayacikgusukan.blogspot.com/2012/10/latihan-bebanan.htmltarikh muat turun pada 22
April 2015
http://www.smkevii.edu.my/index.php/prinsip-latihan.html tarikh muat turun pada 27 April 2015
http://akitom.blogspot.com/2008/04/kecergasan-fizikal.htmltarikh muat turun pada 29 April 2015

21

Anda mungkin juga menyukai