Anda di halaman 1dari 3

Pada masa ini, penyakit korona virus baharu (COVID-19) merupakan penyakit baharu

yang menyebabkan wabak di seluruh dunia. Penyakit ini umpama duri dalam daging dan
telah menyebabkan masyarakat dunia dan juga masyarakat Malaysia berada dalam
kebimbangan yang berterusan. Hal ini menyebabkan perubahan cara dan gaya hidup manusia
termasuklah cara kebanyakan individu bekerja, bersosial, belajar, keluar membeli-belah dan
melakukan aktiviti kehidupan yang lain. Setiap individu terpaksa mengubahkan tabiat
seharian untuk menyesuaikan diri terhadap norma baharu sebagai usaha membendung
penularan wabak ini. Keadaan kewujudan norma baharu yang tiba-tiba ini telah memberi
kesan yang buruk terhadap aspek psikologikal sekiranya individu gagal membuat
penyesuaian kendiri terhadap perubahan drastik tersebut. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah
untuk menambahbaikkan penyesuaian diri dengan keadaan COVID-19.

Antara cara untuk menyesuaikan diri kepada norma baharu adalah untuk memastikan
kawalan tingkah laku diri dan emosi. Penularan wabak COVID-19 telah membawa kesan
buruk psikologi seperti tekanan, kemurungan, kegagalan kawalan kemarahan dan lain-lain.
Oleh sebab itu, sokongan emosi daripada ahli keluarga, kawan-kawan, kaunselor dan lain-lain
perlulah dipentingkan. Walaupun kita perlu memastikan penjarakan fizikal, terdapat pelbagai
platform secara talian yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan orang lain. Contohnya
media sosial dan aplikasi talian seperti Zoom, Google Meet dan Facebook. Dengan penjagaan
tingkah laku, kita dapat mencipta emosi positif seperti kegembiraan, keseronokan,
ketenangan dan sebagainya. Kawalan tingkah laku dan emosi dapat mewujudkan masyarakat
yang mempunyai etika dalam diri sendiri dan dalam aspek sosial. Dengan mempunyai sikap
dan tingkah laku baik, interaksi yang baik sesama manusia akan mewujudkan kesejahteraan
kehidupan bersama. Selain daripada itu, cara ini akan mewujudkan individu yang menghayati
dan bergantung kepada kesusasteraan. Minat terhadap bahan bacaan berkaitan kawalan emosi
dan tingkah laku seperti buku peningkatan diri, buku bantu diri, buku biografi dan sebagainya
akan meningkat dalam kalangan masyarakat. Terdapat juga kata-kata inspirasi dari ahli
falsafah, buku-buku, filem dan tokoh yang digunakan oleh ramai orang sebagai motivasi
untuk meningkatkan elemen positif dalam kehidupan seharian. Ramai orang juga
meningkatkan pemahaman diri terhadap psikologi dan proses pemikiran manusia melalui
pelbagai jenis seni visual dan filem yang menunjukkan pelbagai aspek kehidupan yang baik
atau buruk. Cara ini juga akan melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi dan sosial.
Dengan ini, insan sempurna yang dapat mencapai kesejahteraan diri dan mempunyai prinsip
nilai etika, moral dan akhlak akan dilahirkan. Cara ini juga boleh membantu dari aspek
kepercayaan kepada tuhan. Proses kawalan tingkah laku diri akan terdedah rakyat negara
kepada pelbagai jenis agama dan kepercayaan kewujudan tuhan. Kesannya, kawalan tingkah
laku diri dan emosi adalah penting untuk memastikan penyesuaian diri kepada norma baharu.

Seterusnya, penyesuaian kendiri dalaman adalah salah satu langkah untuk


memudahkan penyesuaian diri kepada gaya hidup yang baharu. Penyesuaian kendiri dalaman
ini berterang tentang individu yang membuat penyesuaian pada diri sendiri untuk memenuhi
sesuatu kehendak dalam kehidupan. Hal ini menunjukkan minda yang positif perlu ditanam
dalam kehidupan. Sebagai contoh adalah untuk meletakkan persepsi dan pemikiran yang baik
dan positif atas setiap dasar, perintah dan polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan
berhubung wabak COVID-19. Minda yang subur akan menyebabkan sesuatu individu untuk
menetapkan sesuatu matlamat yang jelas. Melalui penyesuaian kendiri dengan baik, halangan
dan ujian mendatang dapat diselesaikan dengan mudah. Oleh sebab itu, kepentingan
penjagaan diri sendiri pada masa penularan wabak ini perlu difahami oleh setiap individu.
Kita perlu patuh mengikuti Tatacara Operasi Standard (SOP) serta meningkat kesedaran
terhadap wabak tersebut. Pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu keadaan yang malang
akan melahirkan individu yang bersikap sabar dan berhormat. Hal ini dapat mewujudkan
penyesuaian diri terhadap perubahan ini dengan lebih mudah. Pemahaman konsep perubahan
sebagai kebiasaan kehidupan akan menjadikan individu menerima perubahan dengan
berlapang dada. Dengan ini, langkah ini dapat melahirkan individu yang mempunyai etika
dalam diri sendiri dan dalam aspek sosial. Banyak individu akan bersikap rasional dengan
mematuhi SOP dan amalan norma baharu untuk mengelakkan penularan wabak yang kritikal
sesama manusia. Masyarakat yang bertimbang rasa terhadap kesihatan diri sendiri dan orang
lain akan diwujudkan. Langkah ini juga akan melahirkan insan yang intelektual dan dapat
membina kesejahteraan jasmani. Pihak rakyat akan lebih mengetahui persoalan-persoalan dan
perkara mengenai wabak ini dengan menyeluruh serta mementingkan kesihatan diri dengan
mematuhi SOP. Selain daripada itu, langkah ini boleh membantu dalam aspek kedaulatan
undang-undang. Golongan rakyat yang mempunyai fikiran rasional dan bersedia untuk
menerima perubahan dalam aspek kehidupan akan memahami kepentingan pematuhan polisi-
polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Rakyat yang mentaati dan mematuhi undang-
undang akan dilahirkan. Akibatnya, kita boleh menyesuaikan diri kepada perubahan gaya
hidup melalui penyesuaian kendiri dalaman.
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/wabak-covid-19-penyesuaian-kendiri-
terhadap-norma-baharu/

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/commentary/komentar-melangkah-ke-hadapan-dengan-
mendakap-norma-baru/4456806.html

https://www.purdue.edu/caps/covid-19/adjusting-to-new-normal.html

Anda mungkin juga menyukai