Anda di halaman 1dari 5

1) Latar Belakang Tamadun ( 5 markah)

 Peningkatan tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia


 untuk mengawal dan guna alam sekitar
 bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks
 selain dapat kemahiran bagi hasilkan idea baru
 kemajuan menerusi aspek poltik, ekonomi dan sosial.

2) Latar belakang tamadun

Tamadun Yunani 5M
1. Greece – Laut Aegean dan Mediteranean
2. Negara Kota atau polis . Gabungan beberapa buah kampung 1000 – 800 sm.
3. Setiap kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam kota : pasar, kubu, kuil, dan
istana.
4. Kota yg menonjol Athens, Sparta, dan Corinth. Lain corak pentadbiran dan Tuhan.
5. Setiap kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis ada bangunan kerajaan dan tempat
keagamaan.
6. Agora tempat mesyuarat dan pusat ekonomi.
Tamadun Rom 5M
1. Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin
2. Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang
ada bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah
mandi awam dan istana.
3. Bandar pemerintahan – Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan
colleseum – tempat pertandingan pahlawan Rom
4. 80m 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan
bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan.
Tamadun India 5M
1. Asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah oleh orang Aryan.
2. Tahap baru dikenali Zaman Vedik asal dari kitab Veda – lahir agama Hindu. Beralih di
Lembah Ganges.
3. Pemerintah oleh Raja. Dua kerajaan Janapada (kerajaan kecil) dan Mahapada
(kerajaan besar)
4. Chadradupta Maurya satukan kerajaan kecil. 321 sm wujud empayar pertama –
Dinasti Maurya. Kemuncaknya dalam pemerintahan Asoka.
Tamadun China 5M
1. Lembah Hwang Ho dan Selatan Cina. Bermula dengan Dinasti Chin – Mula
meningkatkan tamadun terdahulu
2. Dinasti Chin 221 – 206 sm. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan empayar hingga
Sg. Merah di Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh penaklukan dan
peperangan
3) Peningkatan Ekonomi 15M
Tamadun Yunani
1. Semua negara Kota kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur – gunung-
ganang,.
2. Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir,
Syria dan Phoenecia.
3. Kurang tanah , Athens dan Corinth kurang makanan. Dibawa dari luar. Athens
dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.
4. Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain
5. spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300sm.

Tamadun India
1. Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.
2. Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading ,
emas, berlian dan mutiara.
3. Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia
Tengah, Asia Tenggara – alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan
bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk
Perdagangan Maritim.
4. Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul,
Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.
5. Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt.
Persatuan tukang kayu, kulit, dll. Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan
gaji pekerja.
6. Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.
7. Mata wang digunakan. Zaman Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan
ekonomi yg sistematik.
8. Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas,
dan sutera. Sutera di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu
permata, pertanian dan buah-buahan..
9. Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.

4) Sumbangan Tamadun Awal dunia 15M

Aspek poltik : Demokrasi, Republik.


Aspek Sosial ; Sukan Olimpik 776SM – hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta,
Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali.
Hasil karya : Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit yang
diguna pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu.
Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi – matematik,
astronomi, fizik, perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes.
Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah.
Sumbangan Tamadun Yunani
Dewan Perundangan
POLITIK DAN PERUNDANGAN
 Sistem demokrasi diperkenalkan dan diwarisi oleh Athens -rakyat terlibat secara
langsung dalam proses pembentukan kerajaan
 Sistem demokrasi yang diamalkan adalah sekurangnya sama (ada juga perbezaan)
dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada kebanyakan negara hari ini
 --contoh: Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
 Wujudnya mahkamah undang-undang berjuri, Majlis dan Dewan Perhimpunan.

Falsafah
 Antara tokoh-tokoh falsafah Yunani yang terkenal adalah Socrates ("Bapa Falsafah
Barat"), Plato (pengasas akedemi falsafah, pengarang karya "Republik"-negara harus diperintah
oleh ilmuwan dan ahli falsafah), Aristotle(murid Plato, guru kepada Alexander the Great,
membincangkan cara berfikir dengan teratur dalam karyanya "Politics"), Epicurus dan Zeno.

Perkembangan Sains dan Matematik


 Antara tokoh-tokoh Yunani yang terkenal dalam bidang-bidang ini
ada Thales (mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba), Pythagoras (mengembangkan ilmu
geometri Mesir Purba dan Babylon, juga memperkenalkan Teorem
Pythagoras), Achimedes (ahli matematik dan fizik yang memperkenalkan teori isi padu air dan
graviti), Hippocrates("Bapa Perubatan") dan Hipparchus.
 Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam bidang astronomiYunani.

Sejarah dan Kesusasteraan


Homer merupakan pujangga Yunani yang agung yang hasilkan epik--"Iliad" dan "Odyssey".
 Tokoh sastera Yunani, Hesiod yang merupakan seorang penyair- karyanya "Theology"
dan "Works and Days"
 Thucydides (Pengasas Sejarah Saintifik) dan Herodotus("Bapa Sejarah Dunia", juga
pengarang karya "History of the Peloponnesian War") merupakan sejarahwan terkenal Yunani.
 Yunani juga meninggal mitos-mitos dan legenda yang menarik.

Sukan
 Sukan Olimpikberasas daripada Yunani.

Seni Bina dan Kesenian Visual


 Pembinaan Acropolis (untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat
kegiatanPericles), Parthenon(rumah berhala untuk Dewi Athena- mengingati kejayaan
membebaskan diri daripada kuasa Persia) dan Pantheon(binaan bentuk kubah terbesar di
dunia- tempat memuja, menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam) yang
menjadi tumpuan dunia.
 Orang Yunani mahir menghasilkan patung-patung manusia
 geometri: hasil daripada pertembungantamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan
Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.

Sifat Keterbukaan
Sumbangan Tamadun India (Indus)
Perancangan Bandar

Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa --
memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut
pengisiannya.
 pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk
masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar
Pemahaman
 Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan
tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
 tamadun Indus telah menunjukkan bahawasesebuah masyarakat itu tidak mampu
mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak
lain.
 hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah
membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk
pertukaran teknologi atau seumpamanya.
 dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala
pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
Sains dan Teknologi

 Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya


memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke
angka perpuluhan.
 Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
 Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat
batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan
suhu yang tinggi.

Falsafah
 Falsafah India ialah falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia.
 Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar:- kumpulan yang bersumberkan
kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda.
 Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva
Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gitamerupakan antara sumbernya.
 Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.

Ekonomi
 Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.

Seni Bina
Masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap-- dapat
dilihat melalui binaan Great Bath.
 Binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks
kuil di Gua Ajanta(mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-
gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur.
 Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
 Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan
alat-alat penghiasan-- tiang Asoka yang menjadi monumen.

Bahasa dan Kesusasteraan


 Bahasa Sanskrit (bukti: penemuan prasasti Talang
Tuwo/Kedukan Bukit) dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan oleh
orang India sehingga hari ini.
 Epik Mahabharata (menceritakan peperangan antara 2 tentera--baik dan jahat) dan
Ramayana (menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pengaduhan dengan raja
Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita) ialah hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha.

Agama
 Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha.
 Mesikipun sejarah kemunculan agama Hindu sukar dipastikan, namun agama ini sering
dikatakan telah wujud sejak zaman tamadun Indus lagi.
Yoga
 Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia.
 Sehingga hari ini, yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan sebagainya.
Keamanan
 Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada
kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai