Anda di halaman 1dari 63

Sejarah Nota

Bab 1
Zaman Paleolitik & Mesolitik
1. Hidup secara nomad
2. Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua
3. Cara hidup:
- Memungut hasil hutan
- Memburu binatang
- Menangkap ikan
4. Alat-alat batu lebih mementingkan fungsi
5. Petempatan Paleolitik:
- Lenggong
- Kota Tampan
- Tingkayu
- Gua Niah
Zaman Neolitik
1. Hidup menetap dalam kelompok besar, iaitu masyarakat
2. Cara hidup:
- Bercucuk tanam
- Menternak binatang
3. Penciptaan alatan batu yang dilicinkan & mempunyai pelbagai fungsi
4. Penciptaan bahan tembikar
Zaman Logam
1. Zaman Gangsa (tembaga + timah)
2. Zaman Besi
3. Mencipta perahu dan rumah dengan alat logam
4. Meneroka lautan
5. Meningkat kegiatan perdagangan maritim
6. Mengebumikan mayat dgn iringan bekal kubur spt tembikar, makanan,
alatan besi
7. Cth kota purba: Jericho (Jordan), Catal Huyuk (Turki)
Arkeologi: Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak, dan feature masyarakat
lampau secara sistematik melalui proses gali cari.
Artifak: Barang yang dicipta oleh manusia (kapak, pisau, pinggan
mangkuk).
1

Feature: Tinggalan spt struktur bangunan & lubang sampah yang tidak dapat
diubah.
Ekofak: Tinggalan spt sisa makanan, tulang, tumbuh-tumbuhan.
Makna Tamadun
1. Mudun.
2. Madain.
3. Madana - tinggi budi bahasa
- pembukaan bandar
4. Civilization civitas (bandar)
5. Peradaban.
6. Gordon Childe
- Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan tamadun.
7. Darcy Riberio & R.A. Buchanan
- Menolak unsur rohaniah.
- Menekankan kepentingan pembangunan lahiriah.
8. Syed Naquib al-Attas
- Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh
sesebuah masyarakat
9. Richarad Sullivan
- Menyokong Syed Naquib al-Attas
10. Ibn Khaldun
- Kehidupan tamadun = kehidupan bandar
- Kehidupan bandar terbentuk apabila lahir semangat assabiah (kekitaan)
- Muqaddimah
(a) umran: tanah yang didiami secara tetap, berkembang & maju
(b) hadarah: hidup di bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan,
dan moral yang tinggi.
Ciri-Ciri Tamadun
Petempatan Kekal
1.Corak hidup menjadi lebih sistematik.
2. Kemajuan dalam pertanian
- penciptaan peralatan baru: cangkul
- penggunaan teknologi: sistem pengairan yang baik
3. Membawa kepada lebihan pengeluaran.
4. Jumlah penduduk yang bertambah kerana bekalan makanan berterusan
membawa kepada
2

Kehidupan Berorganisasi
1. Mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan
kemakmuran kehidupan mereka.
2. Organisasi sosial awal yang paling ringkas: Sistem keluarga
3. Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi proses
pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.
4. Sistem sosial: Berbentuk piramid & bersusun lapis:
Raja
Pembesar (ahli agama, ketua keluarga, ilmuwan, pakar kesenian)
Rakyat
Hamba
Sistem Pemerintahan
1. Untuk mengendalikan masyarakat yang lebih besar.
2. Pemimpin selalu menggunakan unsur magis dan mendakwa diri sebagai
wakil tuhan demi mendapat pengiktirafan.
3. Membawa kepada sistem perundangan yang:
(a) Menjadi panduan kepada masyarakat
(b) Menjaga keamanan dan kemakmuran
Pengkhususan Pekerjaan
1. Produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan &
kepakaran.
2. Faktor:
(a) Pembentukan organisasi sosial & politik.
(b) Peningkatan dalam produktiviti manusia.
3. Kesan:
(a) Kemakmuran dan kestabilan politik.
(b) Perkembangan ekonomi.
(c) Sistem barter yang membawa kepada perdagangan.
4. Kepentingan perdagangan: Membolehkan berlakunya pertukaran ilmu
pengetahuan, teknologi, dan budaya antara sesebuah masyarakat dengan
masyarakat lain.
Agama dan Kepercayaan
1. Bermula apabila manusia cuba memahami & menyesuaikan
kehidupannya dengan alam sekeliling.
2. Animisme:
3

(a) Alam sekitar (pokok, batu, matahari, laut) dipercayai mempunyai


semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran
hidup.
(b) Terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekitar.
3. Kepercayaan ini bertukar menjadi agama, iaitu politeisme (penyembahan
lebih daripada satu tuhan).
Bahasa dan Sistem Tulisan
1. Bahasa tertua: Yunani, Sanskrit.
2. Sistem tulisan awal: hieroglif, cuneiform, ideogram.
3. Peranan:
(a) Penyebaran ilmu pengetahuan.
(b) Perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara masyarakat
(c) Untuk urusan pentadbiran spt:
- Penyimpanan rekod.
- Penulisan undang-undang.
- Hal-hal keagamaan.
(d) Menyampaikan, memperkembangkan, dan mencatatkan idea &
pemikiran.
Proses Pembentukan Tamadun
Lembah sungai selalu dipilih sebagai lokasi petempatan kekal kerana:
1. Kesuburan tanah.
2. Bekalan air.
3. Makanan.
4. Pengangkutan & perhubungan.
Tamadun Mesopotamia
1. Mesopotamia: (Yunani) Tanah di antara dua sungai.
2. Terletak antara Sg. Tigris and Sg. Euphrates.
SumeriaAkkad UrBabylon Awal/Lama Kassites Assyria
Chaldea
* selepas Chaldea, dikuasai Parsi ,Sasuke Buries Kaasan And Chichi
Proses Pembentukan
1. Bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.
2. Orang Sumeria membina petempatan, menjalankan pertanian, makanan
4

berlebihan, penduduk bertambah.


3. Sumer: 3 kumpulan etnik:
- Sumeria.
- Semitik.
- Orang yang tidak diketahui asal usul keturunannya tetapi
bilangan kecil.
4. Bandar:
- Kish
- Nippur
- Lagash
- Uruk
- Ur
- Eridu
- Assur
- Mari
Ciri-Ciri
Negara Kota
1. Kerajaan yang berdaulat yang mempunyai unit politik tersendiri.
2. Hanya akan bersatu untuk berperang dan menentang musuh.
3. Kawasan utama:
- Pusat kota (rumah ibadat)
- Tembok kota
- Luar kota
- Pelabuhan
4. Mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang
menjadi lambang kekayaan kota.
5. Terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, kedai, dan pasar.
6. Jalan lurus & lebar.
7. Kewujudan sungai & kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan
dengan kapal, pedati dan keldai.

Organisasi Sosial
1. Golongan pemerintah:
- Raja
- Ketua pendeta
- Ketua tentera
5

- Orang bangsawan
2. Golongan rakyat:
- Petani
- Artisan
- Pedagang
- Hamba
Sistem Pemerintahan
1. Teokrasi Pemerintahan oleh tuhan/wakil tuhan yang berasaskan hukum
agama dan bersifat ketuhanan.
2. Raja
- Tuhan/wakil tuhan.
- Pemilik negara kota.
- Ketua pentadbir
- Ketua tentera
- Ketua pendeta
- Melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat.
- Menentukan bentuk pentadbiran.
- Berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian, dan perniagaan.
- Dibantu oleh pegawai (golongan bangsawan/mempunyai ikatan dengan
keluarga diraja).
- Tidak disembah sebagai raja kecuali:
3. Raja Naramsin
- Memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan
- Menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah
yang luas
- Menggelarkan diri sebagai Raja Empat Penjuru Alam.
4. Zigurat
- Pusat ibadat.
- Pusat perdagangan.
- Pusat penyimpanan khazanah negara.
5. Pengkhususan kerja
- Berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian.
- Petani menjadi peniaga, pedagang, & artisan.
- Terdapat pembuat tekstil, tembikar, & alat keperluan harian.
- Terdapat tukang rumah kerana pertambahan penduduk di negara kota.
- Terdapat tentera.
6. Perdagangan

- Penting kerana tidak banyak bahan mentah.


- Bahan mentah spt logam, kayu-kayan, emas, & perak ditukar dgn hasil
pertanian.
7. Sistem tulisan
- Bermula dalam bentuk tulisan bergambar.
- Berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah
liat.
- Tulisan yang berbentuk pepaku ini dipanggil cuneiform.
Sumbangan
Kod Undang-Undang Hammurabi
1. Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
2. Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza
mengikut susun lapis masyarakat.
3. Mengandungi 282 undang-undang.
4. Dipahat pada tembok & tiang besar supaya rakyat dapat membaca.
5. Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
6. Kebaikan:
- Mengelakkan permasalahan di kalangan kaum & susun lapis
masyarakat.
- Mewujudkan perpaduan.
- Mengukuhkan sistem organisasi.
- Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa
panjang.
7. Contoh:
- Jika 1 bangsawan mematahkan tulang 1 bangsawan lain, tulangnya
dipatahkan.
- Jika 1 bangsawan mencederakan mata/mematahkan tulang 1 rakyat
biasa, bangsawan didenda 1 wang perak.
8. Raja Hammurabi:
- Menggubal Kod Undang-undang Hammurabi.
- Berasal daripada keturunan Amorite.
- Membina banyak pusat kota.
- Pusat pemerintahannya di Babylon.
- Menakluk Akkad & menjadi raja seluruh Mesopotamia.
Sistem Pendidikan
1. Disebabkan kewujudan sitem tulisan.

2. Tujuan: Melahirkan jurutulis.


3. Jurutulis membolehkan urusan pentadbiran & perniagaan dicatat supaya
dapat direkodkan.
4. Semua urusan jual beli sidertakan dengan resit, nota & surat kredit.
Epik Gilgamesh
1. Hasil kesusateraan tertua di dunia.
2. Mengandungi falsafah & cara hidup orang Mesopotamia.
3. Kisah tentang Gilgamesh yang:
- Memiliki sifat 2/3 tuhan, 1/3 manusia.
- Wajah tampan.
- Susuk badan yang sasa.
- Kuat dan berani.
- Memerintah & melindungi kehidupan di kota Uruk.
4. Menceritakan tentang pemerintahan, kecintaan, kehidupan yang abadi &
kesaktian.
Ilmu Astronomi
1. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang & matahari membawa
kepada perkembangan ilmu matematik (sistem mengira perpuluhan, punca
ganda dua, menolak, menambah) yang kemudian membawa perkembangan
ilmu geometri.
2. Membolehkan mereka menggunakan jalan laut.
3. Mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar (12 bulan setahun).
Ilmu Perubatan
1. Mendapat perhatian semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana
mementingkan kesihatan tentera.
2. 500 jenis ubat-ubatan & ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan
penggunaannya.
3. Cara mengubat penyakit dicatat sebagai panduan.
Penciptaan Roda
1. Menghasilkan kereta kuda untuk peperangan atau masa aman.
2. Mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus untuk:
- Meningkatkan hasil pertanian.
- Mengawal banjir.
Penciptaan Alat Pengangkutan
1. Menggunakan kapal layar & pengangkutan beroda.
2. Menguasai jalan darat & darat laut.

Seni Bina
1. Cara membuat batu bata daripada tanah liat.
2. Mencipta arca & tiang batu.
3. Cth: Patung Raja Gudea.
Empayar Pertama
1. Raja Sargon mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di
dunia.
2. Raja Sargon menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerjaan
Sumeria.
3. Membentuk masyarakat yang lebih berestetika.
Perpustakaan Diraja
1. 22000 keping tablet.
2. Mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan & sejarah
Mesopotamia.
3. Kebanyakan ialah formula perubuatan, surat & dokumen perniagaan, &
susunan peristiwa peperangan.
Taman Tergantung Babylon
1. Satu daripada 7 ciptaan manusia yang menakjubkan.
2. Dibina pada zaman Raja Nebuchadnezzar (raja Chaldea).
Tamadun Mesir Purba
Awal
Pertengahan
Empayar
Keruntuhan
Kemudian dikuasai oleh:
Libya,Kush,Assyria,Parsi,Yunani,Rom
Proses Pembentukan
1, Alat logam membolehkan manusia di Lembah Nil membina sistem
perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian.
2. Peralatan kawalan air meninggikan nilai kesuburan tanah.
3. Petempatan tetap yang berteraskan pertanian didirikan dan berkembang
menjadi perkampungan.
9

4. Gabungan kampong mewujudkan bandar yang bergabung menjadi nome


(daerah).
5. Cth bandar: Thinis, Memphis, Thebes.
Ciri-Ciri
1. Pusat pentadbiran.
(a) Firaun Menes menyatukan semua nome dengan pusat pentadbiran di
bandar Thinis.
(b) Kemudian: Memphis
(c) Zaman Pertengahan: Thebes
2. Bandar
(a) Cth: Heliopolis, Fayoum, Abydos
(b) Tempat kediaman firaun
(c) Pusat pemerintahan & pentadbiran
(d) Pelabuhan
(e) Pusat keagamaan
(f) Pusat tumpuan penduduk.
3. Firaun
(a) Berasal daripada pharaoh (rumah yang agung)
- bermakna pihak/kuasa yang mengenakan cukai.
- merujuk kepada istana dan raja yang memerintah, iaitu firaun.
(b) Ketua kerajaan Mesir.
(c) Diwarisi secara turun-temurun.
(d) Zaman kerajaan lama: Firaun dianggap jelmaan Tuhan Horus.
(e) Dinasti ke-3 dan ke-4: Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai
bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, Amon-Re.
(f) Ketua pendeta.
(g) Pemilik tanah.
(h) Ketua hakim.
(i) Ketua pahlawan.
4. Kehidupan berorganisasi
(a) Firaun.
(b) Bangsawan, rahib, tuan tanah, jurutulis.
(c) Rakyat - petani, pedagang, artisan.
(d) Hamba

10

5. Sistem pemerintahan
(a) Diterajui oleh firaun yang:
- Menjalankan pentadbiran.
- Menjaga keamanan.
- Mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
(b) Firaun dibantu oleh bangsawan (pegawai, penasihat, gabenor wilayah
taklukan).
(c) Rahib mentadbir hal keagamaan.
(d) Jurutulis menulis rekod kerajaan.
6. Kedudukan wanita
(a) Wanita dilantik sebagai pemimpin Firaun Hatshepsut.
(b) Melakukan pembaharuan seperti pembinaan terusan & pertukaran
padang pasir kepada tanah pertanian.
(c) Wanita mampu memerintah dan mempunyai status yang tinggi.
7. Empayar
(a) Kerajaan berbentuk empayar dan meliputi kawasan yang luas.
(b) Dari Nubia hingga ke Lubnan dan Syria.
8. Pengkhususan kerja
(a) Penenunan.
(b) Pembuatan tembikar dan peralatan.
(c) Eksport utama: Tekstil & kertas.
(d) Perlombongan emas (Nubia).
9. Perdagangan
(a) Sg. Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal menyusuri
dan berlabuh di pelabuhan spt:
- Thebes
- Memphis
- Fayoum
- Heliopolis
(b) Sistem pemerintahan yang terancang menarik pedagang.
10. Politeisme
(a) Kepercayaan kepada banyak tuhan.
(b) Tuhan dikaitkan dengan unsur alam:
- Re (Tuhan Matahari)
- Ra-Atum (Tuhan Langit)
11

- Amun (Tuhan Angin)


11. Orang Mesir Purba percaya kepada kehidupan selepas mati.
(a) Mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.
(b) Makam mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan.
(c) Solekan mayat, alat kebesaran, & jumlah barang dalam makam
menunjukkan kedudukan mayat.
12. Sistem tulisan hieroglif.
(a) Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
(b) Kepentingan:
- Merekodkan aktiviti pertanian.
- Untuk tujuan pengutipan cukai.
- Tujuan keagamaan & amalan ritual kepercayaan.
Sumbangan
1. Seni Bina - Piramid
Imhotep:
(a) Membina piramid termasuklah piramid Sakkara (piramid tertua &
binaan batu pertama di dunia) untuk Firaun Djoser.
(b) Saintis, ahli fizik, arkitek, penasihat penting kepada Firaun Djoser.
(c) Memperkenalkan teknik pembinaan dengan menggunakan batu bata.
(d) Pengamal ilmu perubatan.
(e) Pengarang buku sains & sastera.
2. Kertas
(a) Mencipta kertas daripada pokok papyrus.
(b) Memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.
3. Hieroglif
Hieratik Demotik (see p. 21!)
4. Sistem pendidikan
(a) Untuk kanak-kanak keluarga atasan.
(b) Institusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di
bawah pentadbiran kerajaan.
(c) Tujuan: Melahirkan pegawai kerajaan terutamanya jurutulis.
(d) Ilmu geometri, matematik, & sains diajar bagi melahirkan golongan
12

terlatih yang boleh menguruskan:


- hal ehwal pertanian
- pengawalan air Sg. Nil
- pembinaan bangunan & piramid.
5. Ilmu pengetahuan.
(a) Pengamal perubatan berstatus tinggi dan berkhidmat untuk firaun &
masyarkat.
(b) Ilmu dalam bidang fizik, kimia, perubatan & pembedahan memberi
sumbangan besar kepada perkembangan ilmu.
(c) Ilmu matematik spt algebra, geometri, & astronomi digunakan
sepenuhnya untuk mengawal banjir Sg. Nil yang berlaku sekali
setahun.
(d) Sistem pengairan menukar kawasan padang pasir menjadi tanah
pertanian.
(e) Firaun Senuusret III membina tembok pengairan sepanjang 123 km
bagi menebus guna kawasan padang pasir & membina terusan untuk
mengairkan tanah.
(f) Sistem kalender 365 hari 12 bulan setahun diperkenalkan.
(g) Catatan perubatan ditemui dalam makam Firaun Khufu.
Tamadun Indus
Mula merosot kerana:
- Serangan orang Aryan
- Bencana alam spt banjir, kemarau, dan gempa bumi.
Proses Pembentukan
1. Nomad menetap di sepanjang Sg. Indus kerana air dan subur.
2. Lebihan hasil pertanian menyebabkan pertambahan penduduk.
3. Bandar terbentuk. Cth: Mohenjo-Daro & Harappa.
4. Cth pelabuhan: Lothal & Sutkagen Dor.
Ciri-Ciri
Bandar terancang
1. Disebabkan petempatan kekal.
2. Dikelilingi tembok.
3. Bahagian utama: Pusat pentadbiran & keagamaan
- Bangunan pentadbiran.
- Tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara & pembersihan.
13

- Tempat penyimpanan hasil pertanian.


4. Bahagian kedua: Kawasan perumuhan.
5. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri & pembinaan
& sumbangan tamadun Mesopotamia & Mesir Purba.
6. Disusun berasaskan blok-blok segi empat yang dipisahkan oleh rangkaian
jalan raya yang lurus.
7. Bandar-bandar dihubungkan dengan sungai.
8. Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang:
(a) Rumah mempunyai bilik mandi dan tandas.
(b) Kumbahan dari rumah disalir keluar melalui paip ke longkang-longkang
yang mengalir di bawah jalan.
(c) Longkap tidak ditutup untuk membolehkan kerja pembersihan dilakukan
jika tersumbat.
(d) Bahan buangan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar.
Organisasi sosial
1. Golongan atasan:
(a) Pendeta.
(b) Pedagang.
2. Golongan bawahan:
(a) Petani: Menjalankan pertanian & memberi sebahagian hasil kpd pihak
berkuasa.
(b) Buruh:
- Menjaga kebersihan bandar
- Membina tembok di benteng.
- Membina terusan
Pengkhususan pekerjaan
1. Perdagangan.
(a) Hubungan dagangan dengan Mesopotamia dibuktikan melalui
penemuan cap mohor* buatan masyarakat Indus di Mesopotamia.
* - dibuat daripada batu lembut yang diukir & dipanaskan
- bentuk empat segi bujur
- lambing pengenalan diri seseorang/sekumpulan pedagang
(b) Hasil perdagangan: emas, gading gajah, manik, hasil pertanian.
2. Pertanian.
- Menanam barli, kacang, dan lain-lain.
3. Artisan.
- Menghasilkan barangan logam & tembikar.
14

Agama
1. Patung proto-Siva
(a) Menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga.
(b) Tiga tanduk di kepala melambangkan Dewa Brahma, Vishnu & Siva.
2. Tuhan Ibu
(a) Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.
(b) Melambangkan kesuburan.
(c) Dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal.
Sistem tulisan Piktograf.
Sumbangan
1. Perancangan bandar.
- Memerlukan gabungan kepakaran dari segi letak bandar & pengisiannya.
- Memerlukan pemahaman ilmu gemoteri, kesenian & matematik.
2. Meningkat mutu bahan binaan.
- Batu bata dihasilkan melalui pembakaran tanah liat pada suhu tinggi.
3. Sifat keterbukaan
- Membuktikan bahawa masyarakat tidak mampu mencapai kecemerlangan
tanpa berhubung dan bertukar pandangan dengan pihak lain.
- Hubungan dengan Mesopotamia & Mesir Purba membolehkan dua pihak
memperoleh manfaat dalam bentuk pertukaran teknologi.
- Bukti: Sumber Mesopotamia menyatakan nama bandar Makan (Makran)
dan Meluhha (Mohenjo-Daro).
Tamadun Hwang Ho
Kerangka Masa
1. Kemunculan tamadun dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien
yang dikenali sebagai Peking Men.
2. Dinasti Hsia.
3. Dinasti Shang.
4. Dinasti Chou.
Proses Pembentukan
1. Tapak Banpo ialah petempatan awal.
2. Bandar awal Anyang ialah pusat kerajaan Dinasti Shang.
3. Bermula di Hwang Ho yang menyuburkan kawasan sekitarnya.
15

4. Tersebar ke bahagian selatan Sg. Yangtze semas Dinasti Chou.


Ciri-Ciri
Negara Kota
1. Cth: Anyang.
2. Dalam Anyang terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran.
3. Raja, golongan pembesar, dan golongan agama tinggal di bandar.
4. Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh.
5. Dikelilingi oleh perkampungan petani.
Organisasi sosial
1. Lapisan atas: Golongan raja dan pembesar.
2. Lapisan bawah: Golongan petani.
3. Terdapat golongan artisan yang wujud kerana teknologi gangsa.
4. Gangsa digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai, hiasan pada kereta
kuda, & peralatan untuk upacara keagamaan.
5. Golongan paling bawah: Hamba.
Pengkhususan kerja
1. Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.
2. Dua kumpulan tentera:
(a) Tentera berkereta kuda.
(b) Tentera berjalan kaki.
3. Petani berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
4. Artisan mencipta barangan tembaga spt:
(a) bekas minuman & makanan.
(b) senjata.
(c) barang tembikar.
5. Fungsi hamba:
(a) Tentera paksaan.
(b) Membantu kerja-kerja perburuhan.
(c) Untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
Sistem Pemerintahan
1. Pemerintahan beraja.
2. Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih
muda/anak lelaki raja.
3. Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
4. Mandat daripada tuhan:
16

(a) Raja tidak memerlukan pengesahan politik kerana daripada keturunan


pemerintah agama.
(b) Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan & rakyat akan menikmati
kemakmuran & kesejahteraan hidup kerana pemerintahan direstui tuhan.
(c) Pemerintah Shang kehilangan mandat kerana berlaku zalim.
5. Raja dibantu oleh bangsawan & pegawai kerajaan.
6. Bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayah di luar pusat
pentadbiran.
7. Bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal
pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.
8. Dinasti Chou mengasimilasikan sistem yang sama.
9. Raja-Raja Dinasti Chou mengikat pembesar melalui:
(a) Ikrar taat setia.
(b) Pemberian hadiah spt kereta kuda, senjata, hamba & binatang.
(c) Diminta melindungi raja dan memberi bantuan ketika berperang.
(d) Berhak bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara
pengorbanan.
Agama & kepercayaan
1. Animisme.
2. Politeisme.
3. Menyembah roh nenek moyang.
4. Menyembah tuhan syurga (Shang-ti) Dewa tertinggi di syurga &
merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang.
5. Mempercayai Tien
- Makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta.
- Dirujuk sebagai syurga.
6. Menyembah tuhan bumi (Tu).
7. Menyembah sungai, bukit, dan gunung.
8. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara
korban.
9. Tulang oracle
(a) Meramal sesuatu keadaan.
(b) Bomoh meletakkan tulang di atas unggun api sehingga timbul
rekahan
yang ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
Sistem tulisan
1. Ideogram (tulisan berbentuk simbol).
2. Idea ditimbulkan oleh rekahan-rekahan tulang oracle.
17

Sumbangan
Politik
1. Sistem pemerintahan monarki diteruskan sehingga Dinasti Ching.
2. Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
3. Konsep anak syurga & mandat daripada syurga & amalan putaran dinasti
diteruskan.
Ekonomi
1. Pembinaan sistem pengairan.
- Terusan dibina untuk mengelakkan banjir & mengairi kawasan pertanian.
- Diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti.
2. Teknologi pembajakan.
3. Penciptaan cangkul & sabit.
4. Penggunaan batas untuk tujuan penanaman.
5. Menggantikan alat pertanian kayu dengan besi.
Sosial
1. Sistem tulisan.
- Masih digunakan sehingga hari ini.
- Diguna oleh orang Korea & Jepun.
2. Pemujaan nenek moyang.
3. Konsep Yin dan Yang.
- Alam semesta & kejadian terdiri daripada 2 unsur yang saling melengkapi.
- Yin = kuasa pasif
- Yang = kuasa aktif
4. Feng Hsui
- Falsafah Taoisme
- Merujuk pada hubungan manusia dengan alam sekitar.
- Tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam
sekitar.
5. Sistem kalendar
- 30 hari sebulan, 360 hari setahun.
- Raja menggunakannya untuk menentukan musim menanam & musim
menuai.
- Digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan,
perburuan, dan pengebumian.
6. Falsafah perang Sun Tzu.
- The Art of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani

18

musuh.
- Diaplikasi sebagai taktik dalam perniagaan.
Bab 3
Srivijaya
1. Bala tentera laut yang besar & dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat
termasuk orang laut.
(a) Mengawal perdagangan di Selat Melaka.
(b) Mengawal keselamatan kerajaan.
2. Menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang antara India & China
kerana:
(a) Pelabuhan baik.
(b) Kedudukan strategik.
3. Barangan untuk perdagangan antarabangsa dibekalkan oleh wilayah
taklukannya.
4. Kuasa maritim utama di AT.
5. Dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar.
6. Shih-li-fo-shi.
Kedah Tua
1. Chieh-cha/Kataha.
2. Lokasi
(a) Awal: Sungai Mas
(b) Akhir: Lembah Bujang
3. Agama
(a) Awal: Buddha
(b) Ahkir: Hindu
(c) Bukti: (i) Tinggalan candi berunsur Hindu & Buddha
(ii) Arca Hindu-Buddha
4. Di utara Kedah Tua ialah kerajaan Kalah.
5. Pelabuhan & kerajaan tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.
6. Berperanan sebagai pelabuhan entrepot.
Bukti: (a) Tembikar China Dinasti Tang, Dinasti Song, & Dinasti Yuan
dijumpai.
(b) Pelita tembaga & tembikar dari Timur Tengah dijumpai.
(c) Manik dari India, Sri Lanka & Burma dijumpai.
7. Faktor berkembang:
(a) Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal terutama pada waktu malam
melalui nyalaan api.
(b) Kedudukan strategik yang terlindung daripada angin monsun barat
19

daya & timur laut.


(c) Kemudahan menyimpan barang.
(d) Kekayaan hasil hutan spt damar, rotan & sumber bumi spt timah.
8. Barang import: kain kapas, sutera, the, tembikar, kaca, manik.
Dua Jenis Kerajaan Saling Melengkapi
Kerajaan Agraria
1. Membekalkan tenaga kerja.
2. Membekalkan beras.
3. Membekalkan keperluan makanan.
4. Membekalkan hasil hutan.
5. Membekalkan bahan kayu untuk kerajaan maritim membuat kapal.
6. Membekalkan binatang kenderaan seperti gajah.
7. Membekalkan tukang kayu & tukang batu yang baik.
Kerajaan Maritim
1. Membekalkan barangan mewah yang dijadikan sumber kekayaan kerajaan
agraria spt gelas, manik, gelas.

Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal


Bukti Kedatangan
1. Candi di Lembah Bujang, Srivijaya, & Angkor.
2. Cararan I-Tsing: 1000 bhiksu mempelajari agama Buddha & nahu
Sanskrit di Srivijaya sebelum melanjutkan pelajaran ke Nalanda.
3. Atisa (guru Buddha dari Tibet) pernah belajar di Srivijaya selama 12
tahun.
Cara Kedatangan
1. Golongan Ksyatria (tentera).
2. Golongan Vaisya (pedagang).
3. Golongan Brahmin (pendeta).
4. Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik & disesuaikan
dengan budaya tempatan.
Bukti: Jumpaan seni arca yang mempunyai langgam bercirikan AT spt arca
dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.
5. Aspek yang diambil oleh India oleh pemerintah berbeza di AT mungkin
berbeza walaupun masa pengambilan sama.
(a) Abad kelima
20

- Kedah Tua: Buddha


- Dieng (Indonesia): Hindu
(b) Abad ketujuh
- Takuapa & Pulau Bangka: Hindu mazhab Vishnu
- Sumatera & Jawa: Buddha Mahayana
6. Faktor: Perdagangan dua hala antara India & AT berkembang.
(a) India mendapat emas dari AT.
(b) Maharaja Vespian menghentikan perdagangan emas untuk mengelakkan
kekurangan di Rom.
Pengaruh dalam Sistem Pemerintahan
1. Gelaran raja digunakan.
2. Sistem pemerintahan:
Raja
Kerabat diraja
Pembesar termasuk Brahmin
Rakyat
Hamba
3. Raja berkuasa mutlak.
4. Perintah raja ialah undang-undang.
5. Sesiapa yang melanggar peraturan menderhaka dan tidak akan
diampunkan.
6. Derhaka: Konsep yang digunakan dalam menjelaskan hubungan antara
raja dengan rakyat, iaitu rakyat mesti taat & tidak boleh menentang raja.
7. Raja harus adil.
8. Rakyat takut untuk menderhakai raja walaupun tidak adil.
9. Mereka percaya konsep dewa-raja, iaitu raja:
(a) bayangan tuhan
(b) ada kesaktian
10. Pertabalan raja diadakan untuk:
(a) Mengukuhkan kedaulatan raja.
(b) Membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.
11. Setiap raja ingin menjadi raja yang terulung dan menguasai seluruh alam
semesta.
12. Mereka membina kompleks kota yang melambangkan konsep alam
semesta, orde kosmos.
13. Negara dianggap alam semesta.
14. Raja & ibu kota ialah pusat alam & pusat pemerintahan.
15. Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara & rakyat
selaras dengan Dharma.
21

16. Cth: Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor membina


Angkor Wat.
Sistem Pemerintahan Kerajaan Angkor
1. Raja dianggap raja dewa dan berada di puncak sistem pemerintahan.
2. Raja dibantu pembesar.
3. Daerah Pembesar daerah & gabenor.
4. Brahmin menjalankan upacara keagamaan.
5. Pada peringkat pentadbiran: Raja dibantu oleh pegawai tentera & hakim.
Sistem Pentadbiran Srivijaya
1. Pentadbiran pusat terdapat:
(a) Yuvaraja
(b) Pratiyuvaraja
(c) Raja kumara
(d) Raja putra (anak gundik tidak boleh menggantikan raja)
2. Ketua pentadbiran pusat parvanda/senapati
3. Pegawai lain ialah hakim, temenggung, penghulu etc.
4. Hamba paling bawah.
5. Daerah ditadbir oleh datu:
(a) parvanda (berketurunan raja)
(b) bhupati (orang-orang kaya)
6. Datu harus mengangkut sumpah di Telaga Batu.
(a) Datu minum air yang disiram pada batu bersurat.
(b) Air dikumpulkan di bahagian bawah batu supaya dapat diminum.
(c) Agar pembesar memberikan taat setia kepada raja.
(d) Upacara diketuai oleh Brahmin.
(e) Disertai doa yang akan menimpakan bencana kepada sesiapa yang
mengkhianti sumpah.
(f) Bukti: Batu bersurat dengan ular tedung berkepala tujuh (melambangkan
payung yang melindungi tulisan) dan dengan tempat air mengalir di bawah.
Pengaruh dalam Kesenian
1. Monumen Binaan/Bangunan yang dibuat daripada batu untuk
memperingati orang ternama atau peristiwa penting.
2. Candi:
(a) Rumah ibadat
(b) Tempat menyimpan abu jenayah raja & keluarga
(c) Tempat menyimpan patung dewa utama
(d) Lambang keagungan pemerintah.
22

3. Angkor Wat & Candi Borobudur melambangkan orde kosmos.


4. Thailand, Kemboja, Vietnam wat
5. Burma stupa
6. Indonesia candi
7. Cth candi:
(a) Candi Dieng Hindu
(b) Candi Borobudur
(c) Candi Prambanan (Indonesia) Hindu
(d) Angkor Wat (Kemboja)
(e) Candi di Chaiya & Yarang (Thailand) Buddha
(f) Candi di Lembah Bujang (Kedah)
8. Patung Avalokitesvara ialah patung agama Buddha.
9. Patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga, & Lingga merupakan patung
agama Hindu.
10. Drawapala & Nandiswara berperanan menjaga candi daripada dimasuki
roh jahat.
11. Gaya seni bina arca & patung menunjukkan adunan 2 tamadun iaitu
India & AT.
Cth: Arca Buddha menunjukkan ciri campuran antara gaya Sarnath dari
India dengan langgam seni arca tempatan.
Angkor Wat
1. Untuk agama Hindu.
2. Di utara Siem Reap.
3. Melambangkan orde kosmos.
4. Bahagian tengah Tempat pemujaan dengan teres bertingkat empat.
5. Setiap sudut mempunyai menara.
6. Bahagian luar terdapat tembok yang dibina daripada batuan laterit & batu
pasir.
7. Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayan & Mahabhrata.
Candi Borobudur
1. Casparis berpendapat bahawa namanya berasal daripada
Bhumisambarabhudara
- Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva
2. Tiga pangkat yang melambangkan:
(a) Panna (aspek kebijaksanaan)
- Memahami dengan benar
- Berfikir dengan benar
(b) Samadhi (aspek penumpuan)
23

- Bertindak dengan benar


- Bercakap dengan benar
- Mengamalkan cara hidup yang benar
(c) Sila (aspek moral)
- Berusaha dengan benar
- Membuat pertimbangan dengan benar
- Memberi tumpuan yang benar
3. Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha.
4. Dibina dalam masa 75 tahun.
5. Terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha.
6. Bahagian teratas melambangkan nirvana, tahap manusia membebaskan
dirinya daripada nafsu.
See p. 90 for pix
Lembah Bujang
1. Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai oleh James Low iaitu
Superintendent di Seberang Prai.
2. Nama berasal daripada Bhujangga yang bermaksud ular/cobra yang
berasal daripada Phujangga yang bermaksud cerdik pandai.
3. Kaya dengan hasil pertanian & bijih timah.
4. Candi Hindu terbahagi kepada:
(a) Vimana bahagian suci tempat arca diletakkan
(b) Mandapa bahagian luar candi
5. Candi berunsur Buddha memiliki pelan jenis cruciform.
Pengaruh dalam Kesusasteraan
1. Bahasa Sanskrit meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat AT.
2. Cth: Batu bersurat mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan,
raja & undang-undang.
(a) Batu bersurat di Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.
(b) Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama
Buddha.
3. Sebahagian besar inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu
Kuno.
(a) Berkaitan dengan pemerintahan & amaran raja agar tidak menderhaka.
(b) Memerlukan kemahiran yang tinggi agar batu tidak pecah & tulisan
dapat dibaca.
(c) Memerlukan asas kukuh dalam bahasa Sanskrit.
4. Bahasa Sanskrit ialah bahasa keagamaan yang terdapat dalam kitab

24

sastera Hindu, Buddha & Tamil.


5. Bahasa Sanskrit kekal dalam bahasa Melayu. Cth:
(a) dosa dosa
(b) dukkha duka
(c) dorhaka derhaka
(d) manusa manusia
(e) phala pahala
(f) rupa rupa
(g) samsara sengsara
(h) aksara huruf
6. Bahasa sanskrit menjadi bahasa ilmu & komunikasi.
7. Kesusteraan India terdedah melalui kesusasteraan, penceritaan lisan, &
wayang kulit.
(a) Ramayana
(b) Mahabharata
(c) Puranas
8. Pengaruh kesusasteraan dilihat dalam puisi & prosa Jawa spt:
(a) Nagarakertagama
(b) Sutasoma
(c) Arjunwiwaha
(d) Kunjarkarna
9. Adunan Mahabharata dengan unsur tempatan:
(a) Hikayat Pendawa Lima
(b) Hikayat Pendawa Jaya
(c) Hikayat Sang Samba
10. Daripada epik Ramayana lahir Hikayat Seri Rama.
Bab 4
Masyarakat Arab Jahiliah
1. Jahiliah berasal daripada jahala
- jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempuntai ilmu pengetahuan.
2. Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa
selepas keruntuhan Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu
Allah kepada NM.
3. Empangan Maarib runtuh kerana:
(a) banjir besar
(b) kelalaian pemimpin Sabak untuk membaikinya semula
4. Sebab digelar masyarakat Jahiliah:
- Tidak menerima kebenaran & tdk mengikut ajaran para nabi & rasul
sebelumnya.
25

5. Zaman Jahiliah dianggap zaman kegelapan kerana:


(a) Tidak menyembah Allah.
(b) Menyembah berhala.
(c) Percaya animisme.
(d) Kehidupan kucar-kucir kerana tiada nabi/rasul dan kitab suci.
(e) Akhlak rendah, cth: kejam, angkuh, degil.
6. Nabi: Lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya
untuk dirinya sendiri.
7. Rasul: Lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripadaNya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai.
8. Wahyu: Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul
melalui malaikat Jibril.
9. s.a.w.
(a) sallallahu alaihi wassalam
(b) Maksud: Allah merahmati NM.
10. Kerajaan Sabak
(a) Ekonomi berasaskan pertanian & perdagangan.
(b) Pernah diterajui oleh pemimpin wanita, Ratu Balqis.
Ciri-Ciri
1. Masyarakat Badwi gurun & pedalaman.
2. Masyarkat Hadari pesisiran pantai.
3. Kawasan petempatan berbeza, jadi cara hidup berbeza.
4. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral spt berjudi, berzina, minum arak.
5. Lelaki yang minum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah
sempurna sebagai lelaki.
6. Kedudukan wanita rendah
(a) Tidak dapat mewarisi harta.
(b) Bayi perempuan ditaman hidup-hidup sejurus dilahirkan kerana
beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.
(c) Lelaki boleh mengahwini beberapa wanita sekali gus/sesiapa yang
disukainya.
7. (a) Perniagaan dijalankan berasaskan riba & penindasan.
(b) Pedagang mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
(c) Merompak kafilah ialah punca mata pencarian masyarakt Arab.
(d) Kafilah: Kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu
tempat dengan satu tujuan, cth: berniaga, berpindah.
(d) Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin ialah amalan biasa.
8. Kepercayaan agama:
26

(a) Agama wathani menyembah berhala


(b) Animisme memuja alam spt pokok
(c) Samawi Kristian & Yahudi
(d) Kepercayaan/Khurafat
- kepercayaan karut/tahyul
- mempercayai sihir dan ramalan (menilik nasib) ahli nujum
- mempercayai roh orang mati menjadi burung
- mempercayai perjalanan mestil berpandukan arah burung
- mempercayai pemakaian cincin perak & tembaga boleh menguatkan
seseorang
(e) Agama Hanif
- Bilangan kecil
- Ada yang mencampurkan ajaran agama Hanif dgn amalan masyarakat
Jahiliah
- Disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
- Penganut digelar Hunafa
- Pengikut:
(i) Waraqah bin Naufal
(ii) Uthman bin Huwairith
(iii) Abdullah bin Jahsh
(iv) Umaiyah bin Abi Salt
9. Sistem Kabilah
(a) Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
(b) Ahli kabilah terdiri daripada suku tertentu yang tinggal dalam sebuah
kawasan.
(c) Setiap kabilah mempunyai indentiti dan peraturan sendiri.
(d) Ahli sangat taasub & fanatik terhadap kabilah masing-masing.
(e) Syeikh
- Ketua.
- Lambang perpaduan.
- Syarat pelantikan:
(i) Disukai ahli kabilah.
(ii) Dilantik atas persetujuan ramai.
(iii) Berfikiran matang.
(iv) Gagah.
(v) Berani.
(vi) Pandai berpidato.
10. Kesan Sistem Kabilah:
(a) Kemunculan semangat assabiah/semangat kesukuan yang menebal.
- Sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri &
27

kabilah.
- Sebab: Struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.
- Sebab: Keadaan geografi & suasana tempat tinggal mereka yang
panas dan kering-kontang.
- Terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.
- Sifat kesukuan menebal.
(b) Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab kecil.
- Peperangan al-Basus
(i) Peperangan antara Bani Taghlib & Bani Bakar.
(ii) Sebab: Seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani
Taghlib.
(iii) Memakan masa 40 tahun.
(iv) Memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka
berperang.
Kehidupan Awal Nabi Muhammad s.a.w.
1. NM berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, Qusai
bin Kilab.
2. Keturunan NM dirujuk kepada Hasyim.
3. Dengan penguasaan Makkah, Bani Hasyim menguasai Kaabah dan telaga
zamzam.
4. Telaga zamzam
(a) Sumber air telada zamzam menjadikan kota Makkah terkenal kepada
pedagang.
(b) Kewujudannya berkaitan dengan sejarah kedatangan Nabi Ismail ke
Makkah.
5. Keturunan NM mahir dalam pentadbiran & perniagaan.
6. Dinamakan Muhammad (terpuji) oleh datuk.
7. Bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib.
8. Ibu: Aminah binti Wahab.
9. NM dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah di rumah datuknya.
10. Tahun Gajah: Sempena serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh
Abrahah dari Habsyah terhadap Makkah.
11. Bapa NM mati sebelum NM dilahirkan.
12. NM diserahkan kepada Halimatus Sadiyah untuk dipelihara & disusui.
13. Semasa NM 6 tahun, ibunya mati dan dia dipelihara oleh datuknya,
Abdul Muttalib bin Hasyim.
14. Selepas datuknya mati, dia dipelihara oleh Abu Talib (bapa saudara).

28

15. Pengalaman bekerja:


(a) Menggembala kambing Abu Talib.
(b) 12 tahun, menyertai rombongan perniagaan Abu Talin ke Syam.
- Kerasulannya diramalkan oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira di
Basrah.
- Buhaira menasihati Abu Talib supaya segera membawa pulang NM
kerana dikhuatiri NM dibunuh oleh orang Yahudi.
16. 20 tahun, giat berdagang secara berseorangan & berkongsi dengan
teman.
17. Abu Talib mencadangkan agar NM menjalankan perniagaan Kadijah
binti Khuwailid.
18. NM menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah, hamba
Khadijah.
19. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah dan kebolehan menjalankan
perniagaan menyebabkan Khadijah memberi modal yang lebih besar
kepadanya.
20. Kebijaksaaan & kelembutan tutur kata & kepandaian NM mengambil
hati mereke yang berurus niaga dengannya menyebabkan baginda
memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
21. NM (25 tahun) berkahwin dengan Khadijah (40 tahun).
22. Khadijah binti Khuwailid
(a) Digelar al-thaharah (bersih) kerana sentiasa menjauhi maksiat &
adapt yang bertentangan dengan Islam.
(b) Anaknya dengan NM ialah Zainab, Ruqaiyah, Umi Kalthum,
Fatimah, Qasim, Abdullah dan Ibrahim.
(c) Semua mati pada usia muda.
(d) Fatimah berkahwin dengan Ali bin Abu Talib.
Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
1. Empat sifat terpuji utama:
(a) siddiq berkata benar
(b) amanah dipercayai
(c) tabliq menyampaikan
(d) fatanah bijaksana
2. Digelar al-Amin kerana NM tidak pernah berbohong dan selalui
dipercayai.
3. NM menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun
menghadapi pelbagai rintangan.
29

4. Berwibawa sebagai tokoh pemimpin.


(a) 35 tahun, menyelesaikan peristiwa perletakan semula Hajar Aswad
(batu hitam).
(b) Banjir menyebabkan Hajar Aswad terjatuh daripada tempat asalnya,
penjuru timur Kaabah.
(c) Semasa hendak meletakkannya semula, timbul pertelingkahan antara
kabilah.
(d) NM dilantik sebagai hakim.
(e) NM meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban.
(f) Wakil setiap kabilah memegang setiap bahagian tepi kain itu.
(g) NM sendiri meletakkan Hajar Aswad ke tempat asal.
(h) Semua kabilah puas hati.
(i) Hajar Aswad
- Orang Islam yang bertawaf di Kaabah dianjurkan untuk menghormati
batu ini dengan mencium, menyentuh atau memberi isyarat kepadanya.
5. Ketua keluarga yang patut dicontohi.
(a) Membantu insterinya memasak, menampal pakaian koyak, melayan
anak, & membersihkan rumah.
(b) Anak-anak diberikan pendidikan agama.
6. NM mengamalkan cara hidup sederhana.
7. NM merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama
ada kaya atau miskin.
8. NM bersifat penyayang terhadap orang tua & kanak-kanak.
9. NM pemaaf, spt yang dibukti semasa pembukaan semula kota Makkah.
10. NM bijaksana semasa menyelesaikan masalah, cth: menerima
kandungan Perjanjian Hudaibiyah walaupun kelihatan berat sebelah supaya
dapat menyebarkan Islam.
11. Sebelum menjadi rasul, NM sering berfikir tentang kehidupan
masyarakat yang tidak bermoral.
12. NM mengasingkan diri daripada masyarakat dengan bertahannuth
(mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak di puncak
Bukit Nur (Jabal Nur).
13. Pada 17 Ramadhan, Allah menurunkan wahyu pertama kepada NM (40
tahun) menerusi Jibril.
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
1. Wahyu pertama: Surah al-Alaq, ayat 1-5.
(a) Memerintahkan umat Islam supaya membaca.
(b) Melalui pembacaan, seseorang akan mendapat ilmu.
(c) Islam juga menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara.
30

2. Wahyu kedua: Surah al-Muddasir, ayat 1-7.


(a) Pengisytiharan NM sebagai Rasulullah (pesuruh Allah) yang
mewajibkannya menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
(b) Sebagai rasul, ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab
dengan bijaksana & terancang.
3. NM berusaha membetulkan akidah masyarakt Arab dengan menanamkan
keimanan kepada Allah.
Penyebaran Islam di Makkah
Rahsia
1. Tiga tahun.
2. Ditujukan kepada ahli keluarga, sahabat rapat, & kaum kerabat.
3. Mereka yang awal memeluk Islam:
(a) Isteri Khadijah binti Khuwailid
(b) Sepupu Ali bin Abu Talib (10 tahun)
(c) Anak angkat Zaid bin Harithah
(d) Sahabat Abu Bakar al-Siddiq
4. Tokoh Quraisy yang memeluk Islam melalui Abu Bakar al-Siddiq:
(a) Uthman bin Affan
(b) Zubair bin Awam
(c) al-Arqam bin Abu Arqam
- Dilahirkan di Makkah.
- NM menjalankan dakwah Islamiah di rumahnya.
- Kebanyakan sahabat yang mendapat bimbingan di rumahnya menjadi
pemimpin kerajaan Islam.
- Rumahnya menjadi rumah yang diwakafkan dan didiami oleh anakanaknya sehingga awal zaman Bani Umaiyah.
Terbuka
1. Sepuluh tahun.
2. Selepas NM menerima perintah Allah supaya menjalankan dakwah secara
terbuka.
3. Kepada keluarga Abdul Muttalib.
4. NM mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib dan
menerangkan tentang Islam.
5. Abu Lahab
(a) Menentang seruan NM.
(b) Digelar Abu Jahal.
(c) Nama sebenar: Abdul Uzza bin Abdul Muttalib.

31

(d) Memusuhi NM.


(e) Isterinya Arwa binti Harb menyokongnya untuk menentang ajaran
Islam.
(f) Balasan yang diterima olehnya digambarkan dalam surah al-Masad.
6. Dakwah Islamiah terbuka kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa
setelah Allah menurunkan perintah menerusi ayat al-Quran, al-Hijir, ayat
94.
7. Bukit Safa
(a) Tempat Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s. berlari-lari sambil mencari air
untuk anaknya, Ismail.
(b) Tempat bagi umat Islam mengerjakan sai (rukun haji & umrah) selain
Marwah.
8. Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir Makkah dari:
(a) Bani Abdul Muttalib
(b) bani Zuhrah
(c) Bani Tamim
(d) Bani Makhzum
(e) Bani Asad
9. Perbahasan hebat berlaku antara NM & Abu Lahab sehingga dakwah
terganggu.
Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Penerimaan Terhadap Islam
1. Ahli keluarga & sahabat rapat NM menerima Islam.
2. NM menjalankan dakwah secara rahsia pada peringkat awal kerana:
(a) Islam baru dikenali.
(b) Bilangan penganut Islam sedikit.
(c) Mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam
dihancurkan.
3. Kebanyakan penganut awal ialah hamba kerana tertarik pada ajaran Islam
yang memberikan layanan sama kepada semua manusia.
4. Bilal bin Rabah
(a) Hamba Umaiyah bin Khalaf dari Habsyah.
(b) Diseksa dengan kejam:
- Lehernya dijerut.
- Dijemur.
- Diselar dengan besi panas.
- Dadanya ditindih dengan batu.
(c) Tetap beriman dengan Allah walaupun diseksa.
(d) Abu Bakar al-Siddiq telah membeli Bilal daripada Umaiyah semasa dia
32

diseksa.
(e) Muazzin (orang yang melaungkan azan) pertama.
5. Keluarga Yassir dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya
Sumaiyah mati syahid.
6. Amir bin Fuhairah diseksa sehingga menjadi gila.
7. Zunainah diseksa sehingga buta.
8. Islam dapat diterima oleh orang ramai kerana kemurniaan ajaran dan
kebijaksaan NM berdakwah.
9. Cara NM berdakwah:
(a) Lemah lembut & berhikmah.
(b) Tidak memaksa tetapi memujuk orang ramai memeluk Islam.
(c) Membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai
akhlak yang disarankan Islam.
(d) Membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan.
(e) Memberi penerangan.
(f) Menunjukkan teladan baik.
10. Faktor kejayaan Islam:
(a) Kesabaran tinggi dan pengorbanan NM dan sahabat.
(b) Orang ramai mengenali peribadi NM yang mulia.
(c) Kekuatan mental, fizikal & rohaniah.
Penentangan Terhadap Islam
Cara Penentangan
1. NM dicemuh.
2. NM diganggu semasa beribadat dan benda-benda kotor diletakkan di
tengkuknya.
3. Terdapat orang yang ingin membunuh NM.
4. Penyair Arab Quraisy mengejek ajaran Islam melalui puisi.
5. Memujuk NM agar meninggalkan dakwah Islamiah dengan menawarkan
kedudukan, wanita cantik & harta.
6. Memulaukan NM dan keluarga.
(a) Tidak berdagang dengan keluarga NM.
(b) Tidak menolong keluarga NM.
(c) Tidak berkahwin dengan anggota keluarga NM.
(d) Selama 3 tahun sahaja kerana terdapat orang Quraisy yang tidak
mematuhi peraturan pemulauan.
Langkah Menangani
1. Abu Talib membantu dan melindungi NM semasa pemulauan.
2. Khadijah menyerahkan semua hartanya.
33

3. Perjuangan wanita diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah etc. di


Madinah.
4. Aisyah
(a) Isteri termuda NM.
(b) Aisyah binti Abu Bakar.
(c) Bijak, kuat ingatan, & mempunyai pengetahuan mendalam tentang
Islam.
(d) Sumber rujukan utama bagi orang Islam tentang hukum-hukum Islam.
Faktor Penentangan
1. Perbezaan kepercayaan dan amalan.
- Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah manakala orang Arab
Quraisy menyembah patung berhala & mempercayai animisme.
2. Ajarannya menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia.
- Bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang
mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan & bawahan.
3. Konsep persaudaraan Islam.
- Bertentangan dengan konsep assabiah.
4. Amalan spt mencuri & menindas yang menjadi kebiasaan mereka dilarang
oleh Islam.
5. Politik: Orang Arab Quraisy menganggap bahawa jika mereka menerima
agama Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepemimpinan NM.
6. Menggugat ekonomi orang Quraisy.
- Islam melarang penyembahan berhala.
- Perniagaan patung berhala akan terjejas.
Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah
Untuk mengurangkan tekanan dan penindasan, NM:
1. Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah.
(a) Untuk mendapat perlindungan.
(b) Hijrah pertama.
(c) NM tidak berhijrah kerana ingin menumpu kepada penyebaran Islam di
Makkah & menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah.
(d) Antara mereka yang berhijrah menyusuli NM ke Madinah dan ada yang
balik ke Makkah.
2. NM & Zaid bin Harithah merancang ke Taif untuk menyebarkan Islam ke
tempat baru tetapi kurang berkesam.
3. Akhirnya, NM berhijrah ke Madinah.

34

Yuen 2006-11-7 04:17 PM

Bab 5
Madinah
1. Mempunyai kedudukan strategik di tengah-tengah perjalanan antara
Makkah & Syam.
2. Tiga golongan penduduk:
(a) Nasrani
(b) Yahudi
- Bani Quraizah
- Bani Qunaiqa (paling awal tiba di Madinah)
- Bani Nadhir
(c) Arab
3. Kurang aman kerana pergeseran antara suku Arab & penguasaan ekonomi
oleh orang Yahudi.
4. Dikenali sebagai Yathrib sebelum ketibaan NM.
5. Madinah al-Munawarah bandar bercahaya.
Perjanjian Aqabah Pertama & Kedua
1. Beberapa orang Arab Madinah suku Khazraj memeluk Islam di Makkah
dan menyebarkan Islam di Madinah.
2. Musim haji berikut, sekumpulan orang suku Aus & Khazraj mengunjungi
NM.
3. Perjanjian Aqabah Pertama terjalin. Kandungan:
(a) Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
(b) Berjanji membantu perjuangan NM.
(c) Tidak melakukan amalan jahiliah.
4. NM kemudian menghantar Musab bin Umair ke Madinah untuk
menyebarkan Islam.
5. Perjanjian Aqabah Kedua: Suku Aus dan Khazraj
(a) Memeluk Islam dan taat setia kepada NM.
(b) Menjemput NM dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.
(c) Menyediakan tempat tinggal dan menjamin keselamatan mereka.
(d) Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.
Konsep Hijrah
1. Hijrah (Arab) berpindah
2. Dalam konteks tamadun Islam Perpindahan orang Islam dari kota
Makkah ke Madinah untuk memperkukuh kedudukan & menyebarkan Islam.
35

3. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran & meninggalkan keburukan.


4. Dilambangkan dengan semangat ingin berubah.
5. Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, sebagai pelarian. Ini
boleh disangkal kerana:
(a) Orang Islam berhijrah ke Madinah kerana jemputan orang Arab
Madinah.
(b) Ketibaan orang Islam Makkah disambut dengan rela & meriah.
(c) Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal & keselamatan mereka
terjamin.
(d) NM dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua
golongan masyarakat.
Proses Penghijrahan
1. NM mendapat tahu tentang pakatan untuk membunuhnya daripada wahyu
Allah.
2. Ali bin Abu Talib tidur di tempat tidur NM.
3. NM melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap
rumahnya.
4. NM menemui Abu Bakar al-Siddiq dan memberitahunya bahawa Allah
memerintahnya berhijrah.
5. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk 3 malam sebelum meneruskan
hijrah.
6. Jurupandu: Abdullah bin Arqat (belum memeluk Islam pada masa itu)
7. Semasa di Gua Thur, NM dibantu:
(a) Abdullah bin Abu Bakar Mengintip kegiatan orang Quraisy.
(b) Asma binti Abu Bakar Menghantar makanan & berita tentang gerakan
orang Quraisy.
(c) Amir bin Fuhairah Menggembala kambing berhampiran Gua Thur agar
NM dapat susu kambing.
8. NM & Abu Bakar singgah di Quba & mendirikan Masjid Quba.
9. Hijrah berlaku secara rahsia dan berperingkat.
10. Umar bin al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terang-terangan
kerana dia berani.
Sebab & Tujuan Hijrah
1. Perintah Allah menerusi wahyu.
(a) Surah al-Anfal.
(b) Menyatakan pakatan orang Quraisy untuk membunuhnya.
2. Meneruskan penyebaran Islam.
(a) Suasana aman memudahkan penyampaian Islam.
(b) Mewujudkan masyarakat Islam yang bersatu.
36

3. Jemputan masyarakat Arab Madinah yang menghadapi konflik.


(a) Suku Aus & Khazraj sering bertelagah.
(b) Ekonomi dikuasai orang Yahudi.
(c) Mereka memerlukan pemimpin untuk mendamaikan mereka.
Kepentingan Hijrah
1. Islam dapat disebar dengan aman dan terbuka.
2. NM mendamaikan suku Aus & Khazraj melalui semangat persaudaraan
sesama Islam.
3. Menjalin hubungan antara orang Islam Makkah & Madinah.
(a) Muhajirin: hajara berpindah
(b) Ansar: nasara menolong
(i) Menjaga keselamatan Muhajirin.
(ii) Menyediakan modal untuk berniaga.
(iii) Menyediakan makanan.
(iv) Menyediakan tempat tinggal & keperluan asas.
4. Hijrah menyatukan penduduk Madinah.
5. NM membina Masijid al-Nabawi di Madinah.
(a) Tempat untuk:
(i) Beribadat.
(ii) Belajar.
(iii) Bertemu & membincangkan masalah orang Islam.
(b) Kawasan persekitaran untuk menjalankan akitiviti harian spt jual beli.
(c) Dibina atas tanah yang dibeli oleh NM daripada Sahl & Suhail.
(d) Segi empat.
(e) Terdapat anjung bagi kegunaan musafir.
6. Kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam.
(a) Mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua,
Khalifah Umar bin al-Khttab.
(b) Sambutan maal hijrah mengingati perjuangan umat Islam dahulu.
7. Menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah kota
bercahaya.
(a) Untuk menjadikannya pusat tamadun Islam.
(b) Untuk menjadikan Islam cara hidup yang merangkumi semua bidang.
8. Menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum & tolong-menolong
melahirkan masyarakat cemerlang.
9. Menunjukkan ketabahan hati NM.
(a) Meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.
(b) Tidak berputus asa apabila gagal.
10. Menunjukkan kebijaksanaan NM.
37

(a) Bersembunyi dahulu di Gua Thur.


(b) Memilih jalan ke selatan menuju ke Tihamah kerana jalan menerusi
utara Makkah tidak selamat.
Pengorbanan Para Sahabat untuk Menjayakan Hijrah
1. Abu Bakar al-Siddiq Bergadai nyawa & harta untuk melindungi NM.
2. Ali bin Abu Talib Tidur di tempat tidur NM untuk mengelirukan orang
Arab Quraisy.
3. Abdul Rahman bin Auf Menyumbangkan harta untuk membantu orang
Islam yang miskin.
4. Wanita memainkan peranan penting: Asma membantu NM semasa di Gua
Thur walaupun bahaya.

Piagam Madinah (Sahifah Madinah)


1. Asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah.
2. Mencatatkan peraturan dan tanggungjawab pemerintah & rakyat.
3. 47 fasal:
(a) 23 fasal Hubungan & tanggungjawab orang Islam.
(b) 24 fasal Tanggungjawab orang bukan Islam termasuklah orang Yahudi.
Kandungan
Politik
1. NM pemimpin.
2. NM ketua hakim yang menyelesaikan masalah antara orang Islam dan
orang bukan Islam serta semua masalah lain.
Agama
1. Masyarakat bebas mengamalkan agama masing-masing.
2. Mereka bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak
bertentangan dengan Islam.
3. Tidak memaksa orang memeluk Islam.
Sosial
1. Masyarakat Madinah diangap sebagai ummah yang bersatu.
2. Mereka mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.
3. Masyarakat tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
Perundangan
38

1. Undang-undang Islam digunakan.


2. Peraturan kekeluargaan yang tidak bertentangan dengan Islam boleh
diamalkan.
3. Hukuman yang dikenakan adil.
(a) Bukan untuk menzalimi pesalah tetapi untuk menginsafkan pesalah dan
orang lain.
(b) Islam menetapkan beberapa syarat untuk menjatuhkan hukuman, cth:
perlu ada saksi.
Ekonomi
1. Menetapkan bahawa tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang
ekonomi.
2. Melarang riba & penindasan.
3. Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut.
Pertahanan
1. Semua orang wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
Kedudukan Yahudi
1. Mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah.
2. Keselamatan terjamin selagi mereka mematuhi Perlembagaan Madinah.
3. Mempunyai hak untuk menikmati keselamatan & kebebasan.
4. Mereka dibenarkan tinggal di Madinah.
Kepentingan Piagam Madinah
Ekonomi
1. Amalan riba, penipuan, rasuah & penindasan dilarang.
2. Sifat bertimbang rasa & amalan bersedekah digalakkan.
3. Mementingkan keadilan & ketelusan dalam perniagaan.
4. Ekonomi Madinah meningkat.
Sosial
1. Membentuk masyarakat berasaskan ummah, iaitu masyarakat yang hidup
bersatu padu & aman.
2. Kehidupan berasaskan ukhuwah Islamiah (semangat persaudaraan sesama
orang Islam).
3. Menekankan persamaan hak dan kedudukan (konsep keadilan sosial).
Perundangan
1. Masyarakt Madinah yang pelbagai kaum mempunyai undang-undang
39

yang lengkap.
2. Syariah Islam yang diperkenalkan adil.
3. Perlembagaan dapat diterima oleh semua golongan masyarakat.
4. Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
Politik
1. NM menyusun perlembagaan negara sebelum mengasaskan kerajaan.
2. Sistem pemerintahan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
3. Pemerintahan yang lengkap merangkumi peraturan tentang dunia &
akhirat.
Penyebaran Islam
1. Menghantar perutusan ke:
(a) Rom
(b) Rom Timur
- Maharaja Rom Timur, Hercules membincangkan kandungan warkah
dengan para pembesar.
(c) Parsi
- Warkah tidak terima oleh Raja Parsi dan dikoyakkan.
(d) Mesir
- Raja Qibti Mesir, al-Muqauqis menyambut baik warkah NM.
- Tidak menerima dakwah Islamiah.
(e) Habsyah
2. Tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi
dan menunjukkan nilai baik.
3. NM juga ingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut.
4. Oleh sebab orang Arab Quraisy sering menyerang kafilah perdagangan
Islam, NM berperang.
(a) Perang Badar
- NM mengampunkan tawanan Arab Quraisy walaupun menang.
- Tawanan wanita & kanak-kanak dibebaskan.
- Tawanan lelaki yang mengajar kira-kira 10 kanak-kanak Islam
membaca & menulis sehingga pandai dibebaskan.
(b) Perang Uhud
(c) Perang Khandak
- Islam Madinah v.s. Quraisy Makkah + Yahudi
- Pihak Islam menggali parit di sekeliling kota Madinah
- Islam menang kerana tentera sabar dan mempunyai ketahanan diri yang
tinggi.
(d) Perang Tabuk
40

5. Peperangan
(a) Bertujuan untuk mempertahankan maruah diri, agama & negara.
(b) Prinsip untuk berperang:
- Tedapat keizinan Allah.
- Diserang oleh musuh.
- Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga.
(c) Untuk menentang kezaliman.
(d) Untuk mempertahankan diri.
(e) Jika musuh Islam inginkan perdamaian, orang Islam harus memilih
perdamaian.
6. Islam tidak berkembang secara paksaan tetapi secara sukarela dan
toleransi.
7. Tentera Islam dilarang:
(a) Membunuh orang lemah (orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit,
orang yang menyerah diri).
(b) Membunuh binatang ternakan & memusnahkan tanan-tanaman.
(c) Merobohkan tempat ibadat.
Perjanjian Hudaibiyah
1. Orang Islam pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah.
2. Makkah penting kerana:
(a) Di situ terletak Kaabah, pusat ibadat bagi orang Islam.
(b) Tempat asal orang Muhajirin.
(c) Tempat turunnya wahyu pertama.
(d) Tempat lahir NM s.a.w.
4. Mereka disekat di Hudaibiyah oleh orang Arab Quraisy kerana:
(a) Berasa maruah tercabar.
(b) Bimbang dengan kekuatan orang Islam.
5. NM menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar
mereka datang kerana dia:
(a) Mempunyai ramai saudara mara di Makkah.
(b) Matang & tua berbanding sahabat lain.
(c) Lemah lembut & bertolak ansur.
6. Orang Islam yang mendengar khabar angin tentang kematian Uthman
bersumpah setia, yang dikenali sebagai Baiah al-Ridwan.
7. Orang Arab Quraisy berasa bimbang dan menghantar Suhail bin Amru
untuk berunding.
8. Perjanjian Hudaibiyah termeterai pada 6H.

41

Kandungan
1. Genjatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada orang Islam Madinah atau
orang Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran
penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran
penjaanya perlu dipulangkan.
5. Umat Islam boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H).
Kepentingan
1. Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, 7H.
2. Memberikan kebebasan kepada orang Islam memasuki Makkah &
beribadat di Kaabah bila-bila masa.
3. NM dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung
Tanah Arab secara aman.
4. Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy spt:
(a) Khalid bin al-Walid
(b) Amru bin al-As
(c) Uthman bin Talhah
5. Melambangkan ketokohan NM sebagai pemimpin yang unggul.
6. Menunjukkan bahawa orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam
Madinah.
7. Perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.
(a) Selepas 2 tahun, orang Quraisy melanggar isi perjanjian pertama.
(b) Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan
Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
(c) NM menghantar pasukan tentera ke Makkah.
Pembukaan Semula Kota Makkah
1. Kerana Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah.
2. Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri oleh orang Arab
Quraisy.
3. Al-Abbas (bapa saudara NM) & Abu Sudian memeluk Islam.
4. NM menyediakan 4 pasukan tentera (10 000 orang):
(a) Khalid bin al-Walid
(b) Abu Ubaidah al-Jarrah
(c) Saad bin Ubadah
(d) Zubair bin al-Awwam
42

5. Masuk ke Makkah dari utara, selatan, barat & barat daya.


6. Setelah menguasai Makkah, NM bertawaf 7 kali mengelilingi Kaabah.
7. NM berpidato kepada umat Islam dengan membacakan ayat al-Quran
yang menekankan kepentingan perpaduan.
8. NM memaafkan penduduk Makkah yang memusuhi Islam.
9. Makkah dijadikan wilayah Islam dan NM melantik wakil bagi
menjalankan pemerintahan Islam.
10. Sebelum wafat, dalam khutbah haji terakhir NM, NM berpesan bahawa
dia telah meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat,
iaitu al-Quran & sunnah Rasulullah.
Faktor Kejayaan
1. Orang Quraisy dikepung dengan rapi.
2. Semangat ketakwaan & keyakinan tentera Islam berjaya membuka semula
Makkah tanpa apa-apa rintangan besar kecuali penentangan kecil yang
diterima oleh pasukan Khalid bin al-Walid.
3. Pengislaman Abu Sufian & al-Abbas.
4. NM memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung.
Kepentingan
1. Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah.
2. Agama menyembah berhala dihapuskan.
3. Masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.
4. Kota Makkah dijadikan kota suci & pusat ibadat umat Islam.
5. Islam dapat disebarkan ke seluruh Tanah Arab secara aman.
6. Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat.
Bab 6
Kerajaan Khulafa al-Rasyidin
Konsep Khalifah
1. Khalifah ialah perkataan Arab yang bererti pengganti (kata jamak:
khulafa)
2. Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab
pemerintahan kerahaan yang sebelumnya dilakukan oleh NM.
3. Konteks agama:
(a) Tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan
oleh NM.
(b) Tanggungjawab mengekalkan keharmonian & kestabilan umat Islam.
Syarat Pemilihan Khalifah
43

1. Lelaki yang merdeka.


2. Beragama Islam.
3. Memiliki pengetahuan tentang Islam.
4. Mematuhi perintah Allah.
5. Sanggup melaksanakan hukum Allah.
6. Adil.
7. Mempunyai akhlak yang baik.
8. Tubuh yang sihat & sempurna.
9. Berfikiran cerdas.
10. Warak.
- Taat & patuh kepada hukum Allah.
- Menjauhi segala larangannya.
11. Pandai mentadbir kerajaan.
Cara Pemilihan Khalifah
1. Musyawarah/Syura
(a) Permesyuaratan/Perundingan untuk mengambil keputusan tentang
sesuatu perkara.
(b) Semasa perlantikan Saidina Abu Bakar.
(c) Golongan Ansar daripada Bani Saadah hampir melantik khalifah
daripada kalangan mereka.
(d) Atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan ramai, Saidina Abu
Bakar dilantik.
2. Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu (cth: pelantikan
Umar oleh Abu Bakar)
3. Pemilihan daripada beberapa orang calon (cth: pelantikan Saidina Uthman
bin Affan)
4. Pencalonan oleh sekelompok masyarakt (cth: pelantikan Saidina Ali bin
Abu Talib)
5. Diperkukuh dengan upacara angkat sumpah dan lafaz baiah* semasa
calon dilantik.
* Perakuan sumpah setia yang diberikan kepada seseorang yang telah
dilantik sebagai pemimpin
6. Syura Permuafakatan/Konsensus.
Tugas Khalifah
1. Memelihara kedudukan agama Islam.
2. Mentadbir negara mengikut hukum syariah.
3. Menitikberatkan sistem politik, sosial & ekonomi supaya berlaku
kesimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.
44

4. Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.


5. Melantik & melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.
6. Menjaga kebajikan rakyat.
7. Mengekalkan perpaduan ummah.
8. Menjaga & meneruskan ajaran Allah.
9. Memantapkan sistem perundangan Islam.
10. Menguruskan hal ehwal kewangan negara & baitulmal.
11. Mengatur pungutan:
(a) Kharaj Cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim.
(b) Jizyah Cukai yang dikenakan terhadap individu bukan Islam yang
berlindung di negara Islam.
(c) Zakat Pengeluaran sebahagian harta & tanaman oleh orang Islam.
Sumbangan Khulafa al-Rasyidin
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
1. Berketurunan Bani Tamim.
2. Nama sebenar: Abdullah bin Abu Quhafah.
3. Dikenali sebagai al-Siddiq (yang membenarkan) kerana dia sentiasa
meyakini kebenaran kata-kata NM.
4. Ikhlas, jujur, setia kepada NM.
5. Selepas NM wafat, orang Ansar mencadangkan Saad bin Ubadah.
6. Saidina Umar mencadangkan Abu Bakar dan akhirnya Abu Bakar
dilantik.
7. Digelar Penyelamat Umat Islam. (see p. 144 for his speech)
Sumbangan
Politik
1. Mengatasi masalah perpecahan yang berpunca daripada gerakan golongan
al-Riddah, iaitu orang Islam yang:
(a) Murtad.
(b) Mengaku dirinya sebagai nabi.
(c) Enggan membayar zakat.
2. Mempertahankan Madinah daripada ancaman kerajaan Parsi & kerajaan
Rom Timur (Byzantine) dengan menghantar:
(a) Khalid bin al-Walid menentang tentara Parsi di Iraq
(b) Usamah bin Zaid ke Ghassan
3. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah:
(a) Makkah
(b) Taif
(c) Yaman
45

(d) al-Jund
(e) Khalwan
(f) Bahrin
(g) Nijran
(h) Hadhramaut
(i) Zabid
(j) Jarsh
4. Melantik amir untuk mentadbir wilayah ini.
5. Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan
perang.
6. Memperkenalkan undang-undang tanah.
7. Memperkenalkan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.
(a) Orang bukan Arab yang memeluk agama Islam.
(b) Memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim.
(c) Dikehendaki membayar cukai tambahan.
Sosial
1. Mengumpulkan tulisan al-Quran.
(a) Kematian ramai hafiz al-Quran membimbangkannya.
(b) Memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat alQuran pada batu, kulit binatang, kayu & tulang serta menyalinkannya
semula.
(c) Salinan disimpannya, dan seterusnya disimpan oleh Khalifah Umar bin
al-Khattab, Hafsah (isteri NM) & Khalifah Uthman bin Affan.
Khalifah Umar bin al-Khattab
1. Berasal daripada Bani Adi.
2. Berani, tegas, & berterus-terang.
3. Pemerintahannya dianggap Zaman Keemasan kerajaan Islam Madinah
kerana banyak pembaharuan & perubuhan yang dilakukannya.
4. Digelar Amirul Mukminin (Panglima Agung Mukmin). (see p. 146 for his
speech)
Sumbangan
Politik
1. Memperkenalkan dasar pentadbiran & pelantikan pegawai.
2. Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil Muhajirin & Ansar.
3. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.
4. Melantik wali (gabenor) sebagai ketua yang bertindak sebagai:
(a) Pentadbir awam.
(b) Panglima tentera.
46

5. Menubuhkan jabatan spt:


(a) Jabatan Tentera
(b) Jabatan Polis
(c) Jabatan Percukaian
(d) Jabatan Perbendaharaan Negara
6. Jabatan diketuai katib (setiausaha).
7. Jabtan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain.
8. Hakim diberi gaji bulanan yang tinggi (sekitar 500 dirham) untuk
mengelakkan salah laku hakim.
9. Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap & tentera
sukarela.
10. Tentera tetap diberi gaji & pakaian seragam.
11. Markas tentara dibina di bandar utama.
12. Kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh.
(a) Madinah
(b) Kufah
(c) Fustat
(d) Basrah
Sosial
1. Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan:
(a) Menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid.
(b) Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah.
- Abu Sufyan dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan
pedalaman.
2. Memperkenalkan kalendar Islam dengan tahun Hijrah sebgai titik
permulaan pengiraan tahun.
Ekonomi
1. Membina terusan & tali air.
(a) Empangan Abu Musa (Basrah)
(b) Terusan Amirul Mukminin (Mesir)
2. Menggalakkan rakyat meneroka tanah baru untuk pertanian &
mengusahakan tanah terbiar.
3. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai.
(a) Jizyah yang dikenakan terhadapan golongan zimmi* tidak memberatkan.
* Golongan bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam
(b) Cukai khazraj dikenakan berdasarkan jenis tanaman & kesuburan tanah.
- Barli: 1 dirham
- Gandum: 2 dirham
47

- Anggur: 10 dirham
(c) Mendirikan baitulmal.
Khalifah Uthman bin Affan
1. Berasal daripada Bani Umaiyah.
2. Nama sebenar: Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah.
3. Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, bersimpati
terhadapan golongan miskin.
4. Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana mengahwini 2 puteri
NM.
5. 6 calon yang layak dicadangkan.
6. Saidina Ali bin Abu Talib & Uthman mendapat undi yang sama banyak.
7. Abdul Rahman bin Auf (pengerusi mesyuarat) meninjau pendapat orang
ramai.
8. Dengan persetujuan orang ramai, Saidina Uthman dilantik. (see p. 147 for
speech)
Sumbangan
Politik
1. Meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus &
Tripoli.
2. Membina angkatan tentera laut Islam.
Sosial
1. Menyelaraskan bacaan (qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah dengan
mengisytiharkan naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthman.
2. Membina jalan raya, jambatan & rumah rehat bagi kemudahan
pengembara.
Ekonomi
1. Mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk:
(a) Membiayai pembangunan negara.
(b) Memperkuat angkatan tentera laut Islam (membeli senjata & kapal).
2. Jizyah dikekalkan.
Khalifah Ali bin Abu Talib
1. Berasal daripada Bani Hasyim (sama spt NM).
2. Sepupu NM.
3. Berani, tegas, berpengetahuan luas dalam perundangan Islam.
(see p. 148 for speech)

48

Sosial
1. Menyelesaikan masalah tentang masyarakat & undang-undang Islam.
2. Megekalkan kestabilan & keharmonian negara.
- Perang Siffin: Menghentikan peperangan & memulakan proses rundingan
walaupun hampir memperoleh kemenangan kerana musuh mengangkat alQuran.
Politik
1. Membina markas tentera di Parsi & di sempadan Syria.
Ekonomi
1. Kutipan jizyah diteruskan seperti yang dinyatakan dalam surat kepada alAsytar yang:
(a) Menyertai Perang Jamal & Peran Siffin.
(b) Merupakan pejuang yang menyokong Saidina Ali.
(c) Dilantik menjadi gabenor di Mausil & bandar-bandar lain di Iraq &
Syria.
(d) Merupakan tokoh yang berani.
(e) Pedangnya ialah al-Lujju (kilauan air mengalir).
Kerajaan Bani Umaiyah
1. Pemerintahan monarki yang mengamalkan sistem warisan.
2. Nama kerajaan diambil sempena keturunan Bani Umaiyah, iaitu Umaiyah
bin Abdu Dhams bin Abdu Manaf (tokoh peniaga yang terkenal &
dipandang tinggi oleh masyarakat Arab).
3. Tahap pertama:
(a) Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan selepas penyerahan kuasa
oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah untuk mengelakkan umat Islam
daripada terus berpecah.
(b) Berpusat di Damsyik.
(c) Pemimpin digelar khalifah.
4. Tahap kedua di Sepanyol:
(a) Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I).
(b) Berpusat di Cordova.
(c) Andalusia ialah ibu kota.
(d) Bani Umaiyah tahap pertama runtuh akibat serangan gerakan Abbasiyah.
(e) Abdul Rahman melarikan diri daripada tahanan di Fustat sehingga ke
Sepanyol.
(f) Pemimpin digelar amir.

49

Sumbangan Tahap Pertama


Politik
1. Sistem khalifah - pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah bagi
menggantikan NM.
2. Sistem wazarah - pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran
negara di kerajaan pusat.
- pelantikan gabenor untuk mengetuai pentadbiran
wilayah.
3. Sistem urus setia
(a) Berberapa pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod,
mengurus surat menyurat etc.
(b) Membahagikan urusan pentadbiran kepada bahagian:
- surat menyurat
- cukai
- ketenteraan
- polis
- kehakiman
4. Sistem hijabah
(a) Erti: Penyekatan
(b) Untuk keselamatan.
(c) Seorang pegawai ditugaskan untuk:
(i) Memeriksa orang yang mahu menemui khalifah.
(ii) Mengawal keselamatan khalifah.
(iii) Bertugas sebagai pemegang amanah.
(d) Tiga pegawai dikecualikan:
(i) Bilal
(ii) Ketua Pos
(iii) Ketua Penyedia Makanan
5. Penubuhan:
(a) Jabatan Cukai
(b) Jabatan Surat Menyurat
(c) Jabatan Urusan Am
(d) Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintahan (diasaskan Muawiyah).
6. Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan) ditubuhkan.
7. Angkatan tentera darat dan tentera laut ditubuhkan.

50

Sosial
1. Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran & penyebaran ilmu.
2. Lahirlah ilmuwan seperti:
(a) Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa & filologi Arab)
(b) Sibawayhi (ahli nahu Arab)
(c) al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah, Jamil al-Uzri (sasterawan).
3. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara.
4. Tanda bunyi diperkenalkan pada tulisan al-Quran.
5. Perkembangan ilmu agama melahirkan tokoh spt:
(a) Urwah bin al-Zubayt, Ibn Zihat al-Zuhri (hadis)
(b) Ibn Jarih (tafsir al-Quran)
(c) Hasan al-Basri, Wasil ibn Ata (usuluddin)
6. Hospital pertama dibina di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul
Malik.
7. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
8. Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab.
9. Ibn al-Nafis menulis buku al-Shamil fis Sinaah al-Tabibiyah (Kajian
Umum Profesion Kedoktoran) yang membincangkan teknik pembedahan &
rawatan selepas pembedahan.
10. Ilmu dalam bidang kimia & astronomi turut berkembang.
11. Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan
al-Quran, sunnah atau ijmak.
(a) Ijtihad Berfikir semaksimumnya untuk menghasilkan penetapan
sesuatu hukum syarak.
(b) Ijmak kesepakatan pendapat para ulama yang berijtihad tentang
sesuatu hukum.
12. Hakim
(a) tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung
ke mana-mana aliran politik.
(b) mesti adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh/latar
belakang orang yang diadili.
Sumbangan Tahap Kedua
Sosial
1. Pusat pengajian tinggi di Cordova diasaskan oleh Abdul Rahman III.
2. Berkembang menjadi pusat ilmu di Eropah.
3. Perpustakaan dibina oleh al-Hakam II.
4. Pusat keilmuan berkembang di Seville, Toledo & Granada.
5. Pusat penterjemahan dibina untuk menterjemahkan karya tokoh Yunani ke
51

bahasa Arab di Toledo.


6. Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu & menjadi jambatan
pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.
7. Masjid Cordova dibina.
8. Baitulmal ditubuhkan.
9. Sumber pendapatan kerajaan:
(a) Kharaj (cukai tanah)
(b) Jizyah (cukai perlindungan)
(c) Zakat
(d) Usyur (1/10 hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah)
(e) Ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan)
Ekonomi
1. Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi & perdagangan antarabangsa.
2. Perushaan pembuatan barangan berkembang.
(a) Barang tembikar
(b) Perhiasan perak & emas
(c) Memproses kulit
(d) Membuat senjata
3. Sistem saliran dibina untuk menyuburkan tanah pertanian.
4. Penyelidikan dilakukan untuk mendapatkan benih yang berkualiti supaya
hasil pertanian ditingkatkan.
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah
1. Golongan mawali spt bangsa Parsi & Barbar berasa didiskriminasikan
kerana:
(a) Tidak mendapat jawatan yang dianggap layak.
(b) Dikenakan kadar cukai yang lebih tingi.
2. Mereka menyokong gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani
Umaiyah.
3. Khalifah pada akhir zaman Umaiyah
(a) Mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
(b) Mengabaikan ajaran Islam.
4. Sistem warisan ditentang oleh sebilangan orang Islam, iaitu golongan
Syiah & Khawarij yang muncul selepas Perang Siffin.
Kerajaan Bani Abbasiyah
1. Diasaskan selepas Revolusi Abbasiyah menumbangkan kerjaan Bani
Umaiyah.
2. Gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah.
52

3. Awalnya bergerak secara sulit.Bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul


Aziz, bergerak terbka.
4. Mereka berkempen atas nama Ahlul Bait (keluarga NM) untuk mendapat
sokongan.
5. Menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi.
6. Gerakan ini dianggotai dua pahlawan besar, Abu Salamah al-Khallal
(ketua Kufah) & Abu Muslim al-Khurasani (ketua Khurasan).
7. Nama diambil sempena nama al-Abbas (bapa saudara NM).
8. Sistem monarki.
9. Semasa Abu Jaafar al-Mansur memerintah, pusat pemerintahan berubah
dari Damsyik ke Baghdad.
10. Berakhir apabila ibu kota ditawan oleh tentera Mongol yang dipimpin
Hulagu Khan.
(a) Pengasas kerajaan Ilhkan di Iran & cucu Genghis Khan.
(b) Mengusir Khalifah al-Mustasim dari Baghdad.
(c) Meninggal dunia di Pulau Shahi setelah memeluk Islam.
Sumbangan
Sosial
1. Zaman kegemilangan adalah pada pemerintahan Khalifah Harun alRasyid dan puteranya al-Makmun.
2. Kota Baghdad menjadi pusat intelektual & penyebaran ilmu melalui
penulisan & penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.
3. Baitulhikmah diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan berkembang
luas pada zaman anaknya.
(a) Kerja-kerja penterjermahan lebih sistematik.
(b) Penterjemah bekerja secara berkumpulan.
(c) Mereka diawasi oleh seorang penyelaras.
4. Karya falsafah & sains diterjemah daripada bahasa Yunani.
5. Penulisan dilakukan mengikut 3 tahap:
(i) Mencatat idea atau percakapan.
(ii) Mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis NM ke
dalam sebuah buku.
(iii) Mengarang.
6. Segala catatan diatur ke dalam bab tertentu yang berbeza antara satu sama
lain.
7. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan berlaku.
8. Ulama menyusun hadis & menghasilkan tulisan dalam bidang fikah,
tafsir, sejarah etc. Cth:
(a) Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta)
53

(b) Ibn Ishaq (penyusun SJ hidup NM)


(c) Abu Hanifah (penyusun fikah & pendapat ijtihad)
(d) Imam Syafii
(e) Imam Ahmad bin Hanbal
9. Terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (SJ hidup NM) & ilmu
hadis.
10. Terjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani & Yunani.
11. Orang Islam membuat pembaharuan, penambahbaikan dan huraian
dalam karya yang diterjemahkan.
12. Orang Islam memelihara warisan ilmu daripada lenyap.
13. Penyelidikan ditingkatkan dan hasil kajian diterjemahkan ke dalam
bahasa asing.
Kerajaan Turki Uthmaniyah
1. Pada akhir Abbasiyah yang menjadi lemah, muncul kerajaan-kerajaan
kecil di kawasan Parsi & Turki.
2. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil di
bawah pengaruh Saljuk.
3. Nama berasal daripada pengasas kerajaan, Uthman bin Ertughrul (berasal
daripada suku Qayi).
4. Uthman ialah amir (gabenor) Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.
5. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine, jadi
menghadapi ancaman tinggi.
6. Uthman menumpaskan tentera Byzantine.
7. Ramai ghazi/pahlawan tentera & pemimpin masyarakat bersatu di bawah
Uthman.
8. Uthman menakluki kawasan sekitar Anatolia & menjadikan Bursa sebagai
ibu negeri.
9. Anaknya Orhan I menguasai Marmara & Pantai Aegean, Ankara &
Gallipoli.
10. Murad I & Bayezid I menguasai kawasan Balkan selatan & Utara
Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonica, Kosovo, utara Albania & Wallachia.
11. Mehmed II menawan Istanbul (Constantinople).
12. Faktor keruntuhan:
(a) Pemimpin lemah.
(b) Keruntuhan sistem pungutan cukai.
(c) Pemberontakan.
(d) Pertambahan penduduk sangat pesat.

54

Sumbangan
Politik
1. Bertahan selama hampir 600 tahun.
2. Empayar yang merupakan kesatuan orang Islam di seluruh dunia.
3. Istanbul pusat pentadbiran Dunia Islam.
4. Apabila Sultan Selim I (digelar Pelindung Dua Bandar Suci: Makkah &
Madinah) menguasai Makkah, kerajaan ini dilihat sebagai pelindung umat
Islam sedunia.
5. Suleiman I memperkenalkan Kanun Suleiman.
- Mempertahankan nyawa, harta & kehormatan setiap individu tanpa
mengenal bangsa & agama.
6. Jawatan Kadi & Mufti diwujudkan.
7. Jawatan Sheikh-ul-Islam (ketua ulama) diperkenalkan untuk
mengeluarkan fatwa.
8. Koleksi fatwa menyumbang kepada agama & sains undang-undang.
Ekonomi
1. Bergantung kepada kedudukan geografi Istanbul sebagai pusat pertemuan
jalinan perdagangan antara Timur & Barat (antara Dunia Islam & Dunia
Bukan Islam).
2. Jalinan pelabuhan yang dikuasai membentuk Jalinan Perdagangan Dunia
Islam (berpusat di Istanbul).
Sosial
1. Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu di
kawasan Balkan.
2. Membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat
Eropah.
3. Perkembangan ilmu pengetahuan.
4. Perkembangan pendidikan:
(a) Sistem madrasah
(b) Sekolah pengetahuan akademik
(c) Sekolah sastera
(d) Maktab tentera
(e) Maktab teknik
(f) Koleh perubatan
5. Penulisan ensiklopedia.
(a) Mehmed al-Fanari & Molla Lutfi menulis ensiklopedia sains Islam.
(b) Dijadikan rujukan bagi keperluan praktikal.
(c) Cth: Katip Celebi.
55

6. Menubuhkan perpustakaan di masijid, hospital, dan juga rumah.


7. Seni bina masjid.
(a) Tokoh terkenal: Mimar Sinan.
(b) Cth: Masjid Sultan Ahmeh (Masjid Biru)
Faktor Penyebaran Islam ke Eropah
1. Pegangan akidah yang kukuh & akhlak yang tinggi orang Islam.
2. Semangat ghazi.
(a) Semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk
menyebarkan Islam.
(b) Memboleh kerajaan Uthmaniyah memperluas kuasanya ke Eropah.
3. Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun.
4. Penggunaan peralatan senjata moden spt meriam besar.
5. Mempunyai tentera berkuda & kumpulan infantri yang kuat.
6. Mempunyai kumpulan Janissari.
(a) Kumpulan tentera infantri elit.
(b) Sebahagian kanak-kanak yang diambil melalui sistem devshirme
diserapkan ke dalam sistem ketenteraan Uthmaniyah.
(c) Kanak-kanak tersebut akan diberi latihan fizikal & ketenteraan
terutamanya taktik & teknik perang.
7. Mempunyai armada laut kuat.
8. Keadaan politik Eropah tidak stabil.
(a) Akibat peperangan antara kerajaan kecil.
(b) Kemasukan tentera Islam Uthmaniyah ke Eropah pada peringkat awal
adalah kerana permintaan Maharaja John VI Cantacuzens.
(c) Maharaja tersebut membuat perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan
bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam usaha beliau menuntut takhta kerajan
Byzantine.
9. Kejatuhan kerjaan Byzantine.
10. Institusi gereja khususnya Gereja Greek Ortodoks hampir hancur dan
tidak menjadi pelindung rakyat kerana:
(a) Penyalahgunaan kuasa
(b) Pergaduhan para pemimpin
(c) Kekurangan kewangan
11. Menjalankan dasar berteraskan diplomasi & toleransi.
(a) Masyarakat Balkan tidak dipaksa untuk memeluk Islam.
(b) Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan, harta
Gereja Ortodoks, dan membenarkannya melindungi kepentingan masyarakat
Kristian di kawasan Balkan.
(c) Tidak mencampur tangan dalam urusan keagamaan orang Kristian.
56

12. Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu.


13. Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit & kawasan
perdagangan.
14. Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan* & usaha para pendakwah.
* (a) Thrace
(b) Lembah Maritsa
(c) Utara Balkan
(d) Albania
15. Orang Turki membina petempatan di kawasan yang didiami yang
didiami kumpulan Sufi.
16. Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang menekankan toleransi & asimilasi.
Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain
1. Semasa menakluk Mesir, bertembung dengan tamadun Yunani-Rom yang
bertapak di Mesir.
2. Semasa perluasan kawasan ke Baghdad, bertembung dengan tamadun
Parsi.
3. Semasa menakluk Qayrawan dan mula tiba di pantai Sepanyol,
bertembung dengan tamadun Eropah.
Cara
1. Perdagangan & perniagaan
(a) Perdagangan jarak jauh.
(b) Cth: Orang Islam menetap & berdagang di Canton, bertembung dengan
tamadun China.
2. Hubungan diplomatik
(a) Cth: Kerajaan Bani Umaiyah menghantar peneroka ke utara selat
Gibraltar.
(b) Bertemu dengan beberapa petempatan orang bukan Islam (Cordova,
Valencia, Rhonda).
3. Penaklukan & ketenteraan
(a) Untuk memperluas kawasan & menyebarkan Islam.
(b) Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq & Iran, bertembung
tamadun Parsi.
(c) Apabila tentera Islam menakluki kawasan Mesir & Afrika Utara,
bertembung tamadun Rom.
4. Pertembungan kebudayaan
(a) Cth: Kemasukan Islam ke Sepanyol.
(b) Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa Bani Umaiyah
57

berpusat di Cordova.
5. Pertembungan intelektual
(a) Antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
(b) Ilmuwan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah.
Kesan
Politik
1. Perluasan kawasan penyebaran islam yang kawasan yang diperintah oleh
orang Islam.
2. Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dalam Dunia Islam
spt kerajaan Delhi di India & masyarakat Islam kekal di China.
3. Semua sistem pemerintahan dalam Dunia Islam berasaskan akidah &
syariah.
Ekonomi
1. Menguasai ekonomi dari segi perdagangan.
2. Kerajaan Islam menjaga keselamatan laluan perdagangan supaya
perdagangan berjalan dengan licin.
3. Kawasan pusat ekonomi Islam meliputi kawasan spt Aden, Siraf, Basra,
Iskandariah & Istanbul.
4. Pedagang Islam berdagang ke
(a) Timur - India, Ceylon, Kepulauan Melayu, dan China.
(b) Barat Sepanyol, selatan Perancis, Armenia, selatan gurun Sahara di
benua Afrika.
5. Istanbul ialah pusat perniagaan & perdagangan.
Sosial
1. Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya.
2. Islam membawa nilai akidah yang penting, iaitu kepercayaan kepada
Allah.
3. Islam meyediakan sistem perundangan yang berasaskan al-Auran & hadis
untuk dijadikan panduan.
4. Mempengaruhi proses urbanisasi & organisasi sosial.
5. Mempengaruhi penyelarasan undang-undang.
6. Membangunkan kurikulum yang menekankan agama dan juga sains,
matematik & teknologi.
- Semasa pemerintahan Abbasiyah, pelajar belajar ilmu mantik (logik),
matematik, geografi, sejarah, sains fizikal & biologi.
7. Muncul golongan Mozarab (orang tempatan beragama Kristian tetapi

58

mengamalkan kebudayaan Islam & berbahasa Arab).


- Kemunculan ini dipengaruhi oleh golongan Mudejar (orang Islam
setempat minoriti yang terus tinggal di kawasan pemerintahan orang
Kristian).
8. Para cendekiawan Islam & bukan Islam bertukar pendapat.
9. Menghasilkan budaya keilmuan dan intelektual.
Bab 9
Perang Dunia Pertama
Faktor
Politik
1. Kemunculan nasionalisme.
(a) Negara-negara kecil bersatu membentuk negara bangsa.
(b) Kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan
masing-masing.
2. Sistem pakatan.
(a) Perikatan Kuasa Tengah (Triple Alliance)
- Jerman
- Austria-Hungary
- Itali
Kemudian disertai:
- Turki
- Bulgaria
(b) Pakatan Bertiga (Triple Entente)
- Britain
- Perancis
- Rusia
Kemudian disertai:
- Itali
- Jepun
Ekonomi
1. Bersaing untuk mendapat bahan mentah.
2. Bersaing untuk mendapat pasaran barangan siap mereka.
Segera
1. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand (pewaris takhta AustriaHungary) & isterinya oleh pengganas Serbia.

59

Peristiwa
1. Austria yang disokong Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
2. Serbia disokong Rusia & Perancis.
3. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium (negara berkecuali).
4. Britain marah dan campur tangan dalam peperangan.
5. Britain meminta tolong Amerika Syarikat.
6. Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat.
Kesan
Politik
1. Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah.
2. Persidangan Damai membawa kepada Perjanjian Versailles yang:
(a) Membentuk beberapa negara baru.
(b) Membentuk Liga Bangsa untuk: (i) Menggalakkan keamanan &
kerjasama antarabangsa.
(ii) Menjamin keselamatan bersama
Ekonomi
1. Negara-negara terlibat mengalami inflasi.
2. Hutang peperangan tinggi.
3. Masalah pengangguran.
4. Pasaran diambil alih Amerika Syarikat & Jepun.
5. Britain kehilangan 1/3 perdagangan luar.
Sosial
1. Kehilangan nyawa yang ramai.
Perang Dunia Kedua
Faktor
Politik
1. Beberapa pemimpin negara tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles
terutamanya Jerman kerana:
(a) Kehilangan tanah jajahan.
(b) Membayar pampasan perang yang tinggi.
(c) Mengurangkan saiz tentera.
2. Adolf Hitler menguasai Jerman dengan partinya National Socialist dan
membina angkatan tentera besar.
3. Perang saudara berlaku di Rusia.
(a) Komunis mengalahkan musuh yang dibantu Amerika Syarikat, Britain,
Perancis & Jepun.
(b) Vladimir Lenin mengukuhkan ideologi komunis di Rusia (Kesatuan
Republik Sosialis Soviet).
(c) 1924, Vladimir Lenin mati dan diganti oleh Joseph Stalin.
60

4. Itali dengan pimpinan Benito Mussolini menjajah Habsyah & menceroboh


Perancis.
5. Jepun
(a) Ingin menguasai negara-negara Timur.
(b) Berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini
daripada penjajahan Barat.
Ekonomi
1. Kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat & merebak ke dunia.
2. Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan pinjamin untuk Jerman.
3. Jerman tidak mampu membayar hutang perang.
4. Britain, Perancis, Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan.
5. Jerman & Jepun mengukuhkan ketenteraannya & meluaskan kuasa bagi
mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi.
Peristiwa
1. Jerman menyerang Poland dari barat.
2. USSR menyerang Poland dari timur.
3. Britain & Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
4. Jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii dan memusnahkan angkatan
perang Amerika di Pasifik.
5. Jepun menduduki Tanah Melayu & Singapura selepas mengalahkan
Britain.
6. Pakatan muncul:
(a) Kuasa Bersekutu
- Amerika Syarikat
- Britain
- Perancis
- USSR
(b) Kuasa Paksi
- Jerman
- Itali
- Jepun
7. Kuasa Bersekutu mengalahkan Jerman dan menumpu kepada Jepun.
8. Presiden Amerika, Harry Truman, mengarahkan bom atom digugur di
Hiroshima & Nagasaki untuk:
(a) Mengelakkan tempoh peperangan yang lebih lama.
(b) Mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih ramai.
61

Kesan
1. Memecahbelahkan negara-negara Eropah.
2. Meruntuhkan sistem imperialisme.
3. Membentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
4. Menubuhkan negara-negara baru merdeka.
5. Menyebabkan Perang Dingin.
6. Negara Jerman dibahagi kepada Jerman Barat & Jerman Timur.
7. Kehilangan nyawa yang ramai.
Kemunculan Blok Dunia & Perang Dingin
1. Blok dunia Negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu
& bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.
Aspek
Blok Kapitalis
Politik
- Demokratik.
-Pemilihan kerajaan melalui pilihan raya.
Blok Komunis
Politik
- Pemerintahan oleh diktator.
- Parti Komunis sahaja diiktiraf.
Ekonomi
-Peluang perniagaan & pemilikan persendirian.
- Perniagaan dimiliki & diuruskan oleh kerajaan sahaja.
Sosial
- Kebebasan individu sepenuhnya.
- Kebebasan individu dikawal.
2. Perang Dingin Persaingan kuasa antara blok kapitalis (diketuai Amerika
Syarikat) & blok komunis (diketuai Soviet Union).
3. Tidak berlaku konflik bersenjata secara langsung.
4. Kedua-dua blok berusaha menyebarkan pengaruh & memajukan
kepentingan masing-masing di Eropah & Asia melalui propaganda &
bantuan ekonomi & ketenteraan.

62

5. Kesan:
(a) Penubuhan NATO.
(b) Pakatan Warsaw.
(c) Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara/South-East Asia Treaty
Organisation (SEATO)
(d) Perlumbaan senjata.

63

Anda mungkin juga menyukai