Anda di halaman 1dari 1

Jawapan Esei Buku

Teks Ting 4

Uploaded by tom5296 on Mar 07, 2011

 74% (46) · 52K views · 80 pages


AI-enhanced title

Document Information 

Date uploaded
Download now
Mar 07, 2011 
Original Title
JAWAPAN ESEI BUKU TEKS TING 4

Copyright
SOALAN DAN JAWAPAN LATIHAN BUKU TEKS TINGKATAN 4

© Attribution Non-Commercial (BY-NC)


BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Latihan muka surat 4.

Availablekepada
Formats
1. Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik?

DOCX,Jawapan
PDF, TXT or read online from Scribd
- Berubah secara evolusi disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya:
- Manusia mula hidup secara menetap di sesuatu tempat dan tidak berpindah-randah.

Share this document


- Bercucuk tanam dan menternak binatang.
- Hidup secara berkelompok dan membina kediaman yang lebih kukuh.
- Kesuburan tanah di lembah sungai membolehkan mereka mengusahakan tanaman makanan
untuk keperluan harian.

 
- Perkampungan berubah menjadi bandar, seterusnya wujud sistem undang-undang atau
peraturan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup mereka.
- Seorang ketua dilantik untuk menguatkuasakan undang-undang bagi kesejahteraan hidup.
- Kehidupan yang lebih tersusun menyebabkan manusia mempunyai lebih banyak masa untuk
memikirkan cara-cara meningkatkan hidup mereka.
- Menghasilkan pelbagai ciptaan seperti roda, bajak, peralatan tembikar, dan sebagainya.
Facebook Twitter
- Hasil ciptaan alatan membolehkan lebihan makanan dikeluarkan dan mendorong kepada
aktiviti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui pertukaran barangan (sistem
barter).

2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka.


Jawapan

- Bercucuk tanam, seperti tanaman gandum, jagung dan sebagainya.


- Menternak binatang sepeti lembu dan kambing

Email
- Aktivti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui sistem barter.

3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam.

Jawapan

- Kepandaian manusia melebur logam khususnya besi menyebabkan manusia pada zaman
Did you berjaya
findmencipta
this document
perahu dan rumah. useful?
- Di sesetengah tempat, pada zaman ini telah muncul petempatan besar dan kota pertahanan.
Petempatan besar ini kemudian berkembang menjadi bandar atau kota.
- Manusia sudah pandai merekodkan peristiwa yang berlaku dalam bentuk tulisan.
- Mengetahui cara-cara mengebumikan mayat dengan iringan bekalan kubur seperti tembikar,
makanan, alatan besi dan sebagainya.
- Alatan batu diganti dengan logam.
- Pandai membuat tembikar daripada tanah liat dengan ukiran-ukiran yang cantik.

Is this content inappropriate? Report this Document


1

Latihan muka surat 5.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “tamadun”?

- Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, serta
perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, plitik, ekonomi, perbandaran dan
sebagainya.

2. Nyatakan maksud tamadun pada pandangan Islam.

Jawapan

- Tamadun bukan hanya pencapaian atau kejayaan manusia dalam pembangunan fizikal
semata-mata tetapi juga aspek rohaniah yang menjadi tunjang kepada ketamadunan
menurut Islam.

Latihan muka surat 8.

1. Senaraikan ciri tamadun.

Jawapan

1. Petempatan kekal.
2. Kehidupan berorganisasi.
3. Sistem pemerintahan.
4. Pengkhususan pekerjaan.
5. Agama dan pekerjaan.
6. Bahasa dan sistem tulisan.

2. Terangkan ciri-ciri tamadun awal manusia.

Jawapan

- Petempatan kekal – membawa kepada corak kehidupan yang sistematik.


- Kehidupan berorganisasi – memastikan kestabilan dan kemakmuran.
- Sistem pemerintahan – untuk menjadi panduan dalam menjamin kesjahteraan.
- Pengkhususan pekerjaan – membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.
- Agama dan pekerjaan – manusia cuba memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan
alam sekelilig.
- Bahasa dan sistem tulisan – penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan, pentadbiran.

3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun?

Jawapan

 Langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian,


penternakan, struktur pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta
mempraktikkan ritual-ritual tersendiri dengan mendirikan rumah-rumah ibadat.
 Mendorong kepada pertambahan penduduk akibat lebihan makanan dan hubungan
dengan kawasan lain.
 Membolehkan sesebuah masyarakat mempunyai masa untuk berfikir bagi menyesuaikan
kehidupan mereka.
 Manusia sentiasa berusaha untuk membaiki kehidupan mereka, dengan itu, mereka telah
mencipta pelbagai ciptaan untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Mereka juga
berfikir bagaimana untuk mengatasi halangan/cabaran yang melanda hidup mereka seperti
banjir, kemarau, cuaca panas/sejuk, dan sebagainya.
 Membina sistem pengairan yang baik, mencipta roda, dan sebagainya.

Latihan dalam buku teks, muka surat 9.

1. Senaraikan tamdun awal yang terbentuk di lembah sungai.

Jawapan

 Tamadun Mesopotamia – Sg. Tigris dan Sg. Euphrates (3500 S.M.)


 Tamadun Mesir Purba – Sg. Nil (3000 S.M.)
 Tamadun Indus – Sg. Indus (2500 S.M.)
 Tamadun Hwang Ho – Sg. Hwang Ho (1800 S.M.)

2. Mengapakah tamadun awal bermula di lembah sungai?

Jawapan
 Sungai sebagai sumber ekonomi asas.
 Sungai merupakan kawasan pertanian subur.
 Sungai sumber bekalan air untuk pertanian.
 Sungai sebagai sumber protein.
 Sungai mempunyai iklim yang sesuai.
 Kesuburan tanah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 17.

1. Dimanakah terbentuknya tamadun Mesopotamia?

Jawapan
 Tamadun Mesopotamia terbentuk di antara dua batang sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates.
 Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, Dataran Tinggi Arab di
barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

2. Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia?

Jawapan
Raja sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
Raja sebagai ketua pentadbir dan, ketua pendita serta berkuasa dalam hal-hal
keagamaan.
Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta
menentukan bentuk pentadbiran.
Raja berkuasa terhadap soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan perniagaan.
Walaupun raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak
menyembah raja, kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 – 2255 S.M.).

3. Huraikan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Jawapan

 Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi yang memerintah kerajaan Babylon.


 Undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
 Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan yang berbeza mengikut susun lapis
masyarakat.
 Kod ini mengandungi 282 indang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar supaya
rakyat boleh membacanya.
 Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan rakyat pelbagai
kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat.
 Undang-undang ini dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam
masyarakat.
 Undang-undang ini membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang
panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. – 539 S.M..

4. Senaraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia.

Jawapan
Tulisan membawa kepada kewujudan sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan
jurutulis.
Kewujudan jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan direkodkan.
Kewujudan tulisan membolehkan semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota,
dan
surat kredit.
Tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang merupakan hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia yang mengandungi falsafah dan cara hidup
masyarakat Mesopotamia.

Latihan dalam buku teks, muka surat 23.

1. Senaraikan nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir
Purba.

Jawapan

Bandar Thinis.
Bandar Memphis.
Bandar Thebes.

2. Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama.

Jawapan

 Firaun adalah raja berkuasa mutlak dan dianggap suci.


 Ketua pendeta, pemilik semua tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan.
 Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun.
 Firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
 Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan matahari iaitu Amon-Re.

3. Terangkan fungsi tulisan hieroglif.

Jawapan

 Merekodkan segala aktiviti pertanian, percukaian.


 Tujuan keagamaan, amalan-amalan ritual dan kepercayaan.

4. Jelaskan pencapaian tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan.

Jawapan

 Pengamal perubatan diberikan status tinggi oleh masyarakat Mesir dan berkhidmat di
istana.
 Kebolehan mengubati penyakit, memberikan rawatan kecantikan.
 Mengawetkan mayat menjadi mumia.
 Mahir dalam ilmu pembedahan.

Latihan dalam buku teks, muka surat 28.

1. Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk?

Jawapan

Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.


Kesuburan tanah dan sumber air membentuk masyarakat pertanian yang bercucuk tanam
dan menternak binatang.
Berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan membawa kepada pertambahan
jumlah penduduk.

Penempatan kekal membentuk satu sistem perancangan bandar yang teratur.

2. Apakah keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?

Jawapan

 Bandar terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utama merupakan pusat
keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual dan
tempat penyimpanan hasil pertanian.
 Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan.
 Dikelilingi oleh tembok-tembok.
 Bandar disusun atur dengan begitu rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat.
 Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus.
 Sistem kumbahan yang terancang.
 Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
 Menggunakan batu-bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan
suhu yang tinggi untuk membina rumah.
 Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian.

3. Nyatakan sebab-sebab masyarakat Indus dapat membina bandar terancang.

Jawapan

 Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri, matematik, kesenian dan teknologi pembakaran
batu-bata.
 Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun
Mesopotamia dan Mesir.

Latihan dalam buku teks, muka surat 33.

1. Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho.

Jawapan

 Dinasti Hsia (2205 S.M. – 1766 S.M.)


 Dinasti Shang (1766 S.M. – 1050 S.M.)
 Dinasti Chou (1050 S.M. – 256 S.M.)

2. Mengapa Dinasti Shang mengalami kejatuhan?

Jawapan

 Pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan
kezaliman pemerintahan Dinasti Shang.
 Menyebabkan suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei mengambil kesempatan
untuk menjatuhkan pemerintahan Shang dan menggantikan dengan Dinasti Chou.

3. Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho?

Jawapan

Trusted by over 1 million members

Try Scribd FREE for 30 days to access over 125


million titles without ads or interruptions!

Start Free Trial

Cancel Anytime.

 Fungsi tulang oracle adalah sebagai alat untuk meramalkan sesuatu keadaan.
 Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang ini di atas api
sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

4. Nyatakan fungsi tulisan ideogram.

Jawapan

 Bentuk tulisan awal di China


 Pada awalnya digunakan dalam penilikan nasib berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat
pada tulang oracle.
 Bentuk tulisan ini asalnya berbentuk simbol dengan gambar seperti kanak-kanak, bulan,
matahari dan sungai.
 Tulisan ini kemudiannya berubah lepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat
pada hari ini dan digunakan dalam bidang tulisan harian seperti buku dan media cetak dan
diajar di sekolah-sekolah China.

5. Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian.

Jawapan

 Membina sistem pengairan untuk pembangunan sektor pertanian.


 Sistem kawalan banjir diperkenalkan dan sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk
mengairi kawasan pertanian.
 Petani menggunakan teknologi pembajakan serta mencipta cangkul dan sabit. Batas-batas
untuk pertanian mula diperkenalkan pada masa pemerintahan Dinasti Shang.
 Peralatan pertanian telah dibuat menggunakan logam besi bagi menggantikan peralatan
daripada kayu

A. Soalan esei dalam buku teks, muka surat 36.

1. Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk
menyimpan rekod.

a. Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia, nyatakan jenis sistem tulisan
yang telah dicipta.

Jawapan

 Tulisan cuneiform – tamadun Mesopotamia.


 Tulisan heiroglif – tamadun Mesir Purba.
 Tulisan piktograf – tamdun Indus.
 Tulisan ideogram – tamadun Hwang Ho.

b. Jelaskan kepentinagan tulisan pada ketika itu.

Jawapan

 Merangsang kepada perkembangan pendidikan.


 Merekodkan semua urusan pentadbiran, seperti aktiviti pertanian, kutipan cukai, upacara
keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
 Menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan.
 Kelahiran tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang mengandungi falsafah
dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.
 Merakam sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah tamadun dan menjadi sumber
sejarah yang amat berharga.
 Penilikan nasib seperti tulisan ideogram.
 Menulis titah perintah raja dan undang-undang seperti kod undang-undang Hammurabi.
 Asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan seperti geometri, matematik, sains,
astronomi, dan perubatan.

2. Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “Hadiah daripada Sungai Nil”.

Buktikan penyataan di atas dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Jawapan

 Tamadun Mesir dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian
utara Mesir ke Laut Mediterranean.
 Sungai Nil berpuca daripada dua batang anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari
tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria diUganda.
 Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta padang pasir telah berjaya menukar
kawasan gersang kepada dataran lanar yang subur.
 Tanah lanar yang dibawa membentuk sebuah delta yang sangat subur untuk aktiviti pertanian
dan petempatan manusia.
 Kewujudan Sungai Nil merupakan nadi kepada kelahiran tamadun Mesir, kerana tanpa Sungai
Nil, sudah pasti tidak wujud tamadun Mesir.
 Bekalan air yang didapati daripada Sungai Nil berjaya mewujudkan komuniti-komuniti
penduduk untuk menetap di situ.
 Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan.
 Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanam-tanaman
pertanian.
 Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan
tamadun Mesir.
 Peranan Sungai Nil sangat penting dan merupakan satu anugerah Tuhan kepada kewujudan
tamadun Mesir.

3. “Pemimpin cemerlang, negara gemilang.”

Raja dianggap sebagai pemimpin berwibawa yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan
sesebuah tamadun. Rasionalkan pendapat ini dengan mengambil contoh peranan raja dalam
tamadun awal dunia.

Jawapan

 Kebanyakan tamadun awal dunia meletakkan raja sebagai individu yang berada di puncak
hierarki sosial dalam susun lapis masyarakat.
 Raja dianggap sebagai ketua pentadbir, ketua hakim, ketua panglima, ketua paderi, dan
mempunyai kuasa mutlak.
 Sistem beraja dalam tamadun Mesopotamia adalah berbentuk teokrasi, raja berperanan
sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan
penting di zigurat.
 Raja berperanan sebagai penasihat dan berkuasa penuh ke atas soal tanah, percukaian, hasil
pertanian dan perdagangan. Kesemua ini menunjukkan raja bertanggungjawab untuk
memastikan kemajuan dan perkembangan tamadun di bawah kekuasaannya.
 Raja Hammurabi contohnya, telah memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi untuk
dijadikan panduan dalam pemerintahan dan kehidupan harian.
 Raja juga turut memberi sumbangan dalam bidang perubatan, pendidikan, ekonomi,
pertahanan, perancangan bandar dan sebagainya. Contohnya Raja Sargon telah berjaya
menyatupadukan seluruh Mesopotamia dan membentuk konsep empayar yang pertama di
dunia.
 Pembinaan perpustakaan di raja di bandar Niniveh oleh Ashurbanipal pula merupakan
sumbangan yang amat penting dan merupakan khazanah negara yang tidak ternilai kepada
generasi sekarang.
 Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan
Assyria kerana pemerintahan begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak
500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan
disampelkan penggunaannya. Ini menunjukkan keperihatinan raja terhadap masyarakatnya.
 Pembinaan pinut-pintu gerbang mencerminkan identiti negara kota dan menjadi lambang
kemegahan dan mercu tanda sesebuah negara kota. Pembinaan pintu gerbang dibuat atas
arahan raja untuk mencantikkan bandar, di samping untuk menanamkan taat setia lepada
pemrintah. Ini adalah kerana di sebelah pintu gerbang tersebut ada terdapat patung raja yang
menjadi simbol perpaduan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah.
 Kota-kota pertahanan dibina untuk menjadi benteng prtahanan daripada ancaman musuh dan
merupakan lambang kegigihan dan ketekunan raja bagi menjamin kelangsungan dan
kecemerlangan sesebuah tamadun.
 Pembinaan sistem pengairan amat penting bagi menjamin aktiviti pertanian dapat diusahakan
secara berterusan. Raja berperanan sebagai arkitek dan penasihat dalam pembinaan sistem
pengairan, saliran serta kawasan banjir. Pembinaan Taman Tergantung Babylon pula
merupakan mercu tanda ketinggian dan kegemilangan aspek seni bina.
 Pemerintahan Mesir telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan
padang pasir menjadi kawasan pertanian. Hal ini terbukti semasa firaun Senuusret III menjadi
pemerintah, sebuah tembok pengairan sepanjang 123 meter telah diguna bagi menebus guna
kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.
Ini membuktikan kebenaran bahawa pemimpin cemerlang, negara gemilang.

@mypanas… Discover Now!


@mypanasonic

view all comments

4. Dengan merujuk kepada struktur organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang, huraikan
peranan yang dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam perkembangan tamadun
Hwang Ho.

Jawapan

 Dalam organisasi sosial Dinasti Shang, masyarakat dibahagikan kepada empat lapisan
iatu:

I. Raja

 Raja berperanan sebagai pemerintah berkuasa mutlak, mendapat kuasa hasil


mandat daripada Tuhan dan tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana
mereka daripada keturunan pemerintah agama, berkuasa dalam bidang politik,
ekonomi, sosial dan agama.
 Masyarakat China percaya sekiranya raja memerintah dengan adil, kerajaan dan
rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintah
direstui Tuhan. Mereka percaya bahawa pemerintah Shang akan kehilangan
mandat sekiranya raja melakukan kezaliman ke atas rakyat. Kemurkaan Tuhan ini
ditandai dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti banjir, kemarau, dan
peperangan yang berpanjangan.
 Raja juga berperanan membahagikan tanah kepada golongan bangsawan yang
bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah tersebut.
II. Bangsawan – terdiri daripada pembesar dan pegawai-pegawai kerajaan.
 Golongan bangsawan mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di dalam
wilayah yang dikurniakan oleh raja dan membentuk sistem pentadbiran sendiri
seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Mereka juga mempunyai
pasukan tenteranya sendiri dan bertanggungjawab melindungi golongan pembesar
dan membantu raja sekiranya diperlukan untuk menentang musuh.
III. Golongan petani, artisan, pedagang
 Lapisan yang paling ramai adalah petani, artisan, dan pedagang. Golongan ini
berperanan dalam menghasilkan keperluan harian seperti makanan serta
menghasilkan barang-barang seperti gangsa untuk dibuat senjata, perisai, hiasan
dan sebagainya.
 Kebanyakkan petani tinggal di kawasan luar bandar dan membekalkan makanan
kepada penduduk bandar. Mereka merupakan tunggak ekonomi negara untuk
menghasilkan barang makanan bagi menampung keperluan golongan atasan.
 Golongan artisan pula berperanan mereka cipta pelbagai brangan tembaga seperti
perhiasan, barang tembikar, bekas minuman dan makanan.
IV. Hamba
 Hamba berada di lapisan paling bawah dan kebanyakan mereka menjadi tentera
paksaan di samping membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban
dalam upacara pentembahan.

10

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

Latihan muka surat 42.

1. Nyatakan ciri-ciri istemewa pemerintahan negara kota atau polis yang terdapat dalam tamadun
Yunani.

Jawapan

- Negara kota dapat didefinisikan sebagai sebuah institusi politik yang merdeka dan bebas
dalam menjalankan undang-undangnya sendiri lengkap dengan pasukan tentera dan berpusat
di sebuah kota atau bandar serta mempunyai kedaulatannya sendiri. Masyarakat dalam setiap
negara kota itu sentiasa bersatu padu serta sanggup mempertahankan negara kota mereka
daripada ancaman negara kota lain. Dalam tamadun Yunani terdapat lebih kurang 150 buah
negara kota, tetapi yang lebih menonjol ialah Athens dan Sparta.
- Setiap negara kota mempunyai acropolis, iaitu puncak tertinggi yang menempatkan
bangunan kerajaan dan keagamaan, agora merupakan tempat pertemuan rakyat dan pusat
ekonomi bagi sesebuah negara kota.
- Kawasan di luar kota merupakan kawasan pertanian yang menyediakan keperluan makanan
kepada penduduk kota.
- Setiap negara kota mempunyai Tuhan masing-masing dan purata penduduk setiap negara
kota adalah kecil. Negara kota, Athens pada kemuncaknya hanya mempunyai penduduk 40
000 orang.
- Negara kota berperanan memelihara ketertiban dalam menyusun masyarakat serta menjamin
hak setiap rakyat di samping melindungi negara kota daripada ancaman luar.
- Setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di
dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

2. Jelaskan peranan majlis pembandaran dalam tamadun Rom.

Jawapan

- Majlis Pembandaran Rom wujud pada abad kedua Masihi.


- Majlis ini mempunyai kuasa tersendiri dalam menjalankan urusan pentadbiran tanpa
diganggu oleh pentadbiran pusat Rom.
- Majlis ini berperanan memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada penduduk bandar.
- Antara peranannya, memastikan pengurusan dan perancangan bandar yang lebih terancang
dan sistematik seperti menyediakan kemudahan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat,
sarkas, tempat berdialog, rumah mandi awam dan istana.
- Segala keperluan penduduk bandar disediakan oleh Majlis Pembandaran bagi memberikan
keselesaan kepada penduduk bandar.

11

Latihan dalam buku teks, muka surat 45.

1. Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Athens.

Jawapan

- Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.


- Semua warganegara lelaki Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
antara enam bulan hingga setahun.
- Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan
boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
- Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.
- Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
-- Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa penuh ke atas Majlis, Majistret dan Juri.

2. Nyatakan peranan Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan dalam sistem Republik dalam
tamadun Rom.

Jawapan

- Dewan Senat melantik dua orang konsul untuk sesuatu tempoh tertentu. Perlantikan dua
orang konsul memastikan tidak ada di antara mereka yang lebih berkuasa.
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran
negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, mereka biasanya seorang
praeotor iaitu pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat adalah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
- Semua keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.

3. Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka.

Jawapan

- Peperangan akan membawa banyak kemusnahan, penderitaan dan kematian.


- Penaklukan juga boleh dibuat secara diplomasi, contohnya melalui penyebaran agama
Buddha.
- Kemajuan dan kestabilan politik dalam sesebuah negara memerlukan satu bentuk
pentadbiran yang cekap.
- Pembentukan satu birokrasi pentadbiran amat perlu bagi melaksanakan dan melicinkan
pentadbiran.
- Kerjasama, tolak ansur dan toleransi perlu diperaktikkan dalam kehidupan supaya dapat
menghindari dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
- Undang-undang dan peraturan merupakan satu cara kawalan sosial untuk menjamin
kesejahteraan/keamanan negara.

12

4. Terangkan kedudukan raja dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China.

Jawapan

 Sistem pentadbiran pusat membolehkan raja menguasai semua wilayah dan membolehkan
lahirnya konsep empayar.
 Pembentukan empayar telah menukarkan status dan gelaran raja kepada maharaja.
 Penguasaan pusat yang kuat membolehkan raja membentuk satu sistem birokrasi yang teratur
terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja.
 Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam yang
dikendalikan oleh sesebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam yang dikenali
sebagai Hon Kao Tsu.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 47.

1. Nyatakan undang-undang yang diperkenalkan oleh:

a. Tamadun Rom

Jawapan

 Undang-undang tamadun Rom diperkenalkan oleh Maharaja Justinian yang mengasaskan


empayar Byzantine. Dalam usaha untuk menyeragamkan undang-undang yang rumit, beliau
telah memperkenalkan kod undang-undang Rom pada tahun 527 M. yang juga dikenali
sebagai Undang-undand Justinian.
 Sebelum Undang-undang Justinian diperkenalkan, terdapat undang-undang Rom pertama
yang dikenali sebagai Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan
Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat. Undang-undang ini
diperkenalkan tahun 449 S.M.. Undang-undang Rom mengandungi tiga aspek utama, iaitu:

1. Undang-undang sivil.
2. Undang-undang rakyat.
3. Undang-undang natural (natiral law).

Prinsip-prinsip undang ini menegaskan bahawa:

1. Semua manusia sama di sisi undang-undang.


2. Seseorang tidak bersalah sehimgga terbukti bersalah.
3. Keadilan terhadap setiap individu.
4. Hukuman berasaskan bukt yang cukup.

 Prinsip undang-undang di atas menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada
hari ini.

Anda mungkin juga menyukai