Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan Setiap tamadun mempunyai sifat, pencapaian dan keunikan yang tersendiri.

Namun, ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, sebaliknya terdapat interaksi antara tamadun. Ia berlaku di peringkat nilai-nilai, idea, institusi dan hal-hal kemanusiaan. Ia berlaku sepanjang sejarah. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta dapat memperkayakan tamadun tersebut dari pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya. Di Eropah terdapat dua buah tamadun awal iaitu Yunani Purba dan Rom. Tamadun Islam juga muncul di benua Eropah iaitu di Andalusia yang dikenali sebagai pintu masuk Islam ke benua Eropah. (Chuai Hian Chong, Baharuddin Hassan & Chan Siew Yoke, 1997). Tamadun Yunani Rajah 1:Empayar tamadun Yunani

Tamadun Yunani Purba tertumpu di sekitar kawasan pinggir laut iaitu Laut Mediteranian, Laut Aegean dan Laut Hitam. Jika dlihat dalam peta di atas, kawasankawasan merah ini adalah dalam tamadun Yunani. Terdapat beberapa kota bagi setiap wilayah antaranya yang terkenal ialah Sparta, Corinth dan Athens. Tempoh tamadun Yunani Purba ini berkuasa selama satu abad bermula pada 1100SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146SM. Penempatan orang Yunani ketika itu kebanyakannya berada di pinggir-pinggir pantai yang kini merupakan kawasan Negara Albania, Bulgaria, Mesir, Libya, selatan Perancis, Sepanyol, Georgia, Romania dan Ukrain. Kebanyakan ahli sejarah menganggap bahawa Yunani Purba merupakan asas budaya kepada tamadun Barat. Tamadun ini menyebarkan pengaruh yang kuat kepada tamadun seterusnya iaitu Rom. Antara pengaruh Tamadun Yunani Purba adalah seperti bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina kepada dunia moden dan menyemarakkan zaman Renaissence di Eropah Barat. (Mahayudin Yahaya, 2001).

Bentuk interaksi Perdagangan Bentuk interaksi yang berlaku dalam Tamadun Yunani dari segi ekonomi dan perdagangan adalah semua negara kota kecuali Sparta menumpukan aktiviti perdagangan kerana Sparta lebih menumpukan kepada pusat kegiatan ketenteraan bagi melatih rakyatnya pada usia muda lagi. Kesannya, perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar dijalankan seperti ke Mesir dan Syria. Perdagangan juga membantu orang Yunani yang kekurangan makanan seperti rempah di Atens dan Corinth bagi mendapatkan makanan dari kawasan Selatan dan Laut Hitam. Hal ini kerana, Atens dan Corinth kekurangan tanah yang sesuai untuk pertanian dan kebanyakannya wujud tanah yang bergunung tinggi. Kesan daripada aktiviti perdagangan yang pesat, perkembangan sosial dalam masyarakat Yunani iaitu pengamalan sisitem barter yang tidak adil kepada sistem

wang syiling. Seterusnya, aktiviti ini membantu orang Yunani meluaskan pengaruhnya ke wilayah-wilayah lain seperti mesir, parsi dan India. Ini juga membolehkannya orang Yunani dapat mempelajari sistem abjad orang Phoenecia seterusnya membantu

perkembangan ilmu kesususteraan tamadun Yunani, iaitu IIred dan Odyssey. Dua epik ini merupakan sumber ilmu tamadun Yunani dan masih dikaji oleh masyarakat dan ahli sasterawan sekarang untuk memperoleh pengetahuan baru. (Zamri Talib, 2005). Perluasan kuasa Interaksi juga berlaku dalam bentuk perluasan kuasa dan pembentukan empayar. Contohnya, Raja Philip II dan anaknya Alexender The great merupakan penakluk wilayah yang hebat, telah melebarkan pengaruh Yunani ke Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand, dan seluruh Laut Mediterenean. Mereka bukan sahaja menawan wilayahwilayah baru, tetpi cuba menyatukan benua Asia dan Eropah berdasarkan kebudayaaan Helsinki (campuran budaya Yunani dan Parsi). Kesannya, bandar

Iskandariah telah dijadikan sebagai pusat kebudayaan dan juga pusat ilmu pengetahuan. Selain itu, berlakunya perkahwinan campur antara bangsa-bangsa yang belainan menjadikan umat manusia berbeza dan unik antara satu sama lain. Perkembangan ilmu pengetahuan Dari segi falsafah dan pendidikan, muncul tokoh-tokoh terkenal seperti Aristotle, Plato, Socrates yang mana rata-ratanya menghasilkan kajian ilmiah yang sangat berguna kepada masyarakat dunia sehingga ia masih lagi dikaji dan dijadikan panduan oleh masyarakat sekarang. Contohnya, Aristotle menghasilkan karya Politics yang

membincangkan tentang ilmu sains dan falsafah untuk kebaikan masyarakat sejagat. Dalam bidang sains pula, iaitu Thales mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba, Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik yang menghubungkan teori isi padu air dan graviti. (Zamri Talib, 2005). Sumbangan tamadun Yunani yang masih terkesan sehingga hari ini Mewariskan sistem demokrasi Sistem pendidikan dalam memberi penekanan melahirkan insan seimbang Ilmu falsafah Socretes, Aristotle, Plato menjadi bahan rujukan moden Kemajuan sains dan teknologi zaman ini berasaskan zaman Yunani oleh Phythagoras Sukan Olimpik Penggunaan voKal dan tulisan Phonecia digunakan dalam tulisan rumi hari ini.

Tamadun Rom

Rajah 2 Empayar Rom

Tamadun Rom meliputi Makedonia, Yunani, Syam, Mesir, Gaul, Britan dan kawasan puak Jerman. Rom muncul sebagai kuasa besar pada kurun ke-3 sebelum masihi semasa dipimpin oleh Julius Caesar. Antara kata-kata beliau yang terkenal ialah Veni, Vedi, Vinci yang bermaksud Saya datang, saya lihat dan saya takluk. Tamadun Rom ini banyak menyumbang dalam bidang pembangunan. Antara bangunan yang terkenal ialah Collosseum, Pantheon, dan Circus Maximus. Colloseum ialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat. Ianya melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton. Pantheon pula merupakan sebuah kuil yang berbentuk bukit. Saliran air turut dibina yang dikenali sebagai Aqueduel. Orang Rom juga membina jalan raya, tempat mandi awam, air pancuran dan kolam renang. Ia merupakan hasil gabungan tradisi Etruscan, Yunani dan Rom yang dipanggil Graeco-Roman. (Mahayudin Yahaya, 2001).

Bentuk Interaksi Rajah 3 Colloseum dan Pantheon

Perdagangan Bentuk perdagangan dalam tamadun Rom bermula dengan sistem ekonomi sara diri. Di mana orang Rom mengusahakan tanaman demi keperluan sendiri. Kemudian, berkembang ke arah komersial kerana mengalami kelebihan hasil. Pada waktu ini, sistem barter diamalkan. Mereka menukarkannya dengan barang lain seperti besi, zaitun dan sebagainya dengan negara jiran. Kemudian, barulah ekonomi perdagangan terbentuk selepas tamatnya

peperangan dan negara disatukan di bawah pusat pemerintahan zaman Augustus. Kegiatan ini aktif antara Laut Hitam dan sepanyol. Selain itu, perkembangan sistem wang dan undang-undang turut menggalakkan kegiatan perdagangan. Di samping itu, sistem pengangkutan yang baik pula membolehkan barangan dibawa dengan mudah.

Perdagangan juga membantu Rom berinteraksi dengan luar. Dari Afrika, Rom dapat mengimport gading, emas, bulu kambing dan lilin. Dari Rusia dan Jerman, Rom memperoleh hamba import. Manakala dari Asia Kecil, Itali dan Gaul, Rom berpeluang mengimport barangan berbulu. Dari India pula, mutiara, batu permata, kain kapas dan rempah ratus dapat diimport. Manakala dari China dibawa balik oleh pedagang Rom seperti lada hitam dan sutera. Manakala, bekalan dari Britain ialah timah hitam, besi, tiram dan anjing perburuan serta logam, emas, perak, dan minyak zaitun daripada Sepanyol. Rom juga menyumbangkan sistem ekonomi kapitalisme kepada dunia di mana ia bersifat Laissez-Faire iaitu memberi kebebasan untuk saudagar berdagang. Dengan ini membolehkan ekonomi negara bertambah baik. (K. Ratnam, 1994). Perluasan kuasa Dari segi perluasan kuasa, sama juga dengan Tamadun Yunani di mana pemerintahan diperluaskan ke Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhina, Danube, laut hitam, pergunungan Atlas, Afrika Utara, Marcedona, sebahagian Turki dan palestin. Mereka meluaskan wilayah melalui jalan laut dengan aktiviti perdagangan sambil menyebarkan pengaruh dan kebudayaan mereka ke seluruh tempat. Zaman pemerintahan Augustus ini dikenali sebagai Pax-Romana kerana empayar rom kerana empayar Rom pada ketika itu meliputi 3 benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Keamanan Rom berkekalan selama 200 tahun dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.

Rajah 4 Augustus dan Julius Caesar

Perkembangan ilmu pengetahuan Interaksi melalui bidang falsafah dan pendidikan. Pada zaman Rom kuno tiada sekolah lagi. Kanak-kanak dididik di rumah. Kira-kira tahun 450 sebelum Masihi, barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama dan undang-undang negara. Undang-undang itu menjadi asas perkembangan kesusateraan Roman. Zaman peralihan pula, sekolah rendah didirikan dikenali sebagai sekolah sastera dan tidak dipengaruhi Tamadun Yunani lagi. Kitab Odisa diajarkan kepada kanak-kanak dalam bahasa Latin. Beberapa tahun kemudian, didirikan sekolah pidato dan nahu Greek dari tamadun Yunani. Ia berkembang di Itali pada zaman Julius Caesar. Tujuan sekolah didirikan untuk mengajar kanak-kanak membaca dan mengarang. Kanak-kanak turut diajar kitab-kitab karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Secara keseluruhan, pendidikan di Rom, lebih menekankan tiga kemahiran iaitu 3M. (Mahayudin Yahaya, 2001). Manakala falsafah Rom terbentuk hasil daripada interaksi dengan tamadun Yunani di mana ia berasaskan ajaran Stoisisma yang dibawa oleh Zeno dari Yunani. Ia menitikberatkan keadilan, keberanian dan tanggungjawab. Menurut falsafah ini, segala

yang berlaku di alam semesta dirancang oleh sesuatu ghaib. Baik dan buruk nasib seseorang dipengaruhi dua unsur iaitu hubungan harmoni dengan alam. Kesan daripada dua tamadun ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan bukan sahaja dari segi peradaban dan falsafah tetapi juga dalam bidang Sains, Matematik dan seni bina. Pertembungan antara Rom dan Greek Yunani telah menyebabkan asimilasi ilmu. Banyak bangunan besar dibina oleh Rom berpandukan ilmu yang diperoleh daripada Greek. (Zamri Talib, 2005). Tamadun Islam di Eropah Pertembungan yang paling meluas berlaku adalah antara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah sewaktu orang Islam memerintah Andalusia dan Sicily. Di Andalus, Sepanyol, kerajaan Bani Umaiyah yang diasaskan oleh Abdul Rahman alDakhil yang telah berkembang pesat dan membina tamadun yang lebih besar dalam pelbagai spek agama dan bukan agama. Antara saluran interaksi pertembungan antara kedua-dua tamadun ini ialah perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Perniagaan dan perdagangan Orang Islam berketurunan Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan. Nabi

Muhammad ialah contoh utama dalam bidang ini. Baginda pernah berniaga hingga ke negeri Syam (Syria). Sewaktu di Syam, baginda sempat melihat tamadun Kristian di sana. Begitu juga tokoh-tokoh ilmu yang lain sewaktu pembukaan negeri Iraq, Syam dan Mesir dalam siri peperangan dan penaklukan di kawasan tersebut. Dalam pada itu, berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Dengan kata lain, tamadun dunia sudah terdedah di hadapan mata orang Islam dan begitu juga sebaliknya. Kedua-dua tamadun itu saling mempengaruhi antara satu sama lain. (Khasnor Johan, 1998).

Di bawah pemerintahan Abd al Rahman industri dan pertanian kian berkembang. Terdapat industri tekstil, kaca, dan tembikar. Juga perlombongan emas, perak, besi, dan plumbum. Toledo adalah bandar yang terkenal untuk pembuatan pedang yang amat menarik perhatian para saudagar Barat. Pertanian yang digalakkan oleh kerajaan didapati penanaman buah-buahan seperti anggur dan tebu. Kegiatan ekonomi yang dinamik di Sepanyol menggalakkan hubungan

perdagangan yang rapat antara saudagar Islam dengan Eropah. Dalam pada itu berlakulah interaksi dan asimilasi antara masyarakat Islam dan Eropah. Kedua-dua tamadun saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Pengaruh tamadun Islam melalui saluran perdagangan terbukti dalam bahasa-bahasa Eropah seperti admiral dan tarif yang didapati dalam perbendaharaan kata nautika. Sistem duit syiling juga digunakan di sebahagian Eropah. (Mahayudin Yahaya, 2001).

Peperangan Hubungan dengan tamadun islam dan tamadun eropah menjadi semakin dekat apabila muncuknya pemerintahan islam di Afrika Utara. Sempadan anatara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean. Melalui laut itu, orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily dan seterusnya ke Portugal dan Perancis. Peperangan merupakan suatu saluran lagi bagi pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat. Cordova berperang dengan tentera Charlemagne pada 778 TM yang pertempurannya merangsangkan penghasilan sebuah karya sastera yang terkenal, iaitu Chanson de Roland. Di Sepanyol peperangan selalu berlaku antara tentera Islam dengan kerajaan-kerajaan Kristian di bahagian utara Sepanyol, iaitu Leon, Castile, Navarra, dan Barcelona. Melalui peperangan, tentera Kristian terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan Islam, organisasi dan ketenteraan Islam, sistem politik dan ekonomi-sosial. Abdul Rahman al-Dakhil menghantar ekspedisi tentera ke utara yang bertujuan mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kedaultan daripada diancam oleh musuh yang menganut Kristian.

Perang salib yang berlaku antra orang Kristian dan orang Islam menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan Eropah dengan ilmu pengetahuan Islam. Pengetahuan tamadun Islam membangkitkan semangat ingin tahu orang Eropah untuk meluaskan pengetahuan mereka, tentang tamadun Eropah Purba seperti tamadun Yunani dan Rom. Karya-karya tamadun yunani dan rom dihidupkan kembali dan dikaji semula di universiti Itali, Sepanyol dan Perancis. Selain itu, kejatuhan konstantinople ke tangan Turki Uthmaniyah pada tahun 1453 Masihi menyebabkan perkembangan pesat ilmu pengetahuan di Eropah. Akibatnya, ramai sarjana telah berpindah ke Eropah terutamanya ke bandar Itali seperti Florence, Turin, Genoa dan Milan yang pernah mempunyai hubungan perdagangan dengan Konstantinople. Sarjana ini membawa bersama mereka karya dan tulisan mereka yang penting tentang tamadun Yunani dan Rom. (K. Ratnam, 1994).

Perkembangan ilmu pengetahuan Sepanyol, Sicily, Portugal dan Perancis boleh dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan tamadun Islam dengan tamadun Eropah kerana di sanalah berlakunya pertembungan budaya dan intelektual. Kaum pedagang, intelek dan tokoh agama daripada kedua-dua pihak sering berulang-alik antara negeri-negeri tersebut. Di situ jugalah terdirinya institusi pendidikan dan perpustakaan yang dilengkapi dengan buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam. Para pelajar dari seluruh dunia telah tertum[u ke situuntuk memp[eroleh ilmu pengetahuan. Selain usaha pelajar, penduduk tempatan yang bergana Islam yang dinamakan Mudejeras yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut memindahkan ilmu pengetahuan Islam kepada masyarakat Barat. (Mahayudin Yahaya, 2001). Perkembangan tamadun Islam sejajar di bahagian barat dengan perkembangan tamadun Islam di bahagian Timur yang berpusat di Baghdad kerana tokoh-tokoh pada kedua-dua belah pihak saling berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan sebuah pusat ilmu pengetahuan yang dipanggil baiyul hikmah yang dibina pada zaman khalifah alMakmun. Antara kegiatan yang dijalankan institusi ini adalah menterjemahkan karya

ilmiah daripada bahasa Yunani kemudiannya diperkembangkan oleh orang Islam dan seterusnya dipindahkan ke Eropah. Cordova merupakan pusat kegiatan intelektual. Universiti Cordova menjadi institusi ilmu terbesar di dunia Islam dan menawarkan pembelajaran semua cabang ilmu pengetahuan. Perpustakaan yang besar juga diwujudkan oleh Al-Hakam yang mengumpulkan sebanyak 400,000 manuskrip dari Iskandariah dan Baghdad. Para pelajar Muslim dan bukan Muslim dari Sepanyol, Eropah, dan Afrika berkumpul di Cordova untuk mencari ilmu. Falsafah Aristotle dan ilmu sains Yunani dan Arab dikaji dan di bawa balik ke Eropah. Mencetuskan minat dalam beberapa isu akademik, menggalakkan penubuhan universiti-universiti di Eropah Barat pada kurun ke-12 TM dan akhirnya menyumbang kepada kelahiran Renaissance. Antara tokoh pertama yang belajar di Andalus iaitu Gelbert De Oralic, Adelard of Bath, Robert of Chester. Penterjemahan Pertemuan antara para sarjana Muslim dengan Eropah di Cordova telah membawa kepada penterjemahan karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin. Contohnya ialah Mukadimah, karya Ibn Khaldun. Muqaddimah merupakan sebuah ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan. Penterjemahan karya-karya sains matematik dan astronomi telah banyak menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan munculnya pusat pengajian ilmu Islam di beberapa tempat Eropah Barat Marseille, Toulouse, Narbonne dan Mont-Pellier. Adalah diketahui bahawa buat pertama kali dalam sejarah dunia, al-Quran diterjemahkan dalam bahasa Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas ke seluruh Eropah. Budaya Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun eropah terutamanya tamadu rom apabila dapat menguasai kawasan mesir dan afrika utara. Penguasaan islam terhadap kawasan-kawasan baru telah mewujudkan satu pertembungan tamadun dari segi kebudayaan. Contohnya, kemunculan kerajaan islam di sepanyol telah mewujudkan satu kebudayaan baru di eropah. Bahasa arab telah dijadikan sebagai bahasa utama di sepanyol semasa pemerintahan kerajaan bani umaiyah di cordova. Pada waktu itu, lahir

golongan tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam seperti cara pemakaian dan berbahasa Arab. Golongan ini dipanggil Mozarab. Keaadan ini telah mempengaruhi kehidupan harian orang Eropah sehingga pengaruhnya berterusan ke pertengahan zaman Renaissance. Golongan yang memainkan peranan penting dalam proses ini ialah golongan mudejar iaitu orang Islam setempat yang bterus tinggal di kawasan pemerintahan Kristian. Para cerdik pandai Islam dan bukan Islam dapat bertukar pendapat antara satu sama lain semasa perluasan taklukan islam. (Zamri Talib, 2005).

Seni bina Islam juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam perkembangan ketamadunan dunia teriutama dalam bidang seni bina. Keindahan seni bina islam dapat dilihat pada masjid cordova di Sepanyol, masjid sultan ahmed (masjid Biru) di Istanbul dan Istana al-Hambra di Granada. Seni bina ini melambangkan ketinggian martabat tamadun Islam dan nilai seni bina Islam. Seni bina dalam tamadun Islam adalah berasaskan kepada kepercayaan tauhid dan akidah. (Zamri Talib, 2005). Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka bentuk yang dibina oleh manusia. Ibnu khaldun berpendapat seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yang penting kerana ia merupakan lambing kegemilangan sesuatu bangsa. Contohnya, tamadun Islam seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Tamadun Indus menghasilkan seni bina yang bermutu. Alfred fred Frazer berpendapat seni bina Islam merupakan gambaran dari sudut agama dan tumpuannya ialah bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan rumah kediaman. Ciri-ciri utama seni bina Islam menurut LH Quresi ialah: a) Mempunyai ruang udara yang banyak untuk memberi keselesaan kepada umat Islam mengerjakan ibadat solat di dalam masjid atau di rumah kediaman. b) Hiasan yang paling menonjol ialah tulisan khat yang dipetik daripada ayat alQuran dan hadis.

c) Reka bentuk bangunan yang perlu disesuaikan dengan iklim dan keadaan setempat. d) Perabot di dalam bangunan adalah indah dan sederhana. e) Bercirikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan yang tiada sebarang pertentangan antara unsur kerohanian dengan kebendaan. f) Bangunan yang dibina itu selamat digunakan sebaik-baiknya. g) Berbentuk arabesque, corak, geometri dan berhias. Selepas kewafatan Nabi saw, seni bina Islam terus berkembang terutama pada zaman Khulafa al-Rasyidin khususnya melalui pembinaan masjid-masjid yang dihias dengan ayat-ayat al-Quran yang diukir indah. Aspek seni bina Islam yang terpenting ialah pembinaan masjid. Ini kerana Islam meletakkan tempat ibadat sebagai ciri penting sesebuah bandar. Dalam masa yang sama, masjid menjadi lambang kekuatan akidah, kesatuan dan perpaduan umat Islam. Pada zaman dahulu, masjid menjadi pusat segala kegiatan sosioekonomi dan politik umat Islam. Mengikut perkembangan zaman, masjid mula dihiasi dengan ukiran, seni khat, dan seni warna masjid latar belakang setempat. (Mohd Nor Jusoh, 2011). Kepentingan bilangan masjid digambarkan dengan fakta-fakta jumlah masjid dibina di sesebuah tempat. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membina 40 buah masjid. Pda zaman Bani Umayyah terdapat lebih kurang 24 buah masjid di Damsyik. Pada abad ke-15, terdapat 88 buah masjid jamek dan 19 buah masjid kecil di Kaherah. Antara perkara penting yang diberikan perhatian dalam pembinaan masjid ialah lokasi mimbar, menara tempat azan dilaungkan, kubah dan lain-lain lagi. Seni bina Islam terus berkembang pesat dan maju pada zaman bani Umayyah. Bukan sahaja masjid yang dibina dengan seni bina yang unik, malah istana-istana khalifah turut diukir dengan ayat-ayat al-Quran, hadith dan kata-kata hikmah. Pada zaman kerajaan Islam di Sepanyol (Andalusia) khususnya yang berkembang di Bandar Cordova, Granada dan Teledo, unsur-unsur seni bina amat terserlah pada bangunan dan istana. (Mohd Nor Jusoh, 2011).

Seni ukir Seni ukir dalam tamadun Islam termasuklah seni bina, seni khat dan seni lukis, binaan, tulisan (khat) atau lukisan ukiran pada batu, tanah liat atau kayu. Seni ukir berperanan untuk menghasilkan sesuatu yang indah dan mempunyai nilai estetika untuk dihayati oleh umat Islam demi mempertingkatkan ketaqwaan mereka kepada Allah SWT. Seni lukis Islam bermula di Tanah Arab, seni ukir ini berkembang ke Parsi, Mesir, Andalus, India,dan seterusnya ke Nusantara. (Mohd Nor Jusoh, 2011). Diplomatik Hubungan diplomatik juga telah menyebabkan berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun barat. Orang islam telah mendapat oengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar. Semasa pemerintahan kerajaan bani umaiyah, beberapa kumpulan peneroka telah dihantar ke utara selat Gibraltar di selatan sepanyol.. kumpulan peneroka tersebut telah bertembung degan beberpa petempatanbuakan Islam di Cordova, Valencia dan Rhonda. Pertembungan ini telah mewujudkan diplomatic atara kawasan dengan tamadun Islam. Pertembungan tersebut telah membolehkan berlakunya pemahaman secara amanantara orang islam denganorang bukan islam berkaitan cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran. (Zamri Talib,2005). Melalui saluran diplomatik berlakunya interaksi kedua tamadun.

Kecemerlangan Cordova adalah setanding dengan Baghdad dan Constantinople. Khalifah mengadakan hubungan diplomatik dengan Maharaja Constantinople dan raja-raja Jerman, Itali, dan Perancis. Hubungan rasmi terbukti dengan datangnya utusan-utusan negara Eropah ke Cordova. Melalui saluran diplomatik unsur-unsur tamadun Islam telah mengalir ke Eropah. Sarjana-sarjana Eropah dan negaranegara lain bertumpu di Cordova untuk mencari ilmu.

Bibliografi

Zamri Talib. (2005). Siri Teks Referens SPM: Sejarah Tingkatan 4&5. Pearson Malaysia Sd. Bhd. Selangor. K. Ratnam. (1994). Model Soalan dan Jawapan Sejarah SPM. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Selangor. Khasnor Johan, Mahayudin Yahaya, Muzaffar Tate, Qasim Ahmad & Rohan Zubir. (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sejarah Peradaban Dunia. Dewan Bahasa Pustaka. Kuala Lumpur. C. H. Chong, Baharuddin Hassan & C. S. Yoke. (1997). Sukses Lengkap Terkini: SPM Sejarah Peradaban Dunia. Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd. Selangor. Mahayudin Yahaya. (2001). Tamadun Islam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor. Mohd. Nor Jusoh. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Sarjana M edia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.