Anda di halaman 1dari 2

info ekstra

Bab
PERANAN SENI VISUAL
6
Sejarah Ringkas Pendidikan dalam Tamadun Dunia
Tamadun Mesir
Antara tamadun yang hebat serta terkenal di dunia kesan daripada penerimaan pendidikan
yang dikuasai oleh rakyatnya ialah tamadun purba Mesir. Tamadun purba Mesir merupakan
antara tamadun di dunia yang agung dari hasil seni tampak, seni bina dan budaya.
Pendidikan dalam tamadun purba di Mesir dikuasai oleh raja Firaun. Menurut kajian
ahli sejarah pada 3150 Sebelum Masihi pemerintahnya, iaitu Firaun telah mewujudkan
pendidikan formal dalam kalangan rakyatnya. Pelbagai bidang pendidikan yang diwujudkan
pada zaman pemerintahan firaun telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam kalangan
rakyat seperti jurutulis, pengarca, arkitek dan doktor. Penekanan kepada kemahiran dalam
seni tampak dapat dibuktikan dengan tinggalan piramid dan seni bina yang terkenal di dunia
seperti Sphinx of Giza.

Piramid dan Sphinx menjadi mercu tanda Patung raksasa Ramses II antara seni bina
dalam seni bina tamadun Mesir Purba terkenal di Mesir

Tamadun Eropah
Pendidikan dalam tamadun terkenal di Eropah juga memainkan peranan yang penting
dalam memberi pendidikan kepada rakyatnya. Pendidikan yang diberikan telah membentuk
suatu kuasa yang kuat pada suatu masa dulu. Antaranya ialah tamadun Rom yang
merupakan salah satu tamadun yang kuat serta masyhur di benua Eropah. Tamadun
Rom merupakan antara tamadun tertua di Eropah yang dianggarkan wujud sejak tahun
1000 Sebelum Masihi. Salah satu kemasyhuran dan kekuatan tamadun tersebut adalah
disebabkan oleh pendidikan yang diberikan oleh pemerintah yang menekankan aspek
ketenteraan, semangat patriotisme yang tinggi serta mempunyai kekuatan tubuh dan minda.

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
Dasar pendidikan yang diberikan kepada rakyatnya dapat melahirkan rakyat yang kuat dan
bersifat ketenteraan serta dapat membina empayar yang kukuh di benua Eropah.
Pada zaman peralihan iaitu pada peringkat permulaannya, sekolah rendah mula
didirikan yang dipanggil juga sebagai ‘Sekolah Sastera’. Sekolah ini belum dipengaruhi
oleh pengaruh Greek. Di sekolah ini kitab Odisa diajar kepada kanak-kanak yang ditulis
dalam bahasa Latin. Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah pidato dan
pelajaran nahu Greek. Akhirnya, sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin.
Pada zaman baru/moden Rom, iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan,
cara pendidikan Greek telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah nahu/
berasaskan bahasa dan retorik yang dihasilkan daripada kebudayaan Greek itu telah
berkembang pesat di Itali (hingga ke zaman pemerintahan Julius Ceasar) dan akhirnya
telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan daripada pemerintah. 
Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan
secukupnya dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab
karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato juga
didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda yang meningkat umur 15 tahun
dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka yang belajar di sekolah ini
kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin bekerja sebagai peguam, ahli politik
dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau bagaimanapun pendidikan serupa ini terhad
dalam kalangan segolongan kecil orang Rom sahaja. Selain latihan pidato, terdapat juga
pelajaran lain seperti pelajaran mekanik, ilmu falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.
Perlu ditekankan di sini bahawa pada zaman republik Rom, kanak-kanak diajar membaca,
menulis, bermain pedang dan berenang oleh ibu bapa secara peribadi. Pengajaran membaca
biasanya dipertanggungjawabkan kepada paedagogus (seorang hamba yang berfungsi
sebagai pembimbing, penjaga dan hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka).
Secara keseluruhannya, pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada tiga kemahiran
iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada zaman kemerosotan Rom, iaitu pada kurun
Pertama Masihi (zaman keruntuhan kerajaan republik), pendidikan turut merosot akibat
kelemahan kerajaan. 

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018

Anda mungkin juga menyukai