Anda di halaman 1dari 2

bank soalan

Bab
Kritikan Seni Visual
11
Soalan Struktur

1 Berikan penyataan ringkas berkaitan aspek yang dinyatakan di bawah dalam konteks
penghasilan arca.
(a) Makna tersurat
(b) Makna tersirat

Soalan Esei

1 Nyatakan bagaimana proses kritikan seni dapat meningkatkan kualiti sesebuah karya
seni visual.

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
Jawapan Cadangan
Soalan Struktur

1 (a) Makna tersurat – maksud yang ingin disampaikan oleh pengkarya berdasarkan
aspek formal yang dipaparkan, seperti jalinan dan bentuk yang terdapat pada
sesebuah arca
(b) Makna tersirat – maksud yang disampaikan di sebalik penyataan aspek formal yang
gunakan, melibatkan perasaan, pengalaman intelek atau sensitiviti seseorang untuk
memahaminya

Soalan Esei

1 • Proses kritikan seni dapat meningkatkan apresiasi audiens dalam memahami


makna yang disampaikan dalam sesebuah karya. Secara tidak langsung kritikan
seni dapat meningkatkan kualiti sesebuah karya. Contohnya proses kritikan dapat
membincangkan makna tersurat, iaitu makna yang disampaikan berdasarkan imej
yang dipaparkan manakala makna tersirat ialah maksud yang disampaikan di
sebalik penampilan imej visual pada karya
• Proses kritikan seni secara tidak langsung dapat mempromosi karya seni. Contohnya
kritikan boleh dilakukan antara pengkarya, audiens serta penaung individu seperti
pihak galeri
• Kritikan seni juga dapat mempamerkan kekuatan sesebuah karya. Contohnya
dengan mendengar penerangan/penjelasan pengkarya tentang makna tersirat,
rujukan serta pengaruh imej yang dihasilkan

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018

Anda mungkin juga menyukai