Anda di halaman 1dari 3

bank soalan

Bab Perekaan: Reka Bentuk


5 Persekitaran

Soalan Struktur

1 Nyatakan dua peranan pelan konsep.


(a)
(b)
2 Jelaskan dua perkara yang diperlukan dalam merealisasikan pelan landskap.
(a)
(b)

Soalan Esei

1 Keselesaan reka bentuk hiasan dalaman bergantung kepada beberapa elemen yang
bersesuaian. Bincangkan.
2 Sejauh manakah langkah penjagaan alam sekitar dapat dikawal dengan pembinaan
landskap persekitaran?

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
Jawapan Cadangan
Soalan Struktur

1 (a) Gambaran awal dalam penentuan tema/konsep sesebuah landskap


(b) Idea awal dalam mencari idea untuk pembinaan struktur binaan yang akan dibina
dalam sesebuah landskap
2 (a) Memastikan jenis dan kedudukan tumbuhan yang dipilih dalam pembinaan
landskap
(b) Menentukan kedudukan sebenar struktur binaan yang akan dibina dalam landskap
akhir

Soalan Esei

1 Keselesaan sesuatu reka bentuk hiasan dalaman bergantung kepada beberapa elemen
iaitu ruang, peredaran udara dan pencahayaan
• Ruang ialah elemen terpenting dalam mewujudkan ruang dalaman yang selesa.
Ruang dinilai daripada aspek saiz dan reka bentuknya. Ruang harus disesuaikan
dengan penggunaan warna, jenis perabot dan susun atur. Contohnya ruang dalaman
yang kecil akan kelihatan selesa dan luas dari segi visualnya jika mengikut kaedah
penyusunan dan menggunakan warna yang betul. Pemilihan perabot haruslah
bersesuaian dengan saiz ruang yang ada
• Peredaran udara ialah peredaran angin yang berkait rapat dengan keselesaan dan
kesihatan penghuni. Kitaran udara yang baik menjadikan suasana di dalam ruang
menjadi lebih nyaman dan segar. Contohnya Malaysia mengalami cuaca panas dan
lembap sepanjang tahun, maka peredaran udara amat penting dalam mereka bentuk
ruang. Peredaran udara dipengaruhi oleh bukaan tingkap, pintu, kekisi dan susunan
perabot yang betul dan dibantu dengan penggunaan kipas atau penyaman udara
• Pencahayaan yang baik memberikan suasana keceriaan dan keselesaan.
Pencahayaan terhasil daripada sumber semula jadi seperti cahaya matahari dan
sumber buatan manusia seperti lampu. Kesan pencahayaan dapat dipertingkatkan
lagi dengan penggunaan warna-warna cerah dan ceria untuk menampakkan
satu kesan ruang yang menarik. Kesan pencahayaan dapat ditingkatkan dengan
penggunaan cermin
2 Penjagaan alam sekitar dapat dikawal oleh pembinaan landskap persekitaran dengan
pelbagai cara seperti langkah mengawal hakisan, mewujudkan imbangan ekologi dan
mengawal pencemaran alam.
• Langkah pengawalan alam sekitar dapat dikawal melalui penanaman pelbagai jenis
tumbuhan. Contoh penanaman tumbuhan yang paling berkesan untuk mengawal

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
hakisan tanah ialah dengan penanaman tumbuhan tutup bumi seperti rumput.
Tumbuhan seperti rumput dapat mengawal hakisan tanah terutama di kawasan
cerun bukit dengan menggunakan cengkaman akar
• Imbangan ekologi juga dapat diwujudkan dengan pembinaan landskap persekitaran.
Imbangan ekologi boleh diwujudkan dengan mewujudkan imbangan kehidupan
antara tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Contohnya, dengan penanaman pelbagai
jenis pokok dapat mewujudkan perlindungan kepada unggas untuk membuat
sarang, begitu juga pembinaan tasik buatan dapat mewujudkan habitat kepada
pelbagai jenis ikan
• Landskap persekitaran juga dapat mengawal pencemaran alam. Contohnya
tumbuhan rendang yang ditanam di tepi jalan dapat dijadikan sebagai penapis udara
tercemar seperti debu serta sebagai penapis/mengurangkan bunyi kenderaan. Ia juga
bertindak sebagai penyerap gas karbon dioksida di udara dan mengeluarkan gas
oksigen yang digunakan oleh manusia dan haiwan

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3

Anda mungkin juga menyukai