Anda di halaman 1dari 2

BAB 9 : TANGGUNGJAWAB SOSIAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

CONTOH TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM KONTEKS HIDUP


BERMASYARAKAT
Keharmonian Masyarakat – melibatkan diri dalam aktiviti komuniti
seperti gotong-royong
Kesihatan – menyertai program kesihatan seperti kempen derma darah
dan derma organ.
Kelestarian alam sekitar – memelihara dan memulihara flora dan fauna
seperti mengadakan kempen menanam
pokok.
Kebajikan – membantu golongan yang mengalami musibah seperti
Mengadakan kutipan derma kilat.

KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


 Mengukuhkan hubungan antara anggota masyarakat.
 Melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
 Memupuk perasaan cinta akan negara.
 Membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib
baik
 Memastikan keselamatan penduduk setempat.
 Memastikan tahap kesihatan anggota masyarakat dalam keadaan
baik.
 Melindungi kelestarian alam.

PERANAN NDIVIDU SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT DALAM


MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
 Menjayakan aktiviti kesukarelawanan
 Memberikan sumbangan masa dan tenaga.
 Menyumbangkan kepakaran diri kepada masyarakat setempat.
 Memberikan sumbangan kewangan.
 Menyokong usaha pelbagai pihak.
IDEA BAHARU UNTUK MENGGALAKKAN GENERASI MUDA
MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
o Pemberian markah merit kepada generasi muda, khususnya
murid yang menyertai aktiviti anjuran badan bukan kerajaan
(NGO).
o Pengiktirafan kepada generasi muda yang aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan.
o Pelantikan generasi muda yang berkebolehan dalam aktiviti
kemasyarakatan sebagai duta khidmat sosial.
o Penglibatan tokoh terkenal untuk menarik minat generasi
muda.
o Penganugerahan ikon khidmat sosial kepada generasi muda
yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat.
o Penglibatan aktif dalam aktiviti khidmat sosial membolehkan
murid dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi.

Anda mungkin juga menyukai