Anda di halaman 1dari 9

Sinonim

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.


1. Sikap takbur dan suka berlagak Ali itu hanya akan mendatangkan keburukan
kepadanya.
A taksub
B bongkak
C bengis
D manja

2. Encik Amir sudah puas berikhtiar, namun penyakit isterinya itu masih belum
sembuh.
A berdaya
B berdoa
C berjuang
D berusaha

3. Pengawal keselamatan itu terlena di atas kerusinya kerana terlalu letih.


A terpinga-pinga
B terduduk
C terlelap
D tersengguk-sengguk

4. Bola yang ditendang oleh Aman itu meluru deras lalu menerjah jaring.
A tepat
B tinggi
C kencang
D perlahan

5. Janganlah terlalu gembira bahawa soalan peperiksaan yang akan


dikemukakan enteng-enteng belaka.
A sukar-sukar
B mudah-mudah
C panjang-panjang
D baru-baru

6. Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.


A kuat
B berani
C gentar
D kasar

7. Encik Haris telah menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa dia
telah berkahwin dengan gadis tersebut.
A mengesahkan
B mendakwa
C menyangkal
D meragui

8. Apakah yang merunsingkan fikiran kamu?


A merisaukan
B merosakkan
C mempengaruhi
D membuahkan

9. Saya sering makan di restoran itu keran makanannya sedap belaka.


A selalu
B jarang
C kadang-kadang
D sesekali

10 Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi.
.
A menghimpun
B melonggok
C menyimpan
D memunggut

11 Khalid sedang menanti ketibaan rakan karibnya di Bandar Seri Begawan.


.
A menyambut
B menunggu
C menjemput
D mempelawa

12 “Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya,” kata ketua kampung.
.
A tiba
B tepat
C dekat
D sampai

13 Sepakan kencang pemain bola sepak itu telah menembusi pintu gol pasukan
. lawan.
A hentaman
B hayunan
C tendangan
D lerekan
14 Bakul yang diangkat oleh Aina penuh dengan sayur dan ikan.
.
A dibawa
B dipunggah
C diapit
D dibebat

15 Zainal menerangkan perkara yang dilihatnya kepada kami dengan


. bersungguh-sungguh.
A menjelaskan
B menyatakan
C mengemukakan
D menterjemahkan

16 Kita hendaklah menghindari perbuatan yang bertentangan dengan


. undang-undang dan kehendak agama.
A memisahi
B mengelaki
C mengawasi
D menjauhi

17 Sebuah jejambat akan dibina di persimpangan itu kerana lalu-lintas di situ


. semakin sibuk.
A kalut
B sesak
C sumbat
D penuh

18 Sungguhpun Encik Ahmad mewah, kehidupan keluarganya tidak bahagia.


.
A mahupun
B meskipun
C pastinya
D setentunya

19 Rumah setinggan itu dirobohkan oleh pihak berkuasa semalam.


.
A dijatuhkan
B digugurkan
C diruntuhkan
D dirosakkan
20 Encik Shamsul sering dipuji oleh ketuanya kerana mempunyai rekod
. kedatangan yang baik.
A sempurna
B bagus
C lengkap
D cukup

21 Harun tidak boleh menerima tawaran kerja baru itu kerana dia masih terikat
. dengan perjanjian syarikat tempatnya bekerja sekarang.
A tertakluk
B terkawal
C terbatas
D terhad

22 “ Jika tiada aral melintang, kami sekeluarga akan ke Sabah pada hari raya
. pertama,” kata Rusli kepada Roswati.
A malapetaka
B halangan
C sekatan
D bencana

23 Setelah masa semakin suntuk, barulah Izzati hendak mengulang kaji


. pelajaran.
A cepat
B pendek
C singkat
D perlahan

24 Novelis itu mendapat ilham menulis novel “Mahligai Gading” ketika bercuti di
. Tasik Kenyir.
A ilusi
B idea
C karya
D inspirasi

25 Persahabatan antara Malik dengan Raja semakin akrab.


.
A ketat
B padat
C erat
D dekat
26 Sudah sepuluh tahun mereka mendiami rumah itu.
.
A menduduki
B mempunyai
C memiliki
D menguasai

27 Puan Aini menyikat rambut anaknya.


.
A mengurus
B menyisir
C mengusap
D mendandan

28 Jangan lakukan perbuatan yang tidak bermanfaat.


.
A berharga
B beruntung
C bernilai
D berfaedah

29 Pihak polis mengedar poster kepada semua pengguna lebuh raya sempena
. Kempen Keselamatan Jalan Raya.
A memberi
B menghulur
C mengepos
D menghantar

30 Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung
. sedalam tiga puluh meter.
A terlajak
B terjatuh
C tergelincir
D terperosok

31 Pengerusi majlis akan memberitahu keputusan pertandingan itu sebentar


. lagi.
A memaklumkan
B menyerukan
C menyarankan
D mengingatkan
32 Tekaknya terasa mual apabila terpandang mayat-mayat yang kenjur dan
. busuk itu.
A perit
B muntah
C jelak
D loya

33 Sejak pulang dari luar negara, perang Suhaili bertambah takbur dan angkuh.
.
A cengil
B garang
C buruk
D bongkak

34 Janganlah kamu segan untuk bertanya sekiranya kamu ada kemusykilan


. dalam hal ini.
A kesangsian
B keberatan
C kesukaran
D keseksaan

35 Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sarawak pada bulan hadapan.


.
A beralih
B berpindah
C bertandang
D berangkat

36 Menara Berkembar Petronas yang tinggi mencecah awan itu telah menjadi
. tarikan pengunjung ke bandar raya Kuala Lumpur.
A mencapai
B menggapai
C mengawan
D menggunung

37 “Segala nasihat dan budi baik pak cik sekeluarga akan terus bersemadi di
. sanubari saya,” katanya.
A marak
B kekal
C mekar
D segar

38 Ayam mencari makanannya dengan mengais tanah.


.
A mencakar
B menggorek
C menggaru
D menguis

39 Sijil-sijil yang dibawa semasa temu duga semalam tidak diiktiraf oleh ketua
. jabatan itu.
A diakui
B dimaklumkan
C diingini
D disetujui

40 Doktor Laila tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa


. menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan.
A memikirkan
B mengutamakan
C mengorbankan
D menghambakan

41 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.


.
A riuh
B hiba
C tenang
D lengang

42 Kucing binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
.
A sepi
B nyata
C jelas
D kabur

43 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar .
.
A layu
B hidup
C kuncup
D kembang

44 Ikan paus ialah sejenis mamalia yang hidup di dalam laut.


.
A tinggal
B berada
C bernafas
D berkeluarga

45 Kelahiran cahaya mata Encik Ali dengan Puan Siti itu diharapkan dapat
. membawa rahmat kepada keluarganya.
A restu
B berkat
C hutang
D Ganjaran

46 Sempadan antara Malaysia dan Thailand dikawal rapi oleh tentera kedua-
. dua buah negara.
A selia
B ketat
C kemas
D baik

47 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki university


. ditolak.
A malu
B sedih
C kecewa
D terkilan

48 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
.
A laju
B yakin
C tegas
D petah

49 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.
.
A menelan
B mematuk
C memakan
D memagut
50 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
.
A takut
B sedih
C khuatir
D hampa

Anda mungkin juga menyukai