Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 34 : KATA GANDA

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih kata-kata yang paling sesuai

1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak lagi tentang perkembangan yang berlaku di
kampung itu.
A tanya-menanya C kenal-mengenal
B tahu-menahu D tengok – menengok

2. Gadis itu ke pejabat kerana sudah lewat.


A terkial-kial C tercungap-cungap
B terkinja-kinja D terkocoh-kocoh

3. Kedengaran suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
A jelas-jelas C samar-samar
B sayup-sayup D jauh-jauh

4. Selepas mesyuarat mereka minum sambil di tepi kolam renang itu.


A berbual-bual C bercakap-cakap
C berehat-rehat D berbaring-baring
5. Encik Razak membawa dari Surabaya untuk kami.
A oleh-oleh C abuk-abuk
B otak-otak D sagu-sagu

6. Beberapa ekor yang berwarna –warni terbang di dalam rumah kami.


A kupu-kupu C labah-labah
B pijat-pijat D labi-labi

7. Suasana dalam mesyuarat itu apabila dua pihak berbalah.


A huru-hara C lintang-pukang
B hingar-bingar D porak-peranda
8. Jalan raya yang itu amat berbahaya khususnya kepada penunggang motosikal dan basikal
A lintang-pukang C lekuk-lekak
B lintang-kedak D kacau-bilau

9. Seorang pekerja bahagian stor telah diberhentikan oleh pihak pengurusan pasar raya itu
kerana masalah disiplin.
A terus-menerus C serta-merta
B pontang-panting D tunggang-langgang

10. penceroboh itu sedang diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui kamera litar tertutup.
A Tingkah-laku C Gerak-geri
B Sorak-sorai D Desas-desus

11. Jalan raya yang baru diturap itu memudahkan kami ke tempat kerja.
A ulang-alik C mundar-mandir
B pindah-randah D lalu-lalang

12. waris keluarga yang ditimpa kemalangan itu masih kedengaran.


A Kumat-kamit C Bongkar-bangkir
B Senda-gurau D Sedu-sedan

13. Ada yang mengatakan bahawa pengurus syarikat itu akan meletakkan jawatan.
A tindak-tanduk C corat-coret
B karut-marut D desas-desus

14. Mata budak itu apabila dimarahi oleh ibunya.


A terkebil-kebil C terkelip-kelip
B terkial-kial D terikut-ikut

15. Penjahat itu untuk melepaskan diri.


A melaung-laung C meraung-raung
B meronta-ronta D menarik-narik

16. Para penyokong pasukan bola sepak Selangor apabila Bambang berjaya menjaringkan gol.
A terkial-kial C terkebil-kebil
B terikut-ikut D terlonjak-lonjak

17. Pelbagai program telah diatur demi menggalakkan penduduk taman itu antara satu sama
lain.
A percaya-mempercayai C perlu-memerlukan
B kasih-mengasihi D kenal-mengenal

18. ”Budi cikgu akan saya kenang ,” kata Fatin.


A sekuat-kuatnya C selama-lamanya
B semalam-malaman D sehari-harian

19. Kita jangan mudah akan cara hidup barat.


A terambil-ambil C terikut-ikut
B tertiru-tiru D terbuai-buai
20. Sampah sarap yang di Sungai Kelantan itu adalah akibat daripada perbuatan segelintir orang
yang tidak bertanggungjawab.
A tertimbul-timbul C tersekat-sekat
B tertindih-tindih D terapung-apung

Anda mungkin juga menyukai