Anda di halaman 1dari 10

LATIHAN PEMAHAMAN ( PETIKAN 1)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Misah sibuk menyediakan sarapan di dapur. Bau pulut kukus berlaukkan ikan
kering bakar sungguh menyelerakan. Kedua-dua ibu bapanya pagi-pagi lagi sudah
keluar bekerja. Adik-adiknya pula masih tidur. Kebetulan cuti sekolah baru saja
bermula.
“Jaafar! Jamil! Johan! Cepat bangun!” laung Misah.
Seketika kemudian, suasana pagi yang sunyi sepi bertukar menjadi riuh-rendah
dengan suara adik-adiknya. Mereka duduk bersila menghadap sarapan.
“Makan elok-elok. Jangan berebut-rebut,” kata Misah. Misah menggeleng -
gelengkan kepala melihat telatah adik-adiknya yang berumur antara tujuh hingga
sepuluh tahun itu.
“Baik, Kak Long ,” jawab adik-adiknya serentak. Selepas itu, Misah mengemas
ruang tamu. Di luar rumah,hujan turun dengan lebatnya. Sejak empat hari lalu, hujan
turun mencurah-curah tanpa henti. Menurut ayahnya pagi tadi,air sungai hampir
mencecah tebing.
“Jaga adik kamu baik-baik. Jangan biarkan mereka bermain di luar rumah.
Bahaya!” Misah teringat akan pesanan ibunya pula.
Misah terus bergegas ke dapur. Malangnya, ketiga-tiga adiknya tiada di situ. Misah
menjenguk pula ke dalam bilik. “Ke mana pula mereka,” Misah berbisik.
Di luar rumah, kilat sabung-menyabung. Misah memanggil nama adik-adiknya
berulang-ulang. Namun,panggilannya tidak bersahut. Hatinya mula berasa bimbang.
Misah menjenggukkan kepala keluar tingkap. Kelihatan bapa saudaranya, Pak Ngah
berlarian di tengah hujan dalam keadaan cemas.
“Kenapa Pak Ngah?” tanya Misah.
“Tebing sungai runtuh. Air sungai melimpah,” jawab Pak Ngah.
Tanpa membuang masa, Misah terus mencapai sekaki payung. Dia meredah hujan
lebat itu untuk mencari adik-adiknya. Arahnya ke sungai yang berhampiran kerana di
situlah adik-adiknya selalu bermain.
“Misah, jaga adik-adik kamu!”
Dalam curahan hujan itu, ada dua orang pemuda yang dikenalinya. Di sisi mereka,
berdiri ketiga-tiga adiknya. Tidak terkira betapa leganya Misah melihat mereka.

1 Mengapakah Misah melarang adik-adiknya berebut-rebut ketika makan?

A untuk mengelak daripada tercekik .


B untuk mengelakkan makanan itu tertumpah.
C untuk mengeratkan hubungan antara mereka.
D untuk menyemai sikap bertolak-ansur.

2 Kata yang sama maksudnya dengan kata bersahut ialah………….

A berteriak
B berhubung
C berjawab
D bersambung

3 Bagaimanakah perasaan Misah apabila dia menyedari ketiadaan adik-adiknya?

A gelisah
B kecewa
C takut
D sedih

4 Perkara apakah yang difikirkan oleh Misah apabila mendapati adik-adiknya tiada
di rumah?

A Kedua-dua ibu bapanya akan memarahinya.


B Adik-adiknya bermain di sungai yang berhampiran
C Dia terpaksa meredah hujan untuk mencari adik-adiknya.
D Adik-adiknya bersembunyi di bawah rumah.

5 Semua nilai murni yang berikut tergambar dalam cerita kecuali …..

A bertanggungjawab
B tabah menghadapi dugaan
C tolong-menolong
D kasih sayang dalam keluarga
LATIHAN PEMAHAMAN ( PETIKAN 2)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ramesh baru sahaja pulang kira-kira sejam tadi. Rasa penat dan kejang urat
masih belum hilang. Namun begitu, dia tetap berasa lega dan bersyukur.

Tiga hari lamanya mereka mengikuti aktiviti itu. Selama tempoh tersebut, dia
mengikuti pelbagai kegiatan yang dirancang oleh unit beruniform sekolahnya. Bermula
dengan mendirikan khemah, mereka ke hutan yang berdekatan untuk mencari kayu api
bagi kegunaan sepanjang sesi berlangsung. Semua kerja dibuat bersama-sama.

Pada malam pertama, para peserta didedahkan dengan maklumat asas tentang
persekitaran kawasan itu. Taklimat ini penting agar para peserta dapat menjaga
keselamatan diri sepanjang perkhemahan berlangsung. Tepat pukul 11.45 malam,
mereka kembali ke khemah untuk tidur.

Esoknya, mereka bersarapan pada pukul 7.00 pagi. Setelah itu, mereka
menjalani senaman ringan sebelum mengemas perkakas di dalam khemah. Pada pukul
9.00 pagi nanti, majlis perasmian oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah akan
berlangsung.

Pada sebelah petang, mereka melakukan aktiviti kembara yang penuh cabaran
dan rintangan. Mereka bukan sahaja terpaksa meredah hutan, tetapi juga terpaksa
mendaki bukit dan merentasi paya berlumpur yang dihuni lintah. Rasa takut, bosan,
cemas dan seronok saling mencengkam jiwa. Penatnya pun bukan kepalang.
Maklumlah, inilah julung kalinya mereka mengalami keadaan seperti itu. Namun begitu,
mereka bersyukur kerana Berjaya mengharungi rintangan demi memupuk kekuatan diri
dan mencapai kejayaan.

Malamnya, barulah mereka dapat mengukir senyuman. Segala penat dan kesakitan yang dialami
siang tadi hilang dek keceriaan aktiviti malam kebudayaan. Mereka berlawak, bernyanyi, dan berlakon
untuk menjuarai pertandingan. Lewat malam itu, suasana di situ sunyi sepi lantaran keletihan yang tidak
dapat ditahan-tahan lagi.

1 Apakah aktiviti yang diikuti oleh Ramesh?

A Aktiviti kembara
B Aktiviti kebudayaan
C Aktiviti perkhemahan
D Aktiviti unit beruniform

2 Bagaimanakah keadaan peserta sepanjang perkhemahan tersebut berlangsung?

A Berasa takut, bosan, cemas serta seronok


B Sentiasa ceria dan lapang dada melaksanakan aktiviti
C Mampu menjayakan aktiviti walaupun pelbagai cabaran mendatang
D Berasa risau kerana terpaksa berwaspada demi menjaga keselamatan diri
sendiri

3 Apakah aktiviti yang paling awal dilaksanakan semasa tiba di sana?

A Mendirikan khemah
B Mengemas peralatan
C Memasak makanan
D Mencari kayu api

4 Mengapakah peserta mengukir senyuman pada malam akhir?

A Berjaya menjuarai pertandingan yang diadakan


B Mendapat pengalaman yang berharga
C Terhibur oleh aktiviti kebudayaan
D Tidak perlu meredah hutan lagi

5 Manakah yang berikut tidak benar tentang petikan tersebut?

A Perkhemahan ini disertai sebuah pasukan unit beruniform


B Perkhemahan itu dirasmikan oleh pegawai pendidikan daerah
C Mereka meredah hutan dan bukit serta merentasi paya berlumpur
D Mereka Berjaya mengharungi rintangan sepanjang perkhemahan diadakan
LATIHAN PEMAHAMAN ( PETIKAN 3)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Apa yang kamu intai-intai itu, Hana?” tanya Suhaila sambil mencuit bahu
Suhana yang berada di tepi tingkap dapur.

“Oh, Kak Su! Hana tengah memerhatikan rumah Mak Cik Malar. Mengapa
rumahnya gelap saja, sedangkan tingkap terbuka? Setahu Hana, Mak Cik Malar pasti
menutup tingkap sebaik-baik saja senja menjelang,” kata Suhana kepada Suhaila.

“Yalah, Hana. Kalau Mak Cik Malar tiada di rumah, tentu dia menutup tingkap
rumahnya. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepadanya,” kata Suhaila.

“Mari kita jenguk Mak Cik Malar, kak,” ajak Suhana.

Suhaila hanya mengangguk. Suhana mengekorinya. Mereka keluar melalui pintu


dapur. Selepas pintu ditutup, mereka berjalan dengan pantas ke rumah Mak Cik Malar.
Apabila sampai di bahagian dapur rumah Mak Cik Malar, Suhaila terus mengetuk pintu
beberapa kali. Dia memasang telinga kalau-kalau Mak Cik Malar menyahut
panggilannya. Sementara itu, Suhana menuju ke tingkap yang terbuka. Suhana
menjenguk ke dalam rumah.
“Kak Su! Mak Cik Malar terbaring di lantai!” jerit Suhana dengan suara yang
cemas. Matanya terpaku memandang Mak Cik Malar yang terbaring di lantai dapur.

“Mak Cik Malar masih bernafas,” kata Suhana sambil menynetuh dada Mak Cik
Malar.

“Hana tunggu di sini sekejap. Biar Kak Su panggil emak dan abah,” kata Suhana
lantas beredar dari situ.

Sejurus kemudian, Encik Hamdan dan Puan Julia pun tiba. Mereka segera
menelefon ambulans. Suhana terus memerhatikan Mak Cik Malar sambil memanggil
namanya di dalam hati. Suhana berharap agar Mak Cik Malar mendengar
panggilannya. Suhana ingin melihat senyuman Mak Cik Malar seperti selalunya.

1 Suhaila dan Suhana merupakan

A anak-beranak C jiran tetangga


B adik-beradik D rakan karib

2 Apakah yang diperhatikan oleh Suhana?

A Suasana senja
B Rumah Mak Cik Malar
C Tepi tingkap dapur rumahnya
D Mak Cik Malar yang sedang sakit

3 Manakah antara yang berikut yang menunjukkan sikap Suhaila dan Suhana?

A Jujur C Prihatin
B Berani D Peramah

4 Apakah yang berlaku kepada Mak Cik Malar?

A Tertidur di dapur rumahnya


B Terbaring di atas lantai dapur
C Merehatkan badan di ruang tamu
D Mata Mak Cik Malar berpinar-pinar

5 Rangkai kata memasang telinga dalam petikan bermaksud

A memberi tumpuan
B mendengar
C mengintai
D menyahut
LATIHAN PEMAHAMAN ( PETIKAN 4)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Cikgu Borhan ada projek besar!” umum Teck Sing sebaik sahaja masuk ke
kelas Tahun 6 Cerdik.

“Projek apa, Teck Sing?” soal Raju. Majalah Dewan Pelajar yang baharu dibeli
dimasukkan ke dalam laci mejanya.

Semua murid Tahun 6 Cerdik tertumpu kepada Teck Sing, ketua kelas mereka.
Mereka bagaikan tidak sabar untuk mendengar penjelasan lanjut daripada Teck Sing.

“Begini kawan-kawan, tadi Cikgu Borhan memanggil saya. Beliau mahu saya
menyampaikan maklumat ini kepada kalian. Esok, Cikgu Borhan menyuruh kita
memakai pakaian sukan pada waktu Kemahiran Hidup,” terang Teck Sing.

“Kita hendak bercucuk tanam,” ujar Teck Sing lagi.

“Alamak, hitamlah kulit saya nanti!” rungut Liza lalui menekup kedua-dua belah
tapak tangannya ke pipi.

Projek bermula. Semua murid Tahun 6 Cerdik berkumpul di Bilik Kemahiran


Hidup untuk mendengar penerangan daripada Cikgu Borhan. Beliau menyuruh Teck
Sing mengedarkan buku log kepada setiap murid kelas itu.

“Berhati-hati semasa menggunakan cangkul dan tajak. Saya tidak mahu berlaku
sebarang kejadian yang tidak diingini. Faham semua?” tegas Cikgu Borhan.

“Faham, cikgu!” jawab mereka serentak.


1 Siapakah ketua kelas Tahun 6 Cerdik?

A Raju C Borhan
B Teck Sing D Liza

2 Apakah projek yang dimaksudkan oleh Teck Sing?

A Berkebun
B Bersenam
C Mengedarkan risalah
D Membeli majalah Dewan Pelajar

3 Mengapakah Cikgu Borhan berpesan supaya murid-muridnya berhati-hati


semasa menggunakan peralatan berkebun?

A Supaya tidak ada yang tercedera


B Kerana mereka tidak pernah menggunakan alat tersebut
C Supaya murid-muridnya tidak merosakkan peralatan sekolah
D Agar murid-muridnya menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh

4 “Begini kawan-kawan, tadi Cikgu Borhan memanggil saya. Beliau mahu saya
menyampaikan maklumat ini kepada kalian. Esok, Cikgu Borhan menyuruh kita
memakai pakaian sukan pada waktu Kemahiran Hidup,” terang Teck Sing.

Berdasarkan petikan ayat di atas, nyatakan sikap yang dimiliki oleh Teck Sing.

A Sopan-santun C Amanah
B Baik hati D Rajin

5 Rangkai kata penerangan dalam petikan bermaksud

A penjelasan C menceritakan
B pencerahan D memaklumkan

Anda mungkin juga menyukai