Anda di halaman 1dari 2

SINONIM

Pilih perkataan yang sama erti dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.

1 Persahabatan antara Malik dengan Raja semakin akrab.


A ketat C erat
B padat D dekat

2 Sudah 10 tahun mereka mendiami rumah itu.


A menduduki C memiliki
B mempunyai D menguasai

3 Puan Aini menyikat rambut anaknya.


A mengurus C mengusap
B menyisir D mendandan

4 Jangan lakukan perbuatan yang tidak bermanfaat.


A berharga C bernilai
B beruntung D berfaedah

5 Saya tidak menduga bahawa awak akan gagal dalam perlawanan itu.
A mengingat C menjangka
B menguji D mengira

6 Orang yang berada itu berderma kepada rumah anak-anak yatim.


A baik C mulia
B kaya D jujur

7 Pengerusi majlis akan memberitahu keputusan pertandingan itu sebentar lagi


A memaklumkan C menyarankan
B menyerukan D mengingatkan

8 Tekaknya terasa mual apabila terpandang mayat-mayat yang kenjur dan busuk itu.
A perit C jelak
B muntah D loya

9 Sejak pulang dari luar negara, perangai Suhaili bertambah takbur dan angkuh.
A cengil C buruk
B garang D bongkak

10 Janganlah kamu segan untuk bertanya sekiranya kamu ada kemusykilan dalam hal ini.
A kesangsian C kesukaran
B keberatan D keseksaan
11 Kejayaan yang dicapainya dalam peperiksaan UPSR adalah berkat usaha dan semangatnya
yang kental.
A meluap C kuat
B tekun D hebat

12 Leha mencedok padi yang sudah relai itu untuk dimasukkan ke dalam bakul.
A lumat C gugur
B luruh D hancur
13 “Segala nasihat dan budi baik pak cik sekeluarga akan terus bersemadi di sanubari saya,”
katanya.
A marak C mekar
B kekal D segar

14 Ayam mencari makanannya dengan mengais tanah.


A mencakar C menggaru
B menggorek D menguis

15 Sijil-sijil yang dibawa semasa temu duga semalam tidak diiktiraf oleh ketua jabatan itu.
A diakui C diingini
B dimaklumkan D disetujui

Anda mungkin juga menyukai