Anda di halaman 1dari 3

KATA ADJEKTIF

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nyalaan pelita minyak tanah di dalam bilik itu semakin ___________ kerana hampir
kehabisan minyak.
A suram C kabur
B malap D pudar

2 Adib tercungap-cungap keletihan setelah berlari mengelilingi padang Stadium Darul


Aman yang ___________ itu.
A luas C besar
B lebar D lapang

3 Nasi yang ditanak oleh Asmah di dalam periuk itu ___________ kerana terlebih api.
A rentung C benyek
B hangus D hangit

4 Baddrol Bakhtiar merupakan pemain bola sepak Kedah yang sangat ___________
ketika beraksi di padang.
A licik C cekap
B pandai D lincah

5 Mak Cik Senah membuang bantal buruk yang berbau __________ itu ke dalam tong
sampah.
A hamis C hapak
B hanyir D hangit

6 “Durian yang ayah beli itu tidak boleh dimakan kerana masih __________,” kata ayah
kepada Alin dan Alina.
A lemau C mengkal
B lidas D masam

7 Peragawati yang jelita itu mengayakan baju kurung potongan ____________ di sebelah
kiri.
A condong C bengkok
B serong D tegak

8 Nora berjalan dengan ___________ apabila cuaca semakin gelap dan hujan mulai turun.
A kencang C laju
B deras D pantas
9 Amran tidak ____________ untuk bertarung dengan lawannya dalam pertandingan silat
itu.
A gawat C gentar
B gusar D gugat

10 Rakyat Malaysia yang ___________ akan penderitaan rakyat Palestin telah menderma
untuk Tabung Keamanan Antarabangsa.
A segan C waswas
B simpati D benci

11 Berita tentang gejala sosial dalam kalangan remaja yang melanda negara kita kini
____________ diperkatakan.
A bising C riuh
B hangat D luas

12 Mulut Mak Cik Kiah yang ___________ bagai murai dicabut ekor membuatkan jiran-
jiran mula menjauhkan diri daripadanya.
A becok C hangat
B luas D bising

13 Akibat pembuangan sisa toksid dari kilang baja berhampiran, air Sungai Kedah menjadi
___________ dan __________.
A tohor…bersih C tohor…kotor
B cetek…tohor D dangkal…bersih

14 Nasi yang ditanak oleh kakak untuk makan tengah hari ____________ kerana terlebih
air.
A benyek C penyet
B hangit D tengik

15 Amri dan kawan-kawannya sedang mengepam bola yang __________ itu di dalam stor
sukan.
A lonjong C lurus
B kempis D kemik
Soalan 16 - 20
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
16 I Air yang mengalir dari puncak Gunung Jerai itu sungguh hening.
II Suasana di Belum Rainforest Resort itu hening sekali terutamanya pada waktu
pagi.
III Warna bajunya yang hening amat sesuai dipakai dalam majlis itu.
IV Suasana di pasar malam itu sungguh hening dengan suara peniaga yang cuba
menarik perhatian para pengunjung.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

17 I Selepas hujan, air sungai itu mengalir dengan deras.


IIRakan-rakan Suraya mengaguminya kerana dia deras berpidato.
III Pandangannya yang deras sering mendapat perhatian rakan-rakan sekelasnya.
IV Larian Hafiz tidak begitu deras kerana baru sahaja pulih daripada demam.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

18 I Abang memakai seluar panjang pekat berwarna biru.


II Adik tidak berani keluar dalam keadaan hujan yang pekat begini.
III Loghat Kedahnya masih pekat walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur.
IV Emak menyuruh kakak memasukkan beberapa sudu susu pekat ke dalam minuman
itu.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

19 I Suara Yuna rapuh dan tersekat-sekat kerana dia kesejukan.


II Haikal terjatuh dari pokok rambutan kerana terpijak dahan yang rapuh.
III Hubungan Fatin dengan Auni semakin rapuh semenjak berlakunya pertengkaran itu.
IV Ketupat pulut yang dihidangkan oleh ibu pada hari raya yang lalu sungguh rapuh
dan enak.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

20 I Tenunan songket ini memang halus buatannya.


II Perselisihan halus itu pasti dapat diselesaikan melalui perbincangan.
III Barang tembaga ini perlu digilap hingga halus.
IV Kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana sangat halus.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

Anda mungkin juga menyukai