Anda di halaman 1dari 4

KATA BANYAK MAKNA

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1 I Matanya menjadi sempit kerana tidak cukup tidur.


II Orang yang berfikiran sempit sukar menerima perubahan.
III Kakak ditegur oleh ayah kerana memakai seluar yang sempit.
IV Sani tidak membeli pakaian itu kerana wangnya sempit.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

2 I Dawai yang diregang pada dua tiang itu agak runcing.


II Kereta yang terbabas di selekoh runcing itu melanggar tembok.
III Pak Abu menggunakan buluh runcing untuk memagari kebunnya.
IV Keadaan kedua-dua buah negara yang bergolak itu bertambah runcing.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

3 I Bekas tapak kaki gajah itu masih jelas dapat dilihat.


II Lelaki itu bekas suami kepada seorang penyanyi terkenal.
III Tangannya masih bekas tanah selepas menanam pokok bunga.
IV Kata-kata Emi itu bekas kesan pada hati kedua-dua orang tuanya.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

4 I Cikgu menjelaskan perkara itu dengan teliti.


II Penyanyi itu menjelaskan nyanyiannya dengan baik sekali.
III Kemenangan ini menjelaskan keupayaan saya kepada semua.
IV Ayah menjelaskan bayaran ansuran keretanya pada setiap bulan.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

5 I Ayah tahan adik dan rakan-rakannya daripada mandi di sungai itu.


II Pencuri itu tahan sebuah kenderaan untuk melepaskan diri daripada pihak polis.
III “Anak-anaknya telah melarikan diri kerana tidak tahan dengan sikap isteri
baharunya,” kata datuk.
IV “Harap bekalan makanan ini akan tahan sepanjang kita berada di hutan ini,” kata
ketua pengakap itu.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

6 I Wanita itu memegang tangan anaknya dengan kemas semasa melintas jalan raya.
II Sulaman yang dibuat oleh Nita ini sungguh kemas dan cantik.
III Barang kemas yang dibeli oleh kakak itu didapati palsu.
IV Wajah abangnya tampan dan kemas.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
7 I Abang bernyanyi sambil memetik gitar.
II Nenek memetik makanan yang bertaburan di atas lantas.
III Kakak memetik pinggan mangkuk yang baru digunakan tadi.
IV Penceramah itu memetik kata-kata daripada buku Sejarah Malaysia.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

8 I Almari yang berat itu tidak terangkat olehnya seorang diri.


IITanggungjawab sebagai ketua pengawas sekolah amatlah berat.
III
Dia cuba untuk melupakan masalah yang berat fikirannya selama ini.
IVIbu berat mengizinkan saya menyertai program perkhemahan kerana sekarang ini
tengkujuh.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

9 I Walaupun usianya agak lanjut, namun dia masih gemar membaca.


II Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar negeri.
III Tasha menyesal kerana lanjut cakap terhadap kedua orang tuanya.
IV Remaja sekarang memerlukan keterangan lanjut tentang cara-cara mengatasi stres.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

10 I Majlis perkahwinan itu gamat dengan lauk-pauk yang dihidangkan.


IIKawasan setinggan yang berdekatan itu gamat dengan rumah-rumah.
III
Suasana di restotan itu menjadi gamat apabila kedengaran satu leputan kuat.
IVTempat perusahaan minyak gamat di Langkawi dikunjungi oleh ramai pelancong
dari luar negara.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

11 I Zamri tidak dapat menyertai rombongan ke Kuala Lumpur kerana ayahnya suntuk
wang.
II Para peserta gagal menyiapkan projek mereka kerana masa yang diberi begitu
suntuk.
III Pak Samad dan isterinya bekerja sehari suntuk menuai padi di sawah mereka.
IV Perasaannya suntuk kerana tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

12 I Marina tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk melanjutkan pelajaran ke


luar negeri.
II Cikgu Siti menyuruh Wani berganjak dari tempat duduknya.
III Setelah lima tahun tinggal di Pendang, Encik Amir pun berganjak ke Baling.
IV Nisa berganjak dari rumahnya setelah mendapat tawaran bekerja di Alor Setar.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
13 I Kakak memerah otaknya untuk menjawab soalan Matematik itu.
IIEmak memerah kelapa untuk mendapatkan santan bagi memasak kari.
III
Budak itu memerah telinga untuk mendengar leteran ibunya.
IVKetua kampung itu memerah golongan belia di kampungnya untuk membina sebuah
jambatan.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

13 I Kalau semangat kita lemah, kita tidak akan dapat mencapai segala cita-cita.
II Badannya terasa lemah kerana dia tidak berselera makan selama beberapa hari.
III Keropok yang telah digoreng itu menjadi lemah kerana tidak disimpan dalam tin.
IV Sikapnya yang lemah itu telah memikat hati penduduk di kampung itu.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

14 I Encik Hafiz menangkap gambar anaknya yang sedang bermain di taman.


IIPak Atan menyara isteri dan enam orang anaknya sebagai menangkap ikan.
III
Penjaga gol pasukan Malaysia amat cekap menangkap bola.
IVPihak polis berjaya menangkap perompak yang berbahaya itu dalam suatu kejadian
tengah malam tadi.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

15 I Kerepek itu sudah lemau kerana bekasnya tidak bertutup rapat.


II Ibu menyuruh kakak menutup pintu itu rapat.
III Kawasan pesisiran pantai itu rapat dengan rumah.
IV Hubungan antara Alina dengan Salwa amat rapat.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

16 I Beberapa orang artis turut memeriahkan pertunjukan asing itu.


II Suasana di sekolah baru ini sungguh asing bagi saya.
III Banyak pendatang asing yang masih berdegil tidak mahu pulang ke negara asal
mereka.
IV Nenek sedang asing buah-buah rambutan yang telah busuk dengan buah-buah yang
masih elok.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

17 I Bunga-bungaan ini kembung pada waktu pagi.


II Anak kecil itu menangis kerana perutnya kembung.
III Puan Aqila membeli sekilo ikan kembung di pasar tani.
IV Mukanya kembung sebagai akibat disengat sekawan tebuan.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV
18 I Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa kita.
II Julia masih belum membalas surat rakan penanya dari Australia itu.
III Adik membalas sepiring kuih bingka yang ada di atas meja itu.
IV Pemuda itu kecewa kerana cintanya terhadap gadis itu tidak membalas.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

19 I Penduduk kampung bekerjasama untuk mendirikan balai raya yang baharu itu.
II Akhirnya dia berjaya mendirikan impiannya untuk memiliki sebuah kedai kek.
III Abang Haris mendirikan hasratnya untuk memiliki kereta mewah itu.
IV Abang saya akan mendirikan rumah tangga pada bulan depan.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

20 I Abang Salleh bekerja sambilan sebagai tukang memotong rambut semasa cuti
sekolah.
II Pemandu kereta itu memotong jalan raya yang banyak kereta itu.
III Ibu menegur kelakuan adik yang suka memotong percakapan orang lain.
IV Pemandu-pemandu jalan raya dilarang memotong di garisan berkembar.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

Anda mungkin juga menyukai