Anda di halaman 1dari 11

POLISEM

Pilih ayat – ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1. I Walaupun usianya agak lanjut, dia masih gemar membaca.


II Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar negeri.

III Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap kedua-dua orang tuanya.
IV Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-cara mengisi borang Amanah
Saham Nasional.

A I dan III
B. I dan IV
C II dan III
D II dan IV

2. I Suasana di Kampung Pisang menjadi gamat apabila kedengaran satu letupan yang amat
kuat.

II Harimau di Zoo Negara menjadi gamat apabila dikerumun pengunjung yang terlalu
ramai.

III Kawasan setinggan yang terletak berhampiran dengan bandar itu sungguh gamat dengan
rumah-rumah.

IV Penjual ubat minyak gamat itu telah diberikan ganjaran kerana menyelamatkan nyawa
seorang pelajar yang lemas di Desaru.

A I dan II

B. I dan IV

C II dan III

D III dan IV
3. I. Cuaca hari ini diramalkan kabur pada sebelah pagi.
II. Soalan yang kabur biasanya sukar dijawab oleh murid.
III. Cermin itu kelihatan kabur kerana sudah lama tidak dibersihkan.
IV. Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat kabur.

A I dan II
B. II dan III
C II dan IV
D III dan IV

4. I. Abdullah bersyukur kerana alamat daripada kemalangan itu.


II. Alamat Leman akan dimarahi ibunya kerana dia mandi di lombong itu.
III. Semenjak Zali bertukar alamat, banyak surat yang tidak sampai ke tangannya.
IV. Kapal terbang itu dibenarkan melakukan pendaratan cemas setelah menerima alamat
dari menara kawalan.

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D. III dan IV

5. I Putik buah durian lenyap apabila ditiup angin.


II Adik menangis apabila kereta yang dipandu oleh ayah lenyap daripada pandangan.
III Semasa semua murid sedang melakukan latihan, Khusyairi lenyap dengan tiba-tiba.
IV Segala impian yang telah dirancangkan telah lenyap dek kerana sebuah persengketaan
yang remeh.

A I dan II
B. I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. I Putik buah durian lenyap apabila ditiup angin.


II Kapal itu lenyap di lautan sewaktu taufan melanda Lautan China Selatan.
III Semasa semua murid sedang melakukan latihan, Jamil lenyap dengan tiba-tiba.
IV Adik menangis apabila kereta yang dipandu oleh ayah lenyap daripada pandangan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D. III dan IV

7 I Cik Liza melarang Maimunah berganjak dari tempat duduknya.


II Setelah lima tahun tinggal di Muar, Encik Ramli pun berganjak ke Ipoh.
III Mona berganjak dari rumahnya setelah mendapat tawaran bekerja di bandar.
IV Anuar tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negeri.

A I dan II
B. I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 I Tanah saya hanya setakat paras itu sahaja.


II Dia membeli baju yang tidak sama paras dengan badannya.
III Paras air sungai ketika ini membimbangkan hati penduduk kampung.
IV Gadis yang mempunyai paras yang cantik belum tentu memiliki perangai yang baik.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D. III dan IV

9. I Penyakit kencing manis yang dihidapinya telah melarat ke bahagian atas lutut.
II Orang yang berilmu tidak akan bercakap tentang perkara-perkara yang melarat.
III Kebanyakan orang tua yang hidup melarat telah dimasukkan ke rumah kebajikan.
IV Saya tidak akan membiarkan kamu melarat atas tindakan yang telah kamu lakukan.

A I dan II
B. I dan III
C II dan III
D III dan IV

10. I Abang memerah otaknya untuk menghadapi ujian itu.

II Emak memerah kelapa untuk mendapatkan santannya.

III Budak itu memerah telinga untuk mendengar percakapan kawannya.

IV Ketua kampung itu memerah golongan belia di kampungnya untuk membina sebuah
jambatan.

A. I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

11. I Kampung itu bergelora akibat diancam oleh gajar liar.

II Nelayan tidak digalakkan turun ke laut ketika laut bergelora.

III Perasaan Mak Tijah bergelora semasa menanti kepulangan anaknya yang bertugas di
sempadan Thailand.

IV Kebanyakan pemimpin kita mempunyai semangat juang yang bergelora untuk menuntut
hak rakyat yang ditindas.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D. III dan IV
12. I Ahli gusti itu membaham lawannya sehingga pengsan.
II Harimau itu membaham kambing yang sedang makan di pinggir hutan.
III Ombak yang mengganas itu telah membaham kapal yang sedang belayar.
IV Kereta yang dipandu laju itu telah terbabas lalu membaham kedai runcit itu.

A I dan II
B I dan IV
C. II dan III
D III dan IV

13. I Tali ini sangat suntuk untuk mengikat kotak itu.


II Jangan mengekori lori di hadapan terlalu suntuk.
III Semalam suntuk abang tidak tidur kerana sakit perut.
IV Tempoh yang diberikan oleh jawatankuasa pertandingan itu begitu suntuk.

A I dan II
B I dan III
C. II dan IV
D III dan IV

14. I Beras yang hancur itu sesuai untuk dimasak bubur.


II Tapak kakinya hancur apabila terpijak serpihan kaca.
III Cermin di dalam bilik Helmi hancur apabila terhempas ke lantai.
IV Hancur tayar kereta itu apabila terlanggar lubang di jalan raya itu.

A I dan II
B. I dan III
C II dan IV
D III dan IV

15. I Air di dalam peti sejuk itu telah beku.


II Kayu balak itu sukar dipotong kerana beku.
III Setelah lama berenang di tasik, kakinya beku.
IV Rosmah tidak dapat memberikan idea kerana fikirannya beku.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C. I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

16. I Selepas hujan, air sungai itu mengalir dengan deras.


II Kawan-kawan Osman mengaguminya kerana dia deras berpidato.
III Larian Nafisa tidak begitu deras kerana baru sahaja pulih daripada demam.
IV Pandangannya yang deras, sering mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

A I dan II
B. I dan III
C II dan III
D II dan IV

17. I Dia memerah kakinya supaya berlari dengan pantas.


II Para petani itu memerah keringat bekerja di tengah sawah.
III Guru Besar memerah tukang kebun supaya memotong rumput.
IV Murid-murid tahun 6 Bestari memerah otak mencari idea untuk membina karangan itu.

A I dan II
B I dan III
C. II dan IV
D III dan IV
18. I Pendapatan bulanan Encik Ahmad sangat kencang.
II Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang.
III Suaranya yang kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
IV Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan.

A I dan II
B I dan III
C. II dan IV
D III dan IV

19. I Anjing itu menggondol seketul tulang sambil berlari.


II Pekebun itu menggondol pokok rambutan di kebunnya.
III Adik menggondol hadiah pertama dalam pertandingan cerita.
IV Pak Razak menggondol rambut Azalina kerana kulit kepala anaknya itu berkudis.

A I dan II
B. I dan III
C II dan IV
D III dan IV

20. I Kita arus menghormati ibu bapa kita.


II Suria berasa arus pada waktu tengah hari itu.
III Arus elektrik yang terdapat pada wayar boleh membahayakan kanak-kanak.
IV Kita mesti mengikut arus pemodenan pada masa ini supaya kita tidak ketinggalan.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D. III dan IV

21. I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.


II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.
III Kerja-kerja ini akan kami bentang pada petang ini.
IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

A I dan II
B I dan IV
C. II dan III
D II dan IV

22. I Kaki adik remuk-redam kerana terpijak kaca.


II Kanak-kanak yang mandi di sungai itu remuk-redam kerana terlalu lama berendam.
III Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu remuk-redam di bahagian depan dan
belakang.

IV Hati Azimah remuk-redam apabila mengetahui anak dan suaminya terlibat dalam
kemalangan maut.

A III dan II
B I dan II
C I dan IV
D. III dan IV

23. I Maslan cermat berbelanja untuk mengurangkan perbelanjaan bulannya.


II Kita mestilah cermat ketika bercakap dengan orang tua.
III Makanlah dengan cermat agar tidak tersedak.
IV Letakkan piring kaca itu dengan cermat.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D. I dan IV

24. I Suasana di kampung itu hening sekali terutamanya pada waktu pagi.
II Air yang mengalir dari puncak Gunung Kinabalu itu sungguh hening.
III Suasana Subuh yang sungguh hening sehingga bunyi tapak kaki pun boleh kedengaran.
IV Warna kapal terbang yang hening amat sesuai digunakan untuk tujuan membuat
promosi.
A I dan II
B. I dan III
C III dan IV
D II dan IV

25. I Mak cik Ros telah uzur dari rumah Mak Umi.
II Ahli mesyuarat berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini.
III “Kalau tiada uzur, saya pasti ke kenduri awak,” Kata Pak Hisyam.
IV Encik Zahid tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.

A I dan II
B II dan III
C. III dan IV
D II dan IV
26. I Seorang mata-mata cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.
II Aktiviti mencungkil bijih besi di Sungai Kota Tinggi itu giat dijalankan.
III Kakak sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasut adik.
IV Pertandingan memancing untuk mencungkil pemenang akan diadakan esok.

A I dan II
B. I dan III
C II dan IV
D III dan IV
I Hancur tayar lori itu apabila terlanggar lubang di jalan itu.
27. II Tapak kakinya hancur apabila terpijak serpihan kaca.
III Mangkuk kaca emak Hafilda hancur apabila terhempas ke lantai.
IV Beras yang hancur itu sesuai untuk dimasak bubur.

A I dan II
B I dan III
C. II dan III
D III dan IV

28. I Walaupun kepenatan, Rosmah tetap teguh berlari ke garisan penamat.


II Ekonomi yang teguh menjamin kesejahteraan rakyat sesebuah negara.
III Marina mempunyai pendirian yang teguh untuk menghadapi strategi pihak lawan.
IV Perancangan yang diutarakan oleh Hanim sungguh teguh untuk membangunkan
kampung itu.

A I dan II
B. II dan III
C II dan IV
D III dan IV

29. I Penerangan yang diberikan oleh Cik Shahid amat cerah.


II Senyumannya cerah setelah menerima berita yang menggembirakan itu.
III Harapannya untuk berjaya dalam pertandingan bercerita itu amat cerah.
IV Cermin tingkap rumah itu kelihatan cerah setelah dibersihkan oleh Hidayah.

A I dan II
B II dan III
C. III dan IV
D I dan IV
30. I Keadaan negara Jepun bergelora akibat ancaman tsunami.
II Rakyat negara itu bergelora untuk menyambut malam kemerdekaan.
III Perasaan Mak Limah bergelora menanti kepulangan anaknya dari jauh.
IV Para pemancing diingatkan supaya tidak turun ke laut kerana laut bergelora.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D. III dan IV

Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai