Anda di halaman 1dari 5

KATA KERJA

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Beberapa orang pengakap terpaksa ___________ hutan untuk mencari jalan keluar kerana
telah terpisah dengan peserta perkhemahan yang lain.
A meredah C meneroka
B memasuki D menebang

2 Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ___________ usaha untuk memastikan murid-


murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam proses pembelajaran alaf 21.
A mengemaskinikan C melipatgandakan
B menguatkuasakan D menambahbaikkan

3 Mak Senah duduk di bawah rumah sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu.
A menghiris C melarik
B mengikis D meraut

4 Puan Atikah ___________ benang emas pada baju pengantin untuk majlis persandingan
anaknya.
A membubul C menekat
B mengecap D mengecap

5 Encik Yusman ___________ sebuah chalet di Pantai Cenang untuk bercuti bersama
keluarganya pada cuti pertengahan tahun nanti.
A membeli C membayar
B menempah D mengambil

6 Ibu dan nenek sibuk ____________ daun ketupat untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
A membalut C mengayam
D merebus D mengukus

Soalan 7 – 10
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
7 I Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit sedang giat dijalankan.
II Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.
III Kakak sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV Pertandingan badminton untuk mencungkil pemain baharu akan diadakan minggu
depan.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
8 I Perusahaan yang dijalankan itu telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
kampung yang belum bekerja.
II Beberapa orang anggota pengakap diminta supaya membuka simpulan yang telah
dibuat.
III Guru Besar membuka nasihat kepada murid-murid agar berusaha dengan tekun.
IV Kita hendaklah membuka mata apabila mendengar nasihat orang lain.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

9 I Kakak memasang solekan pada mukanya sebelum ke pejabat.


II Pak Abu sedang memasang lukah di sungai itu.
III Tukang kayu itu sedang memasang pagar.
IV Pokok buluh memasang di sekeliling rumahnya.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

10 I Nenek memerah asam limau pada sambal belacan.


II Swee Lin memerah rambutnya yang basah.
III Pak Abu memerah peluh yang mengalir di dahinya,
IV Borhan memerah otak untuk menjawab soalan Matematik.

A I dan II C III dan IV


B II dan III D I dan IV

Soalan 11 hingga 20 berdasarkan gambar di bawah .

11 Pekerja itu sedang ___________ kain dengan corak batik.


A menekap C mengecop
B menekan D mengecap
7

12 Puan Siti ___________ jantung pisang untuk dijadikan ulam semasa makan tengah hari.
A menjerang C mencelur
B mengukus D mereneh

13 Adib ____________ biola semasa membuat persembahan dalam majlis sambutan hari
guru di sekolahnya.
A menggesek C memetik
B mengasah D memalu

14 Mak Senah ____________ padi untuk mengasingkan padi yang hampa daripada yang
bernas.
A menapis C mengayak
B menampi D menyaring
15 Nelayan itu __________ sampan menuju ke muara sungai untuk menangkap ikan.
A mendayung C memandu
B menunggang D menuntun

16 Burung helang itu terbang rendah untuk ____________ seekor ayam.


A meragut C mengheret
B merampas D menyambar

17 Pak cik Samad sedang ____________ papan untuk dijadikan lantai rumah.
A memahat C mengetam
B mengukir D menggerudi
18 Nelayan itu ____________ jalanya yang rosak ketika menangkap ikan di laut.
A menyirat C membubul
B mengayam D menampal

19 Pekerja-pekerja itu sedang ____________ jalan yang sudah rosak itu.


A menimbus C menurap
B meratakan D membuat

20 Tempayan itu diletakkan di luar rumah untuk ____________ air hujan.


A menyauk C membubuh
B menadah D mencedok

Anda mungkin juga menyukai