Anda di halaman 1dari 2

Kosa Kata : Sinonim

Latihan
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 
 1. Sikap takbur dan suka berlagak hanya akan mendatangkan keburukan
kepada kita.
A taksub
B bongkak
C bengis
D manja
 

 2. Puan Salmah sekeluarga sudah puas berikhtiar, namun penyakit


anaknya itu masih belum sembuh.
A berdaya
B berdoa
C berjuang
D berusaha
 

 3. Oleh sebab keletihan, pengawal keselamatan itu terlena di atas


kerusinya.
A terpinga-pinga
B terduduk
C terlelap
D tersengguk-sengguk
 

 4. Bola yang ditendang itu meluru deras lalu menerjah jaring.
A tepat
B tinggi
C kencang
D perlahan
 

 5. Janganlah terlalu yakin bahawa soalan yang akan dikemukakan enteng-
enteng belaka.
A sukar-sukar
B mudah-mudah
C panjang-panjang
D baru-baru
 

6. Baju Kartini carik ketika dia berebut-rebut menaiki bas.


A cantik
B rosak
C koyak
D longgar
 

 7. Encik Hamdan telah menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa
dia mahu meletakkan jawatan.
A mengesahkan
B mendakwa
C menyangkal
D meragui
 

 8. Apakah yang merunsingkan fikiran kamu?


A merisaukan
B merosakkan
C mempengaruhi
D membuahkan
 

 9. Makanan yang dihidangkan itu sedikit pun tidak disentuhnya.


A dihidu
B dinikmati
C dijamah
D dihabiskan
 

 10. Gong itu dipalu bertalu-talu sebagai menandakan permulaan acara


tersebut.
A diketuk
B dipukul
C digoncang
D dihayun
 

Anda mungkin juga menyukai